MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

IMAAN SUCI WIPES - TISU VIRAL HALAL YANG TERBAIK !

Assalamualaikum ualls... Ualls pernah dengar nama IMAAN SUCI tak? Jika ya, tahniah!! Jika belum kenal, don't worry sebabnya daku sendiri baru saja mengenali jenama Imaan Suci ni.

Actually pada mulanya, daku mati-mati beranggapan yang Imaan Suci Wipes ini hanyalah tisu basah biasa untuk membantu menanggalkan makeup sebabnya sering juga daku menggunakan wet tissue make-up remover tetapi rupanya-rupanya ada lagi keistimewaan lain yang menyebabkan Imaan Suci Wipes ini lebih menonjol dan berbeza. Akibatnya jika dulu daku lebih suka membawa wet tissue baby milik Kasih je untuk bantu aku kala perlukan tisu basah untuk lap sesuatu tetapi kini daku dah mula jatuh cinta dengan Imaan Suci.


IMAAN SUCI WIPES - Halal Selamat Tanpa Sebarang Alkohol Dengan Kuasa 20 Saat!!

Inilah sebab utama mengapa ia dinamakan Imaan Suci. bukan kerana mahu memberitahu yang ianya sangat selamat tanpa sebarang bahan berbahaya semata-mata sebaliknya tanpa sebarang produk yang berunsurkan alkohol juga.



Dek kerana itu bagi para muslim dan terutamanya muslimah yang bermakeup untuk kelihatan cantik, kita tidak perlu lagi risau kerana kini dah boleh tanggalkan makeup dengan bahan yang selamat suci halal dan bolehlah ditunaikan solat tanpa sebarang was-was.

Bermacam Jenis Tisu Untuk Pelbagai Golongan


Seperkara lagi yang membuatkan Imaan Suci Wipes ini tampak berbeza dek kerana kecekalan mereka untuk menyediakan bermacam jenis tisu untuk pelbagai golongan. Secara tidak langsung kita tidak perlu lagi menggunakan tisu basah yang sepatutnya untuk baby untuk dijadikan penanggal makeup kerana telah ada tisu basah khas daripada jenama Imaan Suci ini untuk pelbagai tujuan tertentu itu.



1. IMAAN SUCI WIPES - ( BIRU )


Untuk makeup disarankan untuk guna Imaan Suci Wipes dari warna biru ini kerana ualls benar-benar dapat tanggalkan makeup hanya dalam masa sepantas 10 saat sahaja walaupun makeup tersebut agak tebal.

Apa yang lebih menariknya lagi, tisu basah dengan nama IMAAN SUCI WIPES ini bukan hanya sekadar menjadi tisu basah yang hanya akan membantu membersihkan sebaliknya ia juga dapat  menyegar dan melembapkan kulit wajah kerana ia mempunyai kandungan vitamin E dan aloe vera



Baunya sangat-sangat wangi dan amat menyegarkan malah ia juga turut sesuai untuk digunakan bagi mereka yang mempunyai yang agak berminyak dan berjerawat. Nak bawa ke mana-mana juga mudah dek kerana sizenya yang sangat sesuai untuk di masukkan ke dalam poket dan tas tangan. 



2. TISU ARGAN OIL - ( PINK )


Jika ualls risau masih tidak boleh menanggalkan makeup yang agak tebal dan terlalu extrem, ualls boleh dapatkan TISU ARGAN OIL - PINK. Ia sama seperti tisu basah biru tadi cumanya tisu Argan Oil yang berbungkus dengan tema pink ini lebih istimewa dan handal untuk menanggalkan makeup tersebut dengan lebih baik terutama untuk bahan makeup yang bersifat kalis air.

Jika tisu biru tadi sesuai untuk kulit wajah berminyak, tisu pink ini pula sesuai untuk kulit wajah yang kering dan sensitif dan kalau ualls nak tahu ia juga turut mempunyai antioksidan yang boleh membantu melambatkan kesan penuaan serta mengurangkan jerawat dan kesan parut lama.


3IMAAN FEMININE WIPES - ( PURPLE )


Pada mulanya daku agak terkejut juga bila mencuba Feminine Wipes ini almaklumlah dah terbiasa dengan pembersih bahagian wanita yang dalam bentuk cecair tu. Sejak dulu guna yang cecair tetiba mencuba yang jenis tisu... ehhhhh... 


Tapi! Secara tidak langsung daku amat sukakan tisu feminine wipes dari IMAAN ini kerana secara tidak langsung ia telah memberi kaedah baru yang lebih mudah dan pantas untuk diguna. Bahkan ia turut dapat memberikan keharuman dan kesegaran yang jauh lebih baik dengan elemen daun sireh serta pati mawar wangi yang ada di dalamnya.

Sebelum solat bolehlah gunakan sehelai tisu ini untuk menyuci bahagian intim kita tu dan jangan risau kerana ianya sangat selamat tanpa sebarang bahan kimia berbahaya serta halal tanpa sebarang kandungan alkohol. Rasanya sangat sejukkkkk dan nyaman!


4. IMAAN FAMILY WIPES - ( KUNING )


Akhir sekali tidak lupa semestinya tisu untuk si manja yang amat disayangi. Kita sedia maklum bayi kecil dan kanak-kanak mudah untuk dijangkiti oleh sebarang penyakit malah perlu sangat tisu basah ini di dalam tas tangan ibu untuk membersihkan tangan dan wajah mereka terutama setelah selesai makan dan menyusu. 


Kelebihan yang ada pada SUCI FAMILY WIPES daripada jenama IMAAN ini adalah kerana ia telah dihasilkan daripada madu, Aloe Vera dan turut mempunyai vitamin E yang akan berfungsi sebagai pembersih, pelindung dan penyegar di dalam satu masa.

Tidak hanya untuk bayi dan kanak-kanak semata-mata sebaliknya ia boleh juga digunakan oleh ibu ayah atuk nenek abang kakak, dipendekkan cerita untuk seluruh ahli keluarga yang ada kerana ia merupakan tisu serbaguna yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. sebagai contoh :


sebagai contoh :

  • membersihkan bahagian terlindung yang berdaki seperti leher dan sebagainya
  • menghilangkan bau badan yang kotor dan berpeluh
  • membantu ketika melakukan aktiviti di luar rumah 
  • menjaga kebersihan tangan ibu dan juga yang menyusu
  • membersihkan peralatan permainan
  • membantu menjaga orang sakit dan kurang upaya

Yang pasti baunya sangat wangi dan daku sendiri sudah mula membawanya ke mana saja untuk membantu aku menguruskan baby Kasih dan anak-anak yang lain tatkala memerlukan. Terima kasih IMAAN untuk produk-produk kalian yang best ini..... sukaaaa sangat!!!



Nak cuba IMAAN? Boleh dapatkan produk Imaan ini dengan harga yang sangat murah berserta dengan pelbagai promosi dari masa ke semasa dari wakil yang sah melalui :

Facebook Page :


Telefon : 0193922261 - Zira

4 comments:

  1. wet tissue bagi CT wajib ada sebab malas nak usung pencuci muka. dulu bawak cleanser tapi penah tertekan habis beg.. so bawak wet tissue nk remove mekap kalau kat luar..

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY