Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LEMPENG SAYUR MUDAH DAN SEDAP UNTUK BAYI & FAMILI

Jika sebut pancake semua orang tahu malah ada ibu yang sanggup beli pancake segera demi nak beri menu baru untuk baby makan di kala waktu sarapan atau minum petang. Jika mahu buat pancake ala enggeris sekalipun, itu tidak ada salahnya namun sesekali apa kata cuba 'pancake melayu' yang sering kita sebut sebagai lempeng. Lempeng ni sesuai untuk baby yang berusia 8 bulan dan ke atas.



Lempeng bukan hanya mudah untuk disediakan bahkan boleh dipelbagaikan kepada banyak rasa. Ualls boleh buat lempeng daripada sayur-sayuran mahupun buah seperti pisang dan kelapa. Dan untuk kali ini daku ingin kongsikan resepi dan cara bagaimana untuk menyediakan lempeng khas untuk baby. Kebetulan baru-baru ini daku sediakan lempeng sayur untuk baby Kasih so daku sharekan resepinya kat sini khas untuk mommy mommy lain kat luar sana.



BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan Tepung gandum
1 ulas Bawang besar
Sedikit daun bayam
Sedikit daun bawang
Air
Serbuk ikan bilis homemade
Sedikit marjerin
1 biji telur ( jika anak tiada alahan dengan telur )


CARA-CARANYA :
1. Satukan semua bahan dan gaul serata sehingga adunan menjadi sekata bersama dengan air yang mencukupi.
2. Blander segalanya sehingga halus dan tapis. Proses seperti ingin membuat roti jala.
3. Letakkan sedikit marjerin di atas pan dan bolehlah mula membuat lempeng seperti biasa.



Jika nak lebih jimat masa, ualls boleh buat banyak-banyak dan makan bersama seisi keluarga. Barulah makin seronok kerana dapat makan bersama-sama baby, suap untuk anak dan suap untuk diri sendiri.



Okay dah dapat idea menu apa nak sediakan untuk baby hari ini? Apa tunggu lagi.... SELAMAT MENCUBA dan jika mahukan resepi baby food yang lain sila >> KLIK KAT SINI <<


3 comments for "LEMPENG SAYUR MUDAH DAN SEDAP UNTUK BAYI & FAMILI"

  1. macam sedap je, macam kuih apa tah yang dalam ada inti nyior tu

    ReplyDelete
  2. rasa macam orang dewasa pun suka jeeee rasa cemni. ada ikan bilis macam cekodok =D

    ReplyDelete
  3. Baguslah idea awa nie.. senang nak bagi anak anak makan sayur.. lempeng pun jadi canyik.. 😍

    ReplyDelete