Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Super Beauty Day 10.10 - LAZADA Nekad Cantas Harga Produk Kecantikan Demi Pembeli

Assalamualaikum semua... hello hello... esok adalah 10.10.2018, cantik tarikh tu dan secara tiba-tiba terdetik di hati, tak ada ke mana-mana sales yang best sempena tarikh yang cantik ni? Manalah tahu kan? Sebabnya tarikh 10.10 ini memang lawa pun. So, daku pun sempatlah klik-klik mencari kempen jualan hangat terbaru yang ada secara online. Cari punya cari daku ternampak satu sales ini yang di beri nama SUPER BEAUTY DAY oleh pihak LAZADA.

Korang dah perasan ke belum tu tentang Super Beauty Day ni? Kalau belum perasan meh sini daku nak tolong kongsikan. Daku sendiri dah get ready ni sebabnya dah tak sabar nak beli beberapa produk beauty dengan diskaun ganda-ganda melalui Lazada pada hari RABU 10.10.2018 ni kerana harga yang ditawarkan melalui kempen ni rendah dan berpatutan.

SUPER BEAUTY DAY - 10 10 2018 

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Niqabis pun pakai produk beauty ke? Well nama pun pompuan. Kalau lelaki pun dah pandai jaga penampilan dengan basuh muka dengan cleanser, letak serum dan letak lipstik, eh silap... letak lip balm.. haaa itu baru betul. Inikan pula perempuan macam daku ni.

Memakai niqab itu bukan tanda wajah perlu di biar begitu saja hingga naik jerawat cuma memakai niqab ini adalah dengan tujuan lain untuk setiap diri individu itu sendiri, sebagai contoh daku sendiri sebagai amaran bahawa aku perlu menjaga diri dengan status sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak yang sudah semakin membesar. Itulah tujuan berniqab dan macam yang ku cerita tadi ianya bersesuaian dengan niat dan tujuan diri si pemakai itu sendiri.

Lupakan dulu soal berniqab yang pasti daku dah teruja sangat dengan kempen Super Beauty Day ni sebabnya berdasarkan pemerhatian yang telah ku baca di website LAZADA tadi, terdapat begitu banyak jenama terkenal bertaraf antarabangsa yang akan mengambil bahagian di dalam kempen jualan cantas harga melalui Super Beauty Day pada 10.10 ni.




Antara jenama-jenama tersebut adalah seperti :
  • Urban Decay
  • AHC
  • NYX
  • Dove
  • Olay
  • Eucerin
  • Clinique
  • Biotherm
  • Neutrogena

Hmmm... naik terbeliak biji mata tengok semua jenama kat atas tu sebabnya masing-masing adalah jenama famous amos. Kalau nak beli sesaja ish boleh rabak poket tu, almaklumlah nama pun produk hebat kan? Sesuai sangatlah jenama tu dengan harganya sebab produk-produk tu selalunya memang menjadi. Daku sendiri pernah beli dan guna.

Kat bawah ni pula jenis tawaran yang akan brand famous amos tu berikan. Korang boleh tengok sendiri, bermacam jenis tawaran yang hendak diberikan special untuk para pembeli dari website LAZADA. Bukan hanya setakat dalam bentuk voucher bahkan tawaran BELI 1 PERCUMA 1 pun ada! Meriah memang sangat-sangat meriah. Kalau ginilah gayanya, daku rasa boleh penuh barangan beauty and makeup kat atas almari solek tu. Haha.



 Ohya, pada yang bakal bergelar raja sehari pada hujung tahun nanti, inilah masa terbaik untuk beli sebabnya jenama yang akan buat tawaran harga special ni akan turut menawarkan produk mereka dalam bentuk set. So, nanti bolehlah dipakai dalam masa sebulan dua ini sebelum naik ke atas pelamin.


Jangan lupa di beli sekali untuk si pasangan tersayang tu. Jika cik abang busy, korang beli je dalam bentuk suprise box macam ni. Gerenti diaorang suka sebabnya dapat hadiah kejutan dan bila buka di dalam rupanya set penjagaan diri yang dapat transform untuk jadi lebih handsome di hari bahagia. Apapun, sebelum beli jangan pula hingga terlupa untuk kenalpasti dulu jenis kulit wajah insan tersayang tu okay... kan tak pasal-pasal nak suprise punya pasal tersalah beli produk. Sebagai pembeli haruslah bijak!


Dan disebabkan bijak itulah, sekiranya ada budget yang lebih, korang boleh juga membeli sebagai barangan hantaran. At least dapat jimat masa dan juga tenaga daripada perlu fikirkan idea untuk konsep barangan yang sesuai untuk dijadikan sebagai pemberian hantaran tu nanti. Mudah bukan?


Harga Pecah Kepala Dengan Paling Kebaboom !

Yang pasti harga yang akan diberikan nanti akan mencapai diskaun sehingga 80% !! Bukan itu saja, sudahlah ada potongan harga yang banyak di beri pula tambahan lain dalam bentuk permainan yang di beri nama SLASH IT! Dengan Slash It! akan semakin untung kerana kita boleh beli sesuatu barangan yang ditawarkan itu dengan harga serendah RM1 sahaja!!


The Super Beauty Day sale also offers Flash Sales, Vouchers, Bundles and Buy 1 Get 1 Free Deals!

SLASH IT Lazada - Harus Sertai Jangan Terlepas

Cara nak sertai Slash It! ini mudah saja.. Apa yang perlu kita lakukan adalah :

1 - Download aplikasi Lazada ke handphone dan Login 
2 - Pilih produk yang ingin di 'slash' melalui katalog yang telah disediakan
3 - Share jemputan pada rakan untuk bantu dapatkan (Slash) produk tersebut
4 - Jika target jumlah slash untuk produk tersebut mengena maka kita boleh membelinya dengan harga tidak masuk akal yang sedang terpampang pada masa itu. 

Untuk info lanjut mengenai cara untuk slash, boleh lihat melalui video di bawah ini :



Nak Dapatkan Produk Beauty Yang Bagus? Ingin Membeli Dengan Harga Terlajak Murah?

Inilah dia peluang untuk kita semua termasuk diriku dan juga korang semua. Jom kita sama-sama lock tarikh 10.10 ini supaya kita semua dapat membeli dengan harga penuh puashati. Pada Lazada, terima kasih kerana sudi adakan kempen sebegini dan teruskanlah buat kempen sebegini lagi di masa akan datang tanpa henti.... 

SUPER BEAUTY DAY - 10.10 


2 comments for "Super Beauty Day 10.10 - LAZADA Nekad Cantas Harga Produk Kecantikan Demi Pembeli"