Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

D-Flat Music Academy - Sedia Mengajar Piano Dan Gitar Untuk Pelbagai Golongan Usia

Muzik adalah satu unsur bunyi yang boleh dikategorikan dengan pelbagai kumpulan. Antara muzik yang paling digemari ramai adalah seperti pop, balada, tradisional, jazz dan sebagainya. Tidak dinafikan yang muzik ini ada kalanya boleh melalaikan tetapi itu bukanlah salah muzik itu sendiri. Muzik itu sama sekali tidak salah jika kita bijak mengawalnya. Daku juga sukakan muzik. Antara muzik yang paling ku suka adalah petikan piano dan gitar dengan lagu yang berirama romantik. Terasa tenang tatkala dapat mendengar muzik sebegitu. Terasa ceria mood yang kadangkala tengah serabut.

Antara kelas muzik yang boleh membimbing seseorang baik dari kalangan kanak-kanak mahupun dewasa adalah D-Flat Music AcademyD-Flat Music Academy ini sebenarnya mula beroperasi di Singapura tetapi kini mereka telahpun membuka akademi muzik yang pertama di Malaysia bertempat di Petaling Jaya bermula pada 15 Disember 2018 yang lalu.


Belajar bermain alat muzik diakui memberi pelbagai manfaat kepada kanak-kanak. Secara saintifik, ia telah dibuktikan membantu otak kanak-kanak berhubung sekaligus meningkatkan pencapaian akademik mereka. Bermain alat muzik juga meningkatkan keupayaan mendengar kanak-kanak, yang merupakan komponen penting dalam kemahiran sosial, koordinasi fizikal dan ketepatan masa. 

Ia memupuk disiplin dan kesabaran, menyuntik jati diri di samping menyediakan saluran kepada kanak-kanak untuk menghilangkan tekanan dalam kehidupan harian. Hasilnya melahirkan individu yang mempunyai asas yang teguh dan kukuh, bersedia untuk menawan dunia.


Ketika membicarakan manfaat yang bagaikan tidak bertepi daripada pembelajaran muzik, ramai juga kanak-kanak yang hilang minat begitu cepat dan menjadi kurang tertarik. Ini kerana, kaedah yang digunakan sekarang oleh kebanyakan konduktor muzik menumpukan kepada pembelajaran secara menghafal dan mengejar sijil semata-mata. Namun, D-Flat Music Academy mengenengahkan muzik mereka secara berbeza.


“Kami mengambil pendekatan jangka panjang dalam pendidikan muzik dengan menggalakkan pelajar menghargai muzik sebagai elemen estetik melangkaui aspek pembelajaran mereka. “Kami menumpukan kepada DUA perkara penting - pembacaan melalui penglihatan dan aura. Muzik umpama bahasa, jika anda membaca - melihat dengan baik, anda akan mampu untuk bermain apa jua bahasa muzik. “Aura pula membabitkan keupayaan mendengar dan sensitiviti seseorang. Ini penting bagi pelajar untuk melahirkan kreativiti muzik mereka,” kata Aaron Goh, Pengarah Muzik D-Flat Music Academy dan D-Flat Studio, sebuah akademi muzik terulung di Singapura.



Akademi muzik tersebut melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pelancaran rasmi studio pertamanya di Sunway-Damansara Geo Avenue hari ini. Dengan lokasinya yang strategik, di tengah-tengah kawasan kediaman yang ideal, D-Flat Music Academy yakin jenamanya yang unik itu akan diterima baik dalam kalangan komuniti.

“Kami berasakan bahawa pelajar muzik di sini kurang mendapat pengetahuan sewajarnya. Kebanyakan sekolah muzik hanya mengutamakan gred dalam peperiksaan tanpa membenarkan pelajar meneroka genre seperti jazz dan pop. “Bahasa muzik memang mampu difahami semua tetapi ia kerap berkembang. Merasai sendiri muzik melalui jazz dan pop memberikan pelajar peluang untuk meneroka tekstur dan bunyi berbeza yang melengkapkan lagi pendidikan muzik mereka,” kata Goh.

Bagi yang punya anak seawal usia 4 tahun yang ada minat terhadap muzik, bolehlah cuba menghantar mereka ke sini. Tidak salah jika ingin belajar sebagai salah satu kemahiran asalkan tidak terlalu leka dengan pelajaran lain yang asas. Pembelajaran sebegini secara tidak langsung akan dapat bantu mengajar corak diri yang lebih disiplin untuk terus berusaha sehingga berjaya menguasai alat muzik itu sendiri.



Ketika ditanya mengenai matlamat dan hala tuju syarikat pada masa depan, Goh mengakui, syarikat mempunyai matlamat untuk mewujudkan komuniti ahli muzik yang sentiasa teruja untuk memupuk minat mereka dalam muzik pada masa lapang, yang mana muzik akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka, untuk melangkah alam dewasa dengan lebih baik , sebagai mana mereka mengejar karier mereka. Dengan beliau sendiri berpengalaman lebih 21 tahun dalam industri tersebut khususnya dalam aspek pengajaran dan persembahan, Goh ternyata amat mencintai dan menjiwai seni tersebut. “Muzik adalah darah daging saya,” jelasnya.

Dalam memastikan jenama tersebut sinonim dengan pengajaran yang berkualiti dan dan penuh jiwa, D-Flat Music Academy mengehendaki guru-gurunya memiliki kelulusan Ijazah dan ijazah sarjana dalam muzik dari universiti-universiti yang terkenal dengan jurusan seni persembahan, atau sekurang-kurangnya 20 tahun pengalaman mengajar. Dengan cara ini, ibu bapa diberi jaminan bahawa pendidikan muzik anak-anak mereka sentiasa dalam keadaan baik.


Goh menambah, pencapaian peperiksaan dan persembahan pelajar mereka di Singapura merupakan testimoni terbaik bagi membuktikan keberkesanan kaedah yang mereka miliki. Sebahagian pelajar-pelajar cemerlang di Singapura terbabit dalam persembahan-persembahan terkenal seperti Child Aid (2017), Forbidden City (2016), Monkey Goes West (2014), Hansel & Gretel (2012), The Sound of Music, (2016) dan The Lion King (2011). Bagi meningkatkan lagi kecemerlangannya, D-Flat Studios serta mereka yang bekerja di bawahnya, telah menerima pelbagai anugerah di Singapura, antaranya 10 Akademi Muzik Terbaik Singapura (theasianparent.com), Anugerah Straits Times Life! Theatre - Pencalonan Aktres Terbaik 2015, Pembantu Aktres Terbaik Supporting 2016 & 2017 (dianugerahkan kepada Frances Lee - guru vocal dan muzikal dari akademi tersebut).

D-Flat Music Academy menawarkan kelas Piano, Gitar dan Vocal dan Teater Muzikal kepada kedua-dua, kanak-kanak dan dewasa. Akademi tersebut juga menawarkan penggunaan rangkaian buku dan alat muzik yang luas bagi melengkapkan lagi pembelajaran anda. Pelajar juga berpeluang mempelajari teori muzik melalui platform e-pembelajaran yang ketika ini berkembang pesat, yang meningkatkan lagi proses pembelajaran. Sementara itu, bagi pendaftaran sebarang kelas sebelum Jun 2019, akan memperoleh pembelajaran percuma pada bulan kedua. Dalam pada itu, majlis pelancaran diakhiri dengan petikan daripada Nietzche oleh Goh kepada tetamu yang berbunyi, “Tanpa muzik, hidup satu kesilapan.”


So, pada yang benar-benar ada minat dengan muzik terutamanya untuk piano dan gitar, bolehlah mebuat pendaftaran dengan segera. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan jadual, harga dan sebagainya bolehlah menghubungi pihak D-Flat Music Academy sendiri melalui :

Instagram @dflatmusicacademy
Tel: +6012-2393-873
Lokasi: D-Flat Music Academy, Sunway Geo Avenue G02-03A Jalan Lagoon Selatan Sunway South Quay 47500 Subang Jaya. 


2 comments for "D-Flat Music Academy - Sedia Mengajar Piano Dan Gitar Untuk Pelbagai Golongan Usia"