Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Tips Terbaik Untuk Ambil Gambar Anak Sendiri Dengan Jayanya Di Rumah

5 Tips Terbaik Untuk Ambil Gambar Anak Sendiri Dengan Jayanya Di Rumah ! | Sebagai ibu ayah antara perkara yang akan sentiasa dilakukan tatkala mempunyai si comel yang sedang membesar apalagi jika bukan mengambil gambar untuk dijadikan sebagai memori saatnya membesar dari masa ke semasa. Pada yang berkemampuan memilih khidmat si fotografi yang sangat profesional adalah jalan terbaik untuk merakamkan gambar-gambar tersebut tetapi pada yang kurang berkemampuan mahupun agak sibuk dengan urusan harian maka mengambil gambar sendiri menggunakan telefon bimbit adalah cara yang paling menjimatkan.



Masalahnya untuk mengambil gambar bayi dan kanak-kanak ini bukanlah satu cara yang mudah terutama untuk mendapatkan gambar yang tampak natural, hidup dan tidak kaku. Bayi dan kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam dalam satu-satu posisi ini merupakan antara subjek yang paling sukar untuk di ambil gambarnya dan percayalah, bukan mudah untuk mendapatkan satu gambar bayi/kanak-kanak yang dapat memuaskan hati kita sepenuhnya dalam masa yang cepat.

Walaubagaimanapun, masih ada beberapa tips yang boleh digunapakai demi untuk memudahkan urusan untuk mengambil gambar anak kesayangan ini. Tips-tips ini jugalah yang sering daku gunapakai tatkala ingin mendapatkan gambar yang sesuai daripada anak-anak terutama untuk disimpan di dalam dada blog ini.



10 tips terbaik untuk mengambil gambar anak sendiri dengan jayanya di rumah adalah : 


1. SEDIAKAN ALAT TAMBAHAN SEBAGAI PROP

Prop ataupun alatan tambahan seperti pakaian yang sesuai dan sebagainya adalah salah satu cara yang baik untuk mendapatkan hasil gambar yang baik dan kena dengan konsep yang diinginkan. Kerana itu sebelum memulakan sebarang sesi ambil gambar, sila fikirkan dulu apakah tema yang ingin ditampilkan dan apakah prop yang sesuai bagi menyampaikan sesebuah tema tersebut. 



2. TENTUKAN KEDUDUKAN YANG SESUAI 

Kedudukan ni perlu di beri lebih perhatian berdasarkan faktor pencahayaan kerana tanpa sumber cahaya yang cukup gambar pasti tidak akan cantik seperti yang diharapkan. Oleh itu sila pastikan kedudukan yang akan ditentukan itu mempunyai faktor cahaya yang sepatutnya dan jika hendak tahu, sumber cahaya semulajadi dari cahaya matahari pada waktu pagi adalah yang terbaik sekali terutama bagi yang ingin mengambil gambar secara outdoor ( luar rumah ).


3. SILA KENYANGKAN BABY DENGAN SUSU DAN MAKANAN YANG CUKUP

Untuk mengelakkan baby terlalu meragam, antara perkara utama yang dititikberatkan adalah pada soal pemakanan yakni susu dan makanannya. Mana mungkin baby akan duduk diam dan happy dalam masa yang lama sedangkan baby belum di beri susu dan makanan pada tahap yang sepatutnya. Kerana itu adalah lebih baik jika memperuntukkan satu tempoh masa yang cukup bagi memberinya susu dan makanan sebelum sesi ambil gambar dimulakan jika tidak mahu baby mengamuk, merengek dan menangis.



4. WUJUDKAN SUASANA YANG GEMBIRA

Baby tidak akan mahu berada hanya dalam satu posisi dalam masa yang lama terutama jika moodnya tidak okay so selepas makan dan minum susu, adalah lebih baik jika wujudkan dulu suasana happy dan tenang dengan bermain bersamanya. Boleh juga di minta bantuan daripada anak-anak yang lain untuk mengambil hati baby tu. Daku sendiri sering minta bantuan Awwal untuk ambil mood si Kasih Sufi tatkala ingin mengambil gambar dengan jayanya di rumah.


5. JANGAN SESEKALI MEMAKSA !!

Part ini paling penting sekali. Jika baby sudah tidak mahu berkerjasama maka jangan sesekali terus di paksa. Jika di paksa baby akan membuat kesimpulan yang sesi mengambil gambar seperti itu adalah sangat boring dan merimaskan maka adalah lebih baik jika stop sekejap untuk beri baby rehat sambil cuba untuk memujuk dan mengambil hatinya semula. Selalunya baby akan mula meragam sebegini tatkala mula berasa bosan dan mengantuk. Jika baby mengantuk tidak salah untuk benarkannya tidur sekejap dan boleh sambung semula setelah beliau bangun dari tidur nanti.



Ohya, ada satu lagi tips tambahan yang boleh digunapakai iaitu ketika sedang mengambil gambar ada baiknya terusssss je snap!! Dalam erti kata lain, tak perlu tunggu tunggu tunggu dan tunggu konon demi untuk mendapatkan gambar dengan posing yang terbaik. Untuk baby tak sama dengan orang dewasa yang boleh di arah cara posing begitu dan begini maka adalah lebih baik untuk terus snap gambar di handphone dan setelah selesai semuanya nanti barulah di tapis semula gambar mana yang okay dan gambar mana yang tak okay. 


Gambar yang tak okay bolehlah terus di padam dan gambar yang dirasakan okay boleh terus di tapis demi mendapatkan gambar yang terbaik dan paling disukai. Mengambil gambar dengan kaedah candid ini lebih memberikan kepuasan kerana ia adalah daripada kerenah baby itu sendiri. 

Akhir sekali sebolehnya berilah sedikit 'upah' di atas susahpayah dan kesabaran baby selama menjadi model untuk kita. Jika si Kasih Sufi ni dia suka jika di beri tab untuk menonton rancangan Omar Hana favouritenya di Youtube. 



Itulah sedikit sebanyak tips yang sering ku gunapakai ketika sesi mengambil gambar anak sendiri di rumah dan alhamdulillah meskipun hasilnya tidaklah seprofesional jurugambar yang punya banyak ilmu di dalam bidang fotografi tapi alhamdulilah, setidak-tidaknya dapatlah juga dijadikan sebagai kenang-kenangan terutama melalui blog daku yang tidak seberapanya ini.

Pada ibu ayah yang punya anak-anak teruatama yang masih baby tu, jom kita abadikan gambar mereka yang semakin hari semakin membesar itu supaya dapat dijadikan antara kenangan yang terindah untuk anak-anak. Amin.


8 comments for "5 Tips Terbaik Untuk Ambil Gambar Anak Sendiri Dengan Jayanya Di Rumah "

  1. Nice tips.. Tapi biasanya.. Memang riuh dan kecoh la nak ambil gambar anak ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... riuh rendah!! gamat satu rumah haha

      Delete
  2. bagus tips ni.. kita selalu guna yang terakhir tu je la. suka candid gitu. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita.. suka candid sebab nampak lebih bermakna

      Delete
  3. Tips yang bagus... boleh dicuba nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan... leh ambil gambar anak banyak banyakk hehe

      Delete
  4. Ahaha suka tgk mcm2 memek muka ada..ape2 pon tips yang sgt berguna untuk mak2 ni..tq Awa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasih tu dia akan buat apa yang dia suka... sebab tu kena standby ngan hp siap2... hehehe....

      Delete