Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SINOPSOS PENUH DAN BIODATA PENULIS - JANGAN BENCI CINTAKU

Jangan Benci Cintaku ialah sebuah drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya novelis Emy Roberto terbitan syarikat Idea Kreatif, syarikat yang telah menerbitkan novel Titian Cinta, yang menjadi antara drama adaptasi novel yang trending pada tahun 2017. Drama ini akan bersiaran di slot Akasia pada 29 Jun 2018 sempena Syawal tahun ini. Dibintangi oleh Zahirah MacWilson dan Saharul Ridzwan.


Sinopsis Penuh Jangan Benci Cintaku


Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan untuknya yang masih di usia muda itu. Rafeeqa dengan beraninya tidak teragak-agak untuk melanjutkan pelajaran tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya.



Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal (Saharul Ridzwan), tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa (Zahirah MacWilson) tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan adalah sebuah alam yang masih belum bersedia untuk dia hadapi maka Sunderland dan sambung belajar dijadikan oleh Feeqa sebagai alasan.


“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa. Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan dan ingin segera kembali serta mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. 

Setelah pulang ke Malaysia,....  “Yes! Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal


Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.
"Make him fall for you!" - Damia
Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna (Niena Baharun) itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.
“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal
Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?



Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

Akibatnya meskipun Shah dan Feeqa punya ikatan suami isteri yang sah namun mereka berdua masih tidak boleh hidup bersama di bawah satu bumbung dek kerana terlalu ingin mengutamakan hati insan-insan lain yang ada di sekeliling mereka berdua.

Shah sendiri walaupun berstatus seorang suami yang sememangnya harus utamakan isteri sendiri daripada kekasih tetapi dia tetap tidak boleh membuat keputusan secara rasional.


Shah dan Feeqa Sukar Bersatu Kerana Isu Campur Tangan 

Kisah Shah dan Feeqa ini sebenarnya banyak terjadi di dalam masyarakat kita sekarang cuma mungkin faktor permulaan agak berlainan. Namun yang pasti telah banyak berlaku keretakan rumahtangga hingga ke tahap terpaksa bercerai dek kerana campur tangan orang ke tiga terutama keluarga, mertua dan lain-lain tanpa memikirkan perasaan dua hati yang masih saling menyayangi.


Faktor penting diri juga turut timbul yang membuatkan masing-masing sukar untuk mengalah walaupun tahu ianya adalah salah. Ini digambarkan oleh watak Nek Pah yang sangat-sangat ingin mencampuri urusan cucunya dan mahu cucunya mendengar cakapnya sebagai insan yang paling tua di dalam keluarga tersebut.

Watak Husna Di Kecam Hebat Nitizen!!!

Husna? Ya.... di dalam banyak-banyak watak untuk drama ini, watak Husna lakonan Niena Baharun telah mendapat kecaman hebat daripada para nitizen yang mengikut drama ini sejak dari episod awal hingga kini. 


Niena sendiri tidak menyalahkan para penonton sebaliknya amat bersyukur kerana dirinya telah berjaya membawa watak antigonis seperti yang dimahukan oleh pengarah. Saat ini, Niena lebih fokus terhadap kandungan sulungnya yang telah pun masuk usia 6 bulan. 


Siapakah Penulis Jangan Benci Cintaku?


Nama penulis untuk novel ini adalah Emelyne Bani Anak Jam. Usianya kini adalah 32 tahun. Emelyne atau lebih dikenali dengan nama pena Emy Roberto ini sudah mula menghasilkan novel sejak lama dan untuk novel Jangan Benci Cintaku ini sendiri ia telah dihasilkan pada 2012 dan telah semakin dikenali baru-baru ini setelah diadaptasi sebagai drama yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia jam 7 malam.

Penulis berwajah manis dengan fizikalnya yang kecil molek berasal ini sebenarnya berasal dari Bintulu, Sarawak dan beliau sebenarnya aktif menulis sejak ketika di universiti lagi. Emy sudahpun berkahwin dan minatnya dalam bidang penulisan tetap diteruskan dengan sokongan suami tercinta.
Namun, percaya atau tidak.... Emy sebenarnya bukanlah hanya seorang isteri dan penulis saja sepenuh masa sebaliknya Emy adalah seorang doktor yang bertugas di bahagian Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2).
Menurut Emy, kesibukannya dengan tugas harian sebagai doktor tidak membataskan waktu untuk menghasilkan novel sesuai dengan cita rasa pembaca. Kerjaya menulis ini bermula dek kerana ingin mencabar kemampuan diri setelah mempunyai hobi membaca novel karya orang lain. Bermula dengan minat membaca itu di tambah dengan dorongan insan tersayang membuatkan Emy mencabar diri untuk menghasilkan bahan bacaannya sendiri.
"Sejak itu, saya mula menulis di blog yang diwujudkan oleh suami dan akhirnya dapat menghasilkan novel. Setakat ini, sudah lapan buku saya tulis dan JBC dihasilkan ketika saya berada di tahun akhir pengajian dalam bidang perubatan.
"Kebanyakan idea untuk menghasilkan buku adalah hasil inspirasi daripada kehidupan umum masyarakat kita. Memang ada terjadi namun bukan membabitkan mereka yang hidup atau mati," kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Ualls sendiri dah tonton ke belum drama Jangan Benci Cintaku ni?? Jika ya, apa komen ualls terhadap drama tu.... cer citer...
p/s : credit pada semua yang terlibat terutama kepada Niena yang memegang watak HUSNA. 

2 comments for "SINOPSOS PENUH DAN BIODATA PENULIS - JANGAN BENCI CINTAKU"

  1. drama ni memang terbaikla. watak husna tu hahahaha memang takhabis habis nak marah geram kat dia dengan nekpah. berjaya niena tu bawak watak tu, taksabar tunggu habis

    ReplyDelete
  2. cik ash tak layan pun drama ni hahahah entah tak melekat pulak.. nanti nak tengok on9 la

    ReplyDelete