Travel Dengan Baby? Siap Sedia 10 Perkara Ini
Assalamualaikum korang.. ok kali ni aku nak share serba sedikit tips yang sering aku gunapakai tatkala pergi cuti melancong, balik kampung mahupun berjalan-jalan bersama my baby. Tips ni aku gunakan dah lama, sejak dari anak pertama lagi dan cara ini tetap masih aku gunakan sehingga sekarang untuk anak yang ke 6!
Khas buat mommy-mommy yang mungkin masih pening kepala dan risau untuk pergi bercuti bersama si comel tersayang, aku nasihatkan supaya ualls relax dan jangan gabra.
Meskipun ada yang mengatakan pergi bercuti dengan baby ini adalah sangat melecehkan namun itu semua tidak 100% benar!
Ya betul, aku setuju yang baby ini sukar untuk kita jangka tetapi sekiranya kita dari awal sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kerenahnya maka sudah pasti semuanya dapat di atasi dengan mudah dan bijak tanpa akan merosakkan hari percutian tersebut.
Aku sendiri telah pernah membawa anak sejak dari mereka masih kecil untuk pergi bercuti. Alhamdulillah, walaupun travel by car dengan makan masa selama lebih daripada 7 jam tetapi baby tetap okay dan happy.
10 Tips Terbaik Paling Berkesan Untuk Travel Dengan Baby
Ada hajat nak bercuti dengan baby? Jika ya make sure siapkan barangan yang wajib supaya dapat mudahkan urusan semasa bercuti. Aku yang sememangnya kaki bercuti rasa teringin nak bercuti lagi.
Makin teruja bila terbaca info berkaitan trip percutian ke Korea dengan harga terendah dengan Pakej Korea 2019/2020. Yang penting, ke mana saja lokasi bercuti akan terasa lebih mudah dengan tips yang ada di bawah ini.
1. Bawa pakaian yang sesuai dan juga mudah kering jika di basuh.
Soal pakaian adalah perkara pertama yang aku tekankan ketika bercuti. Pakaian yang banyak sehingga perlu di isi di dalam banyak beg perlu diberi perhatian kerana nanti kita akan hadapi masalah kerana perlu uruskan bag dan juga baby dalam satu masa. Tangan hanya ada dua mana mungkin nak handle semuanya sekali.
Sebab itu adalah lebih bijak jika membawa pakaian yang sesuai dan pilihlah baju baby yang mudah untuk kering setelah di basuh. Apabila bercuti sila amalkan sikap membasuh baju baby dan sidailah di mana-mana di dalam bilik hotel tu.
Jika nak makin cepat kering, ualls iron dulu tu then sangkutkan di hanger. Baju baby yang tidak terlalu tebal dan kecil cukup senang nak keringkan so dah boleh jimatkan ruang bagasi kerana baju yang dibasuh tadi boleh di pakai semula nanti apabila perlu.
Cara ini juga boleh dilakukan untuk baju berkain nipis atau shirt milik mak ayah. Nak lagi mudah guna servis dobi layan diri yang berlambak di sana sini.
Pergi bercuti adalah untuk menikmati pemandangan bukannya untuk jadi model pakaian. Baju bersih itu utamanya, bukannya baju mesti lain-lain design di setiap tempat persinggahan.
2. Sediakan sebuah bag galas atau sling untuk barang harian baby.
Sila beli dua buah bag sandang (bagpack) dengan size sederhana. Bag sandang yang pertama korang isikan dengan :
- 3 helai romper,
- 2 helai seluar,
- 5 keping lampin pakai buang,
- tisu basah,
- krim lampin (nappy krim),
- sehelai tuala muka,
- sehelai tuala kecil,
- sepasang stokin baby dan sehelai topi
- balm serbaguna.
- alas tukar lampin
3. Sediakan bag galas untuk makan minum baby.
Untuk bag sandang yang ke dua korang isikan pula dengan makanan dan minuman untuk baby termasuk :
- susu tepung
- air mineral
- botol susu
- puting
- makanan baby
- snek ringan untuk bayi
Untuk bawa baby pergi bercuti ni, ibu dan ayah perlu ambil tahu juga info berkaitan panduan dan cara menyimpan susu ibu semasa dalam perjalanan. Ini bagi mengatasi masalah susu ibu rosak hingga boleh menjejaskan mood dan tahap kesihatan baby atau anak kita semasa dalam perjalanan itu nanti.
Jika kebetulan baby menyusu badan maka jangan sesekali lupa untuk masukkan nursing cover ke dalam bag tersebut. Makanan baby boleh di bawa dalam bentuk frozen food di dalam bekas-bekas kecil.
At least jika kebetulan restoran yang ualls singgah tiada makanan yang kena dengan selera baby, ualls masih ada cara lain dengan memberikannya makanan dari bag sandang tadi.
Bag pertama isteri boleh galas dan bag ke dua suami boleh galaskan. Tidak perlu di beri bag sandang untuk si kecil galas, besar kemungkinan ianya akan semakin menyusahkan kerana baby tidak akan mahu sandang bag tersebut selama berjam-jam lamanya.
4. Atur Masa Perjalanan Yang Sesuai
Sekiranya destinasi tersebut memakan masa selama 7 jam dengan bergerak menaiki kereta maka adalah lebih afdal jika ualls bergerak pada waktu malam.
Ini kerana cuaca pada malam hari lebih sejuk dan baby juga akan lebih banyak tidur daripada aktif. Secara tidak langsung ia akan memberikan ualls perjalanan yang jauh lebih mudah dan senyap.
Tetapi sekiranya ualls ada masalah untuk memandu pada malam hari maka ualls boleh pilih untuk bertolak selepas subuh.
Aku sendiri lebih suka bergerak ke destinasi selepas usai solat subuh. Seronok juga travel waktu itu sambil lihat sinaran matahari yang mula terbit bersama suami dan anak-anak. Udara waktu ni juga sangat best!!
5. Tolong Berhenti Di Hentian Atau Stesyen Minyak
Bergerak dengan baby tidak sama seperti bergerak dengan orang dewasa.
Baby ini boleh menjadi cepat boring dan rimas maka cara terbaik adalah dengan bercuti secara santai dan jangan lupa untuk berhenti beberapa jam sekali di hentian mahupun stesyen minyak.
Apabila berhenti, basuhlah muka baby dan jika perjalanan tersebut telah makan masa sehingga 5 jam dan ke atas, bolehlah di mandikan baby supaya tubuh badannya dapat berasa segar semula.
Baby merengek kerana banyak faktor tidak hanya lapar tetapi juga tidak selesa maka adalah lebih afdal jika kita ambil tindakan lebih awal sebelum baby itu mula mengamuk dan menangis.
Tidak salahkan jika berhenti sekejap di mana-mana hentian atau stesyen minyak untuk mandikan baby, tukarkan lampin, tukarkan pakaian, suapkan makanan dan susu sehingga mereka kenyang.
Di samping itu kita juga boleh mengisi tangki minyak kereta sehingga penuh semula sambil membeli jajan untuk di makan di dalam kereta nanti.
6. Bawa Baby Carrier atau Stroller
Baby Carrier dan stroller adalah pembantu yang paling baik ketika sedang bercuti.
Jika korang hanya mempunyai seorang ke dua orang anak maka bolehlah di bawa stroller kerana kereta masih mempunyai ruang yang cukup untuk di isi dengan bagasi tetapi jika kebetulan ruangan kereta tidak mengizinkan untuk mengisi stroller maka bawalah baby carrier.
7. Sediakan Sekali Sebuah Payung Lipat
Bukan tidak boleh digunakan payung biasa tetapi payung normal tu panjang so cara terbaik untuk travel adalah dengan membawa payung lipat yang boleh di masukkan ke dalam bag sandang tadi.
8. Baby Tidur Buai? Boleh Cuba Cara Ini
Jika baby tidur buai, korang boleh gunakan baby carseat sebagai penganti buaian ketika berada di bilik hotel.
Jangan risau, korang bawa je masuk baby carseat tu hingga ke bilik tidak akan ada siapa yang boleh marah.
Jika baby mahu di enjut, korang boleh ikat tali pada bahagian pemegang carseat dan 'buailah' secara perlahan-lahan sehingga baby terlena.
Jika ada ongkos lebih boleh di beli buaian yang khas untuk travel. Boleh di lipat dan digunakan pada bila-bila masa.
Antara jenama untuk buaian travel ini adalah bayi buaian Brica.
Buaian perjalanan ni sangat ringan dan hasil lipatan juga kemas untuk simpanan yang mudah.
10. Jangan Terlalu Ingin Cepat Sampai Ke Destinasi
Minda kita harus di set dengan padu bahawa keadaan ketika itu adalah untuk bercuti! Tidak perlu tergesa-gesa untuk tiba ke destinasi kerana tempat yang kita ingin tuju itu sama sekali tidak akan lari ke mana-mana.
Apa yang lebih penting adalah baby kesayangan yang di bawa. Perjalanan yang jauh boleh menyebabkan baby tidak selesa dan besar kemungkinan baby boleh terkena demam dan sebagainya kerana itu kita perlu pastikan keadaan baby perlu di beri perhatian nombor 1.
11. Wajib Bawa Susu Untuk Baby - Jangan Sesekali Terlupa!!
Ini perkara paling penting. Wajib kena ada. Apalagi jika bukan SUSU kan. Ye susu! Tanpa susu memang gerentilah anak akan meraung sepanjang masa. Jika yang menyusu badan senanglah memang tak akan lupa punya.
Tapi bagi yang menyusu dengan susu formula. Make sure bawa okay! Jika ditakdirkan terlupa juga boleh beli kat mana-mana pasaraya yang terdekat.
Nak tahu apakah Susu Formula Terbaik Untuk Baby bagi tahun 2019? Boleh baca kat blog IBUSYURGA. Best gak blog IBUSYURGA ni, macam2 info tentang ibu dan baby ada kat sana.
Percutian Akan Berjaya Jika Rancang Perjalanan Mengikut Jadual Rutin Baby
Jadual rutin baby ni penting untuk tahu sebabnya senang kita nak adjust ... Contohnya kalau anak tidur berbuai, maka ketika travel perlulah fikir alternatif lain tanpa perlu di angkut buai yang besar tu.
Jika korang adalah pasangan suami isteri yang sangat-sangat suka bercuti dan sering ke sana sini sentiasa saban tahun maka adalah lebih baik jika dari awal telah asuh baby dengan cara lena di tempat tidur biasa seperti di atas toto dan tilam untuk mengelakkan buaian.
Jika baby dapat diterapkan untuk lena tanpa buaian maka tak perlulah di angkut buaian bila travel!
Honestly, dah pernah jumpa rakan dan ahli keluarga di mana anak mereka tidur buai maka apabila bercuti dan pulang kampung terpaksa di bawa buai bersama.
Agak penat dan menyusahkan malah turut makan ruangan bonet kereta.
Tarot tengok couple yang bawak anak kecil pergi travel memang gigih dan tabah
ReplyDeletehttp://tarotthefool.blogspot.com/2018/08/what-to-see-do-eat-best-activities-in.html
memang mencabar tapi manisnyaaaa ada. but CT belom ada baby tak tahula pengalaman macam mana.
ReplyDeletepernah travel dengan baby juga ... memang senang bawa beg galas dan baby carrier ... baby carrier pula cari yang tahan lasak dan empuk, memang sedap baby duduk kat dalam :)) ... bawa stroller pun ok, tapi bawa stroller yang lightweight, so senang nak angkut ... toys dan makanan baby tu sangatlah perlu ...
ReplyDeleteTips ni sangat bagus terutama untuk ibu baru yang nak melancong 💞
ReplyDelete