Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Misi Mencari Handsock Muslimah Cantik Selesa Dengan Harga Murah Telah Terlaksana !

Assalamualaikum awak awak semua... salam manis manis, sayang sayang dari aku untuk hari ni. Eh tetiba manis sayang ni dah kenapa? Buang tabiat? Haha... sebenarnya daku terlajak happy tersangat-sangat happy tahap cipan kerana dah berjaya memiliki handsock cantik lawa cuwit cuwit.



Tangkap Leleh Dengan - SATU MAKNA 4U


Pada mulanya daku sendiri terfikir company apa agaknya dengan nama Satu Makna 4U ni tapi selepas di intai-intai rupa-rupanya ia adalah sebuah Butik Muslimah yang mengfokuskan pada jualan pakaian untuk para muslimah seperti stokin lengan yang dikenali sebagai handsock ataupun armsock berserta dengan produk lain juga seperti sarung kaki. Segalanya di datangkan di dalam pelbagai macam warna dan yang paling best designnya juga sangat cantik dan menarik ketika digayakan.


Jika ditanya design mana satu yang paling aku suka, minta maaf daku sendiri tidak dapat memberi satu jawapan yang pasti kerana semuanya tampak 'cukup sifat cantik sempurna' di mataku ini... chewah macam ayat tengah jatuh cinta tapi memang hakikatnya aku dah jatuh cinta pun. Alamak!

Satu Makna 4U - Bukan Sembarangan Butik 

Korang tengoklah sendiri betapa cantiknya design yang dibawakan oleh pihak Satu Makna 4U ini pada pencinta fesyen muslimah seperti diri aku ni. Ada yang simple, ada yang feminin dan tidak kurang yang boleh tampak manis-manis ayu. Daku sendiri sempat grab 3 (tiga) jenis item daripada Satu Makna 4U ini dan di sini suka untuk aku kongsikan bersama korang semua dengan lebih dekat lagi. 


Inilah rupa 3 (tiga) jenis barangan yang telah mampu membuatkan daku berasa amat puashati. Yang pertama adalah Addra Exclusive, yang ke dua adalah Ainisha Ruffle 3.0 Triely dan yang ketiga adalah Stokin Soka.



1. ADDRA EXCLUSIVE

Addra Exclusive ini merupakan handsock ataupun sarung lengan yang bagi pendapat aku sangat sweet kerana terdapatnya ciri-ciri 'comel' melalui butang berbentuk bunga yang berwarna merah. Gabungan hitam dan merah yang sangat kontra ini benar-benar telah menonjolkan lagi butang berbentuk bunga tersebut dan apa yang lebih penting kain yang digunakan untuk menghasilkan Addra Exclusive ini sangat lembut, selesa dan serap peluh.


Tidak hanya itu, jahitannya juga agak kemas dan apa yang membuatkan aku semakin suka kerana pada penghujungnya turut diletakkan tali penyangkut untuk dipakai pada ibu jari dan pada penghujung di bahagian lengan pula turut diletakkan getah yang sangat selesa dan tidak menyakitkan supaya sarung lengan (handsock) ini dapat dipakai tanpa ada sebarang masalah terlurut ke bawah dan sebagainya. 


Percaya atau tidak korang patut juga percaya yang harga untuk handsock dengan code Addra Exclusive ini hanyalah RM15 saja sepasang! Jika nak lebih cantik melecun korang boleh beli Addra Premium yang lebih menonjol dengan warna-warna lebih menarik berserta dengan butang berbentuk bunga yang lebih daripada satu. 


2. AINISHA RUFFLE 3.0 - TRIELY

Sejak dari mula aku terlihat handsock dengan code TRIELY ini aku dah mula geleng kepala. Bukannya geleng sebab tak suka tapi disebabkan terlebih tahap teruja. Dalam hati dah mula membayangkan alangkah cantiknya jika mengenakan handsock ini ke majlis-majlis tertentu kerana designnya sangat up to date dan tampak feminin. 


Kain yang digunakan pula adalah daripada jenis mosscrepe yang sangat berkualiti dan sama sekali tidak panas. Gabungan warna yang agak kontra antara fabrik handsock dan juga jahitan ruffle tersebut turut membuatkan ianya tampak sangat menonjol terutama bagi yang suka mengenakan persalinan simple. Pendekata, meskipun pakai biasa-biasa tetapi dengan mengenakan handsock Ainisha Ruffle 3.0 Triely ini terus akan bertukar menjadi lebih ayu dan menawan.


Seperti yang telah dijangkakan, fabrik dan jahitan ternyata sangat berkualiti, kemas dan sangat-sangat berbaloi dengan harga yang perlu di bayar. Jika korang rasa handsock ini cantik di mata dan berkenan di hati, apa salahnya kalau grab sepasang tetapi alang-alang beli ada baiknya grab dua pasang dan ke atas kerana handsock Ainisha Ruffle 3.0 Triely ini didatangkan di dalam bermacam warna yang menarik.


Betulkan cakap daku tadi? Ianya didatangkan di dalam pelbagai warna yang sangat-sangat menarik dan apa yang lebih bestnya lagi... sudah semestinya pada harga yang diletakkan. Murah Murah Terlajak Murah!! Boleh lihat sendiri senarai harga seperti di bawah.

AINISHA RUFFLE 3.0 BASIC
Panjang : 36 cm
Lilit atas : 20 cm
Lilit bawah : 13 cm
Harga RM 10

AINISHA RUFFLE 3.0 DWIELY 
Panjang : 36 cm
Lilit atas : 20cm
Lilit bawah : 13 cm
Harga RM 12

AINISHA RUFFLE 3.0 TRIELY
Panjang : 38 cm 
Lilit atas : 20 cm
Lilit bawah : 13 cm
Harga RM 15




3. SOKA SOCK ( Stokin Soka)

Last but not least adalah Soka Sock dan sebagai pengemar sarung kaki suka untuk aku akui yang ini adalah salah satu  stokin yang mula mendapat tempat di hati. Bukan nak membodek tapi itulah hakikat sebenarnya kerana bagi aku ianya bukan hanya memenuhi kehendak si pemakai yang ingin berasa selesa tanpa berpeluh hingga berbau malah ianya juga dapat memberi kuasa memilih untuk si pemakai sepenuhnya dengan membeli mengikut size yang dikehendaki.


Ruangan khas untuk ibu jari turut memudahkan kerja kita sebagai si pemakai untuk mengenakannya dengan mana-mana jenis kasut mahupun sandal yang kita suka. Jika dulu selalunya apabila memakai stokin terpaksa hanya dengan memakai kasut mahupun sandal bertali lintang semata-mata tapi sekarang ni nak sauk sandal kepit kat jari pun dah okay!! Yes.....


Sama seperti handsock-handsock tadi, Soka Sock turut menawarkan pelbagai macam warna daripada rona ton gelap, terang sehinggalah kepada cerah dan pastel. Korang boleh pilih sendiri mengikut warna kegemaran masing-masing dan yang lebih penting harganya juga terlajak murahh!! Adoiii... dah la selesa, cantik, murah plak.. hmmm.. camanalah daku tak tangkap leleh... 




Yang pasti daku sendiri sangat puashati kerana dah bertemu dengan salah satu seller online yang boleh membekalkan handsock cantik dengan harga yang murah sebegini. Jika nak lihat dengan lebih dekat bolehlah tonton video di bawah ni okay...



Masih Tercari-cari Handsock Murah Tapi Lawa Selesa? Hentikan Pencarian Di Satu Makna 4U Collection Sekarang !

Untuk mebuat tempahan atau ingin bertanyakan soalan lanjut secara terus, bolehlah menghubungi wakil pihak Satu Makna 4U Yang Sah melalui detail di bawah ini. Agent juga turut dialu-alukan.



Instagram 

Facebook 

Website 

Telefon :  016-7710754  


 #handsock #muslimahfashion #muslimahwear #handsockmurah 




10 comments for "Misi Mencari Handsock Muslimah Cantik Selesa Dengan Harga Murah Telah Terlaksana !"

  1. Cantiknya si Adra tu..kalau order online, kos pos berapa sis?

    ReplyDelete
  2. Berkenan pulak tengok Ruffle 3.0 Triely ok nak stalk ig dorang

    ReplyDelete
  3. Liez selalu gak usha brg dkt makna4u ni.. belikan handsock untuk mak liez..

    ReplyDelete
  4. Cantik lah kak.. Zaza pun mmg tgh cari handsock ni sbb yg skg dh terkoyak

    ReplyDelete
  5. cantik designnya, yg ptg meterialnya baik...

    ReplyDelete
  6. Best. memang best! dari dulu beli stokin dengan handsock ka satumakna4u ni je. hehe

    ReplyDelete
  7. cantik2 la design dia...nt nak beli jugalah..harga pun berpatutan sangat

    ReplyDelete
  8. Wow bestnya ada 1 stop center for muslimah

    ReplyDelete