Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Pergerakan Cara Cepat Buka Jalan Untuk Bersalin

5 Pergerakan Cara Cepat Buka Jalan Untuk Bersalin | Apakah cara yang boleh membantu mempermudahkan lagi tempoh yang perlu dihadapi ketika bersalin. Cara cepat bersalin ni tak bermakna akan beranak lebih awal dari tempohnya tapi untuk membantu mempercepatkan urusan bersalin tatkala sedang mengalaminya. 

Ibu-ibu yang sarat hamil pasti faham, tak larat nak bersenam tapi nak juga buat gerakan dan tips untuk cepatkan bersalin. Tak sanggup nak tanggung sakit lebih lama. Lagi cepat bukaan rahim terbuka lagi baik.

Kalau dalam bahasa pasar, tak mau tanggung sakit lama-lama, kalau boleh masuk ward tu dah boleh terus beranak. Nak cara cepat buka jalan untuk bersalin. Haaa gituuuu.... 


Aku sendiri tiap kali hendak bersalin memang tidak mahu terlalu lama menahan sakit nak beranak dan nak cepat-cepat jumpa baby untuk di cium dan di peluk.

 Lagipun kalau nak tahu, sebaik saja baby keluar terus rasa sakit tu hilang melayang-layang bagaikan di tiup angin. Kalau tak percaya, tunggu masa alami sendiri nanti.

Berbekalkan pengalaman melahirkan 5 orang anak secara normal ni, alhamdulillah, sakit untuk bersalin tu selalunya akan masa selama 3 ke 4 jam. Kiranya jika masuk ke labour room tu pukul 1pagi, jam 4 petang semuanya dah selesai. Alhamdulillah. 

Memang nak sangat dapat bersalin dengan cepat melalui bukaan rahim secara semulajadi tanpa perlu di induce.






Tips Cepatkan Bukaan Rahim Untuk Mudah Bersalin


Bukaan rahim untuk mudah bersalin ni sebenarnya berlainan untuk anak sulung, ke dua dan seterusnya. Selalunya masa untuk anak sulung adalah lebih lama kerana baru pertama kali. 

Dan tips yang dapat membantu untuk memudahkan tempoh bersalin ini boleh dilakukan bermula daripada beberapa minggu sebelum tiba tarikh jangkaan bersalin itu lagi. 

Antara tips-tips tersebut adalah :

1. Berjalan kaki

Bila dah masuk 8 bulan kandungan tu daku dah mula banyakkan berjalan kaki sekitar rumah, taman, pantai dan sebagainya. 

Tak perlu nak berjalan sampai berpeluh-peluh macam orang nak keep fit tu. Ini sekadar berjalan perlahan sambil ambil angin segar dengan suami. Sambil-sambil tu bolehlah ambil gambar untuk rakamkan kenangan.


Jika nak lagi best ajak suami berjalan kat pasaraya sambil-sambil cuci mata baju baby size besar yang comel-comel. 

Napa size besar? Sebabnya kalau hati teringin akan ada alasan tak boleh beli lagi sebabnya baby masih kecil. Lagipun buat apa beli baju size terlajak besar tu awal-awal, baik tunggu baby keluar dulu nanti boleh shopping dengan baby sekali... lagi best!



Pada hari nak bersalin tu juga, jika mula ada rasa sakit hendak bersalin sebaiknya banyakkan bergerak dengan berjalan perlahan sambil di pantau oleh suami. Aku sendiri selagi bukaan belum 5cm akan terus bergerak sambil berjalan-jalan untuk mempercepatkan lagi bukaan. 

Walau kadangkala rasa sakit tu menyerang namun setidak-tidaknya proses menahan sakit itu akan lebih cepat berbanding dari hanya duduk berbaring saja di atas katil.

2. Berendam / Mandi dengan air suam

Air suam panas-panas bukan hanya bagus di minum namun air dalam suhu tersebut turut bagus untuk membantu mengalirkan darah dan memberi rasa segar serta tenang terutama ketika sedang melalui kesakitan. 

Akus endiri apabila turun tanda untuk bersalin akan mandi dengan air panas sebegini sehingga badan rasa segar sebelum ke hospital. 


3. Squat ( cangkung )

Posisi cangkung ini adalah salah satu senaman yang bagus untuk menyediakan diri bagi proses melahirkan anak kerana ia dapat membantu memberikan fleksibiliti bagi bukaan faraj bagi proses kelahiran. 

Bukan saja memendekkan masa proses kelahiran (masa dah start contraction nak bersalin tu buat cangkung ni untuk percepatkan bukaan) Malah mengurangkan risiko berlaku koyak pada perinum. 

Dalam keadaan mencangkung, tekanan pada uterus dapat dikurangkan dan oksigen akan dapat disalurkan dengan lebih baik pada bayi dalam kandungan. Terutamanya ketika trimester terakhir. 




Orang barat juga sudah mula faham kebaikan mencangkung ini. 

Bagi ibu mengandung pula, boleh amalkan pergerakan duduk mencangkung sebegini setiap hari selama 3 ke 4 minit selama beberapa kali. Kalau boleh guna tandas cangkung lebih baik lagi.

Cara jalan itik juga dikatakan boleh cepatkan proses bersalin. Sambil tu boleh makan kurma kerana dikhabarkan kurma merupakan salah satu makanan untuk cepatkan proses bersalin. Nak lagi baik, makan kurma ajwa.

4.  Gunakan bola hamil

Bola gym yang juga dikenali sebagai bola hamil ini memang amat membantu malah jika membuat keputusan untuk bersalin di hospital swasta, bola sebegini akan turut disediakan dan boleh digunakan oleh para ibu hamil ini jika mahu. 

Sambil-sambil melayan sakit kontraksi bolehlah digunakan bola ini dalam pelbagai cara seperti menyandar, duduk dan sebagainya. Yang pasti boleh ini dapat berfungsi sebagai salah satu alat tambahan yang boleh membantu mempercepatkan proses bersalin tersebut.



5. Sujud

Daku suka lakukan posisi sebegini tatkala datang haid. Entahlah mengapa tapi posisi ini cukup selesa rasanya kalau tiba masa datang haid terutama tatkala pendarahan sedang tenat. 

Mungkin kerana posisi ini dapat memberikan rasa lebih selesa padang bahagian belakang kerana itu ianya sangat bagus tatkala sedang mengalami sakit pada bahagian perut. Tidak hanya ketika datang bulan, jika sedang hamil juga boleh lakukan posisi seperti bersujud ini.


Walaupun posisi bersujud ni boleh dilakukan begitu saja tetapi jika mahu lebih afdal lakukanlah solat sunat dan sujudlah dengan lebih lama sambil memanjatkan doa supaya segalanya selamat pada Allah SWT. 

Kebaikan posisi sujud yang dapat membantu mengatasi masalah sakit pada keseluruhan bahagian belakang ini telahpun disahkan melalui pelbagai kajian.


3 Tips Tambahan Untuk Lebih Memudahkan


Terdapat lagi pelbagai cara yang lain dan antara tips tambahan yang lain adalah 

#1 : Sentiasa baca surah Nabi Yunus semasa dalam perut ikan paus 


#2 : Rangsang payudara dan lakukan hubungan seks dengan suami

Untuk pengetahuan, semasa merangsang payudara dan melakukan seks bersama suami, para ibu hamil ini akan merembeskan satu hormon yang dinamakan sebagai oxytocin dan hormon ini akan dapat membantu proses kontraksi terhadap uterus nanti. 
Tidak ada salahnya seorang wanita hamil itu untuk melayan suaminya hingga ke tempat tidur cuma sila pastikan posisi yang dilakukan itu selesa untuk si ibu dan tidak membahayakan.


#3 : Minta maaf dengan ibu ayah dan suami


Part minta maaf ni memang WAJIB buat! Daku sendiri bila dah ada tanda-tanda terus call ibu ayah kat kampung sendiri untuk mohon maaf dan minta mak doakan supaya semuanya selamat. 

Jika kebetulan emak ayah ada depan mata bolehlah cium peluk. 

Seorang lagi insan yang wajib di minta maaf ini siapa lagi kalau bukan encik suami. Bukan takat sebut mulut tapi kena pegang tangannya erat-erat, pandang tepat pada mata, ucapkan kata maaf moga dihalalkan segala makan minum, diampunkan segala salah silap dan ciumlah tangan suami dengan seikhlas hati.


Kesimpulan


Petua mudah cepat bersalin boleh mula dilakukan sejak kandungan masuk usia 37 minggu hingga ke 40 minggu. Punca bukaan rahim lambat kadang disebabkan oleh ibu itu sendiri. Sebab itu, dalam tempoh hamil jangan asyik duduk berbaring je, kena banyak bergerak untuk lancarkan darah.

Cara cepat buka jalan untuk bersalin ni boleh dijadikan sebagai amalan bersenam. Ia mampu melatih dan menguatkan otot supaya proses kelahiran bayi menjadi lebih mudah. Tapi pastikan pantau pergerakan bayi dalam kandungan sekali tau. 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan proses bersalin supaya tidak perlu menahan sakit dengan terlalu lama dan suka untuk diingatkan sekali lagi yang perkongsian ini hanyalah berdasarkan pengalaman diriku sendiri sebagai ibu. 

Kita hanya mampu untuk mencuba dan hakikat sebenarnya adalah daripada Allah SWT jua. Yang penting jangan mudah mengalah demi anak tersayang dan dari jauh ku doakan moga segalanya akan selamat. 

Aamiin


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :


Post a Comment for "5 Pergerakan Cara Cepat Buka Jalan Untuk Bersalin"