Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pengalaman Penuh Ketika Berada Di Movie Animation Park Studios Perak

Pengalaman Penuh Ketika Berada Di Movie Animation Park Studios Perak | Rasa girang anak-anak sudah dapat membayangkan bagaimana seronok dan terujanya kami semua tatkala ingin melangkah masuk ke Movie Animation Park Studios ( MAPS - Live Your Dreams ) yang terletak di Meru Raya Ipoh Perak. Bangunan besar yang tersergam indah dengan tertera nama THE MAPS ini sebenarnya memang mampu membuatkan sesiapa saja rasa seronok untuk mengunjunginya terutama jika hadir dalam bentuk kumpulan dengan jumlah yang agak ramai seperti kami semua ini. PendekataMAPS Movie Animation Park Studios ini adalah salah satu tempat menarik di Ipoh Perak.

Lihatlah tu ada yang wajah happy dan ada yang wajah muram.. Muram tu kes di ajak bergambar dulu sebelum masuk ke The Maps. " lama lagi ke mama? " soalan ni asyik di sebut-sebut je kat mulut anakku. Hmmm excited sangat ni.... Apa tidaknya, dengan mengunjungi The Maps ini hanya dengan sekali pembelian tiket sudah boleh berlibur dari pagi hingga ke malam dan boleh bermain apa saja permainan yang telah disediakan seberapa kerap yang disukai hingga tahap jemu! 


Periksa Harga Promosi Melalui Website Sebelum Membeli Tiket Masuk 

Syukur alhamdulillah, ketika kami kunjungi The Maps kebetulan pada masa tersebut ada promosi potongan harga untuk tiket bagi yang datang dalam jumlah yang ramai seperti kami ini. Harga tiket ini sama saja untuk dewasa dan kanak-kanak tau cuma had umur yang telah ditetapkan untuk mula dicaj harga tiket adalah 4 tahun dan ke atas. Maka dapatlah kami masuk dengan pembelian tiket mengikut kempen promosi 5 TO GO dengan kadar purata harga RM50 seorang. Untuk kempen terbaru dan sebagainya boleh layari website utama The Maps nanti. 


Ini contoh pass masuk yang boleh digunakan untuk melangkahkan kaki untuk masuk ke dalam The Maps. Ada dalam bentuk gelang kertas berwarna kuning dan ada juga dalam bentuk kad seperti touch n go. Ohya, daku juga diberitahu yang warga Perak boleh membeli dalam bentuk pass masuk secara tahunan dengan harga yang jauh lebih rendah special untuk para penduduk yang ada pertalian dengan negeri Perak Darul Ridzuan. 


Diperiksa Bagaikan Sedang Berada Di Lapangan Terbang 

Selesai acara pemakaian tiket di pergelangan tangan, kami pun mula bergerak ke pintu masuk. Saat ini pihak staf The Maps yang bertugas akan mula memeriksa setiap bag untuk memastikan bahawa tiada sebarang bahan makanan yang akan di seludup masuk. Awas ye! Untuk masuk ke dalam The Maps adalah tidak di benarkan untuk membawa bersama sebarang bekalan makanan dari luar. Jika lapar dan dahaga boleh menjamu selera melalui restoran dan booth minuman dan makanan yang ada di jual oleh pihak The Maps itu sendiri. 


Walaupun begitu, pihak The Maps masih tetap memberi pengecualian untuk barangan yang diperlukan untuk bayi sebagai contoh minuman air panas di dalam termos dan air putih mineral untuk proses membancuh susu bayi. Makanan snek berupa biskut bayi yang telah di isi di dalam bekas dan sebagainya yang ada kaitan dengan penjagaan bayi. 

Okaylah tu kan? At least pihak The Maps masih tetap mengambil kira kepentingan pengunjung terutama yang datang bersama anak kecil. 


Selesai semua urusan pemeriksaan , barulah dibenarkan untuk masuk ke dalam ruangan utama The Maps dengan menggunakan tiket pass masing-masing yang telah di beli ketika berada di bahagian kaunter pintu masuk tadi. Pheww.... 


Dihubungkan Dengan Sebuah Jambatan Panjang Yang Cantik

Untuk tiba di kawasan utama tempat bermain yang telah di sediakan oleh The Maps ini, kita perlu melalui satu jambatan yang indah berbumbung dan jambatan ini sangat cantik pada waktu malam dengan cahaya lampu neon yang bergemerlapan. Kami beramai-ramai jalan bersama sambil mata masing-masing asyik memandang jauh ke depan melihat pelbagai permainan yang sering ada di taman tema dengan mata yang tidak berkedip. Anak-anak pastinya semakin teruja dan masing-masing sudah tidak sabar untuk tiba segera ke destinasi. 


Mana satu nak main dulu ni? Haaa terlopong kami semua dengan jumlah permainan taman tema yang ada di sekeliling kami. Masing-masing bagaikan hilang arah tidak tahu ingin menuju ke mana arah tujuan. Mana tidaknya, semua tempat nampak menarik. Kiri ada tempat best , kanan ada tempat best! Omg! Yang pasti, bagi yang ada anak kecil seeloknya bawa stroller dan jika bonet kereta tak muat boleh je sewa stroller yang ada di dalam The Maps cuma perlu siapkan dulu ler..... 




Apakah Sebenarnya Yang Ada Di Dalam The Maps Ini ? 

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang apa tarikan yang ada di MAPS Perak ni sebabnya daku sendiri pun merasakan yang sama. Bagi yang tertanya-tanya apa yang ada di dalam The Maps Ipoh ini sebenarnya? Di sini daku akan kongsikan sedaya yang termampu sebagai pertolongan gambaran sebelum korang benar-benar ke sana. Okay, untuk pengetahuan semua di dalam MAPS ini ada 6 zon utama dengan 23 jumlah tarikan utama berserta dengan 15 aktiviti outdoor. 


Terdapat juga tempat makan yang dikenali sebagai Starship Restaurant dan juga tempat untuk membeli pelbagai barangan cenderahati. Tak lupa juga kedai membasahkan tekak yang lain seperti rumah aiskrim yang sangat cool dan cold! Jika dah berasa penat berjalan dan peluh bermain itu dan ini, bolehlah melangkah masuk menikmati sekejap mana-mana menu aiskrim yang ada. 


Kami pada hari itu sempatlah masuk sekejap, bukan untuk order tapi untuk lepaskan lenguh kat kaki dan juga disebabkan terpesona dengan deko dalamannya yang bagaikan sedang berada di dalam negara bersalji. Sejukkk oiiii sejuk sangat-sangat! Syok habis... memang cozy sangat.


Di dalam The Maps ini juga turut disediakan papan tanda pandu arah untuk lebih mudah tahu lokasi perkara asas yang utama seperti tandas, kaunter pertanyaan, kawasan permainan yang lain dan sebagainya. Loker tempat menyimpan barangan yang berharga juga ada untuk memudahkan korang yang ingin bermain permainan tetapi risau kalau-kalau tercicir barangan yang berharga seperti dompet dan sebagainya. Loker ini berkedudukan betul-betul di dalam kawasan The Maps yang tidak jauh daripada semua permainan yang disediakan. 


Pelbagai Permainan Yang Mencabar Untuk Golongan Dewasa 

Soal permainan untuk golongan dewasa ini, daku hanya boleh sekadar melihat terutama yang permainan tinggi tinggi tinggi hingga ke awan, oooo tidakkkkk... I gayat U, muahaha... so disebabkan gayat hanya anak-anak teruna sajalah yang terlompat suka gembira tahap maksimum nak main itu nak main ini. Biasalah, anak-anak remaja katakan? Antara permainan yang telah di cuba oleh anak-anak remajaku berdua itu adalah : 


1. Asteroid Attack


Pergh, nak gugur jantung ni haaa bila anak-anak remaja berduaku itu ajak ku naik sama. Memang mama kalian ni tak kan naik la nak oiii... bergetar tempurung lutut ni haa.. tak mau tak mau! Gayatttt... Anakku berdua bukan main suka dan happy dengan selambanya boleh naik untuk dua round. Ya Allah.. berani betul budak berdua ni. Bila di tanya kata mereka best! Best sangat-sangat.

2. Bumper Car ( kereta berlanggar )


Yang ini tak ada masalah, memang tak takut. Malah kalau dekat funfair dulu inilah antara permainan yang paling suka nak main. Cuma bezanya kat sini boleh naik berapa banyak kali pun tetapi silalah lepas main tu turun dulu dan masuk semula ke dalam barisan menunggu. Jika naik sekali terus tak nak turun dari kereta selagi belum puas main adalah lebih afdal pergi beli sendiri letak satu rumah. Hehe.

3. Hyper Spin


Buaian yang di pusing dengan agak laju hingga terdengar pekikan yang menaikinya hingga ke bawah. Daku yang sememangnya gayat dan takut pada tempat tinggi ni hanya melihat sajalah tetapi anak remajaku yang berdua itu dah merasanya sendiri. Sama seperti tadi, mereka cakap best sebab betul-betul extrem! Hmmmm extremlah sangat. 

Sempat Merasai Permainan Yang Berunsur Seram

Selepas puas berfikir nak main permainan apa, akhirnya daku ambil keputusan untuk memasuki rumah hantu bersama salah seorang anak bujangku. Dah ajak suami tapi kebetulan masa tu si Kasih sedang tidur jadi terpaksalah masuk bersama anak bujang. Takut? Hmmm seramlah juga tapi disebabkan tahu yang semua itu orang jadi buat-buatlah berani. Bagi para ibu hamil , bayi dan juga si pesakit yang ada jantung lemah sila jangan sesekali memasuki rumah hantu ini kalau tidak tak pasal akan jadi masalah. 


Selain daripada rumah hantu tersebut ada satu lagi permainan yang ada unsur seram cuma bezanya yang ingin di naiki dengan menggunakan sebuah mini train. Di dalamnya ada target yang perlu di tembak-tembak untuk mengumpul mata dan permainan ini tidaklah seram bagi orang dewasa sebenarnya cuma untuk kanak-kanak akan tetap menakutkan kerana ada unsur bunyi yang turut disertakan. Ala-ala rumah hantu kategori kanak-kanaklah lebih kurang dan anakku yang nombor tiga hingga gigil-gigil nangis-nangis sebab takut. Apa taknya dia memang salah seorang yang penakut pun tapi anakku yang nombor empat tetap cool saja dari awal hingga akhir siap suka sebab best lagi katanya. 


Permainan Kanak-Kanak Usia 3 Tahun Juga Turut Disediakan

Sebagai seorang ibu daku rasa sangat berterima kasih kepada pihak The Maps kerana dapat memikirkan permainan untuk kanak-kanak berdasarkan pelbagai kategori umur sesuai dengan karakter kartun itu sendiri. Sebagaimana The Smurfs Partyland ini yang sangat sesuai untuk Muhammad Awwal di usianya baru mencapai 3 tahun dengan Kasih Sufi yang baru berusia 1 tahun.


Berada di dalam rumah The Smurfs bagaikan telah tiba ke dalam dunia lain di mana anak-anak ini boleh memandu sendiri kereta mini sesuai dengan umur mereka dengan sendiri berpandukan arahan dan tunjuk ajar daripada staf yang bertugas. Ini bukan sekadar mainan sebenarnya tetapi turut mempunyai unsur pembelajaran bagaimana untuk berasa yakin terhadap diri sendiri dan juga bagaimana untuk memahami dan mengikut arahan daripada orang lain untuk melaksanakan tugas tersebut.


Nampak tu? Bukan main teruja si Awwal nak pandu kereta sendiri. Apa tidaknya, tadi dia dah mengamuk nak naik bumper car dengan abang-abangnya tetapi tidak boleh kerana belum mencapai had tinggi yang dibenarkan maka kat sinilah tempat untuknya bermain kereta yang sesuai dengan usianya dengan sepuas-puas hati. Untuk daku dan suami yang sedang berada di balik pagar paras dada, wajah gembira Awwal telah mampu membuatkan kami tersenyum. Alhamdulillah. 


Malah terdapat juga beberapa bahagian seperti gelongsor mini pada bahagian luarannya yang amat sesuai dengan baby di usia Kasih. Happy je Kasih bermain dan kesempatan tu daku gunakan bersama suami untuk hilangkan sekejap lenguh-lenguh di kaki kami. Apa tidaknya, kawasan The Maps ini besar sangat. Jika diikutkan hati semua tempat nak teroka dan cuba serta segenap kawasan nak ambil gambar sebagai kenangan.
 

Selain daripada itu, ada juga tempat best lain untuk si kanak-kanak ini. Kiranya di The Maps segala peringkat umur telah di ambil kira baik bayi, kanak-kanak mahupun golongan dewasa dan jika perlu di bawa warga emas jangan khuatir kerana terdapat pelbagai kemudahan asas seperti tandas, surau, kerusi yang banyak di sana sini dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan hanyalah meneroka satu persatu mengikut kesukaan masing-masing dan buatlah perancangan bijak mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.


Selain daripada aktiviti bermain terdapat juga persembahan yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga seperti Boboiboy 4D Adventure Theatre, persembahan karakter animasi popular, persembahan Stunt Lagends dan lain-lain.

Boboiboy 4D Adventure Theatre


Fantasy Forest Zone - Tempat Yang Paling Ku Suka 

Dalam banyak-banyak tempat dan bahagian di dalam The Maps ini, Fantasy Forest Zone telah berjaya membuatkan daku boleh duduk dalam masa yang agak lama. Ini kerana di bahagian ini telah menempatkan beberapa permainan yang selamat untuk kanak-kanak. Dalam erti kata lain permainan yang tidak terlalu ekstrem seperti Zugo's Crystal Quest, Upside Down Pyramid, Fantasy Carousel, Coliseum Water Play, Red Baron dan banyak lagi. 




Kat sini juga ada sebuah ruang berhawa dingin yang dinamakan sebagai Coral Kingdom dengan sebuah mini cafe menjual pencuci mulut dan minuman di dalamnya. Selain daripada itu terdapat juga aktiviti panjat memanjat berserta dengan bilik khas bercerita. Cerita akan di sampaikan dengan gaya yang menyenorokkan dalam jangka masa 30 minit dalam sebuah bilik khas yang hanya boleh dimasuki oleh anak-anak dan kesempatan ini bolehlah digunakan sekejap untuk si ibu dan ayah berehat. Kesempatan inilah yang daku gunakan untuk menyusu Kasih dengan aman dan damai. Fuh lega! 

Selama 5 jam daku berada di sana dan anak-anak rasa macam masih belum mahu balik. Apa tidaknya, mereka sudah makin teruja nak tunggu aktiviti pada malam hari yang akan semakin cantik dengan cahaya lampu neon yang pelbagai warna. Imbasan cahaya yang terkena air sungai dari jambatan semakin menampakkan panorama yang cantik, ala-ala sedang berada di Venice pula. 

Sebelum keluar daku sempatlah berhenti sekejap di hadapan pentas utama untuk melihat apa yang ada dan dapatlah juga rakamkan sekeping dua lagi gambar untuk disematkan sebagai salah satu memori untuk anak-anak. 


Ingin Bawa Anak Ke The Maps? Ini Tips Untuk Perkara Yang Perlu Dilakukan 
  • Sila caj handphone hingga ke tahap bateri maksimum ( 100 % )
  • Sila bawa powerbank
  • Sila bawa stroller untuk anak jika bonet kereta muat
  • Sila bawa nursing cover atau tuala bagi ibu yang menyusu badan
  • Sila bawa telekung solat jika mahu jimatkan masa bagi wanita


Seperkara lagi, jika mahu jimatkan budget mohon kenyangkan dulu anak-anak termasuk juga diri sendiri. Ini kerana harga makanan di dalam The Maps memang agak mahal berbanding dengan harga di luar. Maka jika hanya ada budget untuk harga tiket sila elakkan dari mengikut rengekan anak untuk cuba-cuba makan itu dan ini. 


Semua permainan sebagaimana yang telah daku perkatakan di awal artikel ini tadi, kita boleh main sepuas-puas hati hingga tahap jemu seberapa banyak kali yang kita suka. Sebab itu harga tiket masuknya agak mahal tapi bila di fikir balik ternyata sangat berbaloi. Bayangkan dengan kawasan sebesar ini, puashati tahap lenguh kaki dan boleh spend time dari pagi hingga ke malam ni.

Tak tahu nak bercuti kat mana? Nak luangkan masa dengan famili tapi masih tercari tempat yang sesuai? Inilah dia salah satu pilihan yang terbaik.... untuk maklumat lanjut, sila layari :

Harga Tiket Masuk MAPS Perak :

Maklumat Lanjut Rujuk Disini :


- JOM KE THE MAPS IPOH PERAK , BEST !!! -


15 comments for "Pengalaman Penuh Ketika Berada Di Movie Animation Park Studios Perak"

  1. Besar jugak tempatnya.. Seronok gila ni kalau dapat pergi..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian. memang menarik sangat tempat ni untuk spend family time ^_^

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnya.. banyak benda boleh main tu. Yang pastinya memang seronok tu kalau dapat pergi

    ReplyDelete
  4. Kena repeat..tak puas hati anak anak tak leh main banyak mainan lagi..huhu

    ReplyDelete
  5. Ala ana tak sampai sini lagi. Nampak best semua. Tak sabar nak jejak kaki dekat MAPS ni.

    ReplyDelete
  6. Wah, bestnya. Teringin juga nak ke sana...

    ReplyDelete
  7. kalau baca review awa ni tempat ni sangat menyeronokkan untuk anak-anak. banyak betul tempat untuk dilawati. mungkin satu hari nanti akan ada rezeki ke sana.

    ReplyDelete
  8. Wahhh menariknya... . Ni bawak budak2 ni mmg happy ni

    ReplyDelete
  9. Bestnya.. Teringin nak ke sini.. Banyak tempat menatik dekat dalam dia kan.. Tunggu anak besarla baru best

    ReplyDelete
  10. wahhhh... bestnya.... tapi jauh nak ke sana....

    ReplyDelete
  11. Seronoknya! Kasih pun happy tu hehe

    ReplyDelete
  12. dh pernah pergi sekali.. not bad.. cuma makan minum dlm tu la mahal sikit huhu

    ReplyDelete
  13. Quite an extensive review of the animation studio. It is the dream of every child to visit a similar place. Thank you for that.

    ReplyDelete