Assalamualaikum, hi ualls.. macam biasa apabila berkongsi sesuatu resepi, faktor utama resepi yang ku kongsi ini adalah simple, mudah dan cepat untuk di masak kerana diri aku sendiri lebih gemar memasak menu yang ringkas di sebabkan masa yang agak terbatas. Namun resepi ringkas-ringkas tidak bermakna rasanya ke laut. Jangan risau InshaAllah sedap!

Untuk kali ini daku nak kongsikan resepi daging goreng manis tiram. Inilah rupa daging manis tiram yang telah ku sediakan baru-baru ini untuk santapan bersama suami dan anak-anak. Jom layan resepi mudah dan cara yang sangat simple untuk menyediakannya. Makan dengan nasi putih panas-panas atau nasi goreng begini memang mengancam habis...



Bahan-bahannya :

300 gram daging di hiris nipis
2 ulas bawang besar 
3 biji cili besar
6 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat manis
Garam secukupnya
Serbuk Kunyit
Sedikit minyak masak




Cara untuk menyediakannya :

1. Perap daging bersama garam dan kunyit selama 15 minit

2. Panaskan kuali dan masukkan daging TANPA SEBARANG MINYAK!

3. Goreng daging tanpa minyak ini akan menyebabkan air daging keluar. Jangan risau, terus goreng daging secara tanpa minyak ini sehingga semua air daging tersebut menjadi kering.

4. Setelah semua air daging kering, masukkan sedikit minyak masak berserta dengan bawang besar dan cili besar. Jika nak rasakan sedikit pedas boleh masukkan juga hirisan cili padi. Goreng sehingga bawang menjadi layu.

5. Akhir sekali masukkan sos tiram dan kicap. Gaul sekejap sehingga semuanya sebati dan bolehlah dihidangkan.




- SELAMAT MENCUBA -