Assalamualaikum.... hi korang! Eh cuti hujung tahun ni pergi mana? Dah ada destinasi perlancongan belum? Haaa kalau belum meh la jenjalan ke bumi Cik Siti Wan Kembang ni, tengok tengok bumi Kelantan yang ada pelbagai macam makanan yang sedap and best!! Mau tak best, daku sendiri naik berkilo-kilo sejak stay kat sini.. hahaha...

Tak kisahlah naik berat ke apa, yang penting kalau korang benar-benar datang ke sini, daku nak syorkan satu kedai yang memang mabeles tahap menjilat jari kalah makan ayam goreng segera, nak tahu kat mana? Jawapannya adalah sebuah restoran makanan melayu dengan killer menu mereka adalah IKAN PATIN yang di datangkan khas dari TEMERLOH. Tempat makan yang daku maksudkan ini adalah Restoran Laris Patin Temerloh di bandar Kota Bharu !! Haaa jangan ingat kat Kelantan tak de ikan patin eh... ada!!


Actually, daku sendiri pun baru tahu akan kewujudan restoran ikan patin Temerloh ni itupun disebabkan terlihat post berkaitan restoran ni kat Facebook. Bila di skodeng-skodeng, hmmm macam best! Tapi betul ke best? Haa disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak itulah aku akhirnya buat keputusan untuk pergi mencuba sendiri bersama suami dan anak-anak. 

Seperkara yang membuatkan aku bertambah suka adalah apabila mendapat tahu yang restoran ini turut di buka pada hari Jumaat walaupun hakikatnya hari Jumaat adalah cuti umum untuk Kelantan. Bijak betul owner ni.... kan bagus buka pada hari orang lain bercuti, barulah dapat para pelanggan jamu selera dengan aman bersama famili. 



Daku dan famili tiba dalam puul 3.30 petang rasanya dan kala melangkah untuk kali pertama tu, secara tiba-tiba daku rasakan bagai tiba ke negeri Pahang. Mana tak nya, punyalah cantik banner dengan latar belakang Sungai Pahang Temerloh kat dinding premis. Gah gituuuu..... hinggakan bila daku post ke facebook dah mula jadi confuse, ini Kelantan ke Pahang ni? Kikikiki.... 

Seperkara lagi, menu kat sini punyalah banyak sampai rambang mata aku nak pilih. Ya Allah, sedap sedap pulak tu! Mujurlah premis ni jaraknya hampir sejam juga dengan rumah kalau tidak mahunya aku ulang alik ke kedai ni saban hari untuk habis mencuba semua jenis menu yang ada. Bila lihat gambar kat dinding begini terus kecur air liur dan makin tak sabar pula rasanya nak cuba menu ikan patin kat sini.


Tengoklah tu gambar yang meriah kat dinding premis.. Ada menu ikan patin goreng, ikan patin gulai tempoyak, ikan patin bakar, perut muda pun ada! Ehhh udang pun ada jugak... Hmmm mau menggigil satu badan nak order semua ni... hahaha... masalah masalah. Inilah masalahnya bila kaki makan dapat jumpa menu yang sedap dalam satu masa. Pening kepala tak tahu nak order yang mana satu... 

Mujurlah Mr.Qamar ni ada darah Pahang so bila daku tanya pendapatnya nak makan apa, jawapan yang di beri of courselah ikan patin.... dan tujuan utama nak cuba ikan patin ni sebabnya nak tahu sendiri sama ada benar atau tidak yang dikatakan ikan patin kat sini fresh, sedap dan serupa bagaikan sedang makan ikan patin dari Temerloh yang sebenar-benarnya. 


Proses menunggu makanan yang kami order alhamdulillah tak lama pun sebabnya staff kat Restoran Laris Patin Temerloh ni memang sangat friendly. Ramah sangat dengan wajah yang manis tersenyum. Layanan bagai berada kat rumah sedara sendiri pulak rasanya hingga boleh sembang itu ini berkaitan Pahang dan lain-lain.  Antara menu yang kami order untuk di makan satu family pada hari tersebut adalah :

  • Gulai Tempoyak Ikan Patin
  • Ikan Patin Bakar Tempoyak
  • Sup Tulang
  • Perut Muda Bakar 
  • Air Asam Perut Muda
  • ABC Mangga

Saat terpandang je gulai tempoyak ikan patin dan ABC Mangga di atas meja daku dah boleh agak yang Restoran Laris Patin Temerloh ini sememangnya bukan calang-calang restoran. Apa tidaknya, kuah gulai tempoyak ikan patin tersebut pekat melekat secukup rasa hinggakan susah nak berhenti makan. Isi ikan patin tu manisssss je..... Saat rasa tu terdetik gak kat hati, begini punya sedap tapi harga separuh ikan patin ( seekor ikan potong dua) yang siap di masak ni hanya RM13 - RM18 jer?! Ish,... murahnya... 


ABC mangga juga tidak mengecewakan.. rasa manis ABC yang lemak manis di tambah dengan padanan mempelam siam yang manis masam sememangnya sangat-sangat umph! Bahan yang diletakkan juga sangat banyak.. kiranya, memang tahap puashati yang teramat sangat kalau order ABC mangga ni.

Walaubagaimanapun, the killer menu yang telah berjaya membuatkan kami sekeluarga tahap jatuh cinta yang teramat kronik adalah pada menu ikan patin bakar tempoyak ni. Ya Allah Ya Tuhanku, sedapppppp memang betul-betul sedapppp... tatkala daku sedang menulis ni dah mula tertelan air liur sendiri sebabnya memang sedap sangat-sangat korang!! Suamiku sendiri tak tunggu lama terus puji on the spot dan sambil masih makan boleh diajaknya daku datang lagi bersamanya nanti.


Sedap tak sedap ikan patin bakar tempoyak ni, anak-anakku yang sememangnya memang tak suka dengan tempoyak  pun ikut makan sampai bertambah-tambah nasi. Sukar untuk aku nak gambarkan dengan kata-kata namun yang boleh ku katakan, jika berada di Kelantan cubalah luangkan masa untuk singgah ke Restoran Laris Patin Temerloh dan orderlah menu ikan patin bakar tempoyak yang telah ku cuba ni. Seriussss sedapppp bebbbbb!!!! Sekali makan terus terbayanggggg....

Tak lupa juga menu yang lain seperti perut muda bakar, air asam perut dan sup tulang. Ke tiga-tiga menu ni bagi aku sangat perfect dengan menu ikan patin yang paling laris tu. Perut muda yang di bakar secara tradisional dengan disertakan sos masam pedas manis memang sangat balance hinggakan dari seketul ke seketul last-last licin.... tak sedar haha... 




Untuk air asam perut muda dan sup tulang, ke dua-duanya cukup rasa takde yang kurang dan akibat terlajak sedap itulah membuatkan daku satu family makan dengan licin pada hari tersebut. Daku sendiri sebagai ibu sangat puashati bila dapat lihat anak-anak berselera makan pada hari tersebut kerana meskipun anak-anak aku ini agak cerewet dengan makanan tetapi masing-masing bila di tanya terus beritahu yang sedap dan memang patut pun restoran ni di beri jolokan sebagai restoran ikan patin original dari Temerloh nombor 1 di Kelantan. 

Pelanggan memang tak putus-putus cuma kebetulan masa daku pergi tu adalah pada hari Jumaat dan waktu daku pergi pula sudah agak lewat so dapatlah makan dengan selesa bersama famili. Tapi awas, hari Jumaat waktu operasi hanya hingga jam 5pm saja tau... kan pergi terlewat sedikit memang kedai tutup la jawabnya hehe... 


Sebelum terlupa, kat  Restoran Laris Patin Temerloh ini turut menyediakan masakan panas yang boleh di order mengikut selera masing-masing. So kalau sekiranya pergi dengan famili mahupun teman yang agak kurang dengan menu ikan patin , at least mereka masih boleh nikmati menu makanan sedap yang lain dan salah satu daripadanya adalah nasi ayam. 


Selesai makan daku luangkan seketika masa untuk berbual dengan puan pengurus Restoran Laris Patin Temerloh ini yang sangat ramah dan manis, kata beliau ikan-ikan patin untuk  Restoran Laris Patin Temerloh ini di datangkan khas dari Temerloh secara terus dan stok ikan patin tersebut di ambil seminggu sekali dengan di pilih secara teliti oleh owner restoran itu sendiri. Ini bagi menjami tahap kualiti ikan patin yang akan di masak nanti.

Senjata rahsia mengapa menu ikan patin di Restoran Laris Patin Temerloh ini sangat sedap tidak hanya bergantung pada stok ikan itu sendiri sebaliknya pada tuan empunya restoran yang merupakan anak jati Temerloh! Patutlah sedappppp dengan rasa original... memang orang Pahang betul rupanya...!!



Sayangnya pada hari tersebut, pemilik restoran tak ada kerana ada urusan yang lain jika tidak mahu juga aku bergambar dengan si pemilik sebab dah berjaya membawa rasa sebenar Temerloh sehingga ke Kota Bharu dengan penuh jayanya! Takde yang kurang di mata aku semuanya tip top!! Dari segi kebersihan, mutu persembahan, layanan, rasa, everthing is perfect! 

Ini bukan bodek tau.... sebabnya daku tak akan tulis okay kalau hakikatnya tak okay dan daku tak akan tulis sedap kalau hakikatnya tak sedap... dan bagi  Restoran Laris Patin Temerloh ini sememangnya sangat sedap dan mengancam.... jika diikutkan hati aku nak puji melambung lagi demi untuk menyampaikan tahap kesedapan tu tapi apakan daya blog aku ini hanya boleh menerima tulisan ayat berbanding dengan suara. Kesimpulannya, jika di dalam tangan aku kala ini ada 5 bintang dengan mudah tanpa rasa was-was aku akan serahkan ke lima-lima bintang ini kepada  Restoran Laris Patin Temerloh. 


So, pada korang yang berada di sekitar area Kota Bharu, jangan segan jangan malu, singgahlah ke  Restoran Laris Patin Temerloh walau hanya untuk sekali dan InshaAllah korang akan dapat jawapan sendiri mengapa aku katakan  Restoran Laris Patin Temerloh ini terbaik antara yang terbaik..  Untuk  Restoran Laris Patin Temerloh tahniah diucapkan! Kekalkan prestasi di tahap ini setiap masa dan terima kasih banyak-banyak di atas layanan semua. 

Untuk sebarang tempahan mahupun pertanyaan, sila hubungi :

 Restoran Laris Patin Temerloh
( Restoran Patin Temerloh Pertama Di Kelantan )
Fcebook : https://www.facebook.com/ikanpatinlaris/
Telefon : 0169598618
Dibuka setiap Ahad - Jumaat ( Sabtu cuti )