Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SINOPSIS PENUH DRAMA - CIK REEN & ENCIK NGOK NGEK

Assalamualaikum ualls... eh ualls dah tonton belum cerita Cik Reen & Encik Ngok Ngek? Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek adalah drama terbaru di slot Mega Drama Astro Ria dan kalau belum tonton lagi drama ni baik cepat-cepat gi tengok sebabnya drama Cik Reen dan Mr Ngok Ngek ni memang best! Lucu pun ya jugak... Drama ini telah diterbitkan oleh pihak SUHAN Movies dan mula bersiaran sejak 01 Oktober dengan tayangan sebanyak 20 episod. Tak nak buang masa meh sini daku nak ceritakan sinopsis setakat yang boleh. 



Cerita Cik Reen dan Encik Ngok Ngek yang dilakonkan oleh Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim dengan watak Azreen dan Harris Zakuan ini mengisahkan tentang sepasang couple yang terpaksa berkahwin dalam keadaan tak bersedia dek kerana terpaksa naik pelamin atas desakan keluarga. Mereka naik pelamin dalam keadaan terpaksa tanpa cinta rela dek kerana perbuatan adik masing-masing yang tiba-tiba menghilang hanya dalam masa beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan.

Adik kepada Azreen bernama Izyan ( lakonan Scha Elinnea) manakala adik kepada Harris pula adalah Iqram (lakonan Farhan Asri) dan demi maruah keluarga yang terpaksa ingin diselamatkan maka Azreen dan Harris sanggup untuk menjadi pengantin meskipun ke dua-duanya mempunyai sikap yang sangat kontra di antara satu sama lain. Pendekata, adik beradik buat onar tapi abang kakak kena getah. Demi sayangkan nama baik yang ada, Azreen dan Harris bersetuju dengan cadangan keluarga itu dan dalam masa yang sama mereka nekad untuk mencari Izyan dan Iqran sehingga ke lubang cacing sekalipun setelah majlis perkahwinan itu selesai nanti. 


Kedua mereka telah membuat persetujuan untuk berpisah setelah berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang semula kepada keluarga untuk menerangkan duduk perkara yang sebenar atas apa yang berlaku itu

Bagi Azreen untuk menyintai Harris adalah mustahil kerana cinta baginya adalah satu perasaan yang sama sekali tidak boleh dipaksa tambahan pula Azreen tahu yang Harris sudah ada pilihan hati yang sangat didambakan iaitu Zaza (lakonan Haneesya Hanee). Azreen dan Harris sama-sama punya ego dan sikap keras kepala masing-masing namun di sepanjang pengembaran mereka bersama dalam menjejaki Izyan dan Iqrama itulah Azreen turut mula berubah dan berasa jatuh hati sedikit demi sedikit dengan Harris yang telahpun bergelar suaminya yang sah itu. Walaupun mulut kata benci tetapi di hati Azreen dia sama sekali tidak mampu menolak rasa cinta dan sayang terhadap Harris. 

Pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi oleh Azreen dan Harris ketika mencari Izyan dan Iqram namun untuk mengaku kalah tidak akan sekali-sekali. Akhirnya mereka berjaya. Namun ketika segalanya hampir selesai muncul pula satu masalah baru. 



Masalah tersebut tidak lagi berkaitan dengan Izyan dan Iqram tetapi disebabkan hati Azreen dan Harris sendiri. Mereka berdua mula rasa berat untuk berpisah namun masing-masing berat mulut untuk meluahkan kata cinta dek kerana ego. Dalam masa yang sama kehadiran Zaza turut menjadi batu penghalang daripada Harris membuat keputusan untuk terus bergelar suami kepada Azreen. Kala ini Harris benar-benar binggung dengan perasaannya sendiri. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Sama-sama tunggu apakah penyudahnya melalui drama CIK REEN ENCIK NGOK NGEK ini nanti.



Sebenarnya cerita Cik Reen Encik Ngok Ngek ni adalah daripada adaptasi sebuah novel yang di tulis oleh MAYA ADIRA dan kalau ualls nak baca di dalam bentuk tulisan novel, boleh terus ke blog beliau tapi di situ hanya ada bab 1 hingga bab 10 saja tau! Jika nak baca lengkap dengan cepat kenalah cari novel realiti kat mana-mana kedai buku....

Prolog & Bab 1 |  Bab 2 |  Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |
Bab 6 |  Bab 7 | Bab 8 |  Bab 9 |  Bab 10 |


Jika di tanya pendapat peribadi, cerita ni memang okay sebabnya ada adegan suka dan duka vercampur lucu dalam satu masa... keserasian pelakon juga tidak mengecewakan...


So, rasanya cukup dulu perkongsian sinopsis penuh untuk drama CIK REEN ENCIK NGOK NGEK ni... nak tahu jalan cerita kena dapatkan dari espisod terakhir drama ini nanti,.... Jika ada pendapat, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah dan jangan lupa untuk FOLLOW BLOG INI andainya suka dengan cara penulisan yang disampaikan Terima kasih. 



Post a Comment for "SINOPSIS PENUH DRAMA - CIK REEN & ENCIK NGOK NGEK "