Dettol Mendengar Keluhan Para Ibu Seperti Aku ? Yelah mana tak nya anak-anak lasak tau! Bukan setakat lasak kat rumah tapi kat sekolah juga. Kiranya time pergi ambil dari sekolah tu rupa baju dah bukan warna putih dan bau peluh terus menusuk ke hidung sebaik saja mereka masuk ke kereta. Memang banyak sangat berlari sana sini bermain dengan kawan... hmmm... 

Tapi sebagai ibu semestinya kita kena faham yang hakikatnya anak-anak kita tu sedang melalui proses tumbesaran dan bila bermain itu adalah salah satu aktiviti yang dapat mengembirakan hati mereka. Janganlah kerana masalah peluh dan kuman hingga nak sekat kebebasan mereka untuk bermain pula. Kerana itulah, daku katakan yang DETTOL telah sudi mendengar keluhan seorang ibu seperti aku ni..... 

Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia, kini Dettol melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Dettol ProFresh dirumuskan untuk memberi perlindungan daripada bau badan selama 12 jam bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Manakala Dettol ProSkin pula, menyediakan kelembapan selama 8 jam untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.  


Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama ini komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini . Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. 

Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka. Merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.


“Kita mandi untuk membersihkan badan.Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulitdan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yangmenyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit. Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Dr. Steven Chow,Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga. 

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekatpada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah.Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga.Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.



Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman padapermukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa.Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi.

Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare.

34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber: Kantar Worldpanel Malaysia. Berdasarkan berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan runcit.





Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Mari kita mengekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi keluarga daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Antara jenis yang terdapat di pasaran ialah Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara.

Produk Dettol Rangkaian Pembersihan Diri berharga dari :
  • RM 6.90 untuk botol 250ml
  • RM 12.46 untuk botol 500ml
  • RM 20.25 untuk botol 950ml 
  • RM15.67 untuk pek isi semula 900ml 


So, kalau korang pun salah seorang ibu yang risau akan hal kuman dan sebagainya terutama disebabkan peluh dan lain-lain ni, jomlah kita guna jenama Dettol ni sama-sama.. harganya pun takde la mahal mana kan? Apapun terima kasih diucapkan pada pihak Dettol kerana sudi mengeluarkan produk seumpama ini...