Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Sebab Utama Mengapa Perlu Bercuti Ke The Cedar @ Bidor , Perak

10 Sebab Utama Mengapa Perlu Bercuti Ke The Cedar @ Bidor , Perak | Assalamualaikum, alhamdulillah pada 26 November 2018 yang lalu daku telah selamat bercuti secara beramai-ramai dengan beberapa rakan bloggers dari Pantai Timur. Untuk pengetahuan semua, percutian ke Perak Darul Ridzuan bersama Team Blogger Pantai Timur ini daku dah plan sejak dua bulan lalu cuma tika itu aku masih lagi blur di manakah tempat yang patut aku kunjungi bersama team untuk sebuah percutian dalam suasana yang aman, tenang, selesa dan happy dalam satu masa. Mujurlah dapat jumpa sebuah lokasi percutian yang di beri nama THE CEDAR @ BIDOR .



THE CEDAR @ BIDOR ini sebenarnya merupakan sebuah villa percutian mewah yang terletak di dalam daerah Bidor dan pengalaman menginap di Villa Mewah The Cedar at Bidor Perak bersama teman dan keluarga akan ku kongsikan melalui artikel ini supaya korang semua dapat mengetahui apakah sebab-sebab utama mengapa lokasi ini bagus untuk dijadikan sebagai salah satu tempat bercuti yang best di Utara Malaysia. 



Mudah-mudahan melalui perkongsian ini, korang akan lebih mudah untuk membuat keputusan samada berbaloi ataupun tidak untuk menginap di sini nanti. Tak nak tunggu lama-lama, jom lihat apakah sebab-sebab utama mengapa daku terus berkenan dengan The Cedar @ Bidor ini. 

10 Sebab Utama Mengapa Perlu Bercuti Di The Cedar @ Bidor adalah :

1. Arah Tuju Perjalanan Yang Mudah

The Cedar @ Bidor yang beralamat di Lot 1852, Jalan Paku, Kg Chang, Batang Padang, Bidor, Perak, 35500, Malaysia ini adalah sebuah unit villa atau bungalow yang terletak kira-kira hanya 5 km  saja daripada exit tol Bidor dan jarak The Cedar @Bidor ini dengan pekan kecil Bidor hanyalah sekitar 10 minit perjalanan saja dan korang tak perlu risau kerana ada akses daripada jalan besar sehingga ke muka pintu yang boleh dilalui dengan kenderaan.



 Ada juga diletakkan papan tanda dan yang paling penting korang boleh gunakan GPS mahupun Waze dan maps akan terus hantar ke lokasi dengan jayanya tanpa sesat.

2. Lokasi Yang Amat Mendamaikan Jiwa

The Cedar @ Bidor ini tidak ubah seperti sebuah tempat percutian yang sangat privasi khas untuk kita yang ingin bercuti bersama teman mahupun keluarga dalam suasana yang aman damai dan tenteram tanpa sebarang bentuk kesibukan kota. Kedudukannya yang agak tinggi di atas bukit dalam keluasan tanah peribadi seluas 4 ekar benar-benar memberi satu rasa kepuasan sebuah percutian yang sebenar. 



Di tambah lagi dengan pemandangan sekelilingnya yang hijau berserta langit yang membiru memang cantik sangat-sangat! Tidak lupa turut kelihatan aliran sungai secara terus dari Air Terjun Gepai yang boleh di nikmati pada bila-bila masa.

3. Ruangan Parkir Kereta Yang Luas

Apa gunanya kalau tempat cantik tapi ruangan untuk parkir kereta sama sekali takde kan? Di The Cedar Villa Bidor, soal parking jangan risau kerana kat sana boleh menempatkan sehingga 8 ke 10 buah kereta dalam satu-satu masa. Rungan parking di hadapan pintu masuk memudahkan lagi urusan mengangkat bagasi dan yang penting tak perlu bimbang kerana kat sini ada pintu pagar utama yang senantiasa di tutup dan di kunci dari dalam untuk menjaga tahap keselamatan kenderaan masing-masing.


Pagar utama yang sentiasa di awasi oleh penjaga villa ini juga akan menahan mana-mana lain kenderaan yang berkunjung ke situ dari memasuki kawasan premis demi untuk memberi keselesaan dan privasi kepada semua yang ada untuk rombongan percutian terbabit.

4. Kolam Renang Besar dan Cantik

Kolam renang di mana-mana percutian adalah menjadi antara sebab utama mengapa daku memilih sesuatu tempat tersebut dan honestly kolam renang di sini amat besar, selesa dan cantik. Soal kebersihan juga sangat dititikberatkan dan pelbagai kemudahan tambahan seperti ruang rehat, buaian, tempat mandi ( shower) dan pelampung penyelamat juga turut disediakan. Permukaan lantai di sekeliling kolam juga tidak licin bagi memudahkan lagi untuk mandi manda.


Terpulang hendak mandi pada waktu pagi, tengahari, petang mahupun malam kerana korang bebas untuk mandi pada bila-bila masa tanpa ada sesiapa yang akan menghalang bahkan semasa trip ini kami terjun ke kolam walau dah tengah malam demi untuk bersantai sambil menikmati pemandangan alam sekeliling tetapi bagi diri aku sendiri, aku lebih sukakan pemandangan di kawasan tepian kolam yang menghadap ke arah kawasan menghijau secara terus tatkala waktu pagi.


Jika tidak mahu mandi sekalipun, masih boleh duduk bersantai sambil menghirup udara segar dan menjamu mata dengan warna penuh menghijau bersama famili. Sangat-sangat tenang. Sangat-sangat damai tanpa sebarang hiruk piruk mahupun sebarang kenderaan melainkan kedengaran bunyi air dan juga kicauan burung dari kawasan sekeliling.



5. Halaman Luar Indah dan Menenangkan Termasuk Sudut BBQ

Jika sudah puas bersantai di tepian kolam, boleh pula melangkah ke halaman di bahagian tepi villa yang menempatkan kawasan untuk berjalan dan berbbq. Halaman yang sangat luas dengan hamparan rumput yang di jaga dengan rapi benar-benar membuatkan aku jatuh hati. Bangku batu yang ada di sepanjang tepi halaman turut memudahkan urusan untuk duduk bersantai samada dengan teman, famili mahupun seorang diri. Peluang ini daku turut gunakan dengan berjalan menyelusuri laluan berjalan kaki dari halaman depan sehingga ke hujungnya sebagai senaman ringan.

Pada malamnya, daku dan seluruh team yang ada telah menggunakan fasiliti yang ada dengan mengadakan majlis makan malam secara sederhana dengan cara barbeku. Apa yang menariknya, ruangan barbeku ini telah diwujudkan khas oleh si owner pada bahagian hujung halaman dengan sebuah tempat pemanggang , sinki, meja makan dan juga ruangan menikmati juadah secara terbuka yang turut di lengkapi dengan set audio sistem untuk di pasang dengan lagu kegemaran masing-masing.


Untuk berBBQ hanya perlu siapkan makanan saja manakala untuk peralatan lain termasuk arang tidak perlu risau kerana akan disediakan oleh pihak The Cedar Bidor Villa itu sendiri bahkan urusan untuk menghidupkan tempat bakar juga akan turut dibantu.Tugas kami sebagai si penginap hanya perlu menikmati suasana tersebut sambil makan makanan yang dibawa dengan rasa senang hati dan gembira.



6. Dapur Lengkap Dengan Segala Peralatan

Masa makan adalah salah satu waktu yang amat di tunggu-tunggu tak kira di mana berada dan menu yang disajikan terasa lebih sedap jika dapat di nikmati bersama. Inilah yang telah di rasai sepanjang berada di The Cedar Bidor. Disebabkan ia merupakan sebuah villa dengan konsep homestay yang memerlukan si penginap untuk menyediakan makanan sendiri maka daku dan rakan-rakan team telah bersepakat untuk mengumpul wang sebanyak RM50 untuk sebuah keluarga dan hasil dari pengumpulan wang tersebut telah kami belanjakan untuk shopping makan minum untuk kami semua sepanjang berada di sana.


Dari soal penyimpanan makanan sama sekali tak timbul sebarang masalah kerana pihak The Cedar Bidor dah siapkan segalanya daripada peralatan memasak seperti kuali, pinggan mangkuk, air bertapis, ketuhar, dapur gas, rice cooker dan sebagainya. Peti sejuk, chiller dan juga tong penyimpanan air bat juga turut ada cuma air batu korang perlu beli jika nak cepat. Ala, singgah je beli kat pekan Bidor tu bukannya jauh pun. Seperkara lagi, pengisar makanan setakat yang ku pergi pada hari tersebut takde so kalau ada yang perlu gunakan pengisar (blander) kena bawa sendiri dari rumah.. Jika nak lebih mudah, korang bawa je paste siap-siap dari rumah. Lagi senang dan cepat!


Masak beramai-ramai di dalam dapur yang sangat praktikal sebegini memang amat memudahkan. Antara menu yang kami sediakan semasa kat sana adalah ayam bakar ala percik, mee kuah, mee goreng basah dan juga nasi goreng. Ada juga menu tambahan lain seperti sosej dan sebagainya. Alhamdulillah kenyang makan beramai-ramai sepanjang berada kat sana.


7. Ruangan Makan Untuk Keluarga yang Besar

Untuk makan malam kami nikmati di bawah sinaran bulan bintang dengan cara BBQ secara beramai-ramai manakala untuk sarapan pagi pula kami nikmati di ruang makan berhampiran kolam renang yang amat mendamaikan jiwa. Dengan tempat yang cantik begini makanan yang terhidang kejap je habis. Happy lihat semua yang ada gembira hingga makan bertambah-tambah.


Ruang makan di tepi kolam renang ini juga turut terdapat sebuah kolam ikan koi yang sangat comel. Dan terus-terang ruangan ini merupakan salah satu sudut kegemaran sepanjang kami berada di sana.  Di ruangan inilah kami dapat berbual sambil menikmati pemandangan, sambil pantau anak-anak mandi kolam dan juga sambil berbual itu ini bercerita kisah-kisah terbaru sesama kami. Hingga ke lewat malam masih melekat berbual kat sini beramai-ramai hinggakan tak sedar masa yang berjalan.


8. Unsur Hiburan Turut Diselitkan

Sementara para isteri dengan aktiviti bergosip sesama sendiri manakala encik-encik suami pula memilih untuk melakukan aktiviti riadah yang lain seperti berbual di halaman, bermain snooker dan juga berkaraoke. Meskipun kami semua hanya berkenalan bermula daripada sebuah team penulis blog tetapi hakikatnya ikatan di antara kami semua sememangnya sudah seperti sebuah keluarga dan kerana itu para suami masing-masing sudah tidak berasa kekok untuk saling berbual dan menghabiskan masa bersama.


Inilah sudut yang sering dihabiskan masa oleh para suami kami semua. Bahkan bukan setakat suami tetapi anak-anak remaja ikut serta bermain snooker hasil daripada tunjuk ajar daripada beberapa ahli team yang sememangnya sudah punya pengalaman dan kemahiran untuk bermain permainan ini. Daku yang sememangnya tak pandai hanya mampu tengok sajalah.... hahaha... 


Apapun, sudut karaoke di tingkat atas memang best! Asyik je duduk beramai-ramai sambil mendengar suara emas masing-masing yang boleh membuatkan masing-masing tersenyum sendiri. Pendekata, berada di sana dengan segala aktiviti yang kami atur sendiri memang sangat memuaskan hati. Inilah percutian sebenar yang betul-betul kena dengan jiwa kerana dapat melarikan diri daripada kesibukan dan stress kerja walaupun hanya untuk seketika. 


9. Bilik Mainan Buat Anak-Anak Sangat Membantu Ibu Ayah

Ohya, bukan hanya ada sudut ngopi untuk si ibu-ibu dan sudut snooker untuk si ayah-ayah malah sebuah bilik khas yang telah dipenuhi dengan pelbagai permainan juga turut disediakan bagi membantu memudahkan lagi urusan si ibu ayah ini untuk bercuti dengan aman dan relaks. Mainlah sepuas-puasnya yang penting lepas main perlu simpan semula di tempatnya seperti asal. Jika tak simpan, haaa ada denda sebanyak RM80 tau! Tapi bagi aku denda tu memang patut kalau tidak maunya bersepah satu rumah penat nak mengemas balik.


10. Bilik Tidur Selesa berserta Tandas Peribadi Tiap Satu

Letih seharian dengan aktiviti mandi kolam, snooker, karaoke, BBQ dan sebagainya maka cara paling bagus untuk kembalikan mood dan tenaga apalagi jika bukan mendapatkan tidur yang sepatutnya. Untuk bilik tidur terdapat sebanyak 8 (lapan) buah bilik semuanya dan masing-masing adalah di dalam rona putih dengan katil yang bersaiz besar. Tilam yang empuk dengan hawa dingin yang sejuk di tambah dengan pemandangan luar yang damai menghijau bagaikan sedang berbulan madu pula rasanya.


Dekorasi bilik yang simple dengan rak DIY berwarna putih berserta dengan cermin yang memantulkan semula cahaya dari lampu tidur telah membuatkan suasana tampak lebih romantis. Kerana itu, rasanya The Cedar Bidor ini sangat sesuai bagi pasangan yang baru berkahwin tetapi tetap ingin bercuti bersama keluarga rapat mahupun teman-teman. Ianya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi untuk mengabadikan gambar yang indah dan cantik sempena perkahwinan yang baru berlangsung itu.


Tidak dilupakan untuk setiap bilik turut dilengkapi dengan sebuah bilik air berserta shower malah bilik air sebegini turut ada sebanyak dua buah lagi di tingkat bawah berhampiran dengan dapur bagi memudahkan urusan penggunaan tandas tanpa perlu berulang alik ke tingkat atas setiap masa. Setiap bilik dan tandas ini alhamdulillah sangat bersih dan kemas tanpa sebarang masalah.


Itulah dia 10 sebab utama mengapa daku memilih The Cedar @ Bidor sebagai lokasi percutian untuk kami semua dan terus-terang ianya amat perfect ! Kesimpulannya bagi aku, villa The Cedar @ Bidor yang mewah ini telah berjaya memberikan erti sebuah percutian yang sebenar tanpa perlu memberi rasa penat pada badan. Apa tidaknya, check in je kat situ dan boleh relaxs sepanjang hari sepanjang malam dengan pasangan dan family tanpa perlu susah payah drive ke sana sini lagi. Masa untuk check in bermula dari jam 3 petang dan masa untuk check out pula adalah pada jam 12 tengahari dan deposit sebanyak RM300 turut perlu disediakan semasa urusan pengambilan kunci villa.


Layanan daripada 'si penjaga villa' yang berperanan sebagai wakil untuk tuan empunya villa juga amat tip top! Pak Adi namanya dan sepanjang kami berada di sana beliaulah yang telah bersusah payah memenuhi segala permintaan dan kerenah kami yang nakkan tilam tambahan, selimut, bantal dan sebagainya ini. Malah Pak Adi jugalah yang bantu sediakan tempat bakar untuk kami berBBQ. Rezeki kami juga amat murah tatkala Pak Adi datang hantarkan sebiji buah nangka yang agak besar sizenya baru di petik dari pokok berhampiran. Wangi dan manisssss rasanya. Terima kasih banyak ya Pak Adi, awak baikkkk sekali.


Jika hendak di ulas secara keseluruhan, daku amat berpuashati dengan segalanya baik dari segi fasiliti dan juga kebersihan.. Cuma adalah lebih baik jika pihak The Cedar @ Bidor dapat adakan sebuah sudut laundry supaya dapat pihak penyewa ini mengeringkan pakaian dengan lebih mudah terutama pakaian basah selepas mandi di kolam renang yang best tu. Jika pihak The Cedar @ Bidor dapat sediakan ruang laundry ini berserta dengan sebuah seterika mini pun okay, tak perlu la para penyewa angkut iron dari rumah.. hehe... 


Yang pasti bercuti di The Cedar @ Bidor benar-benar telah memberi kepuasan. Bila dah puas tidur, boleh bangun dan mandi manda di kolam yang sangat luas dan selesa. Tatkala ingin bermain dengan alam boleh pula basahkan diri di laluan Sungai Gepai ataupun terus ke Air Terjun Gepai yang amat berdekatan. Daku sebenarnya memang teringin nak ke Air Terjun Gepai tu tapi disebabkan kami hanya berada selama 2 hari 1 malam saja maka tak sempat nak luangkan masa ke situ. Huhu..

Walaubagaimanapun, so far so good dan jika di tanya apakah daku berhajat untuk ke sana lagi? Terang lagi nyata jawapanku adalah YA!!! Memang daku tak serik untuk ke sana dan sangat berhajat untuk jadikan The Cedar Bidor itu sebagai salah satu lokasi percutian bersama keluarga dan teman-teman selepas ini.



Berhajat Untuk Bercuti Dengan Aman Untuk Melarikan Diri Dari Kesibukan Kota? Tempahlah The Cedar Bidor Segera Kerana Di Sana Adalah Tempatnya !!

Bagi korang yang masih tercari-cari di manakah destinasi untuk bercuti bersama keluarga bagi menjayakan sebuah family day yang amat best, silalah ke The Cedar @ Bidor kerana di sana ada segalanya yang kalian impikan.



Harga bermula daripada RM1,100 semalam untuk sebuah villa ( 8 bilik ) namun harga akan bergantung juga pada jumlah para penginap dan lain-lain. Untuk sebarang info lanjut yang menyeluruh sebelum membuat tempahan, sila hubungi : 

THE CEDAR @ BIDOR
Alamat: Lot 1852, Jalan Paku, Kampung Chang, 35500 Bidor, Perak, Malaysia
Website : www.thecedarbidor.com
Syarat Menginap : https://www.thecedarbidor.com/faq.html
Facebook: The Cedar at Bidor
Instagram : @thecedarbidor




16 comments for "10 Sebab Utama Mengapa Perlu Bercuti Ke The Cedar @ Bidor , Perak "

  1. duk wat pe kat dapur tu.... mest rindu nk p lg kan

    ReplyDelete
  2. Menarik.. Boleh bercuti di sini juga nanti.

    https://mizasasaki.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. lawa,,, terima kasih sudi singgah ke blog sis hawa

      Delete
  3. Otw ke kpg ni..menarik buat family day di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul... sgt sesuai wat fmly day sbb complete n perfect! kalau lalu singgah2 la stay sini mmg berbaloi sgt2

      Delete
  4. Bestt. Tip top. Haha part nak iron dengan mesin basuh je kekurangan dia. Tapi banyak kelebihan itu yang buatkan kita mesti rasa nak repeat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... takat iron ngan mesin basuh takde la hal sbb still leh sidai kat mana yg boleh.. yg penting keseluruhannya tu mmg awesome! rindu nak pergi lagi huhu

      Delete
  5. hebat juga homestay ni. 5 star ni. Memang berhajat nak ke perak,tetapi masih memikir lokasi.Thanks for info ye sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ina... gi ke perak leh stay sini.. mmg best

      Delete
  6. sebab-sebab yang kuat untuk pilih bercuti di sini,,,,memang berbaloii kalau pakat2 sesama family untuk stay sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la berbaloi leh dok ramai2.. .collect sorang sikit.. syok

      Delete