Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jom Nikmati Ikan Segar Bakar Ala 'Byung Man Style' di Restoran Ikan Bakar Pachakan, Terengganu

Assalamualaikum.... hai korang... okay, kali ni daku nak share satu lagi tempat makan yang bagi aku agak 'rare' dan unik! Actually tempat makan ni bertahun-tahun beroperasi cumanya kebetulan ada seorang rakan pada Mek Yunie perkenalkan restoran ni sebagai salah satu tempat makan yang patut kami cuba di Terengganu so memang kenalah dengan kami yang berada kat area Pantai Timur ni... 

Dek kerana hendak mencuba sendiri tanpa mahu terus percaya bulat-bulat akan kesedapan yang mungkin sekadar sengaja ingin di gembar gemburkan maka Mek Yunie pun ajaklah daku n family untuk mencuba restoran tersebut... Restoran yang di maksudkan ini adalah IKAN BAKAR PACHAKAN yang terletak di Kampung Pachakan, area Kuala Besut, Terengganu.


Disebabkan Kuala Besut ni agak hampir dengan sempadan Kelantan so jarak untuk sampai ke sana dari area Kelantan ni hanya makan masa dalam 1 jam 30 minit saja dengan perjalanan arus lalulintas yang agak lancar. Kami bertolak ke sana dalam jam 5.45petang dan jangan risau kerana di sepanjang perjalanan nanti akan ada masjid-masjid yang boleh disinggah untuk menunaikan solat Maghrib.

Masa mula-mula tiba, tika itu pelanggan masih belum ramai lagi agaknya disebabkan waktu Maghrib dan mudahlah untuk kami pilih meja mana yang nak diduduki. Mujur jugalah turut disediakan baby chair so mudahlah sikit untuk aku handle si Kasih yang dah pandai nak makan macam-macam ni.

Mama and Kasih tengah tunggu makanan

Settle 'parking' tempat duduk, bermulalah operasi memilih ikan! Haaa kat sini korang jangan risau kerana menurut tuan empunya kedai itu sendiri semua ikan-ikan yang ada adalah fresh. Ikan-ikan ni di ambil terus dari jeti Kuala Besut ataupun Tok Bali dan sebagai salah seorang penduduk Pantai Timur memang daku tak hairanlah sebabnya kawasan Kuala Besut tempat berdirinya Kedai Ikan Bakar Pachakan ni memang tidak jauh mana dengan laut sebenarnya. 

Kalau tak percaya, korang boleh tengok sendiri keadaan ikan-ikan yang bakal menjadi mangsa kerakusan makanan oleh kami ini nanti....


Nampak tak? Haa kan betul daku kata ikan-ikan ini sangat segar bugar dan pastinya akan rasa sedap apabila di makan. InshaAllah...  jenis-jenis ikan ini tidak menentu kerana perlu berdasarkan ikan yang ada di jeti pada hari tersebut. Yang penting tuan pemilik kedai memang akan sediakan pelbagai jenis ikan demi untuk memuaskan hati para pelanggan dari masa ke semasa. Bagi aku cara ini bagus kerana tidaklah pelanggan berasa jemu dengan jenis ikan yang sama saja setiap hari.



Owner kedai Mr.Ijoy ni siap tanya nak ikan besar ni ke??? Alamak.... camana nak perabih ikan besar tu boss? Walaupun begitu, daku terkejut la juga dengan harganya sebab dalam fikiran aku mesti mahal.... lol... tipikal akal manusia... tapi, murah beb!! Tahap murah camana, korang kena call tanya sendiri sebab harga ikan akan mengikut nilai pasaran harian. Kan aku cakap harga ni tup tup harga masa tu naik sikit tak pasal daku balik yang korang marah... Hahahaha......

Mr.Ijoy - owner yang pemalu giler.... bertuah aku dapat gak gambar ni 
Misi menunggu makanan tak lama dan disebabkan kami teringin giler nak rasa ikan fresh dari sisir laut maka cara masakan yang di minta adalah BAKAR TAWAR. Tahu tak bakar tawar ni apa? Bakar kosong la maksudnya.... lebih pada nak rasa kemanisan ikan tu sendiri yang sememangnya masih fresh.

Bercerita tentang bakar tawar ni terus daku teringat akan citer variati tv terkenal dari Korea yang bernama The Law Of The Jungle. Rancangan yang terkenal dengan pengikut tahap billion dari seluruh dunia tu memang selalu bakar ikan cara gini so kalau korang salah saorang peminat Byung Man dalam Law Of The Jungle macam daku ni, berminat nak rasa ikan grill cara tradisional dengan rasa segar ikan tu sendiri, inilah tempat yang patut korang tuju.

tetiba terselit gambar rancangan Law Of The Jungle famous tahap Running Man ni.. hehe

Tak nak cakap banyak, ni haaa makanan dah sampai. Betul kan apa yang ku cakap tadi? Ikan-ikan yang di bakar tawar ala 'Byung Man Style'. Pandai-pandai je daku bagi nama kan sedangkan owner sendiri pun tak tahu bab ni... well, daku sebagai pelanggan pastinya daku ada hak untuk membayangkan sendiri apa yang ku rasa.. tak gitu?

Sotong pun ada tau dan jangan risau kerana turut disediakan sambal buatan sendiri yang memang mabeles! Rasa pedas manis masam yang sangat balance. Kata owner kalau campur dengan kicap lagi best. Nak campur dengan budu pun okay. Patutlah atas meja makan turut di letak kicap dan budu. Tapi daku decide makan gitu je, lebih umphhh sebab pekat. 


Korang tengoklah sendiri, segar dan menyelerakan. Isi ikan pun bila cubit tak dry, lembab dengan lemak semulajadi ikan tu sendiri. Jenis ikan yang ku makan hari tu, sorry daku sendiri tak pasti sebabnya kami minta jasa baik Mr.Ijoy untuk sediakan ikan yang sedap.... 



Ohya, Kuah kari turut disediakan untuk memberi lebih rasa pada nasi. Sotong bakar pun ada dan sotong ni memang lembut dan tidak kering. Bila gigit best sangat time kunyah tu. 

Cuma satuuuu je yang kurang! 

Pendapat peribadi aku ni, perlu juga owner sediakan sos pencicah buatan sendiri dan juga sambal buatan sendiri tanpa belacan. Sos pencicah buatan sendiri tu tidak boleh terlalu pedas untuk budak-budak dan juga pelanggan yang mahukan rasa masam manis dalam masa yang sama boleh menyebabkan rasa lebih asyik ketika melayan makanan ni dengan cara ratah-ratah lauk. Lepas ni tolong sediakan untuk pelanggan Sos cicah buatan sendiri ye Mr.Ijoy, tak aci sos dari botol. hahaha..  Untuk sambal tanpa belacan tu pula khas untuk mereka yang ada alahan teruk seperti pesakit resdung. At least takde la asyik dok achum achum lepas makan tu............. ngada kan daku ni?? Well namapun pelanggan.... 


Ini daku punya! Jangan kacauuuuu..... hahahaha.... nak kacau apa, dah selamat masuk perut pun.. nampak sangat daku makan banyak. Alamak... maluuuuuuu.... bagi yang datang seorang diri jangan risau kerana korang boleh juga order set personal. Untuk set personal ni macam yang aku makan ni la... ada ikan, sotong, nasi, sambal dan juga kuah kari.


Kat situ daku bolehlah juga suap si Kasih ni sebabnya ikan ni di bakar segar tanpa bahan sampingan lain. Dapatlah beri Kasih makan isi ikan sikit buat ambil rasa kata orang tua. Alhamdulillah, Kasih pun sama naik dengan mama. Kuat makan juga anak dara ni pun..... mujurlah mamanya ni dah prepair bawa bubur nasi dari rumah.


Alhamdulillah kenyang sangat cuma satu je masalah lain... apa masalah tu??? Well, kami makan tak leh habis... Ya Allah, terlajak kenyang sampai tak boleh nak isi tapi dalam masa yang sama mata masih melirik pada ikan di atas meja. Ishhhh camana ni??? 


Dek kerana tak nak membazir, kami dengan rasa tidak malunya terus tanya pada Mr.Ijoy samada leh bungkus ke tak? Jawapannya adalah YA!! Malah memang dah disediakan servis bantuan bungkus bawa pulang ni untuk mana-mana pelanggan yang mahu makan di rumah ataupun terlajak order pastu tak leh nak perabih. Hahahaha.... kami tak terlajak order ye, sedang elok je cuma last minute sorang lagi kawan tak leh datang... so adalah lebihan ikan bakar sebanyak 2 ekor lagi yang tidak tersentuh. 

Mrs Ani - hakak comey kat bahagian bungkus
Yang pasti, pihak pengurusan restoran ni memang sangat ramah sebabnya ikan yang dibungkus tu bukan hanya setakat ikan semata-mata tetapi di beri juga sambal sebagaimana yang di makan kat kedai. Sambal baru dari dapur di isi dalam bekas sesuai dengan jumlah ikan bakar yang kami tak habis makan tu. Part ni daku puji... terbaikkkkk!! Nampak unsur nilai keikhlasan di situ terhadap pelanggan. 

sambal ni sedap giler! Tolonglah kekalkan rasanya wahai Mr.Ijoy
Sambil tu sempatlah daku jenguk sikit kat bahagian penyediaan makanan dan memang betullah, ikan-ikan di bakar secara asli saja sepenuhnya dengan menggunakan arang.


Sambil nak keluar dari kedai tu sempatlah juga jeling-jeling ke meja pelanggan lain. Masing-masing makan dengan berselera tak angkat muka kata orang. Memang lain daripada yang lain dan konsep makan ikan segar dengan harga yang murah begini memang patut di ketengahkan. Namapun Kuala Besut tempat ikan fresh kan??? 


So pada korang yang berada di sekitar Pantai Timur tak kisahlah penduduk setempat mahupun pelancong luar sekalipun, jika nakkan ikan fresh yang dah di masak dengan cara asli moh la ke RESTORAN PACHAKAN kat Kuala Besut ni. 


Kalau takut sesat korang guna Google Map je gerenti akan jumpa kedainya. Daku sendiri pergi hari tu dengan bantuan hakak Google Map yang dok arah dengan suara serak basahnya ke kiri dan ke kanan.. 



Jika nak buat tempahan lebih awal pun boleh call terus pada Mr.Ijoy di 0148427979. 

Lets go to Kuala Besut... dan apa pendapat korang tentang restoran ni? Patut di cuba ke tak? 



10 comments for "Jom Nikmati Ikan Segar Bakar Ala 'Byung Man Style' di Restoran Ikan Bakar Pachakan, Terengganu"

  1. tu dia besar ikan nampak.... mesti makan sampai menjilat jari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. memang besar dan sedap pun kak shila oi

      Delete
  2. Wah sedap tu. Nanti kalau ke besut boleh try👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus singgah.... puashati dapat makan ikan fresh

      Delete
  3. bilalah gaknya nak bercuti ke terengganu ni..banyak tempat makan yang best² kan kat sana

    ReplyDelete