Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ALTHEA KOREA - PELBAGAI PRODUK KECANTIKAN UNTUK WANITA ASIA

Assalamualaikum.... sedih la korang bila dah berada di dalam kategori 30 series ni, yelah makin hari kulit menjadi makin kusam dan start muncul garis kedutan so dengan keadaan keterpaksaan kenalah cari produk yang boleh bantu atasi masalah tu. Bukannya tak sedar diri yang tubuh ni dah semakin di mamah usia cumanya tetap tak salah kan untuk terus berusaha menjaga kecantikan diri sedaya yang termampu. Namapun perempuan.....

Selepas memikirkan di mana nak dapatkan produk-produk yang agak bersesuain maka daku membuat keputusan untuk menggunakan website beli belah atas talian yang agak terkenal, siapa lagi kalau bukan ALTHEA KOREA dan inilah hasil yang telah berjaya ku pilih-pilih dari pihak Althea untuk kali ini.


Actually, di Althea ini sebenarnya ada pelbagai produk dari pelbagai kategori yang berkaitan dengan penjagaan diri. Head to toe kata orang putih. Semuanya ada sedang menunggu kita untuk membuat pembelian dan apa yang makin bestnya lagi harga yang di tawarkan oleh Althea adalah lebih murah dengan pelbagai jenis diskaun yang sentiasa di beri dari masa ke semasa.

Thats why daku boleh beli EMPAT jenis produk secara sekaligus dek kerana harganya yang sangat awesome. Ke empat-empat produk yang di beli ini adalah :


  • PETAL VELVET POWDER - 3g [ RM 16 ]
Menjadikan kulit wajah seakan kelopak bunga yang lembut. Althea's Velvet Velvet Powder menyempurnakan solekan dengan memberikan hasil kulit wajah seperti satin yang lembut dan halus tatkala disentuh.



  • LANEIGE - SPECIAL CARE - WATER SLEEPING MASK - 70ml [ RM 77]
Ini adalah salah satu topeng tidur yang terlaris di dunia! Topeng gel cahaya ini memberikan penghidratan intensif dengan kesan mencerahkan sambil memulihkan kulit dengan kelonggaran yang mendalam. Produk ini mengandungi beberapa paten termasuk teknologi SLEEP-TOX ™ yang memulihkan kulit semasa tidur, mengekalkannya dalam keadaan optimum manakala MOISTURE WRAP ™ membantu kulit mengekalkan kelembapan sepanjang malam. 



Ia juga mempunyai SLEEPSCENT ™ aromatik yang membantu anda berehat semasa tidur. Paling penting, ia juga dirumuskan dengan agen menenangkan kulit yang lembut pada kulit yang tidur, membantu ia pulih semalaman.


  • MILKY DRESS - WRINKLE & WHITENING EYE CREAM - 15g [ RM 19 ]
Krim mata ni leh bantu untk kedutan dan juga lebam bawah mata. Gelini bersifat ringan dengan kadar penyerapan cepat untuk menghidrat, mencerahkan dan melindungi mata supaya kembali segar dan tidak lagi terus menjadi seperti mata panda.



  • HELLO PEACH - HAND & NAIL CREAM - 60g [ RM 7 ]
Jom manjakan tangan dengan Nine Point's Perfume Hand & Cream Cream. Formula yang tidak melekat ini menghidratkan tangan yang membosankan, kasar dan menyebabkan tangan berasa licin dan lembap! Didatangkan dengan beberapa aroma yang berbeza untuk memenuhi mood  dan daku memilih PEACH yang menyegarkan. 



Jika nak tahu, untuk ke empat-empat barangan ini harga yang di bayar hanyalah dalam lingkungan RM119 sahaja tanpa sebarang caj kos pengeposan. Sangat berbaloi kan? Makin best semua ini daku beli dengan cara redeem point sebabnya semakin membeli maka akan semakin mendapat pelbagai point!! Dan point-point ini boleh digunakan untuk sebagai diskaun untuk membeli mana-mana produk kegemaran.



Antara ke empat produk ini, PETAL VELVET POWDER telah berjaya menawan hatiku kerana ianya merupakan salah satu produk dari rangkaian Althea sendiri 'bedak powder' ini di datangkan dalam bentuk serbuk untuk memberikan kemasan sehalus sutera pada kulit wajah.

Dalam masa yang sama ianya juga berfungsi untuk membantu mengekalkan pengeluaran sebum di luar tanpa mengeringkan kulit untuk kelihatan segar, segar, sambil memberikan bau lembut.



Ia akan memastikan solekan kelihatan hebat sepanjang hari untuk terus bersinar-sinar! Ohya, di datangkan di dalam dua pilihan warna iaitu # 0 Translucent dan juga # 23 (natural). Yang ku beli ini adalah #23 supaya kena dengan kulit ku yang agak hitam manis sesuai dengan wanita asia.




Spannya juga sangat lembut dan selesa apabila dikenakan pada wajah. Jangan risau kerana ianya sesuai untuk semua jenis kulit wajah samada kering, berminyak dan sebagainya.


Untuk tiga lagi produk, daku juga sedang menggunakannya dan kenapa daku memilihnya bukan hanya disebabkan maklumbalas dari orang lain tetapi juga dek kerana kandungannya yang hanya menggunakan bahan-bahan organik.


- BOLEH LIHAT PRODUK DENGAN LEBIH JELAS MELALUI VIDEO INI -



So pada ualls yang agak susah untuk ke mana-mana butik kecantikan dek kerana masa yang agak terhad dan sebagainya, ualls boleh belek produk kecantikan yang pelbagai jenis di ALTHEA. Soal pengeposan sangat tip top dengan di datangkan di dalam kotak berwarna pink yang sangat cantik dan comel.

NAK BELI PRODUK KECANTIKAN? Boleh singgah ke ALTHEA




Post a Comment for "ALTHEA KOREA - PELBAGAI PRODUK KECANTIKAN UNTUK WANITA ASIA"