Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Baby Food Recipe, Mashed Potato With Carrot Sauce

Baby Food Recipe, Mashed Potato With Carrot Sauce | Tajuk bukan main dalam english kan, tapi perkongsian resepi tetap dalam bahasa melayu. Kali ni aku nak share resepi makanan baby khas untuk mommy mommy yang sedang dalam di lema. 

Mana taknya, pening memikirkan resepi apa yang ingin di masak untuk baby. Baby dah jemu asyik diberi bubur nasi je, apa kata kalian cuba resepi ala western ni untuk tarik selera makan baby tu. At least takde la baby asyik kena makan bubur nasi je kan?

Mashed Potato With Carrot Sauce - Resepi Kentang Untuk Bayi 9 Bulan 

Resepi yang ingin dikongsikan di sini adalah Mashed Potato With Carrot SauceSebenarnya resepi ni aku dapat daripada salah satu group facebook. Alang-alang ingin mencuba resepi ini untuk Kasih maka aku kongsikan sekali kat sini untuk sesiapa yang nak cuba. 

Resepi ni boleh dijadikan sebagai menu tengahari, makan malam atau menu sarapan pagi untuk bayi 9 bulan. 

Untuk bayi 9 bulan yang kurang gemar makan nasi tu, bolehlah cuba kasi resepi ni berasaskan kentang ni pula. 




Menu Makanan Bayi 9 Bulan Malaysia Ni, Umur 8 Bulan Pun Boleh Makan


Adakah mommy sedang encari resepi makanan bayi 9 bulan atau 8 bulan? 

Mahukan resepi kentang untuk bayi 8 dan 9 bulan yang best ni?


Cara untuk membuat mashed potato versi baby ni mudah saja sebenarnya. 

Cara untuk buat carrot sauce itu pun senang sangat-sangat dan aku yakin kalian pasti boleh buat. 

Resepi ni paling bagus untuk baby yang berusia dari 8 bulan dan my baby si Kasih Sufi sekarang dah berusia 9 bulan.



Bahan-Bahan yang diperlukan (untuk 2 - 3 sajian) 

  • 1/2 batang carrot
  • 2 biji kentang  
  • sedikit marjerin untuk menumis
  • sedikit serbuk ikan bilis (homemade)
  • sedikit unsalted butter
  • 3 - 4 sudu makan fresh milk 
  • 1 sudu makan cream cheese
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 ulas bawang merah 

Cara-cara : 

* Mashed Potato *

1. Rebus @  kukus kentang dan carrot sehingga empuk dan ketepikan.

2. Lenyek kentang yang masih panas sehingga hancur, masukkan sedikit unsalted butter, cream cheese dan susu segar supaya teksturnya menjadi lembut. 

3. Tambahkan sedikit serbuk ikan bilis untuk memberi lebih rasa. 




* Carrot Sauce *

1. Blend carrot yg telah direbus tadi hingga halus. 



2. Cincang halus bawang putih dan bawang merah. Daku mayang biasa sebab tu semasa beri baby makan perlu ketepikan bawang tu.

3. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih tadi dengan sedikit marjerin sehingga naik bau. 

4. Masukkan carrot yang telah di blend tadi dan letakkan sedikit air / stok ayam. Jika mahu tekstur yang agak pekat, boleh masukkan sedikit kentang lenyek tadi sebagai pemekat kuah.



Setelah siap bolehlah dihidangkan kepada baby sebagai menu makan tengahari atau malam. 

Kalau nak buat carrot sauce ni lebih pun okay, aku sendiri buat lebih dan simpan sebagai frozen food untuk di makan bersama nasi, lempeng dan sebagainya. 

At least baby dah ada saucenya sendiri untuk dipping dan gravy. Memang awesome!

Bawang ni sengaja ku mayang agak besar untuk diri sendiri ngap!! hehe


Ini pula keletah si Kasih Sufi yang pada mulanya berkerut seribu tatkala ditunjukkan menu baru ni.

Agaknya Kasih tengah dok mikir apa kebenda pulak la mama masak ni. Mama dah sediakan apa lagi Kasih, ngap ler. 



Bila mula di suap,..

Alhamdulillah Kasih dapat menerima rasanya dengan baik. Lepas satu suap ke satu suap lagi sampai non stop! Licin!

Berselera betul si Kasih ni mamam mashed potato with carrot sauce ni. Puashati masak bila baby makan penuh selera. 

Ohya, resepi ini juga sesuai untuk disarankan kepada baby yang ada masalah kekurangan berat badan. 


Puashati lihat baby makan dengan berselera




Kesimpulan 

Idea makanan bayi 9 bulan yang sedap untuk disediakan. Resepi ini merupakan antara resepi menarik makanan bayi bagi menaikkan selera bayi terutamanya yang berusia 8-9 Bulan ke atas.

Resepi yang ringkas sebagai makanan bayi 9 bulan untuk anak Mommy yang semakin membesar. Disebabkan resepi ini ada bahan seperti unsalted butter, ia bagus untuk bantu tambahkan berat anak. 

Elok juga disimpan resepi ni untuk bayi 9 bulan yang belum tumbuh gigi. Tak perlu kunyah apa pun, anak boleh makan dengan mudah. 

Okay.. Selamat mencuba! 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia




Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

1 comment for "Baby Food Recipe, Mashed Potato With Carrot Sauce "