Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Puashati Dapat Legakan Tekak Dan Selsema Dengan Madu Al-Intisaar

Assalamualaikum... hai korang... hari ni daku nak share satu lagi produk yang bagi diri daku ini ianya amat bagus untuk diamalkan terutama kala musim hujan yang asyik tak berhenti ni. Daku sendiri kalau asyik hujan jer mulanya akan start selsema dan alhamdulillah sedikit sebanyak produk sebegini dapat membantu especially untuk seorang ibu yang menyusu badan mahupun ibu mengandung yang agak kurang elok untuk amalkan makan ubat-ubatan terutama yang di beli sendiri tanpa bertanyakan pada mana-mana doktor terlebih dahulu.

Produk yang ingin ku kongsikan kali ini adalah MADU AL-INTISAAR. Sebagaimana yang kita semua tahu madu adalah salah satu sumber makanan asli dari sumber semulajadi yang sangat berkhasiat tapiiiii pernah tak korang try madu yang agak rare dengan tambahan limau nipis? Haaa... rare kan? Daku sendiri secara jujurnya ini adalah kali pertama mencuba madu dengan tambahan limau nipis yang bagiku agak unik hingga membuatkan diri sendiri rasa sangat teruja.



Madu Al-Intisaar - 100% Madu Asli

Madu Al-Intisaar yang dikeluarkan oleh salah sebuah syarikat bumiputera tempatan ini merupakan produk yang dihasilkan dengan 100% madu asli daripada ladang lebah bunga-bungaan yang sebenar. Manakala tambahan rasa limau nipis itu pula adalah daripada ekstrak buah yang sebenar. Makin best, rasa daripada ekstrak buah ini bukan hanya daripada limau nipis semata-mata bahkan turut terdapat dengan rasa yang lain juga.


Buat masa ini terdapat TIGA rasa yang terhasil dengan gabungan madu semulajadi 100% bersama estrak asli ini iaitu :

  • Madu Limau Nipis ( gabungan madu asli bersama ekstrak limau nipis)
  • Madu Halia ( gabungan madu asli bersama ekstrak halia)
  • Madu Sarang Lebah ( gabungan madu asli bersama sarang lebah tulen)

Kesemuanya adalah produk yang berkualiti tinggi dengan kelulusan KKM sepenuhnya. Ia juga turut mendapat pengesahan HALAL daripada JAKIM.



Rasa Terlajak Sedap Hingga Menjilat Sudu

Part ni paling best sebabnya rasa madu dengan limau nipis ni memang sangat awesome! Mula-mula dok berkira juga dalam kepala, "eh sedap ke ni?" tapi sekali dah try memang sedap dengan rasa masam manis yang sangat balance. Madu ni boleh di nikmati begitu saja mahupun dimasukkan ke dalam air untuk dijadikan sebagai minuman. Madu limau nipis ni memang sangat pekat dan baunya juga sangat menyelerakan. 



Madu Limau Nipis Juga Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Apa yang lebih menariknya lagi, berdasarkan info yang diperolehi madu limau nipis ini juga bukan hanya sesuai untuk golongan kanak-kanak dan dewasa malah ianya turut sesuai untuk ibu mengandung. Kandungan madu limau nipis ini sangat tinggi dengan kandungan vitamin C dan ianya juga mampu untuk mengurangkan sakit tekak (kerongkong) sambil mengekalkan kelembapan di dalam tubuh badan. Dalam masa yang sama ianya turut dapat menggalakan kulit yang lebih sihat.



Khasiat dan kebaikan madu bagi ibu mengandung adalah :

A) Ibu Mengandung
  •   Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
  •   Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
B) Anak dalam kandungan
  •  Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
  •  Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
  •  Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
  •  Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
  •  Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.



Harga Dan Cara Penggunaannya

Harga untuk sebotol madu limau nipis dengan kandungan seberat 500gram ini adalah sebanyak RM75. Terdapat 2 (dua) cara yang boleh dilakukan untuk menikmati madu ini iaitu: 
  1. Dimakan secara terus.
  2. Dicampurkan madu dengan segelas air suam dan diminum sejam sebelum makan (pagi) dan sebelum tidur (malam).



Sakit Tekak? Selsema? Sedang Mencari Madu Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil? Boleh Cuba Madu Al-Intisaar !!

Syukur alhamdulillah, daku amat puashati dengan madu limau nipis ini dan paling best ianya benar-benar dapat bantu masalah batuk dan sakit tekak anak-anak.... Terima kasih juga pada korang kerana sudi membaca review untuk Madu Al-Intisaar ni dan jangan lupa untuk dapatkan MADU LIMAU NIPIS jenama Al-Insitaar sekarang.................




Untuk pembelian dan pertanyaan lanjut boleh ke :

Pencarian pengedar seluruh Malaysia juga sedang di buka (Training diberikan)
Jika berminat terus whatsapp di : http://bizapp.la/bisnes (khas untuk pengedar)




4 comments for "Puashati Dapat Legakan Tekak Dan Selsema Dengan Madu Al-Intisaar"

  1. Ohhh selalu manual making je madu + limau ni kira instant punya lah. wahh good produkkk !

    ReplyDelete
  2. kaella tak pernah rasa lagi madu ni, tapi banyak khasiat, kena cuba nanti ni.

    ReplyDelete
  3. Madu memang banyak khasiatnya.Dan kita patut mengamalkan meminum madu ini.

    ReplyDelete