Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kenangan Sambutan Besday Anak Dengan Khidmat Soffie Suprise Tapah, Perak

Kenangan Sambutan Besday Anak Dengan Khidmat Soffie Suprise Tapah, Perak  | Semasa sedang bercuti di Perak pada penghujung November yang lalu daku sempatlah juga untuk meraikan hari lahir anakku yang ke 5. Saja buat di sana kerana waktu tersebut kebetulan sedang berkumpul dengan beberapa rakan blogger lain dari #teambpt #bloggerpantaitimur.

Pada mulanya pening juga memikirkan siapa yang patut aku hubungi bagi membantu misiku untuk meraikan birthday anak. Tapi, akhirnya daku buat keputusan untuk menggunakan mana-mana pihak servis suprise delivery yang ada di sekitar kawasan Bidor dan Tapah tersebut. Daku juga membuat keputusan untuk menempah suprise delivery daripada pihak Soffie Suprise. Pilih punya pilih, entah mengapa daku amat jatuh hati dengan pihak SOFFIE SUPRISE. Manakan tidak, cuba bayangkan jika tiba-tiba ada pihak yang datang mengucapkan selamat hari lahir dengan kuntuman bunga segar yang cantik. Best kan? Makin best jika ada teddy bear begini.



Hmmmm.... susah nak gambarkan dengan kata-kata jika ada pihak yang sudi kirimkan bingkisan sebagai tanda ucapan kata hati dengan setahap ni. Tangkap cintan jatuh cinta tahap leleh rasanya kalau dapat bunga rose merah segar dengan belon berbentuk hati berserta kad dan teddy bear yang boleh dipeluk begini. Bertuah badan awak! Daku sendiri naik jeles ni.. hehe


Kerana itu daku dengan penuh yakin memilih Soffie Suprise untuk menyiapkan sebuah bingkisan dalam bentuk gubahan bunga berserta dengan coklat dan kek untuk anak teruna kecilku pada hari tersebut. Alhamdulillah, berurusan dengan pihak Soffie Suprise ini memang tersangat mudah dan senang. Daku hanya hubungi melalui whatsapp memberitahu budget, lokasi, tarikh dan masa saja kemudian terus pihak Soffie Suprise sahkan tempahan mengikut kehendak yang daku minta. 

Top Delivery Suprise Untuk Kawasan Tapah Perak 

Sebagaimana yang dijanjikan apabila tiba hari tersebut. Pihak Soffie Suprise telah datang menghantar bunga yang dipenuhi dengan coklat yang sedap berserta dengan sebiji kek coklat sebagaimana yang daku pinta. Saat pertama kali melihat apa yang dihantar dengan secara terus didepan mata, aduhhh terus cair hati ni. Ini baru bunga untuk anak teruna bukan lagi untuk diri sendiri. Terus terang rasa macam hendak tempah satu untuk dihadiahkan pada diri sendiri juga. Cantik sangat kot!



Mujurlah anak lelaki, bukannya si puteri. Kalau puteri mahu ku tempah bunga rose warna pink yang cantik dan harum semerbak. Hehe. Tapi ini untuk anak lelaki so kenalah kena dengan perwatakannya. Daku kurang pasti bunga ini apa namanya tapi seriously memang cantik! Warna kuning terangnya yang kontra dengan sedikit cetusan bunga halus berwarna ungu benar-benar membuatkan mood ceria itu sampai hingga terus membuatkan senyuman terukir dengan lebar di bibir. Makin tersenyum lebar sudah semestinya disebabkan oleh coklat yang berwarna warni dengan pelbagai jenama yang sangat dikenali tu. Rasa nak ngap semuanya masa tu jugak! 

Inilah pasangan bahagia dua sejoli yang merupakan pemilik untuk Soffie Suprise itu sendiri. Mereka berdua yang daku maksudkan ini adalah Mr.Soffie dan juga Mrs.Aida. Haaa Soffie tu nama Mr. Big Boss tau, bukannya nama Mrs. Daku sendiri terkejut bila dapat tahu yang pemilik sebenar Soffie Suprise ini adalah suami pada Mrs.Aida. Kiranya perniagaan bersama ini dicetuskan oleh minat yang mendalam dan perniagaan ini jugalah yang sentiasa menjadi pengikat kasih untuk mereka berdua. 


Maka tidak hairanlah mengapa bunga dan deko yang Soffie Suprise hasilkan semuanya cantik dan memikat. Sekali lihat romantik gitu. Daku sendiri suka dengan beberapa gubahan mereka yang terhasil dengan warna pastel dengan gaya seolah english classic yang sangat elegant dan tampak mewah. Jika tak percaya, boleh lihat sendiri sebahagian daripada gubahan yang telahpun pernah ditempah oleh beberapa pelanggan mereka sebelum ini. 




Makin menarik boleh di tempah dengan pelbagai tambahan barangan yang lain seperti kek dan sebagainya. Pendekata, sebut saja apa yang diinginkan dan pihak Soffie Suprise akan sedaya upaya berusaha untuk menjadikannya sebuah kenyataan. Paling mendapat sambutan di masa ini adalah gabungan bunga, coklat, kek dan belon. 




Tapi korang perasan tak apa yang daku perasan? Ya! Warna dan rekabentuk gubahan yang disediakan oleh Soffie Suprise ni agak special dan tampak lain daripada yang lain. Jika di amati betul-betul gubahan di bawah ini dengan cetusan warna putih hitam dan purple tampak sangat unik dan berbeza. Secara tidak langsung juga menampakkan hasil yang sangat exclusive dan mewah. Inilah yang daku maksudkan dari awal tadi. 


Jika tidak mahukan kek, korang boleh minta Soffie Suprise gantikan kek dengan buah-buahan. Beritahu saja berapa budget dan pihak Soffie Suprise akan cuba hasilkan mengikut budget tersebut. Tapi janganlah pula contact pihak Soffie Suprise dengan memberitahu budget yang ada hanya RM10! Eh agak-agaklah... RM10 nak beli bunga segar pun tak lepas tu.. 


Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak tempahan yang pernah disiapkan oleh pihak Soffie Suprise ini, daku paling berkenan dengan konsep di bawah ini. Bagi aku permintaan untuk mengantikan makanan seperti KFC bersama bunga dan coklat begini memang tampak sangat bijak!

Tempahan begini bagi daku amat bagus untuk diberikan pada anak yang sedang berada di asrama mahupun pada suami yang sedang berada di tempat kerja. Almaklumlah, orang lelaki ni bukannya minat sangat acara potong kek tu. Anak bujangku sendiri kalau di tanya mahu kek atau KFC, dengan cepat dia akan jawab KFC. Oh anak!


Ohya, Soffie Suprise juga boleh membantu memberi apa saja kejutan yang diinginkan samada untuk hari lahir, hari ibu, hari bapa, hari konvokesyen mahupun hari istimewa lain seperti menyambut kedatangan insan baru dan sebagainya. Yang penting, beritahu saja apa yang diinginkan dan bolehlah berbincang lanjut mengenai budget dan sebagainya. 


Selain daripada servis suprise delivery, deko untuk menyambut hari istimewa di mana-mana lokasi pilihan juga boleh turut dilakukan.




Bagi pasangan yang mahu sambut secara berdua dalam suasana yang lebih privasi dan romantis, korang boleh minta pihak Soffie Delivery untuk menghiaskan kamar beradu samada di mana-mana bilik hotel mahupun di kamar tidur dalam rumah sendiri. 


Inilah sebahagian daripada pelanggan yang telah pernah menerima kejutan daripada pihak Soffie Delivery. 










Ini pula sebahagian daripada harga pakej yang ditawarkan. Harga bermula daripada RM60 dan ke atas mengikut jenis pakej yang telah disediakan. Pilih saja mana yang berkenan mengikut kemampuan masing-masing. Yang pasti pihak Soffie Suprise sentiasa bersedia untuk menjadi penyampai isi hati korang tu pada insan pilihan pada tarikh yang sepatutnya.



Jika punya insan kesayangan yang sedang menetap di sekitar kawasan dalam daerah Bidor dan Tapah, korang bolehlah hubungi pihak Soffie Suprise ini. Dan jika korang hanya datang untuk bercuti sepertiku sekalipun bolehlah menggunakan khidmat mereka untuk menjadikan hari percutian tersebut lebih istimewa untuk dikenang sampai bila-bila. 


Alhamdulillah, semua yang ku rancang pada hari tersebut telahpun berjaya menjadi kenyataan. Ini semua di atas adanya perkhidmatan seperti yang ditawarkan oleh Soffie Suprise. Jika berada di sana lagi, terus terang daku tak teragak-agak untuk menggunakan perkhidmatan mereka lagi nanti sebabnya sangat-sangat berpuashati. 


Bagi yang inginkan perkhidmatan delivery suprise begini, bolehlah hubungi pihak Soffie Suprise dengan kadar segera. Urgent order juga akan turut dipertimbangkan! InshaAllah walaupun urgent tetapi jika kebetulan waktu tersebut mereka masih free maka mereka akan turut menerima tempahan korang tu walaupun dah last minute. 

Tiada akan ada sebarang caj penghantaran yang akan dikenakan bagi sekitar kawasan Tapah, Bidor dan Kampar. Tetapi untuk kawasan lain seperti Sungkai, Slim River, Tanjung Malim, Teluk Intan, Seri Iskandar, Ipoh dan lain-lain kawasan yang di sebut ini akan ada sedikit caj ke atas kos penghantaran. Namun yang penting, sebutlah lokasi di sekitar area Ipoh ini, InshaAllah pihak Soffie Suprise sudi menghulurkan tangan untuk menjayakan hari bahagia tersebut. 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi :


FB Pages : https://www.facebook.com/soffiesurprise/


2 comments for "Kenangan Sambutan Besday Anak Dengan Khidmat Soffie Suprise Tapah, Perak "