Assalamualaikum..... hi hi... pada hari minggu yang lepas , daku dan suami telah membuat keputusan untuk menjamu selera untuk menu tengahari di McDonald's cawangan KB Mall Kota Bharu Kelantan. Kenapa dalam banyak-banyak cawangan, daku membuat keputusan untuk jamu selera di situ? Ini kerana pada hari tersebut juga telah diadakan sebuah majlis yang cukup meriah oleh pihak McDonald's bersempena dengan wajah baru yang sangat cantik untuk cawangan terbabit.


Apa yang membuatkan daku rasa sangat berbaloi untuk menjamu selera di McDonald's pada waktu itu adalah disebabkan oleh menu Properity Burgr yang hanya muncul tatkala tibanya Tahun Baru Cina saban tahun. Haaa kiranya menu special limited edition gitu!

So, bila dapat tahu McDonald's nak raikan Pembukaan Rasmi Dengan Wajah Baru untuk McDonald's cawangan KB Mall Kota Bharu tersebut, maka daku terus ajak suami dan anak-anak ke sana. At least , sambil jamu selera dapatlah juga turut serta dalam majlis yang agak meriah tu.



Pelbagai Aktiviti Disediakan Untuk Para Pengunjung

Majlis dimulakan seawal jam 10 pagi dan aktiviti pada hari tersebut bermula dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Seronok sangat lihat kanak-kanak ni bersungguh-sungguh nak siapkan karya masing-masing. Ada yang tampak serius dan tak kurang juga yang nampak relax macam takde apa-apa. Namapun kanak-kanak kan?



Untuk setiap penyertaan bagi pertandingan mewarna, bayaran yang dikenakan untuk setiap penyertaan hanyalah RM15 sahaja. Bagi aku harga ni alhamdulillah sangat berbaloi. Yelah, jika menang boleh dapat hamper! Tapi... jika tak menang pun takpe sebabnya semua peserta akan turut diberikan sekotak Happy Meal tiap seorang.


Happy Meal Turut Muncul Dengan Pembaharuan Yang Menarik !

Bercerita tentang Happy Meal, rupa-rupanya sekarang ni McDonalds telah membuat pembaharuan. Pembaharuan ni adalah pada isi kandungannya. Jika dulu Happy Meal hanya boleh di pilih pada menu makanan samada chicken burger, ayam goreng, bubur dan sebagainya tapi kini boleh juga di pilih samada mahukan mainan mahupun buku cerita.


Yang makin bestnya, buku cerita ini bukan calang-calang tau.. Buku cerita ni diterbitkan oleh pihak PIXAR yang juga sangat terkenal dengan pelbagai movie kanak-kanak bertaraf antarabangsa. Yang pasti buku cerita ni memang sangat berkualiti dan tatabahasa bentuk tulisan yang digunakan juga sangat sesuai dengan golongan kanak-kanak untuk proses pembelajaran ketika membaca. 


Suasana Meriah Dapat Dirasai Oleh Semua Pengunjung Bersama Team McDonald's 

Sementara menanti acara mewarna selesai, daku sempatlah jamu mata melihat suasana sekitar dan dalam masa yang sama daku sempat juga turut serta dalam pelbagai aktiviti lain yang telah susah payah disediakan oleh pihak McDonald's untuk cawangan KB Mall ini. Antara aktiviti yang ada disediakan adalah seperti mewarnai lukisan dengan pasir, lukisan wajah yang cantik dan juga booth ambil gambar secara percuma oleh jurufoto profesional.



Daku juga sempat berhenti sekejap pada bahagian promosi sempena Birthday Party. Ini special untuk mana-mana individu yang berhajat untuk raikan hari ulangtahun kelahiran di mana-mana cawangan McDonald's terutama untuk KB Mall ini. Pada pendapat peribadi daku sendiri, hmmm harga yang ditawarkan takde lah mahal mana.

Hanya dengan kadar RM100++ kalian dah dapat adakan majlis yang happening dengan bantuan para staf McDonald's berserta dengan 10 tetamu. Not bad!! Daku sendiri rasa berminat nak dapatkan servis daripada Mc'Donalds untuk meraikan ulangtahun ni.


Yang pasti, aktiviti pada hari tersebut memang best dan sangat meriah. Para hadirin masing-masing tak lepas peluang untuk turut serta dan disebabkan lokasinya yang berada di dalam salah sebuah pusat membeli belah yang agak terkenal di Kota Bharu so memang tak dinafikan yang peluang tu telah digunakan oleh ramai pengunjung. Buktinya walau baru pukul 10 pagi dan pasaraya baru saja di buka tapi masing-masing dah datang bersama anak-anak untuk ikut serta.



Daku sendiri pada hari tersebut memang happy bersama suami dan anak-anak. Makin bila bersama Team McDonald's yang tersayang. Almaklumlah daku ni memang pelanggan setia McDonald's pun!! Daku bersama McDonald's secara serius sejak dari anak pertama bermula pada tahun 2004 yang lalu sebagai salah seorang pelanggan setia yang serius dan sejak tu jika di beri pelbagai pilihan memang McDonald's antara restoran makanan segera yang sering ku kunjungi dari dulu hingga kini.


Selesai upacara mewarna, majlis diteruskan lagi dengan misi utama pada hari tersebut bersempena dengan Pembukaan Rasmi Dengan Wajah Baharu untuk McDonald's cawangan KB Mall Kota Bharu tersebut. Pada mulanya diraikan ketibaan maskot utama McDonald's dan setelah itu diselitkan sedikit persembahan daripada adik-adik comel untuk tarian tradisiona. Seterusnya, bacaan doa selamat dan ucapan perasmian daripada salah seorang orang kuat McDonald's di Kelantan ini.



Makin daku terharu apabila majlis tersebut digunakan juga untuk memberikan sedikit sumbangan pada pihak yang memerlukan. Actually, McDonald's memang dah sering beri bantuan dan pada hari tersebut juga daku dapat tahu yang McDonald's turut ada biasiswa untuk pelajaran dan sebagainya untuk golongan asnaf. Wow!! Tak sangka... sebanyak itu inisiatif yang telah diwujudkan oleh pihak McDonald's ini.

Pihak yang telah menerima sumbangan pada hari tersebut adalah Pusat Jagaan Rohaniah yang telah diberi sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM5,000. Adik-adik comel yang menjadi penghuni untuk Pusat Jagaan Rohaniah turut menerima pemberian tambahan dalam bentuk beg sekolah. Comel sangat!



Selesai semuanya pihak McDonald's bergambar kenangan bersama wakil daripada KB Mall itu sendiri dan daku rasa makin nak ketawa dengan gelagat Mr. Ronald yang memang lawak habis. Bayangkanlah, orang sibuk nak ambil gambar dengan beliau tapi dia boleh overacting sampai habis semua orang di tutupnya.


" See? Hahaha.. Ronald Ronald. Nakal betul u ni kan? "


Akhirnya, masa yang paling di tunggu-tunggu. Inilah detik rasmi berlakunya pembukaan rasmi dengan wajah baru untuk McDonald's bagi KB Mall Kota Bharu. Honestly, memang sangat-sangat meriah. Dengan diiringi paluan kompang berserta dengan para pelanggan yang sangat setia dengan McDonald's terasa bagaikan segalanya sangat happening bagaikan sedang berada bersama famili besar yang sangat ramah tamah dengan layanan yang sangat awesome. 



Mesti korang sendiri nak tahu bagaimana rupa terkini untuk premis McDonald's bagi cawangan KB Mall ini kan? Daku sendiri pun tak sabar nak kongsikan rupa barunya ni. Lawa! Memang lawa! Kiranya jika makan kat situ memang asyik dengan suasana yang sangat selesa dan bersih.

1. Tempat Duduk Yang Banyak dan Selesa

Untuk tempat duduk sekarang telah terdapat sebanyak 94 buah tempat duduk yang boleh menampung hampir 100 orang pelanggan dalam satu-satu masa. Semua tempat duduk ini termasuk untuk bahagian dalam dan juga luar restoran. Untuk daku dan suami, kami memilih untuk duduk di luar sebabnya boleh makan sambil cuci mata lihat orang ramai yang lalu lalang. Kerusi tempat duduk untuk bayi turut disediakan.


2. Hiasan Dalaman Yang Lebih Kontemperori

Daku sempat juga menjenguk ke bahagian dalam dan jujur cakap, memang sangat cantik dan selesa. Hiasan dalam sangat cantik dan rasa bagaikan nak bergambar di setiap sudut. Yang pasti, semuanya baru. Serba baru termasuk meja dan juga kerusi. 


Warna yang digunakan juga sangat sesuai dan tambahan pepohon hijau telah membuatkan suasana terasa sangat segar dan mendamaikan. At least dapatlah duduk bersantai dengan relax tanpa perlu bergegas masa. Tempat duduk rehat sambil jamu selera dengan makanan yang enak, itulah McDonald's sekarang! Tambahan lampu-lampu dan cermin bulat di dinding membuatkan mood ruang tampak lebih luas, selesa dan menakjubkan. 


Ruangan yang paling daku suka adalah pada bahagian tempat duduk dengan kerusi kayu ini. Sambil makan sambil boleh jamu mata dengan melihat orang yang lalu lalang di luar tapi dalam masa yang sama masih lagi dapat cover diri sendiri yang sedang enak melayan makanan di dalam premis. Macam tempat skodeng pula rasanya kan? Ianya juga sangat sesuai jika kebetulan ingin nikmati McDonald's seorang diri. 

Jika dulu nak makan rasa macam malas nak duduk di meja yang berkerusi banyak sedangkan hanya makan seorang diri. Tapi sekarang dengan adanya tempat duduk ini dapatlah makan seorang diri pun dan ambillah masa seberapa banyak yang suka kerana tempat duduk ini memang sangat sesuai dengan korang. 


3. Cara Order Yang Lebih Pantas Dan Mudah

Jika dulu perlu ke kaunter, tapi sekarang ni hanya dengan cara scroll menu je. Senang kan? Masa mula-mula guna dulu kekok la juga tapi laaa rupa-rupanya mudah jer. Yang penting senang nak scroll, senang nak pilih dan senang nak tahu harga. So, bagi yang tidak berapa gemar bercakap order satu persatu kat kaunter dengan adanya mesin ni tak perlu bercakap pun takpe kiki.


4. Setiap Kaunter Mempunyai Duel Fungsi 

Selesai urusan order, bolehlah terus buat bayaran di kaunter dan tunggu sekejap sehingga nombor giliran di panggil. Untuk urusan bayaran juga sangat cepat kerana setiap kaunter mempunyai dua fungsi.  Fungsi yang pertama adalah untuk menerima dan mengesahkan pesanan dan kaunter yang ke dua adalah untuk urusan pengambilan makanan yang telah siap disediakan. So takde la sibuk nak kena beratur panjang dan sebagainya. Nombor giliran yang diberikan akan memudahkan lagi urusan untuk duduk dengan selesa sambil tunggu nombor di panggil. 



Ruangan untuk sos, sudu, sttraw, gula tambahan dan sebagainya juga ada. Korang boleh ambil sendiri, layan diri gitu dengan lebih senang dan selesa. Daku yang memang suka makan burger bersama sos of courselah akan ke situ untuk sos. Tuang lebih sikit kat dalam bekas haaa boleh makan puas-puas. Sos kat McDonald's memang win!! Sangat sedap dan perfect!


Antara part yang amat daku suka sekarang adalah McDonald's sudah semakin berkembang dari masa ke semasa dan buktinya sekarang ini semakin banyak cawangan telah disatukan dengan McCafe. Daku yang sememangnya hantu kopi ni jangan ceritalah.... seronok giler!! Daku memang kurang dengan minuman bergas sebab itu dulu jika ke McDonald's daku terpaksa order air yang lain seperti milo dan sebagainya tapi sekarang dah sukalah sebab boleh order Latte, Mocha dan yang sewaktu dengannya. Makin best sebab dapat juga makan dessert. Oh lala.... 


Kebetulan masa sekarang ni sedang hampir dengan Tahun Baru Cina maka dapatlah daku sekeluarga makan Properity Burger. Burger ni hanya muncul setahun sekali sempena CNY saja tau!! So kalau nak makan, nak rasa, elok order.. kalau tak kempunan.. 


Honestly, daku sekeluarga memang sukakan McDonald's. Bagi anak-anak mereka happy sebabnya kat sana ada pelbagai menu yang sangat kena dengan tekak mereka. Bagi daku pula sebagai ibu, daku suka kerana kat situ anak-anak boleh makan dengan tenang mengikut menu kesukaan masing-masing. Dan bagi suami daku pula sudah semestinya kerana harga yang sangat berpatutan. Sebagai contoh, Happy Meals dengan isi Chicken Burger berserta air, fries dan juga mainan hanyalah dalam lingkungan RM6 saja sekotak! Perghhh giler jimat...


Part lain yang daku suka adalah dari segi layanan. Kat sana semua staf telah di latih dengan baik supaya sentiasa friendly dengan pelanggan tanpa mengira warna kulit dan usia. Malah semua kategori umur pelanggan turut sama di ambil kira untuk dapat berada di McDonald's dengan rasa yang sangat happy dan gembira. Sebagai contoh anak kecil sebesar Kasih turut di layan dengan pemberian aiskrim mini secara percuma bersama kanak-kanak yang lain.


Mungkin ada yang menganggap ini semua hanyalah kecil tapi perkara yang kecil itu sebenarnya dapat memberi impak yang sangat besar. Bagi daku sendiri selaku seorang ibu daku rasa amat bersyukur dengan adanya pemberian aiskrim mini sebegini kerana ia dapat memberikan rasa tenang pada anak-anak untuk duduk dengan baik dan makan dengan tenang.


Ohya, sebelum daku terlupa... di McDonald's cawangan KB Mall ini turut ada servis McDelivery untuk kawasan sekitar Kota Bharu mengikut jarak yang telah ditetapkan. Harga yang diletakkan juga alhamdulillah sangat berbaloi dan amat sesuai untuk mereka yang mahu makan tapi sukar untuk keluar dari tempat kerja. Isu malas untuk cari parking dan buang masa juga boleh dijadikan sebab mengapa perlu menggunakan servis McDelivery ini. 



Tak kisahlah atas sebab apa mahu menikmati McDonald's ini. Yang penting alhamdulillah sepanjang menjadi pelanggan di McDonald's sejak berbelas-belas tahun yang lalu, daku memang sangat berpuashati dengan servis mereka. Bukannya tak pernah ada isu seperti tertinggal Apple Pie dari Happy Meals sewaktu di beli secara take away tapi salah daku juga sebab tak check dari awal. Kebetulan masa tu, suami daku cakap selalu check kenapa hari ini tak check? Dan bila daku check haaa tertinggal sesuatu. 

Then, daku berhentikan kereta di tepi dan terus call pihak McDonald's untuk cawangan tersebut melalui nombor yang telah tertera di resit dan mereka terus datang hantar Apple Pie yang tertinggal secara terus ke kereta tempat daku parking. Takde pula ambil masa yang lama... see... kat sini dah nampak betapa mereka cuba sedaya upaya menjaga pelanggan cuma kita sebagai pelanggan juga janganlah terlalu cepat melenting. Tak gitu? 


Akhir sekali, jika ke McDonald's jangan sesekali lupa untuk mengisi tabung merah comel yang sentiasa ada di kaunter. Tak perlu banyak, RM1 pun dah okay. Isi tabung inilah yang akan digunakan untuk pelbagai perkara amal dan salah satunya adalah untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald yang sedang giat dibina di dalam kawasan perkarangan HUSM Kubang Kerian. 

Tahniah McDonald's dan teruskan mutu kalian yang baik itu.
JOM MAKAN MCDONALD'S
Ground Floor
KB MALL, Kota Bharu























Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.