Surirumah, Pelajar Dan Penganggur Boleh Jana Pendapatan Sampingan Dengan MOBROG | Namun, apa itu MOBROG? Bagi yang belum pernah mendengar nama Mobrog ini, jangan risau meh sini daku nak bantu perkenalkan dan moga-moga selepas ini akan bertambahlah satu lagi pengetahuan baru bagaimana untuk menjana income secara suka-suka tanpa menganggu sesiapa sambil-sambil beronline melayan blog, facebook, instagram dan sebagainya.


Terus terang, daku dah lama join Mobrog ini cuma disebabkan kengkangan masa dan mood yang kadangkala okay dan kadangkala tidak maka ada masanya daku akan segera selesaikan tugas bersama Mobrog dan adakalanya daku biarkan saja ia berlalu pergi begitu saja untuk tempoh masa tersebut. Dalam erti kata lain, Mobrog ini sama sekali tidak akan memaksa. Jika suka boleh lakukan dan jika tak suka tak usah lakukan. Yang pasti, pedaftaran adalah percuma dan tiada sebarang sekali berdaftar maka akan kekal sebagai ahli untuk selamanya tanpa sebarang had tempoh. Dah tak sabar nak kenal Mobrog dengan lebih dekat? Jom baca artikel ini dari awal hingga akhir.

#1 - Mobrog Adalah Peluang Jana Income Dengan Cara Menjawab Survey

Inilah sebenarnya tugasan yang perlu dilakukan untuk Mobrog iaitu perlu bersabar dan meluangkan masa untuk menjawab survey dalam bentuk soalan mengikut apa-apa kempen yang di tanya. Selalunya soalan survey ini akan di hanatar mengikut biodata masing-masing yang telah di isi ketika pendaftaran sewaktu mula menyertai Mobrog. Macam daku sendiri seringkali di tanya soalan berkaitan parenting, makanan dan sebagainya yang berkaitan dengan diriku yang bergelar sebagai surirumah dan ibu sepenuh masa ini. Soalan ada pelbagai bahasa untuk di pilih seperti bahasa melayu, english, chinese dan sebagainya.


#2 - Hanya Perlu Ada Internet Dan Handphone / Laptop / PC

Tiada alatan lain yang diperlukan melaikan sebuah handphone ataupun PC ataupun laptop yang boleh di akses dengan internet kemudian jawablah semua soalan yang di tanya untuk sesuatu kempen itu dari awal hingga akhir. Setiap jemputan untuk menjawab survey akan di hantar melalui email.

#3 - Upah Di Bayar Dalam Bentuk US Dolar

Inilah kelebihan utama yang ada pada Mobrog di mana ia akan membayar dalam bentuk matawang dolar (USD) mengikut jumlah yang telah ditetapkan untuk setiap survey. Mungkin jika difikirkan nilainya sangat rendah kerana hanya dalam nilai sen mahupun ringgit namun jangan di lupa yang nilai itu sebenarnya bukan dalam Ringgit Malaysia sebaliknya dalam bentuk DOLAR US.



#4 - Pembayaran Secara Terus Melalui PayPal Tanpa Berlengah

Semua upah yang berjaya dikumpulkan boleh dicairkan dengan menggunakan akaun PayPal. Yang pasti, sebaik saja dilakukan pengeluaran , wang tersebut akan terus dikredit masuk ke dalam akaun PayPal masing-masing hanya dalam jangka masa sejam sahaja. Sangat cepat dan tangkas tanpa sebarang masalah.


Amal Sikap Baik Ada Dari Tak Ada !!!

Tidak Dinafikan Ramai Yang Tidak Suka Menjawab Survey tetapi bagi daku sekurang-kurangnya masih ada platform untuk menjana income daripada sama sekali tidak ada. Cuma atas diri sendiri samada malas ataupun rajin. Tidak dinafikan daku sendiri kadangkala rasa malas untuk mengumpul nilai wang hingga mencukupi nilai untuk boleh dilakukan pengeluaran iaitu sebanyak 6.25 Dolar namun sebaik saja pernah menebusnya maka rasa seronok itu mula hadir dengan sendirinya walaupun hakikatnya sangat-sangat malas untuk meluangkan masa bagi menjawab survey tersebut.



Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit

Inilah sebahagian daripada jumlah nilai upah yang berjaya dikumpulkan hasil dari menjawab survey. Boleh lihat sendiri nilainya ada yang sikit dan ada yang agak banyak. Sebagaimana yang telah dikatakan tadi nilai ini bergantung kepada jenis kempen dan jika makin rajin maka makin banyaklah income yang boleh dicapai.


Sebahagian Income Hasil Dari Menjawab Survey

So far alhamdulillah daku telah berjaya melakukan pengeluaran sebanyak beberapa kali dan disebabkan nilai tersebut adalah dari nilai US Dolar maka setelah di tukarkan secara terus oleh PayPal kepada Ringgit Malaysia maka dapatlah sejumlah nilai wang yang agak lumayan juga.



Berminat Untuk Cuba Menjana Income Dengan Menjawab Survey Melalui Mobrog? Ini Cara Untuk Melakukan Pendaftaran !

1. Pergi ke lamanweb utama milik Mobrog DI SINI 

2. Klik SIGN UP

3. Isikan semua detail yang diperlukan

4. Kemaskini Profile diri pada bahagian Profile

5. Bolehlah mula menjawab survey setelah mendapat jemputan melalui email nanti


- SELAMAT BERUSAHA -


" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"