Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 Punca Utama Penyebab Gearbox Kereta Rosak

6 Punca Utama Penyebab Gearbox Kereta Rosak  | Assalamualaikum. Hari ini dalam sejarah gearbox keretaku punah! Aduh rasa nak menitik airmata tapi apakan daya benda dah berlaku tak dapat nak ulangkan semula. Suka ataupun tidak terpaksalah di bawa ke bengkel. 

Untuk gearbox kereta aku ni, hanya gear 1 sahaja boleh masuk, gear-gear lain sama sekali tak boleh dan yang makin menyulitkan lagi keadaan gear undur (reverse) juga tak boleh.

Bayangkanlah keretaku perlu di undur ke belakang dan tiba-tiba saja gear reverse tak dapat masuk so terpaksalah suami dan anak tolong tolakkan ke belakang. Mujur juga tika tu ada suami dan anak-anak, kalau ditakdirkan hanya berdua dengan Kasih macam mana? 

Oh tidak.. mohon disimpangkan begitu. Syukur alhamdulillah tika tu ada orang lain bersama dan kereta masih boleh gerak slow-slow ke bengkel dengan gear 1, kalau tidak terpaksalah call encik penunda untuk tolong tarik.




Yang pasti kos untuk baiki gearbox ni bukannya murah. Aku sendiri terpaksa sediakan kos beratus-ratus hinggit hanya untuk atasi masalah gearbox yang gagal berfungsi dengan baik ni. 

Bila di tanyakan pada abam mekanik katanya kerosakan pada kotak gear ni ada pelbagai jenis dan jika tak nak keluarkan duit yang banyak untuk baiki ada baiknya pantau selalu keadaan kereta.

Jika rasa ada yang tak kena, cepat-cepat hantar bengkel supaya masalah yang kecil tak melarat menjadi makin teruk. Bila makin teruk itu yang akan makan kos yang lebih besar untuk dibaiki.

Punca Penyebab Gearbox Kereta Rosak

Antara punca-punca yang boleh menyebabkan kerosakan pada kotak gear (gearbox) ini adalah :
  • Kasar ketika menggunakan tombol gear
  • Filter tersumbat
  • Sering melengah-lengahkan masa untuk menukar minyak gear
  • Terdapat kebocoran minyak gear pada sealbox
  • Tidak pernah memeriksa paras minyak gear sama sekali
  • Minyak gearbox yang salah



Antara Tanda-Tanda Awal Kereta Mengalami Masalah Gear

  • Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
  • Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)
  • Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4
  • Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
  • RPM yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
  • Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar
  • Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.




Baiki Masalah Gear Di MG GARAGE

Untuk baiki masalah gearbox rosak ni aku gunakan khidmat daripada MG GARAGE yang terletak betul-betul dengan bersebelahan dengan pusat servis Perodua Tanah Merah Kelantan di kawasan Manal. 

Aku mula gunakan khidmat daripada MG Garage ni sejak penghujung tahun 2014 selepas di rekomenkan oleh salah seorang kenalan suami dan sejak tu memang senantiasa dengan bengkel MG Garage ni jer tanpa guna khidmat bengkel yang lain lagi.

Bila kereta hanya dengan 'satu bengkel' saja secara tak langsung akan memudahkan lagi urusan kerana pihak bengkel dah tahu sendiri tahap kondisi kereta kita dari masa ke semasa. Tambah-tambah untuk kereta yang telah lama berbakti ni.



Antara perkara yang membuatkan aku suka dengan bengkel ini adalah apabila kereta ditinggalkan di bengkel, pihak bengkel akan lakukan pemeriksaan dan setelah dikenalpasti punca kerosakan maka dengan sendirinya owner bengkel akan call dulu beritahu part mana yang rosak, apa patut di tukar segera dan apa yang masih boleh ditangguhkan pada si owner kereta.

Dalam masa yang sama pihak bengkel juga akan beritahu anggaran kos yang perlu disediakan.

Pihak bengkel juga akan tanya juga pada owner kereta sama ada ingin di baiki semuanya sekaligus dengan anggaran kos baiki tersebut ataupun mahu baiki part yang urgent saja dulu.

Kalau tak cukup duit baiki sekadar untuk gerakkan kereta semula. Nanti-nanti baru tukar seketul gearbox baru. Manalah tahu kalau-kalau masih lagi kekurangan budget pada masa itu.



Kat sini secara tak langsung boleh tahu yang owner bengkel tidak akan tukar atau baiki mana-mana part selagi tak dapat persetujuan daripada owner. 

Aku sendiri kalau pergi ke MG Garage akan terus slow talk beritahu apa masalah kereta, agak-agak apa yang patut di baiki dan terus juga minta owner bengkel untuk beri satu sebut harga supaya mudah untuk aku budget.

Jika kebetulan tika tu poket tengah kering, aku minta pihak MG Garage baiki apa yang patut je dulu as long kereta aku boleh run on road balik untuk aku guna pickup anak-anak sekolah seperti biasa. 

Then baru aku kembali lagi untuk baiki part seterusnya.


Pelbagai Servis Dengan Perkhidmatan Yang Terbaik 

Selain daripada servis membaiki gear dan enjin, turut ditawarkan juga servis membaiki aircond dan tidak lupa juga servis penukaran segala macam minyak seperti minyak silinder dan lain-lain lagi. 

Jika hendak balik kampung tu memang boleh di hantar kereta ke MG Garage untuk di buat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Sku sendiri siap minta tolong isikan air pada kereta juga! 

Almaklumlah namapun pompuan kan, bukannya reti mana part-part ni!! Haha.... wat maluuuu jer...


So, jika korang ada alami masalah yang berkaitan dengan gear seperti susah mahu masukkan gear ketika pemanduan, kereta rasa bergegar, susah mahu tukarkan gear kepada neutral, drive mahupun reverse dan lain-lain lagilah masalah yang berkaitan dengan gear ni.

cepat-cepat baiki kalau tidak mahu lebih banyak kos habis. Part gear jika ada kerosakan pada tahap awal dan terus lengah-lengahkan masa maka masalah tu akan menjadi semakin teruk dan akan menelan belanja yang jauh lebih besar daripada permulaannya tadi.

Yang paling penting, make sure dapatkan satu bengkel yang korang rasa okay dan yakini so takde la nanti tiap kali nak ke bengkel mesti akan rasa boring dan stress!! 

Bagi yang berada di sekitar Tanah Merah Kelantan dan berminat untuk dapatkan servis daripada MG GARAGE bolehlah contact Encik Miji di 013-7967025 atau 0111-4584573


4 comments for "6 Punca Utama Penyebab Gearbox Kereta Rosak "

  1. Good sharing. Risau sangat kalau kereta breakdown masa kita berdua dengan anak. Semoga dijauhkan.huhu.

    ReplyDelete
  2. good info Awa.. Liez memang mmg tak tahu la pasal gearbox kereta..

    ReplyDelete
  3. Saya pun pernah kena sekali masalah macam ni. Hehehe. Memang meraung lah jugak. Tapi nasib baik lah jadi tu kat area pekan kawasan rumah jugak :D

    ReplyDelete