Apakah Perbezaan Antara Klinik dan Hospital di Malaysia?
Apakah Perbezaan Antara Klinik dan Hospital di Malaysia? | Jika di tanya padaku, tatkala anak atau diri sendiri sakit akan ke mana? Adakah aku akan ke klinik dulu untuk mendapatkan rawatan atau aku akan terus saja ke hospital yang berhampiran?
Jawapannya aku akan terus ke hospital. Tapi, jangan salah faham ya! Bukan bererti akan ke hospital tu terus tuju kepada bahagian kecemasan sebaliknya pada bahagian klinik untuk para pesakit luar tu.
Tak dinafikan, jika dulu aku lebih suka ke klinik swasta disebabkan tidak mahu tunggu lama sehingga berjam-jam di klinik hospital. Almaklumlah orang kat sana untuk mendapatkan rawatan memang tersangatlah ramai.
Tak dinafikan, jika dulu aku lebih suka ke klinik swasta disebabkan tidak mahu tunggu lama sehingga berjam-jam di klinik hospital. Almaklumlah orang kat sana untuk mendapatkan rawatan memang tersangatlah ramai.
Tetapi sejak adanya pelbagai jenis penyakit yang kadangkala aku sendiri tak pernah dengar. Aku lebih suka jika terus ke hospital kerana di sana akan diberikan pemeriksaan yang lebih menyeluruh.
Sebagai contoh, jika bawa anak yang sedang demam ke klinik swasta biasa maka anakku akan hanya di periksa tahap suhu dan tekanan darah. Akan juga di check pada bahagian tongsil dan seterusnya akan di beri ubat demam.
Berbeza jika aku membawa anak yang sedang demam ke klinik hospital. Di sana anak aku akan turut di ambil darah untuk diperiksa apakah ada bahan sampingan lain seperti kuman dan sebagainya.
Sebagai contoh, jika bawa anak yang sedang demam ke klinik swasta biasa maka anakku akan hanya di periksa tahap suhu dan tekanan darah. Akan juga di check pada bahagian tongsil dan seterusnya akan di beri ubat demam.
sekadar gambar hiasan |
Jika ada masalah akan di rujuk kepada doktor dan setelah itu doktor akan membuat keputusan samada perlu ke berjumpa dengan doktor pakar atau sebaliknya.
Dan jika tidak ada sebarang masalah maka barulah akan di beri ubat demam yang biasa. Kerana itu bagi aku, adalah lebih baik jika aku terus membawa anak ke hospital.
Maka secara kesimpulannya, perbezaan antara klinik swasta dengan klinik hospital adalah dari segi perkhidmatan yang diberikan.
sekadar gambar hiasan |
Apakah pula perbezaan antara klinik hospital dengan bahagian hospital sebenar?
Okay, disebabkan masih ada yang tidak tahu menggunakan perkhidmatan klinik hospital, aku ulaskan dengan lebih lanjut berdasarkan pengalaman yang aku ada mengenai klinik hospital. Sebenarnya, klinik ini dikendalikan oleh pembantu hospital dan dibuka setiap hari dari pagi hingga ke petang. Klinik Kesihatan ini juga terdiri daripada beberapa bahagian.
Antara jenis atau kategori bahagian sebagaimana yang telah ku lihat pada Klinik Kesihatan berdekatan di kawasan rumahku ini, ia merangkumi bahagian pesakit luar, bahagian kesihatan ibu dan anak, bahagian makmal untuk urusan darah dan air kencing, bahagian pergigian dan lain-lain lagi.
Kiranya agak lengkaplah juga klinik kesihatan di kawasan aku tinggal ni.
Aku sendiri sejak dari awal mengandung untuk anak-anakku, semua pemeriksaan di buat dengan Klinik Kesihatan untuk bahagian Ibu dan Anak.
Pengamalan sepanjang menggunakan Klinik Kesihatan Malaysia (KKM)
Aku sendiri sejak dari awal mengandung untuk anak-anakku, semua pemeriksaan di buat dengan Klinik Kesihatan untuk bahagian Ibu dan Anak.
Di sini telah ada petugas-petugas perubatan khas untuk para ibu dan baby. Cuma bersalin saja aku akan terus ke hospital dan setelah urusan bersalin selesai, aku akan kembali mendapatkan rawatan dengan Klinik Kesihatan. Baby yang baru lahir juga sama.
Pada awal kehamilan urusan pengambilan darah baby untuk jaundis (kuning) juga diuruskan oleh pihak Klinik Kesihatan sepenuhnya tanpa perlu melangkahkan kaki ke hospital utama.
Pada sesetengah kawasan pula ada Klinik 1 Malaysia. Aku juga sering ke sana tatkala ada masalah kesihatan kecil seperti luka biasa, gatal pada kulit, demam biasa, selesema dan sebagainya.
Pada sesetengah kawasan pula ada Klinik 1 Malaysia. Aku juga sering ke sana tatkala ada masalah kesihatan kecil seperti luka biasa, gatal pada kulit, demam biasa, selesema dan sebagainya.
Jika aku rasa masalah untuk kesihatan itu biasa saja dan tidak berat. Aku akan ke Klinik 1 Malaysia untuk pemeriksaan biasa dan ambil ubat.
Ini sesuai dengan objektif Klinik 1 Malaysia itu sendiri yang ingin membantu merawat pesakit biasa dalam cara yang lebih mudah tanpa perlu lagi ke Klinik Kesihatan yang agak sibuk itu.
So far, pengalaman menggunakan Klinik Kesihatan dan Klinik 1 Malaysia, semuanya alhamdulillah okay. Cuma waktu masa untuk mendapatkan rawatan sajalah agak lama tapi berbaloi pula dengan kadar bayaran yang hanya RM1 saja.
Yang pasti, mahu ke klinik swasta yang mahal atau ingin terus ke Klinik Kesihatan atau Klinik 1 Malaysia yang tersangat rendah bayarannya itu, semuanya terpulang pada diri masing-masing.
Yang pasti, mahu ke klinik swasta yang mahal atau ingin terus ke Klinik Kesihatan atau Klinik 1 Malaysia yang tersangat rendah bayarannya itu, semuanya terpulang pada diri masing-masing.
Asalkan niat untuk mendapatkan rawatan itu telahpun berhasil dan anak serta diri sendiri telahpun semakin sihat daripada sebarang masalah kesihatan yang berlaku.
Dengar kata selepas ini nanti Klinik 1 Malaysia akan ditukarkan namanya kepada Klinik Komuniti.
Dengar kata selepas ini nanti Klinik 1 Malaysia akan ditukarkan namanya kepada Klinik Komuniti.
Jika perlukan lebih info dengan klinik kesihatan di seluruh Malaysia, korang boleh layari https://www.lookp.com/malaysia/general-clinic untuk mendapatkan maklumat dan ulasan mengenai klinik di seluruh Malaysia.
JOM SIHAT !!
JOM SIHAT !!
Jemput join :
Telegram Rasmi Sis Hawa Blog https://t.me/sishawadotcom
Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby https://t.me/ibuhamilmalaysia
Tawaran Hebat Harga Jimat Amway
ini kali betul-betul boom!!
whatsapp :
kita selalu pergi klinik utm aje..hahaha..kalau perlu rujukan ke hospital, utm akan hantar ke klinik2 pakar kat hospital tu...
ReplyDeletependekata, hospital juga la ni hehe
Deletepengalaman sendiri pergi klinik sbb sakit yg teramat sgt.. last2 doktor dgr kita bgtau sakit apa n tengok lidah je.. lepas tu bagi ubat.. dah la bayar mahal. mmg menyakitkan hati..
ReplyDeletesama!! pernah kena gak. melayang RM40 tapi bg ubat demam je. Last2 pergi hospital ambil darah semua. Melayang saja RM40 sdgkan tetap kena gi spital jugak. sejak tu kalau sakit prefer gi spital terus walau makan masa lama nk kena tunggu. huhu... kalau sure mmg sakit x teruk baru gi klinik semata untuk beli ubat saja.
DeleteDah insaf pergi swasta sebab pernah terkena. Sekarang ni kalau tak urgent pi kerajaan tu okay je sebab free walaupun lambat. Tapi kalau tak tahan sangat maybe consider jugak pi swasta..
ReplyDeletekita serupa auni... sis pun mcm tu... kalau nk cepat sngat, takde masa ke apa gi klinik. tapi kalau penyakit tu mcm serius, walau kalau boleh nak cepat tapi sis tetap pergi ke hospital
DeleteWahhhh perkongsian menarik!!
ReplyDeletealhamdulillah,... terima kasih sudi singgah di sini dan baca ya. jemput datang lagi
Delete