Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pendapat Peribadiku Selepas Mencuba Milk Peel Cream Mask Dari Althea

Pendapat Peribadiku Selepas Mencuba Milk Peel Cream Mask dari Althea | Assalamualaikum , hi hi awak semua kat sana.... okay hari ni daku nak kongsikan pendapat peribadiku untuk Milk Peel Cream Mask yang teah dihantar oleh pihak Althea Korea untukku baru-baru ini. Actually produk ni ku terima sebelum ke Bidor Perak tapi disebabkan kengkangan masa so baru kini dapatku kongsikan pendapat peribadiku sendiri selepas hampir seminggu lebih menggunakannya.


Pertama sekali, daku suka pada bentuk packagingnya yang sangat comel, mudah guna, tidak mudah tumpah dan juga senang untuk ku selitkan di dalam handbag. Comel sangat! So, jika nak ke mana-mana tak perlu nak fikir banyak, just masukkan ke dalam bag and its ready to go. 

Perkara ke dua, daku sukakan akan baunya yang tidak terlalu kuat dan lembut. Ini bertepatan dengan styleku sendiri yang tidak terlalu suka akan produk yang terlalu menonjol baunya melainkan bau yang bersifat alami seperti bunga-bungaan, susu dan sebagainya. Maka secara tidak langsung bau lembut dan plain seakan susu daripada Milk Peel Cream Mask ini memang bersesuaian dengan diriku sendiri. 




Apakah Bahan Yang Terkandung di dalam Milk Peel Cream Mask dari Althea Ini?

Bahan aktif utamanya adalah AHA & BHA yang akan menolong melakukan proses pengelupasan sel-sel kulit mati yang ada pada kulit wajah secara lembut tetapi tetap efektif  untuk menghasilkan kulit wajah yang lebih licin dan halus.



Milk Peel Cream Mask dari Althea ini juga turut mengandungi Protein Casein yakni susu yang akan bertindak untuk memberikan sumber kelembapan dan secara tidak langsung ianya akan turut membantu merangsang semula kulit untuk terus lembap sepanjang hari selepas penggunaan.


Bagaimanakah Cara Untuk Menggunakannya?

Cara untuk menggunakannya tersangatlah mudah :

1. Lembabkan seluruh wajah
2. Sapu Milk Peel Cream Mask secara nipis ke seluruh wajah
3. Urut secara perlahan dan tekstur akan bertukar menjadi buih-buih halus (cleanser foam)
4. Biarkan sekejap selama 30 ke 60 saat
5. Bilas dengan air suam hingga bersih sepenuhnya



Pendapat Peribadi 

Jika nak dimasukkan ke dalam skincare routine, seeloknya pakai pada waktu malam selepas buat step cuci muka tu terus apply cream mask ni lepas tu tunggu sekejap dalam 30 ke 60 saat dan bolehlah di bilas hingga bersih seperti biasa dengan menggunakan air suam. Setelah selesai step ni bolehlah di teruskan dengan penggunaan toner, serum dan sebagainya. Kiranya milk peel cream dari Althea ini adalah untuk membantu melakukan proses pengelupasan dan pembuangan kulit mati dengan lebih efektif tetapi dalam cara yang lembut dan halus. 




Ketika di pakai, ia mempunyai tekstur lembut seperti tanah liat tetapi sangat halus dan akan berbuih untuk meliputi seluruh wajah secara rata. Gosokan perlahan pada kulit akan membuatkan buih ini meyerap ke dalam liang pori untuk memberikan kulit wajah yang lebih bersih hingga ke dalam. Milk Peel Cream Mask ini juga semestinya amat sesuai untuk dikenakan bersama produk keluaran jenama Althea yang lain seperti Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder.



Berapakah Harganya?

Harga untuk setiap sebotol Milk Peel Cream Mask Dari Althea dengan isi kandungan sebanyak 50ml ini hanyalah RM36 sahaja! Dan jika berhajat untuk melakukan pembelian, bolehlah pergi terus ke lamanweb utamanya iaitu https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask




Jika ada pertanyaan lain yang berkaitan dengan mana-mana produk Althea, boleh dapatkan info-info tersebut melalui :

4 comments for "Pendapat Peribadiku Selepas Mencuba Milk Peel Cream Mask Dari Althea"

  1. Kinah suka mask milk peel ni sis. Masa pakai tu rasa geli-geli sebab buih tu. Lepas guna muka pulak rasa lebih segar. BestπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  2. Lepas baca review Sis Hawa, I was like hurmm not bad, boleh masukkan dalam wishlist he he he

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete