Assalamualaikum.... hari ni nak masak apa tu? Dah fikirkan menu belum? Kalau belum boleh cuba resepi yang terlajak simple dan mudah ni. Tak perlu nak buang masa lama-lama kat dapur. Prepair je bahannya lebih kurang pastu boleh terus masuk dalam kuali besar ataupun periuk untuk dimasak hingga sempurna. Jika terasa nak makan ayam, apa kata cuba resepi AYAM MASAK ASAM TEMPOYAK.

AYAM MASAK ASAM TEMPOYAK

BAHAN-BAHANNYA :

Ayam 300gram ( 1 daripada 4 bahagian )
* Bawang merah 3 ulas
* Bawang putih 2 ulas
* Halia 1/2 inci
* Kunyit hidup 1 inci
Bunga kantan 2 kuntum ( potong sederhana besar)
Asam gelugur 3 keping
Tempoyak secukup rasa
Cili giling 2 sudu
Cili padi 4 biji
Air secukupnya
Garam secukup rasa



CARA-CARANYA :

1. Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama air yang secukupnya untuk dijadikan kuah.

2. Tumbuk bahan yang ( * ) sehingga agak lumat.

3. Satukan bahan yang telah di tumbuk berserta bahan yang lain bersama ayam.

4. Masak semuanya di atas apa yang sederhana sehingga ayam benar-benar empuk

5. Masukkan garam secukup rasa dan bolehlah dihidangkan.


Kan dah kata tadi simple sangat-sangat. Dari segi rasa alhamdulilah boleh dikatakan sedap untuk dinikmati dengan nasi putih yang panas. So, apa yang di tunggu lagi tu? Jika nak rasa kenalah cuba resepi ni sendiri. Jika sedap, InshaAllah boleh buat lagi dan lagi. Yang penting, memang senang! Memang cepat!

Selamat Menjamu Selera..... 






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.