Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Usaha McDonald's Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji

Usaha McDonald's Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji | Alhamdulillah, gembira rasa di hati ini tatkala dapat bersama masyarakat di dalam sebuah majlis yang penuh berhemah bertempat di perkarangan McDonald's cawangan Pengkalan Chepa Kelantan pada 14 Disember 2018 yang lalu. Dengan adanya majlis Program Komuniti McDonald's 2018 - Peringat Negeri Kelantan sebegini daku rasakan yang diri ini turut sama memainkan peranan memberi sumbangan pada masyarakat meskipun hakikatnya daku hanya bergelar salah seorang daripada pelanggan setianya.



Bayangkanlah, walau hanya dengan menjadi salah satu daripada jenama makanan restoran segera yang agak popular di Malaysia ini, pihak McDonald's tidak hanya mementingkan isu keuntungan semata-mata sebaliknya turut sama ingin menyumbang setakat yang termampu dalam usaha yang berterusan untuk pelbagai golongan termasuk juga untuk penduduk di Pantai Timur yang sedang ku diami ini.


Sebagai salah seorang yang dijemput untuk bersama dengan pihak media yang lain, daku rasa amat berterima kasih dan bersyukur kerana di beri peluang untuk tahu secara berdepan begini. Antara inisiatif-inisiatif yang telah di sumbangkan pada hari tersebut adalah Sumbangan zakat McDonald's , Program Perantisan McDonald's Malaysia, Program "Kembali Ke Sekolah" dan juga info terkini mengenai penubuhan Rumah Ronald McDonald ke-2 yang bertempat di HUSM Kubang Kerian. Jumlah keseluruhan sumbangan pula adalah sebanyak RM484,100.


McDonald's Penuhi Tanggungjawab Menjelaskan Zakat Untuk Masyarakat


Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi dan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad menjadi tetamu kehormat bagi acara komuniti ini.
“Kami berterima kasih kepada McDonald's Malaysia kerana memenuhi kewajipan zakat kepada negeri Kelantan hari ini. Bukan itu sahaja, inisiatif lain yang diumumkan hari ini juga menunjukkan komitmen McDonald’s dalam melibatkan diri membantu golongan yang kurang bernasib baik," kata Dr Haji Nik Mohd Azlan.

"McDonald’s Malaysia, di bawah pemilikan baharu Kumpulan Reza, telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun lalu, kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100% dimiliki oleh umat Islam. Kumpulan Reza adalah syarikat yang memiliki dan mengurus kesemua cawangan McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi secara eksklusif sejak 20 tahun lalu," kata Pengarah Kanan Sumber Manusia, McDonald's Malaysia, Azhar Darbi.
Azhar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, turut berkata bahawa McDonald’s akan terus melaksanakan kewajipan zakat apabila tiba masanya, kerana zakat adalah kaedah untuk mengurangkan kemiskinan dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai umat Islam.


Program Perantisan McDonald's Malaysia - Bukti Rasa Ambil Berat Terhadap Golongan Belia

Jika ibu dan ayah untuk adik yang kurang bernasib baik dari segi kesihatan akan semakin gembira dengan adanya Rumah Ronald McDonald,golongan anak-anak remaja dari golongan asnaf yang kurang berkemampuan pula akan semakin terbela dan terjamin dengan adanya sebuah kempen istimewa demi untuk mencerahkan masa depan golongan belia ini dengan jaminan kerja untuk masa depan yang lebih gemilang.


Program Perantisan McDonald's Malaysia khusus untuk golongan belia dari keluarga asnaf ini adalah sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang berada di bawah Kementerian Sumber Manusia. Bayangkan betapa bagusnya Program Perantisan McDonald's Malaysia ini di mana para golongan belia akan di beri latihan secara teori dan praktikal selama 18 bulan dengan wang elaun bulanan sebanyak RM1,200 sebulan berserta dengan tempat penginapan, faedah perubatan dan makanan percuma sepanjang latihan tersebut berlangsung. 



Apa yang lebih menguntungkan lagi, setelah berjaya menamatkan latihan mereka akan diberi sijil SKM Tahap 3 serta terus disalurkan ke mana-mana cawangan McDonald's dengan jawatan sebagai salah seorang pekerja tetap. Setelah bergelar seorang pekerja tetap dan dapat menerapkan nilai-nilai seorang pekerja yang cekap dan berdedikasi, pihak McDonald's Malaysia akan mula mempertimbangkan golongan belia ini untuk dinaikan pangkat ke paras seterusnya dengan jawatan yang lebih besar seperti manager dan lain-lain lagi. Maka jika di fikirkan secara logik, program ini adalah amat bagus sekali dan memang patut di rebut oleh mereka yang layak.



Kempen "Kembali Ke Sekolah " - Meningkatkan Semangat Belajar Di Kalangan Adik-Adik 

Majlis yang berlangsung di McDonald’s Pandu-Lalu Pengkalan Chepa ini turut menyaksikan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” yang merupakan program tahunan McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program "Kembali ke Sekolah" mendapat sokongan francaisi dan rakan-rakan perniagaan McDonald’s, di mana ia bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara dengan pemberian set pakaian sekolah baharu. Setiap kanak-kanak menerima 1 set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, dan sebuah beg sekolah untuk persediaan memulakan sesi persekolahan tahun 2019. Keseluruhan sumbangan di bawah program "Kembali ke Sokolah" tahun ini adalah melebihi RM1.7 juta.  Di Kelantan, seramai 841 orang kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar menerima pek ini.


Menyentuh tentang adik-adik yang kurang bernasib baik, pihak McDonald's sudah tidak sabar untuk merealisasikan impian mereka untuk menyudahkan pembinaan Rumah Ronald McDonald ke 2 ( dua ) bertempat di dalam perkarangan HUSM ( Hospital Universiti Sains Malaysia ) Kubang Kerian yang di jangka akan siap sepenuhnya pada bulan March 2019 ini nanti. 

Rumah Ronald McDonald Ke 2 - Bukti Kasih Pada Kanak-Kanak Kurang Sihat dan Keluarganya

Ya! Hakikatnya Rumah Ronald McDonald ini adalah bukti sebuah erti kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada pihak McDonald's untuk adik-adik yang kurang bernasib baik dari segi kesihatan ini. Dengan adanya Rumah Ronald McDonald ini pihak ibu bapa dan keluarga sudah dapat sentiasa bersama adik-adik menemani dengan lebih rasa selesa dan gembira sepanjang adik-adik berada di HUSM demi untuk menerima rawatan masing-masing.


Rumah Ronald McDonald yang bertempat telahpun beroperasi di PPUKM ( Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia) dan dengan adanya rumah tumpangan yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti blik tidur, ruang makan, ruang permainan, dapur , ruang membasuh dan lain-lain lagi. 

Rumah Ronald McDonald Pertama di PPUKM

Secara tidak langsung ianya akan dapat meringankan beban ibu ayah itu sendiri untuk mengurangkan kos perbelanjaan untuk isu penginapan dan sebagainya. Untuk membantu setiap seorang secara peribadi amatlah sukar dan dek kerana itu rumah ini diwujudkan supaya dapat membantu secara menyeluruh untuk semua yang layak dan semoga rumah ini nanti akan dapat memancarkan cahaya kasih dan niat sebenar pihak McDonald's Malaysia yang memang sangat-sangat ingin berbakti kepada masyarakat.


Sebanyak 10,000 Penambahan Peluang Kerja Disasarkan Sehingga Tahun 2025

Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier dan buat masa ini McDonald's menjangkakan akan berlaku sehingga 10,000 penambahan pekerja baru sehingga tahun 2025 nanti.

McDonald's  - Bukan Sekadar Restoran Sebaliknya Sahabat Untuk Semua Golongan Masyarakat

Untuk pengetahuan semua, pihak McDonald's senantiasa mencari peluang untuk berbakti dengan mengadakan pelbagai program dan kempen. Kempen-kempen ini menyasarkan golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yang kurang sihat dan juga golongan asnaf. Kerana itu bagi diriku sendiri, McDonald's bukan hanya sebagai salah sebuah daripada restoran yang sedap dan seronok untuk dikunjungi malah ianya juga tidak ubah seperti seorang sahabat yang banyak berbakti dan jasanya itu memang patut ku sokong untuk kepentingan bersama.


Terima kasih banyak McDonald's kerana senantiasa cuba menjayakan pelbagai program untuk kepentingan bersama masyarakat dan untuk kalian yang ingin sama turut berjasa walaupun hanya sekadar seorang pelanggan biasa, marilah kunjungi mana-mana cawangan McDonald's yang terdekat dan jangan lupa untuk mengisi tabung merah comel yang ada di setiap kaunter pembayaran walau hanya RM1. Tahniah McDonald's dan teruskanlah perjuangan kalian !!

Untuk sebarang pertanyaan perkara yang berkaitan boleh terus layari  : www.mcdonalds.com.my.

4 comments for "Usaha McDonald's Malaysia Meneruskan Inisiatif Kemasyarakatan Hingga Ke Pantai Timur Memang Patut Dipuji"

  1. Alhamdulillah, tahniah McDonald's. Memang satu usaha yang murni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Terbaik McD Malaysia yang memilih negeri ambo untuk menyampaikan zakat pada jumlah yang besar..

    ReplyDelete
  3. Tahniah McDonald's.... semoga terus maju jaya...

    ReplyDelete
  4. Bagus McD ni... tabik r.... kipidap

    ReplyDelete