Rumah Ronald McDonald Akan Membantu Famili Si Pesakit Di HUSM

by - 12:04

Assalamualaikum ualls... kalau ualls perasan kat blog daku ni selalu sangat tunjuk menu dari McDonalds sebabnya daku memang salah seorang daripada peminat setia menu di restoran terbabit. Meskipun pernah ada pelbagai cerita itu dan ini namun daku tetap juga masih menjadi salah seorang daripada pembelinya. Entahlah!! Bagi daku jika setakat mendengar khabar angin rasanya susah sikit untuk ku percaya melainkan jika ada bukti benar di depan mata.

Tahap mana daku setia dengan McDonalds? Susah nak cakap cuma yang pasti jika kebetulan ada apa-apa mainan McDonalds yang ku rasakan macam comel dan berkenan maka setiap minggu daku boleh beli McDonalds tu selama 4 minggu berturut-turut. 

Yang pasti, daku amat gembira apabila pihak McDonalds melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities (RMHC) yang mereka kendalikan telah sanggup untuk membantu meringankan keperluan masyarakat, khususnya mereka dari kategori B40 yang merupakan 80% pesakit yang mendapat rawatan di Hospital USM. 



Bantuan yang akan di hulurkan ini adalah dengan membina sebuah tumpangan sementara dengan nama Rumah Ronald McDonald di dalam kawasan Hospital USM di Kubang Kerian, Kelantan dan rumah ini di jangka akan siap dibina pada awal tahun 2019 kelak.


Alhamdulillah, daku sendiri rasa amat berbesar hati kerana turut dapat menghadirkan diri ke majlis bersejarah untuk upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Persatuan Kebajikan Ronald McDonald dengan pihak Universiti Sains Malaysia yang sememangnya sudah terkenal sebagai antara hospital yang terbaik di Malaysia dengan pelbagai tenaga pakar di dalam pelbagai bidang yang sangat berpengalaman.



Dek kerana kepakaran pihak Hospital Universiti Malaysia inilah maka ada ramai pesakit yang sanggup datang dari jauh termasuk daripada seluruh Malaysia termasuk juga Sabah dan Sarawak demi mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada mereka.

Walaubagaimanapun, daku sebagai salah seorang pemerhati sangat sedih melihat para ahli keluarga yang tidak punya tempat tinggal sementara yang selesa hingga terpaksa duduk dan berbaring di koridor hospital demi untuk sentiasa berada di sisi insan yang mereka kasihi terutama ketika sedang terlantar sakit ini. Oleh kerana itu, usaha baik pihak McDonalds untuk mewujudkan Rumah Ronald McDonald ini pastinya satu perkara terbaik yang boleh memudahkan ramai pihak. 



Melalui majlis tersebut daku turut mendapat tahu yang Rumah Ronald McDonald ini rupa-rupanya merupakan  rumah yang ke dua akan di bina di dalam Malaysia ini dan rumah yang pertama itu sudahpun lama beroperasi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur.

Upacara Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) 

Semasa majlis menandatangani MoU ini, USM telah di wakili oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr.Asma Ismail manakala RMHC pula diwakili oleh Tuan Azmir Jaafar. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Mulia Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Arif, Ahli Lembaga Gabenor USM berserta dengan ramai kenamaan yang lain termasuk juga sebahagian daripada warga USM yang lain.


Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM dan Azmir Jaafar, Presiden RMHC merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia semasa pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) sambil disaksikan oleh Yang Mulia Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Ahli Lembaga Gabenor USM.


Upacara Pecah Tanah di Tapak Pembinaan Rumah Ronald McDonald

Daku turut berkesempatan untuk melawat terus ke tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald ini di dalam kawasan HUSM tersebut dan terus terang daku sangat sukakan persekitarannya yang tenang dan damai di kelilingi oleh pepohon yang rimbun menghijau,










Antara Kemudahan Rumah Ronald McDonald


Rumah Ronald McDonald di Hopsital USM yang bertempat di Kubang Kerian Kelantan akan mempunyai 18 buah bilik yang boleh menempatkan antara 4 hingga 6 katil untuk setiap bilik. Di setiap bilik itu juga akan turut dilengkapi oleh bilik air.

Selain bilik keluarga, Rumah Ronald McDonald itu nanti juga akan bakal mempunyai :
  • ruang makan
  • ruang istirihat
  • ruang dapur
  • bilik mesin basuh
  • taman permainan
  • bilik perbincangan

Tidak cukup dengan itu, di Rumah Donald McDonald ini juga akan turut disediakan Bilik Sensori Ronald McDonald yang boleh membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan multideria khas. 




Azmir Jaafar, Presiden RMHC merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Mulia Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Ahli Lembaga Gabenor USM; Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM dan Profesor Madya Dr. Ariffin Nasir, Yang Dipertua Persatuan Pesakit Kanak-kanak Hospital USM (tiga dari kiri) bersama beberapa pesakit kanak-kanak yang bakal menerima manfaat dari sumbangan wang tunai yang diberikan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald.


Memastikan Famili Sentiasa Bersama

Inilah yang patut diketengahkan kerana si pesakit pastinya amat memerlukan insan yang mereka sayangi untuk berada di sisi bagi terus berjuang untuk melawan penyakit yang sedang dihadapi. Tetapi jika keluarga si pesakit itu sendiri agak kurang berkemampuan untuk menyewa hotel dan sebagainya, bagaimana harus perkara ini dikekalkan malah tidak mustahil akan ada ahli keluarga yang akan berasa goyah untuk terus berdiri di sisi si pesakit.


Sokongan Rakyat Malaysia Amat Dialu-alukan


Bagi diriku yang merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia yang juga salah seorang pelanggan di restoran McDonalds daku amat berterima kasih di kerana berjaya menjadikan kami sebagai pelanggan ini sebagai sebahagian daripada penyumbang walaupun hanya dengan menjadi pelanggan setia. 




Bagi ualls semua di luar sana, jika ualls juga ikut menyokong perkara amal seperti ini bantulah dengan mengunjungi mana-mana restoran McDonalds.


Orang ramai yang ingin memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald yang baharu ini boleh berbuat demikian menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan lain-lain cara untuk membuat sumbangan, sila layari https://rmhc-malaysia.my.



You May Also Like

4 PEMBERI ULASAN

  1. semoga bermanfaat kepada mereka yg memerlukan..

    ReplyDelete
  2. rumah mcam ni memang bagus dan patut ada disetiap hosptal kan..
    tahniah pada pihak RHMC yang mewujudkan rumah persinggahan ni..

    ReplyDelete
  3. Tentunya sangat membawa manfaat ini ya...

    ReplyDelete
  4. Tahniah RHMC dengan adanya usahasama ni

    ReplyDelete