Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ALCE NERO - Makanan Organik Mesra Alam Dari Itali Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

Assalamualaikum, baru-baru ini daku sempat mencuba salah satu pasta dan sos yang dikeluarkan oleh pihak ALCE NERO. Apa itu Alce Nero? Bagi yang belum tahu Alce Nero ditubuhkan pada tahun 1970-an apabila dua orang petani muda dari Itali mengambil keputusan untuk merintis revolusi organik dengan menghasilkan makanan yang sihat, pada masa sama menghormati alam sekitar. Alce Nero menggabungkan method pertanian lama dengan penyelidikan termaju berkaitan kesihatan dan alam sekitar.



Teknik-teknik ini telah berkembang tetapi kualitinya masih berasaskan kepada bahan-bahan mudah yang membentuk Alce Nero: kecintaan terhadap makanan, hormat kepada alam sekitar dan tidak menggunakan bahan kimia sintetik. Dalam erti kata lain ALCE NERO merupakan jenama organik No. 1 di Itali. Kini Alce Nero sedang meraikan ulang tahun Ke-40 dengan menggalakkan orang ramai untuk lebih beralih kepada makanan dan minuman organik.



Diet Organik Dihubungkan Dengan Pengurangan Risiko Hidap Kanser

Bolehkah makanan organik membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser? Satu kajian yang diterbitkan dalam JAMA Internal Medicine baru-baru ini oleh para penyelidik dari Institut National de la Sante et de la Recherche Medicale di Perancis mendapati bahawa mereka yang mengamalkan diet makanan organik berkualiti rendah ke sederhana adalah 25% kurang risiko mendapat kanser. Pasukan penyelidik itu mengkaji lebih 68,000 orang dewasa di Perancis selama lebih 4.5 tahun. Menurut Agensi Penyelidikan Kanser, salah satu sebabnya adalah kerana produk-produk organik kurang mengandungi sisa racun serangga berbanding makanan biasa.  


Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi, kanser terus menjadi salah satu daripada 10 sebab utama kematian yang disahkan secara perubatan di Malaysia. Pakar perubatan menasihatkan orang ramai agar melakukan senaman setiap hari, mengurangkan pengambilan diet tinggi lemak dan gula, selain tidak merokok untuk membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser.

Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan baru-baru ini, bertukar kepada makanan lebih organik menjadi satu amalan yang baik dalam usaha mengurangkan risiko kanser. Alce Nero, jenama peneraju makanan organik dalam kalangan pengguna yang mengambil berat terhadap kesihatan dan alam sekitar meraikan ulang tahun ke-40 dengan menggalakkan lebih ramai orang bertukar kepada makanan organik demi kesihatan yang lebih terjaga, rasa yang lebih enak dan kepekaan terhadap alam sekitar.




Ditanam, dituai serta dihasilkan secara organik di Itali bersama hasil tanaman organik, produk jenama ini terdiri daripada pelbagai pilihan pasta, minyak zaitun dara, madu, sos pasta, jem dan cuka. Para peladang Alce Nero berbangga kerana diberi pengiktirafan 100% organik oleh undang-undang Kesatuan Eropah dan pertanian organik Jepun, JAS. Pengiktirafan ini merangkumi aspek tanaman, tanah di mana ia ditanam, kilang pemprosesan, prosedur serta bahan-bahan yang digunakannya.


“Makanan tidak organik sememangnya boleh didapati dengan mudah dan lebih murah. Tetapi ia biasanya mengandungi bahan pengawet, racun serangga, MSG, pemanis buatan, perisa, pewarna, jumlah sodium tinggi dan bahan-bahan lain yang mungkin memberi kesan negatif terhadap kesihatan untuk jangka masa panjang. Produk-produk Alce Nero yang diakui 100% organik bebas daripada aditif ini. Sebagai contoh, Jem Strawberi Organik Alce Nero mengandungi 275g buah-buahan yang menghasilkan 270g jem. Ia tidak mengandungi gula tambahan, pectin, bahan pengawet atau aditif untuk memberikan rasa dan aroma buah-buahan yang semula jadi.” Antara resepi yang boleh di cuba adalah Creamy Salmon Penne Pasta.
Creamy Salmon Penne Pasta
Untuk 2 orang

Bahan
Kuantiti
Alce Nero Organic Penne
300g
Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil
2 sudu besar
Bawang besar, dicincang
1 saiz sederhana
Bawang putih, dicincang
2 cloves
Salmon
4 pieces
Krim masakan
300ml
Telur
2
Parutan keju parmesan
½ cup
Garam

Lada sulah


Cara-cara
  • Didih pasta dalam periuk dengan air bergaram selama 10 minit.
  • Tuskan pasta dan tuangkan sedikit minyak supaya pasta tidak melekat. Biarkan sehingga sejuk.
  • Panaskan minyak  dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehinga wangi.
  • Masukkan krim, telur, keju dan ikan salmon, dan panaskan sehingga mendidih.
  • Matikan api dan masukkan pasta ke dalam kuali.
  • Gaul sehingga sebati dan sedia dimakan.

Daku pula menyediakan pasta dari Alce Nero dengan menambahkan sos tomato Alce Nero, daging cincang dan juga sayuran seperti bawang dan carrot. Sedap! Anak-aank ikut makan dengan penuh berselera.


Berdasarkan kepada kajian baru-baru ini, makanan organik boleh membantu mengurangkan pembentukan kanser. Jadi, memasukkannya ke dalam hidangan harian kita adalah langkah untuk ke arah kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan yang lebih baik. Inilah hadiah yang ingin Alce Nero kongsikan sempena ulang tahun ke-40 – rasa organik yang enak, baik untuk kesihatan dan untuk bumi kita!” kata Penasihat Pemasaran Alce Nero, Nathan Deverre.

Di Malaysia, Alce Nero menawarkan rangkaian produk pasta organik, minyak zaitun dara, sos pasta, jem dan madu. Produk-produk Alce Nero boleh didapati di AEON, Cold Storage, Ben’s Independent, Jason’s Food Hall, Jaya Grocer dan Village Grocer. Harganya pula bermula RM5.80 hingga RM36.80. Jangan khuatir kerana ia disahkan halal oleh pensijilan rasmi yang diiiktiraf Jakim.



Daku sendiri dah mencuba produk keluaran ALCE NERO ni, sedap!! memang sedap!! Rasanya memang agak special dan yang paling penting boleh di makan tanpa was-was di tambah dengan tahap bagusnya yang sangat baik untuk kesihatan.


Untuk mendapatkan resepi-resepi yang sihat, unik dan organik, sila layari laman web: https://alcenero.asia/recipes.html

2 comments for "ALCE NERO - Makanan Organik Mesra Alam Dari Itali Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik"

  1. dapnyeee nampak. kite dala suka jugak pasta2 ni..
    masaklah macam mana pun kitaaaa suka =D

    ReplyDelete