Pemenang Tercomel Baby of The Year Contest 2018 Kini Sedang Di Cari !

by - 08:08

Assalamualaikum... pada 17 Oktober 2018, sedang asyik bermain dengan Kasih Sufi teringat pula akan satu contest yang diadakan untuk para baby. Pentandingan yang diadakan khas untuk bayi seluruh Malaysia ini dikenali sebagai Baby of The Year Contest 2018 yang ditaja oleh Johnson's Baby Malaysia sempena meraikan ulangtahun mereka yang ke 125 tahun

KASIH SUFI - my lovely princess

Konsep Pertandingan Bertemakan Raja 

The Royal Celebration, itulah nama tema untuk contest ini. Konsep pertandingan dengan tema di raja ini akan menyaksikan si putera dan si puteri daripada 3 (kategori) mengikut umur untuk membawa pulang mahkota Johnson's Baby of the Year Contest 2018 yang berprestij termasuk hadiah-hadiah yang akan ditawarkan nanti. Manakala tarikh akhir untuk menyertai pertandingan ini adalah pada 31 Oktober 2018 (tarikh tamat penyertaan)




Pertandingan bayi comel anjuran Johnson & Johnson ini, bukan sahaja dinilai berdasarkan wajah bayi tetapi juga tahap kreativiti si ibu ayah dalam usaha untuk menyerlahkan lagi tahap kecomelan si manja masing-masing.  Yang pasti seronok jugakan bila dapat tangkap gambar saat-saat comel bersama si manja dan hiasikanlah gambar mereka mengikut tema diraja untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa bernilai sehingga RM80,000




Hadiah Menarik Mengikut 3 Kategori Umur

Melalui The Royal Celebration for Johnson's yang ke 125 tahun ini, pihak Johnson's menawarkan hadiah-hadiah yang menarik dengan dibahagikan tiga kategori mengikut usia iaitu :
  • kategori 1 - untuk bayi baru lahir 0 hingga 12 bulan
  • kategori 2 - untuk bayi berusia 1 hingga 3 tahun 
  • kategori 3 - untuk bayi berusia 4 hingga 6 tahun 

Lagak seorang Puteri - Kasih Sufi untuk kategori pertama ( usia 0 - 12 bulan )

Si pemenang utama untuk setiap kategori akan berpeluang untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta hamper produk Johnson's bernilai RM400 dan si pemenang juga akan berpeluang untuk muncul di dalam muka hadapan majalah. Hadiah untuk 10 pemenang saguhati juga turut disediakan. Hadiah untuk pemenang saguhati ini adalah wang tunai sebanyak RM500 dan juga hamper bernilai RM400 untuk tiap seorang.

Antara produk yang bakal dimenangi dalam bentuk hamper

Jom Serlahkan Kecomelan Putera Dan Puteri Kesayangan

Daku sendiri dah mula ambil gambar Kasih, manalah tahu ada rezeki untuk memenangi pertandingan ini nanti. Tapi biasalah, untuk ambil gambar baby ni bukannya mudah, mesti kena ikut mood. Kalau dia lapar haaa mesti langsung tak kan dapat gambar tengah tersenyum.


Yang paling penting harus ada backup partner yang boleh jadi tukang agah kat belakang... part paling mencabar walau dah berpuluh gambar di ambil tapi yang okay sepenuhnya hanya beberapa keping saja... hahaha...



Cara Untuk Menyertai

Pertama sekali buat pembelian ke atas mana-mana pembelian produk Johnson's dan sila simpan resit bukti pembelian tersebut kerana jika ditakdirkan ada rezeki maka resit itu nanti akan perlu ditunjukkan sebagai salah satu pelepasan syarat untuk penyertaan itu diterima.

Dah beli produk bolehlah tangkap gambar baby comel-comel kemudian terus upload melalui laman utama Johnson's di link ni >> https://www.johnsonsbaby.com.my/boty2018/fancy-them-up#upload


Setelah di upload, hiaskan dengan pelbagai sticker yang telah disediakan mengikut kreativiti masing-masing supaya tema konsep pertandingan 'di raja' ini lebih terserlah. 


Bila dah berpuashati, lengkapkan borang penyertaan dengan butiran peribadi sehingga lengkap kemudian terus klik SUBMIT. Itu saja langkah-langkahnya, mudah je pun....



Punya Baby Yang Suka Beraksi  Di Hadapan Kamera? Nak Cuba Nasib Untuk Menang Wang Tunai Lumayan? Jom Sertai Bersama !!


Kasih Sufi dengan 'hidung busuk' nya

Alhamdulillah, daku dah selesai submit penyertaan untuk si Kasih Sufi. Kalah atau menang itu soal ke dua, yang penting daku dah turutserta dan jika kebetulan ada rezeki maka syukur sangat-sangat dan jika tiada rezeki apakan daya..... pasrah saja.... at least dapat juga abadikan kenangan ini sebagai salah satu memori terindah ketika masih baby untuk si Kasih Sufi yang disayangi ni.... 

Selamat Bercontest!! Semoga berjaya.... ameen



You May Also Like

6 PEMBERI ULASAN