HeaxaBell - Koleksi Pakaian Muslimah Murah Berkualiti Dengan Ciri Mesra Wudhu dan Nursing Friendly | Assalamualaikum. Hari ini daku nak kongsikan tentang busana. Yelah, walaupun daku berniqab tapi dalam masa yang sama daku juga seorang yang amat suka akan fesyen dan terus terang juga berniqab ini tidak bermakna perlu mengenakan jubah dengan persalinan warna hitam semata-mata sebaliknya masih boleh mengenakan pakaian lain selain jubah dengan warna yang disukai asalkan longgar dan tidak membalut tubuh dengan ketat. Dan disebabkan itu jugalah maka daku masih sentiasa mengenakan pakaian yang daku suka asalkan ianya labuh melebihi paras punggung dan longgar. Antara jenama yang semakin mendapat tempat dihatiku kala ini adalah HeaxaBell - Inspiration Of Beauty.


HeaxaBell - Inspiration Of Beauty - unik namanya kan? Seunik design yang diketengahkan. Di media sosial menunjukkan jenama Heaxabell ini bukanlah calang – calang kerana jenama HeaxaBell ini membawakan pakaian-pakaian muslimah dan bagi aku design dan fabriknya teramatlah cantik dan selesa sekali. Antara design daripada HeaxaBell yang telah ku cuba adalah HELENA TOP dari rona warna pink sebagaimana yang terpamer di dalam gambar di bawah ini.


Pada mulanya daku ingatkan HeaxaBell ini hanya mengetengahkan pakaian up to date untuk wanita dengan ciri-ciri moden semata-mata tetapi ternyata sangkaan aku sama sekali meleset tatkala terpandang akan design-designnya secara menyeluruh. Nak tahu mengapa daku jatuh cinta pandang pertama dengan jenama HeaxaBell? Meh sini daku kongsikan akan kelebihan yang ada pada jenama HeaxaBell ini.



6 Sebab Mengapa Jenama HeaxaBell Menjadi Pilihan

#1. Design Yang Cantik dan Up To Date

Soal design daku tidaklah terlalu cerewet cumanya memang sejak dulu daku sukakan design yang tidak terlalu heavy tetapi dalam masa yang sama tetap nampak menarik dengan sesuatu 'benda' yang boleh membuatkan pakaian tersebut tetap nampak unik dan cantik. Dalam erti kata lain, daku sukakan persalinan yang simple tetapi masih ada suatu tarikan yang boleh membuatkan pakaian tersebut tidak terlalu boring.


Faktor ini daku lihat ada pada setiap design yang diketengahkan oleh pihak Hexabell. Jika tak percaya boleh lihat melalui pakaian HeaxaBell dengan code HELENA TOP yang ku kenakan ini. Walaupun warnanya agak polos tanpa sebarang corak namun disebabkan rekaannya yang ala-ala princess telah membuatkan pakaian ini tetap nampak menarik dan cantik malah ianya amat sesuai untuk digayakan di mana-mana majlis.


#2. Pelbagai Pilihan Size Yang Sesuai Mengikut Tubuh Si Pemakai

Terdapat 4 jenis size yang boleh di pilih iaitu extra small, extra large, medium dan juga large. Ukuran terperinci dengan tepat turut disertakan untuk memudahkan lagi urusan pemilihan size yang betul sebelum membuat tempahan. Untuk daku sendiri, daku pakai size L dan alhamdulillah memang kena dengan tubuh. Bahu dan paras labuh tangan juga sangat sepadan dengan tubuh bagaikan seolah-olah di beli secara terus dari butik.


Dulu pernah juga rasa takut untuk beli secara online kalau-kalau size tak menepati dengan ukuran sebenar badan terutama kat bahagian bahu dan bawah ketiak. Tapi dengan Heaxabell ni alhamdulillah, its perfect! 

#3. Penggunaan Fabrik Yang Amat Berkualiti

Fabrik yang digunakan untuk Helena Top yang ku pakai ini adalah daripada jenis crepe yang sangat exclusive hanya daripada HeaxaBell. Sangat selesa dan sama sekali tidak panas. Buktinya walaupun daku sepanjang hari dari pagi hingga ke malam ketika bercuti ke Perak baru-baru ini dengan memakai Helena Top namun daku sama sekali tidak berasa terlalu panas hingga tahap berpeluh-peluh. Sejukkkk je... tak tebal sangat tapi dalam masa yang sama tidak jarang juga. Sedang elok.


#4. Jahitan Yang Kemas dan Teliti

Soal jahitannya juga tampak kemas dan teliti. Jahitan bertindih pada bahagian hujung benang juga turut kelihatan bagi menambahkan lagi kemasan pada bahagian tersebut. Semoga mutu jahitan sebegini akan sentiasa dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa supaya jenama HeaxaBell ini dapat bertahan di hati para pengguna di samping menambah para penggemarnya yang baru.


#5. Bersifat Mesra Wudhu

Antara ciri yang ku letakkan dalam syarat sebelum membeli mana-mana pakaian adalah soal mesra wudhu yakni ada zip yang mudah di buka untuk senang di tarik hingga ke pangkal siku. Ini bagi memudahkan urusan untuk mengambil wudhu dan dengan Helena Top ni zip tersebut sangat senang untuk di buka dan agak panjang juga. Dalam masa yang sama zip ni tidak begitu kelihatan disebabkan warna yang hampir sama dengan fabrik berserta dengan gaya jahitannya yang agak tersembunyi. Zip ini sama sekali tidak menganggu dan sangat praktikal.



#6. Turut Menitikberatkan Unsur Nursing Friendly

Selain mesra wudhu ianya juga turut bersifat nursing friendly. Ini juga sangat bertepatan dengan diriku sendiri yang merupakan seorang ibu menyusu badan secara direct pada anak. Buat masa ini daku sedang menyusukan Kasih dan zip yang ada pada Heleana Top ini sangat panjang, lancar dan comel. Susah untuk jumpa zip yang panjang dari sisi kanan hingga ke sisi kiri sebegini tapi HeaxaBell dapat menyediakannya.


Urusan menyusu Kasih alhamdulillah terasa sangat mudah dan cara jahitannya juga membuatkan daku rasa lebih yakin untuk menyusu di khayalak walaupun hanya dengan berselindung di sebalik tudung yang di pakai. Tapi jika mahu lebih yakin bolehlah juga mengenakan nursing cover terutama tatkala sedang makan dan minum sebegini. 


Harga Mampu Milik Yang Amat Berbaloi
Insyallah mampu milik dengan kualiti yg memuaskan hati. Harga untuk HELENA TOP daripada HeaxaBell yang telah ku pakai ini hanyalah RM79 sahaja! Murah sangat-sangat dan amat berbaloi untuk design dan materialnya yang sangat cantik dan selesa. Terdapat 7 pilihan warna yang boleh di pilih iaitu Aqua, Black, Brown, Emerald Green, Maroon, Navy Blue dan juga Pink. Manakala sizenya pula dari Extra Small, Extra Large, Small, Medium dan Large.
HELENA TOP - RM 79

Selain daripada Helena Top, terdapat bermacam jenis lagi design blouse yang cantik-cantik daripada jenama HeaxaBell ini seperti :

ADELIA TOPS - RM 79

CASSY TOP - RM 99

DIU TOPS - RM89

Dress dan Pakaian Untuk Kanak-Kanak Juga Ada



Sebahagian Daripada Testimoni Para Pelanggan


Kegembiraan Si Pemakai Menjadi Keutamaan !!

Secara keseluruhannya daku amat berpuashati dengan jenama HeaxaBell ini. Jika di tanya soal design bagi aku semuanya tampak cantik dan yang paling penting ada ciri-ciri pakaian muslimah yang ku cari dalam pelbagai variasi warna yang menarik. Sepanjang mengenakan Helena Top alhamdulillah terasa sangat gembira kerana dapat bergerak ke sana sini dengan sangat selesa. Jika di tanya adalah aku akan terus mengenakan pakaian dari jenama HeaxaBell ini semestinya jawapanku adalah YA! Terima kasih banyak HeaxaBell kerana telah berjaya membawa pelbagai pilihan pakaian dengan design yang menarik untuk para pelanggan sepertiku ini.


Mahu Pakaian Muslimah Yang Tampak Moden Tapi Sopan? Jom Cuba Jenama HeaxaBell Hari Ini !

Jom dapatkan koleksi pakaian muslimah dari HeaxaBell Boutique  dan untuk melihat design terbaru serta pembelian, korang boleh terus terjah ke lamanweb utama HeaxaBell mahupun melalui FB Pages utama mereka melalui link di bawah ini :


HeaxaBell - Inspiration Of Beauty 
Heaxabell Boutique, 2-5-3A,, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral,
43650 Bangi, Malaysia

So, apa pendapat korang tentang jenama HeaxaBell ini? Okay ke tidak? Cer komen kat bawah tu. Terima kasih