Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SUV Kemalangan dan Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Mula Viral

Kecoh rakyat Malaysia apabila Jambatan Pulau Pinang secara tiba-tiba menyimpan peristiwa yang agak drastik untuk permulaan tahun 2019. Terkejut juga tatkala pertama kali melihat berita ni di kaca TV. Yelah, laju sangat kereta yang terbabit dengan SUV ni. Laju giler giler sedangkan dah tahu yang Jambatan Pulau Pinang tu bukannya besar mana, kereta punya banyak kan?


Dikhabarkan kereta yang terlibat dengan SUV putih ini adalah dari jenis Toyota Vios dan pemandu Toyota Vios tersebut sememangnya adalah rakan kepada pemandu SUV putih tersebut. Dikhabarkan juga yang ke dua-dua kereta ini berlumba selepas pulang dari menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir yang diadakan oleh rakan mereka berdua.

Peristiwa tersebut berlaku disebabkan kecuaian sekitar jam 3am. Benar atau tidak dakwaan tersebut, daku sendiri tak pasti. Ini sekadar apa yang di sampaikan melalui media massa yang lain. Apapun, selepas beberapa hari akhirnya SUV terhumban dari Jambatan Pulau Pinang dijumpai dengan pemandunya sekali.


Lupakan saja kisah peribadi berkaitan mereka yang terlibat, yang penting kenderaan SUV Mazda CX-5 yang terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang akhirnya berjaya dinaikkan. Kenderaan itu berjaya dinaikkan bersama mang sa, Muey Yun Peng, 20 tahun yang masih berada di tempat duduk pemandu. Usaha menaikkan kenderaan itu terpaksa mengambil masa lebih 24 jam selepas dijumpai pada tiang 34 Jambatan Pulau Pinang kira-kira 4 petang Isnin.

Operasi membawa naik SUV berkenaan melibatkan lebih 41 penyelam. Kenderaan itu berjaya dinaikkan pada percubaan kali kedua selepas percubaan kali pertama jam 5 petang gagal akibat tali tercabut dari cangkuk. Operasi SAR  untuk menaikkan kenderaan itu bermula kira-kira pukul 7 pagi tadi, namun terpaksa ditanguhkan pada sebelah petang  akibat arus air laut yang deras selain faktor penglihatan penyelam pada paras sifar.


Pengarah Koordinasi SAR, Laksamana Pertama Maritim, Rozali Mohd. Said dalam sidang media  terdahulu  berkata, operasi  disambung  selepas jam 3 petang  kerana mengikut jadual pasang surut air laut menunjukkan pada masa tersebut adalah ‘slack water’ atau air tenang. Menurut pihak yang bertugas, bahagian depan SUV tersebut telah tertanam di dalam pasir dan hanya bahagian belakang saja yang kelihatan. Dikatakan juga yang ada kesan-kesan bahawa pemandu telah berusaha untuk menyelamatkan diri tetapi malangnya tidak berjaya. 


Atas sebab menjaga perasaan dan sensitiviti waris mangsa, ramai yang dengan sengaja tidak menayangkan dengan jelas imej pemandu berkenaan. Netizen turut melontarkan beberapa komen simpati dan ada juga memuji tindakan bomba. 

Inilah video sepanjang misi mengeluarkan mangsa dan kenderaannya yang telah berjaya selepas berhempas pulas mencari selama beberapa hari oleh pihak yang bertugas. Jika di lihat pada keadaan SUV ternyata impak untuk kemalangan tersebut memang agak dasyat. 


Tidak cukup dengan berita SUV kemalangan hingga terhumbang ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang, kecoh pula kisah seorang lelaki yang dengan sengaja secara sukarela sepenuh hati telah terjun ke laut dari atas jambatan tersebut, gara-gara isteri mohon cerai! Aduhhhh..... patah tumbuh hilang berganti kot.. kenapalah sampai nak bunuh diri ni? 


Nasib baiklah, ada nelayan yang kebetulan sedang berada berhampiran dan dengan cepat nelayan-nelayan tersebut telah bertindak pantas untuk membantu lelaki berkenaan. Maaf cakap tapi rasa macam rugi sangat-sangat untuk tamatkan nyawa sendiri hanya kerana kecewa dengan isteri. Yelah, jika berhasil membunuh diri habis siapa yang rugi ni? Diri sendiri ke atau bekas isteri? Hmmm...


Inilah video sepanjang misi menyelamat lelaki tersebut dan daku kalau korang nak tahu, sebenarnya kes bunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang ni bukanlah satu perkara baru. Sebelum-sebelum ini sudah ada banyak kes yang serupa seumpama ini cuma yang berbeza mungkin pada sebab utama mengapa hingga seseorang itu nekad untuk terjun. Malah yang tidak berjaya untuk diselamatkan juga ada.

Kesimpulannya, kita sebagai seseorang yang memerhati perlu untuk mengambil iktibar. Jika nak di kira dengan jari memang banyak iktibar yang boleh diambil daripada ke dua-dua kejadian di atas. Antaranya, sebagai pemandu perlu ada sikap tanggungjawab kepada pengguna jalanraya yang lain. Yelah, sama-sama bayar cukai jalan okayyyy... nak bawa laju-laju pergi bawa dalam track nuuu... Itu mujurlah tak terbabit dengan pengguna lain yang lebih ramai. Buatnya ada keluarga mangsa lain yang punya anak kecil ke.. Ya Allah.... takutnya!! 

Untuk kes bunuh diri pulak, tak payahlah sampai ke tahap tu. Jika kecewa cuba untuk bangkit semula. Jika ditinggalkan orang tersayang boleh cari orang tersayang yang baru dan buktikan hidup boleh menjadi makin happy, makin bahagia, makin bermakna dengan adanya insan tersayang yang baru. 

Korang sendiri macamana??? Apa pendapat untuk ke dua-dua peristiwa ni?? 

6 comments for "SUV Kemalangan dan Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Mula Viral"

  1. emmm seram klau baca kisah ni;

    Jom balas balik blogwalk.

    Aril ade entri baru.

    https://muhammadshahril97.blogspot.com/2019/01/alhamdulillah-im-back.html

    ReplyDelete
  2. macam-macam la..kes dekat jambatan pulau pinang memang selalu ada kan..

    ReplyDelete
  3. Semoga kita semua berfikir sebelum buat apa2 tindakan itu

    ReplyDelete
  4. adoi seram sungguh baca kes2 ni. sehari sebelum da lalu jambatan tu pun ada 2
    ekor makhluk bawak kereta sngt laju mnyelit2.. semoga Allah lindung kita semua dimana saja..

    ReplyDelete
  5. Adoi.. seram baca berita ini.. macam-macam hal sekarang ini..

    ReplyDelete