DeSue Bakery - Antara Top Bakeries Di Perak Yang Boleh Dipercayai | Ketika berada di The Cedar @ Bidor yang lalu, daku turut mengambil peluang yang ada untuk menyambut hari lahir anak ke 5 ku yang bernama Muhammad Awwal. Menyambut hari lahir di sebuah villa yang cantik dengan pemandangan yang indah disertai oleh ramai rakan-rakan membuatkan majlis tersebut tampak sangat meriah walaupun hakikatnya hanyalah sederhana saja.

Walau bagaimanapun, sambutan tersebut turut membuatku cuak tatkala memikirkan di mana harus aku dapatkan kek yang sedap, cepat dan mudah demi untuk menjayakan majlis tersebut pada hari berkenaan. Tak kan nak bawa kek dari Kelantan hingga ke Perak kot? Sangat-sangat tidak munasabah. Tak pasal bila sampai kek dah jadi rupa cekodok. Huhu.


Maka sebelum tarikh daku bertolak ke The Cedar @ Bidor itu, daku telah mula mencari info mengenai pengusaha kek yang paling mendapat sambutan daripada penduduk setempat di kawasan tersebut. Pada mulanya agak sukar juga untuk memilih yang terbaik di antara yang terbaik ini tetapi berdasarkan review dan maklumbalas daripada para pelanggan terdahulu akhirnya daku dapat juga membuat keputusan sebagaimana yang diinginkan. Di dalam banyak-banyak pengusaha kek di sekitar kawasan tersebut, daku membuat keputusan untuk mendapatkan servis kek dengan tema kegemaran melalui DeSue Bakery.



Antara Kelebihan DeSue Bakery Yang Paling Ketara


# 1 - Kreativiti Design Kek Yang Pelbagai




Melihat kepada rupa cup cakes, wedding cakes, birthday cakes, kek pertunangan dan lain-lain yang sangat cantik daripada DeSue Bakery membuatkan daku rasa bagai hendak tempah semuanya sekali. Ada kek perasa coklat, kiwi, strawbery, vanila dan lain-lain lagi. Tidak hanya itu brownies dan roti juga turut ada untuk ditempah mengikut kehendak masing-masing.

# 2 - Harga Yang Sangat Berpatutan



 Melihat pada harga yang diletakkan terus terang daku rasa amat berpuashati kerana bagi aku harga tersebut sudah terlajak murah dan berpatutan. Mungkin disebabkan ia beroperasi dengan cara profesional secara terus dari rumah membuatkannya dapat memberi harga yang jauh lebih berbaloi.

# 3 - Boleh Mengikut Tema Yang Dikehendaki Pelanggan 






Part ikut tema yang paling daku suka kerana dengan tema dan bentuk beginilah sesuatu kek itu akan tampak lebih special. Selepas puas berfikir akhirnya daku nekad untuk memilih tema dinosaur bersempena dengan karakter kegemaran Muhammad Awwal. Soal warna, bentuk kek, design menyeluruh semuanya daku serahkan kepada DeSue Bakery sendiri. Serahkan kepada yang lebih pakar adalah jalan yang lebih selamat dalam memudahkan urusan untuk ke dua belah pihak. Yang pasti, daku mahu perisa coklat!

# 4 - Maklumbalas Pelanggan Mengenai Servisnya Yang Baik



Bila melihat kepada beberapa maklumbalas daripada pelanggan daku sendiri sudah rasa tidak sabar untuk menikmati sendiri kek yang disediakan oleh pihak DeSue Bakery ini.

# 5 - Menyediakan Servis Delivery Untuk Kawasan Sekitar



Part delivery juga penting! Ini kerana bagi aku yang hanya datang ke kawasan tersebut sekadar untuk bercuti bukannya satu kerja mudah untuk ke mencari lokasi melainkan dengan bantuan Maps. Dengan adanya servis penghantaran sebegini ternyata ia amat memudahkan sekali.Tetapi, janganlah fikir servis penghantaran sebegini percuma pula. Hantarkan perlu di isi minyak kereta so semestinya ada caj tambahan mengikut jarak. 

Tatkala daku bertanya pada pihak DeSue Bakery katanya caj penghantaran untuk ke The Cedar @ Bidor tempat daku menginap adalah dalam kadar RM5 ke RM10 untuk sekali perjalanan. Okay sangatlah tu dari daku perlu drive sendiri cari hala jalan yang aku sendiri kurang arif. 

Menepati Masa Sebagaimana Yang Telah Dijanjikan 

Top Bakeries in BidorPerak telah di pilih dan keterujaan daku untuk bertemu dan merasai sendiri servis yang ditawarkan membuatkan daku berasa sangat-sangat teruja. Alhamdulillah, tepat pada tarikh yang dijanjikan kek yang di tempah telah dihantar sehingga ke depan pintu tempat daku menginap. Rasa senang dan happy kerana apa yang dirancangkan bakal menjadi kenyataan dengan adanya servis sebegini.


Rupa Kek Yang Amat Menepati Kehendak Pelanggan Sepertiku

Tatkala kotak bungkusan kek di buka, masing-masing mula menelan air liur. Bau aroma kek sudah dapat membuatkan otak kami semua mentafsir yang rasanya pasti sedap, InshaAllah. Yang penting, deko kek dalam tema dinosaur benar-benar diikuti oleh pihak DeSue Bakery dengan baik dan sempurna. Design daku berikan secara penuh pada pihak DeSue Bakery dari segi pemilihan warna dan sebagainya, saat pertama kali melihat daku terus jatuh suka.


Birthday boy apatah lagi. Cuma bila time di minta bergambar boleh di buatnya perangai malu-malu kucing! Aduhai.... Kalau tak percaya boleh lihat gambar di bawah ini. Muka tak nak senyum tapi mata menjeling ke arah kek tak lepas lepas. Mana taknya, pelbagai karakter dinosaur kegemaran ada terletak dengan banyaknya kat atas kek tu. 


Buktinya, lepas saja selesai upacara makan kek semua dinosaur itu dikumpulnya satu persatu untuk di bawa masuk ke bilik. Hahaha... Awwal oooo Awwal. Mamanya nak tangkap seekor dua untuk kasi dekat kengkawan yang lain pun tak sempat. Nak di rebut kan menangis pula maka sabar sajalah.

Rasa Yang Best Dengan Tekstur Yang Lembut


Pada hari tersebut daku telah menempah sebanyak dua biji kek dan kalau korang nak tahu kek yang ke dua yang dihiasi dengan strawberi tersebut telah mendapat sambutan yang paling hangat! Kejap je licin okay... Bila di tanya tentang rasa masing-masing cakap semua kek yang ada pada hari tersebut memang sedap tetapi apa yang lebih mengejutkan, kek yang di hiasi oleh strawberi itu hanyalah berharga RM17 saja sebiji! Kenapa? Tak percaya?


DeSue Bakery Turut Menyediakan Kek Budget Yang Terlajak Murah Tapi Sedap!

Inilah koleksi kek budget yang sangat murah tetapi tetap sedap dengan rasa yang sangat puas! Kek budget ini memang akan sentiasa disediakan setiap hari dalam jumlah yang sama dan konsep untuk membeli kek ini siapa cepat dialah dapat. Dalam erti kata lain kek budget dari DeSue Bakery sangat laris macam goreng pisang panas. Jika kebetulan mahukan kek budget ini dalam kuantiti yang lebih maka bolehlah menghubungi pihak DeSue Bakery untuk menempahnya secara direct.

Daku sendiri disebabkan kebetulan ada menempah kek yang lain maka secara tidak langsung telah meminta pihak DeSue Bakery untuk menyimpan dan menghantar kek budget ini bersama. Terdapat pelbagai perisa yang boleh di beli dan masing-masing dengan deko yang tidak kalah gahnya hingga membuatkan tiada siapa dapat menyangka yang harga kek ini hanyalah sekitar RM15 ke RM17 sja sebiji.

Harga : RM 15 sebiji

Harga : RM 17 sebiji 

Harga : RM 17 sebiji

Harga : RM 15 - RM 17 sebiji

Yang pasti walau harganya hanya belasan ringgit tetapi dari segi rasa amat tip top! Tak kedekut barang kata orang dan sangat sedap sesedap sedapnya setanding dengan kek mereka yang lain. Cuma apa yang membezakan kek budget ini dengan kek yang lain adalah dari segi berat yang hanya sekitar 350gram. Kurang sedikit saja dari kek 1/2 kilo sesuai untuk majlis yang kecil dan simple.


Kek Halal, Sedap Dan Berpatutan Menjadi Keutamaan DeSue Bakery 

Bagi korang yang berada di sekitar Bidor, Kampar, Tapah dan kawasan yang sekitar dengannya ini. Andai tiba-tiba terasa ingin makan pelbagai jenis kek bolehlah segera ke DeSue Bakery. Di sana bukan hanya ada kek dalam bentuk sebiji penuh tetapi juga turut di jual dalam bentuk slice. Daku sendiri suka beli kek dalam bentuk slice sebabnya boleh makan pelbagai jenis kek dengan rasa yang berlainan dalam satu masa. Yummy yummy!


Kesimpulannya, jika menetap, menginap mahupun melawati kawasan Perak dan tercari-cari dimanakah kedai kek muslim yang halal, bersih, sedap dan murah. Inilah dia kedai kek yang patut korang kunjungi. Bagi aku, memang patut DeSue Bakery ini menjadi antara top bakeries di Perak dan sememangnya daku amat berpuashati untuk servis mereka. Jika daku ke sana lagi, InshaAllah mungkin aku akan singgah ke DeSue Bakery secara terus untuk melihat lebih banyak pilihan kek secara direct di depan mata. 

Untuk DeSue Bakery, sila kekalkan prestasi kalian terutama dari segi rasa dan servis supaya senantiasa tip top seperti sekarang ini. Semoga perniagaan kalian makin maju dan teruskan perjuangan untuk memberi servis pembuatan kek yang halal untuk sesiapa saja yang ingin menikmatinya. 


Nak Tempah Kek Di Perak? Masih Belum Tahu Mana Kedai Yang Best? Pilihlah DeSue Bakery Yang Awesome !!

Untuk sebarang pertanyaan mahupun tempahan, boleh terus menghubungi pihak DeSue Bakery melalui :

Facebook : https://www.facebook.com/DeSueBakery/
Whatsapp : 0195797612
Telefon : 05 4340641


Untuk pembaca baru  , mohon klik follow sebentar >> DI SINI  sebagai tanda support. Terima kasih.