Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Lengkap Cara Membasuh Dan Menanam Uri Bayi Dengan Betul Mengikut Kaedah Islam

Panduan Lengkap Cara Membasuh Dan Menanam Uri Dengan Betul Mengikut Kaedah Islam Assalamualaikum semua. Hari ni secara tiba-tiba terdetik di hati untuk berkongsi info setakat yang ku tahu berkaitan dengan placenta atau lebih dikenali sebagai URI. 

Tambahan pula, pengalaman pertama menjadi ayah dan ibu pada si manja adalah saat dan detik-detik yang tak dapat dilupakan oleh semua pasangan termasuk juga aku dan suami. 

Cuma, selepas saja bersalin memang daku tak dapat nak lihat rupa uri ni kerana dah terus di bungkus oleh cik misi untuk diserahkan pada waris. 

Disebabkan lepas bersalin tersebut masih lagi di hospital dan si uri ni pula perlu segera disempurnakan maka bertambah susahlah untuk daku melihatnya. 

Bila menyentuh tentang isu uri ini, masih terbayang lagi di ingatan aku kisah 15 tahun yang lalu tatkala aku selesai melahirkan anak sulung. 

Saat itu, kebetulan ada salah seorang daripada abang iparku yang boleh dikatakan punya pengetahuan dan pengalaman untuk proses menanam uri ini dan dialah yang telah sudi menawarkan diri untuk membantu suamiku mengurus uri anak sulung kami pada masa tersebut. Belajar katanya! 

Orang lelaki yang dah jadi ayah sunat untuk belajar!





Biji Hitam Di Tangkai Uri Petanda Bilangan Anak ?

Part ni aku agak terkejut pada mulanya tatkala abang iparku memberitahu yang InshaAllah daku akan mampu melahirkan sehingga 7 orang anak! 7 oiii... bukannya sikit tu..... 

dek kerana masa diberitahu tu saat aku baru saja melahirkan anak yang pertama maka aku hanya mendengar kata-kata abang iparku itu dengan wajah penuh senyum menahan ketawa. Lucu sangat rasanya masa tu. 

Sedangkan jika di hitung salasilah keluarga takde sorang pun ahli keluarga yang punya anak seramai tu. 

Namun disebabkan rasa hormat, maka aku terus bertanya bagaimana boleh tahu yang aku ini mampu untuk melahirkan sehingga 7 orang anak di depan hari nanti? 

Kata beliau, berdasarkan biji hitam yang ada pada tangkai uri. Maksudnya pada pangkal tali pusat. Ish, macam pelik pulak kan? 

Tapi itulah yang dikongsikan dan dalam masa yang sama aku turut diberitahu bahawa untuk mengira biji tersebut hanya perlu pilih yang bentuk betul-betul bulat sahaja, bentuk leper tidak di kira.




Disebabkan ini semua hanyalah sekadar daripada pemerhatian dan pengalaman orang-orang tua sahaja. 

Maka aku pun takde la ambil pusing sangat kerana pada firasat aku pada ketika itu besar kemungkinan aku tidak akan mampu untuk melahirkan anak yang seramai itu. 

Tambahan pula sakit semasa lahirkan anak sulung tu pun aku rasa macam dah serik, inikan pula nak sampai 7 orang cahayamata. 

Selepas 15 Tahun, Adakah Semua Ini Benar Atau Hanya Sekadar Sebuah Kebetulan ?


Kala ini pada tahun 2018, setelah 15 tahun peristiwa itu berlaku barulah aku kembali memikirkan semula apa yang pernah diberitahu pada aku dulu. 

Mana tidaknya, sekarang anak-anakku dah seramai 6 orang kot! Dah cecah setengah dozen dan apakah ini petanda bahawa jumlah anak mengikut kiraan pada biji uri itu tadi adalah benar? Hmmmm.... kat sini aku mula musykil. 

Yang pasti, besar kemungkinan benar kerana rahsia Allah SWT itu sememangnya sangat luas namun sebagai muslim daku sama sekali tidak mempercayainya 100% supaya tidak terpesong akidah.  

Soal jodoh, ajal maut  dan anak semua itu adalah kuasaNya dan kita tidak boleh sesekali mempercayai akan sesuatu melainkan menerima segalanya yang ditentukan.

Alang-alang bercerita tentang uri , ada baiknya aku kongsikan kaedah ataupun cara yang lengkap untuk membasuh dan menanam uri ini dengan betul mengikut kaedah Islam. 

Kaedah ini aku perolehi daripada Ustaz Basri Ahmad yang memang aktif membantu melakukan penanaman uri.



Wahai Ayah! Belajarlah Langkah Cara Basuh Dan Tanam Uri Ini Demi Anak-Anak

Adakah terdapat kesan terutamanya masalah kesihatan sekiranya sengaja melambat-lambatkan proses menanam uri bayi selepas anak dilahirkan? 

Jawapannya, tidak ada sebarang hukum yang khusus berkaitan dengan menanam uri bayi ini cuma kita perlu untuk membasuh dengan bersih kemudian di tanam di tempat yang selamat untuk mengelakkan dari berbau busuk dan di makan oleh binatang buas. 

Jangan juga sengaja nak di tanam dengan benda yang asing apa sekalipun sebagai contoh paku, pensil dan lada hitam.

 Takdenya kalau letak pensil anak boleh jadi pandai, kang tak pasal boleh tergadai akidah. Cuma uri untuk orang-orang Islam ini adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. 

Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. 

Uri tu kan dah teman baby kita selama dalam kandungan jadi semadikanlah ia dengan baik supaya dapat kembali kepada tanah dengan sempurna.

Cara Basuh Dan Tanam Uri Anak Yang Betul Berlandaskan Islam

  • Mulakan dengan Bismillahirahmannirrahim.
  • Pakai glove
  • Letakkan uri dalam besen / bekas
  • Lumurkan uri dengan garam bagi mencairkan darah yang beku
  • Basuh plastik bungkusan uri tadi supaya bersih dari sebarang kesan darah sebelum di buang bagi mengelakkan bau busuk dan sebagainya 
  • Alirkan air pada uri secara terus
  • Gosok permukaan secara keliling dari luar ke dalam ( ke arah tali pusat )
  • Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah) Bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
  • Kemudian gosok bahagian dalam secara perlahan-lahan. Jangan kasar nanti terkoyak dan terlerai segala isi di bahagian dalamnya
  • Setelah siap toskan dahulu untuk membuang lebihan air
  • Taburkan garam ke bahagian dalam uri. Boleh juga diperahkan limau ke atas uri. 
  • Letakkan di dalam kain (tak semestinya kain berwarna putih) 
  • Jangan letak benda asing dalam bungkusan melainkan ada sebab saintifik yang kukuh cth: letak garam atau limau sebabnya nak hilangkan bau darah dan mempercepatkan proses uri tu kecut atau hancur dan juga bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
  • Bungkus ikat kemas seperti bentuk sup bunjut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang yang hendak ditanam.
  • Pilih tempat yang sesuai seperti perkarangan masjid mahupun surau. Jangan risau pak guard sedia faham akan perkara ini. 
  • Gali lubang anggaran 1.5 - 2 kaki
  • Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa memasukkan uri ke dalam lubang. Lebih afdal jika menghadap kibat, jika terasa susah dan tidak pasti tak kisah menghadap ke arah mana pun.
  • Kambus dengan tanah dan padatkan 
  • Letak juga batu di atasnya sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  • Alhamdulillah selesai 

Masih Tidak Berani Untuk Melakukan Penanaman Uri Ini? Atau Mungkin Tidak Punya Masa Untuk Menguruskannya Segera?


Bagi penduduk sekitar  Lembah Klang, Putra Jaya dan Cyber Jaya , korang sangat beruntung kerana sekarang ini telahpun wujud satu organisasi dengan nama PLACENTO. Placento ini telah diasaskan oleh Ustaz Basri Ahmad dan tugas utama mereka adalah untuk membantu para ayah ini untuk menguruskan uri cahayamata masing-masing dalam masa 24jam dengan kaedah yang betul berlandaskan Islam.




Makin menarik, si ayah tidak perlu terkejar ke sana ke mari mencari info cara membasuh dan menanam kerana Placento turut mempunyai khidmat pengambilan uri secara terus dari rumah mahupun hospital untuk segera diuruskan. Segala aktiviti selama melakukan pengurusan uri si manja korang itu juga akan di update secara keseluruhannya termasuk dengan detail lokasi tempat penanamannya sekali. Mudah kan?

testimoni daripada sebahagian pelanggan


Manakala harganya yang dikenakan pula tersangatlah berbaloi dan murah!! Yang pasti, uruskan uri dengan baik sebagai tanda penghargaan kita pada jasa uri ini dengan menyuci dan menanamnya mengikut cara yang baik dan janganlah sesekali dibiarkan uri ini di hospital begitu saja kerana tindakan itu sama sekali tidak di ajar oleh agama kita. Bagi yang inginkan info lanjut mengenai servis pengurusan uri hanya dalam masa 24 jam itu, boleh hubungi terus pihak Placento di :


PLACENTO 
Website : www.placento.com

Telefon | Whatsapp : +60111 5684 4450 ( Ustaz Basri Ahmad)


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

3 comments for "Panduan Lengkap Cara Membasuh Dan Menanam Uri Bayi Dengan Betul Mengikut Kaedah Islam"

  1. kena baca dan hadam 2 betul ni mana taw ada rezeki mengandung ke hihihi

    ReplyDelete
  2. pernah belajar dengan salah seorang atuk sebelah emak nie..mmg pyh juga..nak cuci uri pun tak boleh nak sembarangan jer..

    ReplyDelete
  3. bagus la ada pihak yg mcm ni.. mudahkan keja ayah ayah

    ReplyDelete