Gembiranya Di Majlis Pembukaan Rasmi Dengan Wajah Baru McDonald's Pandu-Lalu Wakaf Che Yeh

by - 11:18

Assalamualaikum,... sebagaimana yang daku beritahu pada tajuk artikel ini, pada 20 Oktober 2018 yang bersamaan dengan hari Sabtu daku telah mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama anak-anak di majlis pembukaan rasmi untuk McDonald's DT berlokasi di Wakaf Che Yeh yang telah tampil dengan wajah yang baru untuk sistem pandu-lalu nya

Sebagai salah seorang pelanggan tetap sudah semestinya daku rasa sangat teruja dan makin ganda teruja adalah pada diri anak-anakku sendiri yang sangat terkesima tatkala Mr.Ronald McDonald muncul dengan sendirinya di depan mata!

Daku bersama anak-anak dan Mr.Ronald McDonald
Kalau korang nak tahu, pagi-pagi lagi anak-anak dah siap sedia nak ke McDonald's dan asyik tengok jam je kerana tak sabar nak ikut program dalam aktiviti ni. Kata mereka nak menang hadiah! Haaa nak tahu hadiah untuk pertandingan apa? Kenalah baca artikel ni dari awal hingga akhir okay.

Bermula dari waktu awal menjejak kaki ke majlis ini, kami tiba lebih kurang jam 8.45 pagi dan ketika itu orang ramai telahpun mula membanjiri kawasan perkarangan McDonald's DT di kawasan Wakaf Che Yeh ini. Selesai parking kereta di seberang jalan kami terus melintas dan cepat-cepat pergi ke bahagian pendaftaran takut kalau-kalau terlepas peluang untuk anak-anakku ini turut serta.


Tengok tu, tiba je kat meja pendaftaran terus beri nama! Sebenarnya ini adalah untuk turut serta di dalam pertandingan mewarna untuk anak-anak yang berusia 12 tahun ke bawah di dalam dua kategori. Jumlah peserta untuk setiap kategori hampir dengan 30 orang kalau daku tak silap dan nampaknya peluang untuk menang memang agak tipis. Tapi tak mengapalah, yang penting ada usaha untuk mencuba. 

mula-mula daftar nama dulu ya

Selesai sesi pendaftaran dengan kadar bayaran RM15 seorang, kami terus ke bahagian pertandingan mewarna dan hendak dijadikan cerita pensil warna anak-anakku tertinggal dekat rumah! Subhanallah... dah di pesan berkali-kali tapi akhirnya tertinggal juga!! Grrrrr.....

Nasib baiklah ada hakak-hakak McDonald's yang comel dan baik hati tu yang memang telah di prepair pensil warna untuk mereka yang mungkin terlupa atau memang tak bawa dari rumah seperti daku ni.. huhuhu.... Maka dengan adanya bantuan tersebut dapatlah anakku mewarna sebagaimana yang sepatutnya. Phewwww.... nasib baik....

wajah baik hakak McD kita yang bantu dapatkan pensil warna

Disebabkan syarat pertandingan ini tidak membenarkan sama sekali mak ayah berada berhampiran dengan anak untuk berlaku adil ke atas kreativiti anak itu sendiri, maka daku tinggalkan anakku yang dua orang dengan kekhusyukan mereka mewarna dan terus beralih kepada aktiviti lain yang ada kat situ. Suka pula lihat kegembiraan anak-anak dengan suasana majlis yang penuh dengan belon berwarna-warni ni. 

Muhammad Awwal kini muncul dengan penampilan gaya potongan rambut yang baru.... 
Antara aktiviti lain yang ada di situ adalah mewarnai lukisan dengan butiran pasir yang telah diwarnakan dan juga 'lukisan wajah' yang bersifat sementara di atas pergelangan mahupun wajah anak-anak. Lukisan ni kalau mak ayah nak pun boleh, takde masalah....

Fokus adik-adik ni mengisi lukisan dengan pasir sambil ditemani ibu ayah dan akak2 McDonalds

Ohya disebabkan hari ini suami dan anak-anak bercuti maka daku sendiripun dapatlah merasai sedikit suasana 'bercuti' juga dengan tidak perlu terlalu memantau Kasih dan juga Awwal ini kerana suamiku dan angah (anak no 2) telah sudi membantu menjaga Kasih dan Awwal... tambahan pula jika sering ke majlis sebegini memang anak-anak yang kecil akan lebih di jaga oleh suami untuk memudahkan lagi mama mereka ini dapat bergerak dengan lebih santai.


Dek kerana itulah daku sempat duduk berdua berdating dengan Along ( anak sulung) sambil melayan McCafe yang super sedap!! 100% arabica maunya x sedap!! Pure dengan rasa biji kopi sebenar just pilih je perasa apa yang kita suka... kalau daku ni suka cappucino, mocha, latte... sehari kasi 3 gelas pun boleh habis...

bersama anak teruna sulung yang dah semakin besar panjang
Seronok juga rasanya duduk relaks begini sambil layan breakfast. Lagipun masa datang tadi memang tak sempat nak makan kat rumah so dapatlah nikmati breakfast McDonalds yang memang amat menyelerakan ni. 

Untuk sarapan korang boleh pilih apa yang korang suka seperti rolls, pancake, bubur, muffin dan lain-lain lagi. Makin best of courselah sebab boleh makan di dalam suasana yang selesa sambil terbau aroma kopi yang semerbak. Boleh gugat iman oooo bau kopi ni. Tambah-tambah untuk daku yang sememangnya seorang coffee lovers ni! 

kalau cakap adik dan kakak rasa-rasa ada yang akan percaya tak? 
Hampir habis bersarapan, si Alang dan Achik pun sampai ke meja kami dengan sekotak Happy Meal dan sebekas air milo tiap seorang. Katanya akak McDonalds kasi.... kiranya bayaran RM15 tadi turut disertakan makanan dan minuman juga selain daripada dapat menyertai pertandingan mewarna tu tadi. Alhamdulillah, thats good!

wajah Achik dan Alang yang terlajak happy

Sedang bersarapan, terlihatlah kelibat dua orang lagi bloggers seperti aku ni... Alhamdulillah secara tak langsung dapat jadi tempat pertemuan untuk bergebang. Inilah sebabnya mengapa daku suka singgah ke McDonalds kerana ianya dapat menjadi satu tempat best untuk duduk bersantai dan ngopi bersama teman-teman. Makin best kerana ada tempat bermain indoor untuk anak-anak sambil mak-mak duduk membawang... ehhhh ye ke membawang? Taklah, sesaja nyembang tanya khabar jer. Sambil-sambil tu dapat juga update nombor contact terbaru.

Best sangat bila dapat nyembang gini  dengan kengkawan yang ada... 
Jika nak rakamkan gambar takde masalah, korang hulur je handphone tu pada mana-mana staff McDonalds dan akan tertangkaplah foto di camera handphone masing-masing cause staff kat McDonalds Wakah Che Yeh, Kota Bharu ni memang friendly belaka.... 

credits to Mrs Wahida for this pic, she's one of our bestfren that works with McDonalds.... luv u beb!! Muah..

Selesai bersarapan, kami semua kembali ke booth aktiviti. Tapi sebelum tu sempatlah menyinggah sebentar ke meja promosi untuk sambutan birthday. Terkejut juga dengan harga pakej birthday yang hanya bernilai dari RM100 ke atas je untuk bilangan 10 orang kanak-kanak dan ke atas. Takpe nanti kalau ada kelapangan , daku akan citer lanjut mengenai BIRTHDAY PARTY by McDonalds ni...


Kami juga amat bernasib baik kerana pada hari tersebut turut disediakan sudut khas untuk mengambil gambar berserta dengan servis photographernya sekali. Bukan hanya itu, setiap gambar yang terakam akan terus di print dalam bentuk gambar nyata bersaiz 4R tanpa ada sebarang bayaran yang akan dikenakan. Ini semua adalah 'hadiah personal' dari McDonalds khas untuk para pelanggan yang sudi hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.

bertiga adalah lebih baik daripad berdua.. lebih ramai lebih meriah!

Di booth, majlis akan diteruskan lagi dengan sesi perasmian Wajah Baru McDonald's Pandu-Lalu ini. Jika tadi daku hanya dengan famili tapi kini ada juga bloggers Mek Yunie dan juga Cik Nor. Makin meriah bila ada para tetamu lain yang terdiri daripada adik-adik comel yang sedang asyik menikmati makanan dari kotak Happy Meals mereka. Riuh tapi bahagia!! Seronok lihat wajah gembira penuh senyuman lebar di wajah anak-anak ini.

blogger Cik Nor (kiri) and blogger Mek Yunie (kanan) 
Majlis perasmian yang dikendalikan oleh MC yang agak vogue telah membuatkan suasana makin rancak dan happening. Makin tak boleh lupa saat 'watak utama' muncul ke majlis... gamat suasana tatkala hadirnya karakter Mr.Ronald McDonald dengan costume rasmi merah kuningnya. Anak-anak aku sendiri asyik dok menjeling je tengok Mr.Ronald tu... 

Mr.Ronald McDonald datang naik scooter
Seterusnya majlis diteruskan lagi persembahan kompang dengan nyanyian berunsur ketuhanan dan juga acaan doa selamat sesuai dengan personaliti Kota Bharu Bandaraya Islam itu sendiri. 


Tidak lupa juga ucapan tanda gembira berserta dengan sedikit penerangan ringkas mengenai hasil ubahsuai yang makin cantik serta 'canggih' ke atas McDonalds untuk cawangan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu ini. Makin bermakna apabila kesempatan ini turut digunakan untuk memberi sedikit bantuan kepada adik-adik comel dari Rumah Persatuan Kebajikan Al Rahman Kelantan.

adik-adik comel yang wajib kita sayangi sama-sama

persembahan dari adik comel ini turut disertakan juga khas untuk para hadirin

Tidak hanya itu saja, majlis diteruskan juga dengan persembahan silap mata! Haaa part ni bukan anak-anak je happy tapi mak ayah pun tumpang tonton persembahan ni dengan mata yang fokus. Fokus sebab cuba nak cari sebab mengapa trick tersebut menjadi sebenarnya,... hahaha...


Setelah itu, semua hadiri bersatu untuk melakukan pengiraan detik rasmi untuk dicatatkan sebagai salah satu antara hari paling bersejarah di dalam diari McDonalds itu sendiri. Tahniah McDonalds di atas kejayaan kalian untuk menaiktarafkan lagi restoran kalian ini. Sejak dari tahun 2009 ia berdiri di situ dan hingga kini ianya masih lagi menjadi antara salah satu restoran yang sering dikunjungi oleh para warga Kota Bharu khususnya.


Akhir sekali tidak lupa juga majlis penyampaian hadiah untuk acara pertandingan mewarna itu tadi dan sayangnya anak-anakku takde rezeki. Tak mengapa, dapat ikut serta pun daku dah cukup bersyukur kerana sepanjang majlis itu sangat terpancar cahaya gembira di wajah anak-anak terutama untuk Alang dan juga Achik. 

tahniah pada para pemenang
Tika siap-siap nak balik, anak-anakku menjadi teruja semula kerana turut ada kek sedap perasa coklat yang akan dinikmati oleh para hadirin. Dengan adanya kek di depan mata siapa lagi yang makin happy kalau bukan anak-anak. Sama seperti tadi, mak ayah tak perlu susah hati kerana hakak-hakak McDonalds ada untuk bantu melayani anak-anak ini. 

Disebabkan Alang dan Achik sedang happy dengan kawan-kawan baru yang dikelilingi oleh para staff McDonalds yang sangat friendly ini, maka daku ambil kesempatan untuk masuk ke dalam bagi melihat sekilas penampilan wajah baru restoran McDonald's DT Wakaf Che Yeh ini.


Ingatkan kat luar je suasana happy, rupanya kat dalam lebih happening lagi. Semua pelanggan dan staff sama-sama tampak sangat gembira dan kat sini memang boleh nampak tahap connection antara para pelanggan dan juga pihak McDonalds itu sendiri. Dipendekkan cerita, ada pancaran kasih dan sayang. Tak hairanlah mengapa para pelanggan boleh memberi derma dengan memasukkan sedikit wang ke dalam kotak merah kecil yang tersedia di kaunter-kaunter. 



Daku sendiri suka masukkan wang ke dalam kotak tersebut kerana sememangnya telah terlihat hasil lanjutan satu demi satu projek dan juga aktiviti yang dilakukan oleh pengurusan pihak McDonalds Malaysia dengan hasil kutipan tersebut. Team yang menguruskan tentang projek-projek amal ini dikenali sebagai RMHC dan antara projek terkini yang sedang diusahakan sekarang ini adalah pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.

bersama Mr.Nasri , salah seorang orang kuat RMHC
Honestly selaku seorang blogger untuk area Pantai Timur termasuk Kelantan ini khususnya, memang daku sangat berasa terpanggil untuk ke majlis sebegini. Daku juga benar-benar rasa berterima kasih pada pihak Mc'Donalds kerana sudi untuk menjadi antara pihak yang sudi memberikan apa yang boleh kepada komuniti semula dari masa ke semasa. Sepanjang tahun ada saja aktiviti yang dilakukan dan itulah yang membuatkan daku rasa seperti berbaloi untuk terus menjadi salah seorang pelanggan setia untuk restoran makanan segera McDonalds ini dari dulu hingga kini.

with two of my blogger friends

Korang sendiri macamana? Suka ke McDonalds tak? Jika masih belum biasa, jejakkanlah kaki sekali dua cuba-cuba untuk menikmati mana-mana menu makanan yang ualls rasakan sesuai dengan tekak selera masing-masing dan sambil-sambil tu janganlah lupa untuk masukkan sikit ke dalam tabung RMHC tu tau! Takde banyak masukkan RM1 mahupun sen-sen sekalipun tetap di terima..... namapun menderma kan? So atas diri sendiri.


Untuk pihak McDonalds terutamanya untuk cawangan Wakaf Che Yeh ini, keep up the good works.. please maintain korang punya prestasi. Senyuman kat wajah korang yang comel-comel tu pastikan terus diberikan tiap masa walau sampai tahap sakit pipi sebab asyik senyum je tiap masa. Tolong sematkan juga di dalam ingatan kalian yang di Kelantan ini benar-benar ada pelanggan setia restoran korang yang bernama SITI AWADAH aka SIS HAWA ini..... 




Teruskan berbakti pada masyarakat!!! McDonalds DT, Wakaf Che Yeh, congrats!! 



You May Also Like

6 PEMBERI ULASAN

  1. Ade rezeki Ray nak jugak join event mcD

    ReplyDelete
  2. wow... meriahnya... ai rasa berempat tu lebih baik dr bertiga letak ai sorg... kekeke

    ReplyDelete
  3. Bestnya... Kalau ada rezeki nak jugak pergi event cenggini ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  4. bestnya mesti anak2 pun seronok dapat join event mcm ni

    ReplyDelete
  5. Bestnya! Kat pekan saya ni memang belum la nak buka mcD. Hehe. Pekan Baling pun belum layak lagi. Yg terdekat hanya di Sg Petani :D

    ReplyDelete