Kari atau gulai tidak kisahlah samada gulai ayam mahupun daging adalah menu utama yang sering di masak oleh rakyat Malaysia. Seminggu kalau tak pekena sekali rasa macam tak sah sebabnya daku dan family antara penggemar setia masakan yang berasaskan kari, bahkan kalau mee segera pun suka yang perasa kari jika hendak dibandingkan dengan perasa yang lain.


Untuk ualls di luar sana terutama para ibu yang punya anak ramai, di sini daku nak share beberapa tips bagaimana untuk menyelamatkan kos dan masa hanya dengan menggunakan kuah lebihan daripada kari ayam atau daging yang telah ualls masak.


Jika ualls nak lebih bijak, ualls biasakan diri untuk masak kuah kari yang lebih supaya dapat membantu menjimatkan masa untuk mempelbagaikannya sehingga menjadi menu lain yang lebih umph! Nak tahu menu apa yang boleh di masak menggunakan lebihan kuah kari yang masih ada? Jom kita tengok sama-sama menu dan cara-cara untuk menjayakan misi ini. 


1. ROTI JALA


Kuah kari yang lebih jangan di buang. Simpan dulu di tempat beku kemudian panaskan untuk di makan bersama roti jala. Cara untuk membuat roti jala bukannya susah pun. Hanya perlu campurkan tepung gandum bersama garam, gula, telur, sedikit pewarna dan juga air. Setelah di gaul semuanya dalam tesktur sederhana cair, bolehlah terus di tapis dan di bentuk seperti jala di atas pan. Jika tak boleh buat roti jala, terus je letak adunan tepung seperti ingin membuat lempeng. Masih juga sedap!


2. MEE KARI


Ini antara menu yang paling ke suka. Lebihan kuah yang ada akan ku masukkan dengan isi ayam, makanan laut, bebola ikan, sayur sawi dan juga fishcake. Setelah semuanya sebati ku masukkan pula mee kuning dan terhasilnya mee kari yang cepat di masak tetapi masih sedap rasanya. Hiaskan juga dengan bawang goreng dan jika nak makin best makan bersama sebiji telur rebus. Perghh padu !


2. NASI KARI

Nasi kari nampak susah tapi mudah. Caranya dengan menumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan sedikit bunga cengkih di dalam periuk dengan menggunakan sedikit minyak dan planta. Setelah itu masukkan beras yang telah di basuh bersama potongan ayam mahupun daging. Gaul sekata dan terus masukkan lebihan kuah kari tadi bagi menggantikan air biasa. Jangan lupa juga untuk letakkan sedikit garam. Setelah masak bolehlah dihiaskan dengan bawang goreng dan juga daun bawang. 


3. STEAMBOAT 


Ini cara paling senang nak habiskan lebihan kuah kari yang ada. Beli je apa saja bahan makanan yang di sukai kemudian boleh masukkan semuanya hingga padat ke dalam kuah kari tersebut. Panaskan serta nikmatilah tanpa nasi sehingga kenyang! 


4. VEGIE IN MILKY WHITE CURRY


Bagi yang ingin habiskan sayur di dalam peti ais tu, boleh juga gunakan lebihan kuah kari untuk menikmati sayur kegemaran masing-masing. Jika mahu rasa lebih umph boleh tambahkan sedikit yogurt untuk rasa yang lebih berlemak. 


5. KARI SOTONG / UDANG

Semua orang tahu, sotong mahupun udang sangat cepat untuk di masak maka tidak perlu tunggu lama-lama. Sediakan lebihan kuah kari dan masukkan sotong mahupun udang sebentar sehingga masak. Kemudian bolehlah terus di makan bersama nasi yang panas. 


6. INTI SANDWICH / KARIPAP


Cara untuk buat inti karipap cara paling cepat adalah dengan menggunakan lebihan kuah kari kemudian masukkan potongan kentang berbentuk dadu kecil, bawang merah dan juga daging hancur. Setelah itu masak hingga kuah kari menjadi kering untuk mudah di gunakan sebagai inti. Ia juga sedap untuk di makan dengan roti keping. 


7. NASI GORENG KARI


Apa susah! Panaskan lebihan kuah kari, masukkan telur dan isi ayam kemudian masukkan nasi yang telah dihancurkan. Kacau semuanya hingga sebati dan bolehlah di makan bersama yang tersayang.


8. GULAI TERUNG


Lebihan kuah kari juga boleh digunakan untuk membuat kari yang lain seperti gulai terung dan juga gulai nenas. Caranya tidak susah. Campurkan potongan terung ke dalam lebihan kuah kari tadi dan masaklah semula sehingga terung tersebut layu. Jika mahu rasa yang lebih berlemak boleh tambah semula santan dan sedikit mengikut kadar yang sesuai sesedap rasa. 


9. PAJERI NENAS



Sama juga dengan gulai terung tadi cumanya untuk resepi pajeri nanas perlu ditambahkan dengan kerisik , kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan juga gula. Setelah itu masukkan nenas dan masaklah sehingga mendapat tekstur yang agak pekat.


10. GULAI TELUR AYAM


Untuk buat gulai telur ada dua cara. Yang pertama panaskan lebihan kuah kari dan masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalamnya. Cara kedua pula rebus dulu telur kemudian goreng sebentar di dalam minyak, setelah itu baru dimasukkan ke dalam kuah kari yang telah di panaskan. Buatlah mengikut cara mana satu yang disukai.

Itulah tips bagaimana untuk menghasilkan menu yang sedap hanya dengan menggunakan lebihan kuah kari. Daripada terus di buang ke dalam sinki adalah lebih baik untuk bersifat lebih kreatif. Dalam masa yang sama akan turut menjimatkan belanja perbelanjaan dapur.


Yang penting, pastikan kari yang di masak tidak tersentuh dengan tangan untuk mengelakkan ianya basi. Cara terbaik tiap kali masak kari, setelah selesai masak terus bahagikan kepada dua bahagian. Jika ke dua-duanya habis alhamdulillah tetapi jika kebetulan hanya satu bahagian saja yang habis maka bolehlah digunakan untuk mencipta menu resepi yang lain.

Selamat mencuba...................




" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "