Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Sebab Utama Mengapa Suka Berkunjung Ke McDonald's !

Assalamualaikum... hari ni daku nak share sekali lagi tentang McDonald's... bukannya share tentang menu baru tetapi tentang sebab mengapa daku sering singgah ke McDonald's. Mungkin akan ada yang kurang menggemari restoran segera ini tetapi bagi daku mudah saja, itu semua hak setiap individu mengikut tahap pemikiran masing-masing dan tak salah kiranya salah menghormati.


Terus-terang, selalunya jika daku perlu ke Kota Bharu tanpa anak-anak then cara mudah drive thru ajer untuk beli Happy Meals untuk anak seorang sekotak. Kenapa Happy Meals? Of courselah sebab harganya murah dan lengkap. Walau ada pelbagai variasi menu tetapi paling kerap daku beli adalah Happy Meals dengan Mc'Chicken burger. 

Setiap satu happy meals itu ada air coca-cola size kecil, fun fries size kecil, burger Mc'Chicken dan juga mainan pilihan.. harga yang perlu di bayar hanyalah dalam Rm6+ so bagi daku cukup agak relevan dan sesuai untuk budget aku yang punya anak ramai ni... kikiki...




5 Sebab Utama Mengapa Memilih McDonald's

#1. Menu makanan yang pelbagai untuk di pilih


Bila sampai kat McDonald's inilah masalah utama tatkala ternampak nama-nama menu yang terbentang dengan besarnya kat kaunter.... Nak makan apa eh? Semuanya rasa terliur nak makan. Hmmm... inilah masalah terbesar yang akan dihadapi tapi daku percaya masing-masing pasti ada satu dua makanan favourite kat McDonald's ni kan dan untuk daku, antara menu yang ku suka adalah GCB , ayam goreng, apple pie dan juga nasi ayam MCD.




#2. Rasa makanan yang sedap dan kena dengan selera 

Bab rasa memang awesome! Baru-baru ni daku makan nasi ayam MCD, itupun mabeles giler! Nasinya cukup rasa dan lembut hinggakan daku boleh suap juga pada si Kasih yang masih kecil. Cuma sambalnya daku agak kureng tapi husband cakap sedap sambal tu... hmmm.. lain orang lain citarasa apapun nasinya tu memang sedap dan kena dengan ayam goreng yang rangup di luar lembut di dalam.


#3. Suasana selesa dengan pelbagai kemudahan

Masuk je terus ada WiFi percuma, apa tak best! Makin selesa dengan suasananya yang luas dan mudah untuk kita duduk di mana saja ruang yang disukai. Jika ada anak-anak yang agak aktif boleh duduk berhampiran dengan kawasan mainan manakala jika ada anak kecil boleh duduk lebih rapat dengan kawasan basuh tangan dan toilet supaya mudah nak nak basuh tangan dan mulut anak yang akan comot tu.... 

Jika nak duduk di ruangan yang lebih santai berhampiran McCafe pun takde masalah. Pilih je mana yang suka... duduklah berjam lamanya pun... takde sapa nak marah! Yang penting, orderlah.... 


#4. Tahap kebersihan yang amat memuaskan

Inilah aspek yang paling dititikberatkan, apalagi kalau bukan kebersihan. Apa gunanya jika makanan rasa sedap jika tak bersih. Daku paling respect dengan isu kebersihan McDonald's yang sangat menjaga setiap 'individu' belakang tabir yang sedang berkerja untuk menyiapkan santapan pelanggan di bahagian dalam tu. Nak tahu sejauh mana tahap kebersihan yang dikawal secara ketat tu, ualls boleh lihat melalui video di bawah ini.



#5. Layanan ramah dan mesra

Secara jujurnya, so far selama daku berkunjung ke McDonald's alhamdulillah layanan yang diberikan adalah di tahap yang memuaskan dan yang paling mengharukan ada antara pekerja di sana yang melayan daku bagaikan ahli keluarga sendiri hingga boleh berbual-bual bagaikan sahabat yang telah lama kenal. 


Pendekatan McDonald's yang ditujukan secara direct terhadap para pelanggan untuk memberikan suasana mesra bagaikan berada di rumah sendiri memang patut di puji. Penyediaan kakitangan yang senantiasa akan peka dengan keadaan semasa pelanggan juga patut dicontohi dan harap-harap para pekerja baru yang sedang dalam tempoh percubaan tu dapatlah memahami maksud sebenar konsep layanan mesra yang harus ditunjukkan supaya tampak benar-benar ikhlas di mata para pelanggan.

McDonald's Wakaf Che Yeh Paling Kerap Dikunjungi

Dalam banyak-banyak restoran McDonald's, cawangan di Wakaf Che Yeh adalah yang paling kerap ku kunjungi. Selalunya ku beli secara drive thru sebabnya kat sana pelanggan agak ramai juga tetapi sejak McDonald's Wakaf Che Yeh ini dinaiktaraf daku dah tak risau untuk parking kereta dan berjalan hingga ke kaunter semata untuk membuat order. 


Sistem Pesanan Baru Yang Lebih Canggih Dan Mudah !!

Ohya, jika dulu kena order pakai mulut direct di hadapan penerima order di kaunter tetapi sekarang ni dah boleh order sendiri dengan cara klik-klik jer... layan diri gituuuu.... senang dan cepat! Tak yah juga susah payah sebut nama menu satu persatu macam dulu lagi... Inilah mesin layan diri untuk membuat order tu... syok juga dok scroll scroll mesin layan diri ni.. hehe...


Mc'Cafe Turut Ada Di Cawangan Wakaf Che Yeh

Haaa ini satu sebab lagi mengapa daku dah makin happy bila ke McDonald's sebabnya daku ni juga adalah salah seorang penggemar coffee terutama untuk Latte, Mocha dan juga Cappuccino. Tapi sayangnya dulu Mc'Cafe ni takde kat cawangan Wakaf Che Yeh so kalau nak terpaksa ke cawangan McDonald's di kawasan Pengkalan Chepa... hmmm sedihhh sangat masa tu... tapi sekarang ni tak lagi sejak adanya Mc'Cafe di dalam satu premis kat Wakaf Che Yeh ni.. 




Jangan Lupa Isi Tabung Sebelum Keluar Dari McDonald's !

Ini adalah salah satu langkah yang patut dijadikan habit untuk para pelanggan McDonald's.. jika ke mana-mana kaunter silalah pandang pada sebuah bekas kecil berwarna merah yang berperanan sebagai tabung itu dan isilah sedikit walau hanya sekeping not RM1 sekalipun kerana hasil yang terkumpul itu nanti adalah untuk tujuan amal.

Antara projek amal yang sedang giat cuba direalisasikan sekarang ini adalah penubuhan Rumah Ronald McDonald yang sedang dibangunkan di dalam kawasan HUSM Kubang Kerian. Jika hendakkan info lanjut mengenai bolehlah klik >> DI SINI <<




Rasanya setakat itu dulu.... ada masa daku akan kongsikan lagi apa yang perlu dan jika korang rasa teringin nak nikmati makanan segera yang sedap dengan harga berpatutan, sila-silakanlah ke mana-mana cawangan McDonald's yang terdekat.......



5 comments for "5 Sebab Utama Mengapa Suka Berkunjung Ke McDonald's !"

  1. Alamakkk kesedapan plak bila membaca .. esok nak pi mcD laaaaa ...

    ReplyDelete
  2. Lepas baca ni terus rasa nk g beli McFlurry. McD mmg tmpt fav utk lepak ngn kawan2

    ReplyDelete
  3. saya suka mc chicken burger. asal pi je mcd. tu je lah yg dipilih. haha

    ReplyDelete
  4. MCD kulim tak macam kelantan... hahhaha layanan KO la.. tu suka g sana

    ReplyDelete
  5. wow bestnya..nk p la makan. hehe

    ReplyDelete