Play Your Role; Be A Safe Driver - Adakah Kita Pemandu Yang Bagus?

by - 08:42

Assalamualaikum ualls..... hari ni daku nak ajak ualls cerita tentang topik kereta! Eh kereta? Kenapa kereta? Takde pe cumanya tetiba teringat pengalaman sepanjang daku menjadi pemandu berhemah yang penuh gemalai dan lembut lembut bagaikan wanita melayu terakhir. Kah kah kah.... Uweekkkkk mahu muntah bebeh...

Kenangan paling tak boleh di lupakan adalah apabila hari pertama dapat pegang kereta sendiri. Kereta dengan bau kedai pemberian encik suami pula tu, so memang excited tahap tak ingat dunia. Terus ajak famili ronda-ronda semata nak pusing stereng keliling bandar dek kerana terlalu teruja bila dah ada kereta milik sendiri. 


Apapun daku agak berbangga dengan diri sendiri kerana sudah mampu bergelar seorang pemandu kereta sejak 10 tahun yang lalu. Sepanjang daku menjadi pemandu belum pernah terlibat dengan apa-apa kemalangan yang di tahap serius, setakat calar balar tu of course lah ada beb! Bohong kalau takde. Cuma apa yang membuatkan daku amat geram apabila terjumpa pemandu yang bagi aku memang patut kena sidekick!

Antara pengalaman yang daku paling tak boleh nak lupa adalah apabila ada kereta yang tidak tahu nak berhenti di simpang sebaliknya terus saja keluar ke jalan utama. Itu okay lagi tetapi boleh pula bila dah di jalan utama tu dia bawa slowwwww macam siput... Haaa mau menyirap darah aku yang terpaksa memperlahankan kenderaan serta merta supaya tidak terlanggar kereta tersebut dari belakang. Kat dalam hati jangan cerita la beb dah penuh rasa geram! Aku percaya kalau ualls pun mesti marah kan? 


Sebolehnya janganlah menjadi sebahagian daripada pemandu yang hanya memandang ringan soal keselematan semasa memandu dan tolonglah perhatikan perangai diri sendiri samada diri kita ni pemandu yang 'low risk' ataupun 'high risk'.

Bagi aku untuk tahu sikap pemandu yang high risk dan low risk ni mudah jerr..... cer baca soalan di bawah ni dan fikirkan balik perangai diri sendiri ketika bawa kereta tu!

1. Bila ualls naik kenderaan, ualls akan pakai tali pinggang keledar ke tidak?

2. Apabila berada di simpang, ualls akan berhenti dulu atau terus masuk ke laluan utama tanpa mempedulikan kereta lain?

3. Semasa hendak menukar laluan, ualls akan beri lampu signal atau terus masuk jer?

4. Ketika ada kenderaan lain sedang memotong terutama ketika sedang berada di atas laluan lebuhraya, ualls akan memperlahankan kelajuan ataupun ualls akan semakin menekan pedal minyak?

5. Jika ada kenderaan kecemasan di belakang, ualls akan terus memperlahankan kenderaan sambil memandu ke tepi bahu jalan ataupun ualls buat dek jer macam orang pekak?

6. Sekiranya di dalam kereta tu ualls ada bawa anak kecil bersama, ualls akan letakkan di dalam baby/children car seat ataupun ualls akan letak je di atas riba?

7. Apabila hari hujan dan jalan becak, ualls akan memandu dengan lebih perlahan dan berhati-hati ataupun ualls lebih suka memandu secara drift sambil mengharung lopak-lopak air sehingga air tu tersembur naik ke atas?


8. Bila nak parking akan pusing berbelit-belit semata untuk cari tempat parking kosong atau letak je di mana-mana asalkan dekat? Kalau nak masuk ke mana-mana kedai, parking je di belakang kereta orang lain...bukannya lama pun!

9. Ada dua tangan tapi hanya sebelah tangan je untuk pegang stereng. Tangan sebelah lagi untuk pegang handphone ok... almaklumlah tengah cakap phone nak tanya jalan ni, kang sesat!

10. Insurans Motor!!  Mestilah beli, tapi tahu tak tentang maklumat berkenaan insurans/ takaful motor anda. Jangan bila dah kemalangan nanti, nak claim pun tak boleh.



Dah tanya soalan tadi pada diri sendiri kan? Bukan ualls je aku pun ikut tanya pada diri aku sendiri okay... bukannya apa, aku ni memandu dengan ada baby di dalam kereta so untuk menjadi pemandu yang lebih berhemah ini bukannya untuk diri kita je tapi untuk diri orang lain juga. 40.7% kemalangan kat negara kita ni sebabnya berpunca dari sebab pemandu bawa laju tau!

Yes! Aku tahu.... kemalangan tu walau kita dah elak tahap mana sekalipun tapi kalau nak berlaku akan tetap juga berlaku... ye lah kita bukannya manusia yang ada magic tapi at least reti-retikanlah diri tu. Jika baby meragam benti je kat tepi pastu pujuk dulu baby sampai dia okay. 


Selain dari faktor pemanduan jangan abaikan pula faktor body kereta tu. Servis ikut time, tayar kena check, angin kereta kena isi.. ini tau main bawa jerrrrrr..... ish!! Jika cakap secara kasar.... " jangan dok ingat jalan tu hang punya sorang! Orang lain pun bayar roadtax juga!! Tak reti-reti?"

Kalau semua orang atas muka bumi ni menjadi pemandu yang low risk dan pentingkan keselamatan rasanya mesti akan dapat kurangkan jumlah faktor kemalangan kat atas jalan. Ualls setuju ke tidak dengan statement aku ni?

Satu benda lagi kita kena tahu, semakin tinggi risiko (high risk) maka kena semakin mahal la tahap insurans tu adik abang kakak oiiii.... Tahap insurans ni sudah mula dikuatkuasakan dengan berdasarkan FAKTOR PEMANDU so kalau sayangkan duit tu sila berubah untuk menjadi pemandu yang lebih kenal erti kongsi jalan!

Liberalisasi Tarif Insurans / Takaful motor ni sudah bermula sejak 01 Julai 2017 yang dulu lagi. So jangan nak cari alasan yang macam-macam!! Untuk info lanjut boleh dapatkan secara lebih detail di :




You May Also Like

6 PEMBERI ULASAN

  1. alhamdulillah Liez juga tak pernah excident dan minta la taknak kan..
    tapi kalau kita memandu dengan cermat dan selamat tapi orang lain yang punya kecuaian, orang lain jadi mangsa..jangan tahu naik kereta je tapi kena tahu serba sedikit tetang kereta kan.. Liez memang tahu isiangin tayar je la hihihi

    ReplyDelete
  2. sha takpandai drive tapi selalu jadi penumpang di hadapan, sha memang selalu pesan macam macam kat pemandu haha sebab kadang dorang tu macam sedar tak sedar je bwk kereta

    ReplyDelete
  3. Apa pun safety first..inshaallah semuanya selamat..๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  4. No.satu biar saya jawab, Memang saya pakai, sebab kalau tak pakai, kereta AUDI A8 saya tidak akan bergerak walau seinci, kerana sensornya mengesan ketidakpatuhan pemandunya mengikut undang-undang.
    No.3, mestilah bagi lampu signal, kalau tak, kena hentam dengan kereta lain, Orang tu ada duit ke nak bayar, KERETA AUDI NI, SIDE mirror mahal!
    No.4, kalau kereta tu kereta proton atau kereta murah, aku biarkan je, malas nak layan, tapi kalau kereta tu sama mahal atau lagi mahal, memang aku hambat dia balik, nak tengok, berapa laju dia boleh pergi.

    ReplyDelete
  5. Okey saya pemandu yang berhemah hahaha tapi pernah sekali kena xcdent sekali so tak berapa hemah la kot :(

    ReplyDelete
  6. Zaza pun baru beberapa bulan lalu ambil lesen keta.. Tapi masih tak berani nak mandu sendiri lagi hihi

    ReplyDelete