Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Abu Jahal Lelaki Pintar Yang Paling Bodoh! (Kematian Sumayyah Menjadi Saksi)

Abu Jahal Lelaki Pintar Yang Paling Bodoh! (Kematian Sumayyah Menjadi Saksi) | Sebagai umat Islam, nama Abu Jahal sememangnya bukan asing lagi. Abu Jahal yang jahat! Abu Jahal yang tak berhati perut! Abu Jahal yang terlaknat! Abu Jahal yang amat memusuhi Rasulullah SAW sememangnya adalah musuh untuk seluruh umat Islam yang lain.

Kezaliman Abu Jahal dalam memusuhi Nabi SAW memang sangat dasyat dan kemarahan Abu Jahal terhadap Islam bukan sekadar pada Nabi SAW malah pada semua umat Islam lain yang ada. Antara pihak yang telah menerima seksaan daripada Abu Jahal adalah SUMAYYAH.



Siapakah Sebenarnya Wanita Yang Bernama Sumayyah Ini ? 

Nama sebenar Sumayyah adalah Sumayyah binti Khayyat  dan Sumayyah bukanlah seorang wanita berpangkat tinggi dan berharta sebaliknya Sumayyah ini hanyalah seorang wanita hamba berkulit hitam yang sangat setia dan taat kepada tuannya. Nama tuan Sumayyah adalah Abu Huzaifah bin Al-Mughirah.

Abu Huzaifah bin Al-Mughirah adalah seorang pembesar Quraisy dan Sumayyah telah menetap bersama Abu Huzaifah sejak dari kecil lagi memandangkan Sumayyah ini adalah seorang anak yatim piatu. 

Perwatakan Sumayyah yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan Sumayyah cukup disegani dan disayangi walaupun darjat Sumayyah hanyalah di tahap seorang hamba.


Takdir Ilahi, Sumayyah telah ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga merupakan seorang pekerja untuk Abu Huzaifah.  Tuannya sendiri telah mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. 

Hasil perkahwinan Sumayyah dan suaminya ini, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang di beri nama Ammar ibn Yasir. 

Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Ammar itu, maka Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.Tidak lama selepas memerdekakan Sumayyah, Abu Huzaifah meninggal dunia.


Inilah Kisah Keluarga Yasir Yang Diseksa Tanpa Belas Kerana Memilih Islam 

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. 

Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Sumayyah, suaminya (Yasir) dan anaknya (Ammar) terus ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Sumayyah sekeluarga di bawa ke khalayak ramai untuk diseksa.

“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.



“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Ammar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih di panah matahari padang pasir.

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.




“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

Kelebihan Sumayyah Sekeluarga, Hati Mereka Hanya Untuk Allah SWT Hingga Mati 

Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.

“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.

“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas di panah matahari tengah hari itu.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. 

Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.



“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

Tiada tuhan melainkan Allah,” sambil merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Yasir Meninggal Didepan Mata Sumayyah 

Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.

“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.

“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.



Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

Sementara Ammar selamat setelah diperlihatkan mukjizat oleh Rasulullah yang mengubah api menjadi dingin. Ia ikut dalam hijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian hijrah ke Madinah.

Seksaan Kejam Abu Jahal Terhadap Sumayyah Menjadikan Ia Lelaki Paling Bodoh

Jika di teliti dengan lebih mendalam, Abu Jahal antara individu yang agak bijak. Ini kerana beliau mampu memikirkan misi demi misi untuk menjatuhkan Islam dan Rasullullah SAW. 

Setiap kali berbincang dengan kuncu dan golongan musuh Nabi SAW, kebanyakan idea yang paling bernas boleh diterima oleh mereka rata-rata adalah dari buah fikiran Abu Jahal.

Namun kecerdikan Abu Jahal akhirnya bertukar dengan gelaran lelaki paling bodoh disebabkan oleh rasa amarah dan zalimnya yang sangat keterlaluan sehingga sanggup membunuh penuh seksa sepasang suami isteri dengan penuh kejam secara umum di hadapan ramai rakyat.

Antara seksaan yang telah dilakukan oleh Abu Jahal bersama konco-konconya ke atas Sumayyah sekeluarga adalah seperti :
  • Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
  • Rumah mereka dibakar
  • Dicucuk dengan besi panas
  • Ditikam dengan lembing Pada Kemaluan Sumayyah
  • Dicungkil biji mata
  • Dibenam ke dalam air

Tragedi Sumayyah Masih Disebut Hingga Kini 

Tragedi yang menimpa Keluarga Yasir ini terus menjadi ingatan oleh seluruh umat Islam baik di zaman Nabi SAW mahupun zaman terakhir ini. 

Rata-rata mengutuk perbuatan Abu Jahal dan dari sisi Islam, Sumayyah sekeluarga di anggap antara insan yang patut dihormati dan wajib dijadikan sebagai inspirasi. 

Ternyata, walaupun pada pendapat Abu Jahal ia telah menang kerana berjaya manamatkan nyawa Sumayyah tapi hakikatnya keharuman seorang wanita bernama Sumayyah masih lagi 'hidup' hingga ke hari ini.


Sumbangan Sumaiyah dan suaminya amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam. Antaranya:
  • Berani menyatakan yang hak.
  • Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
  • Memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
  • Memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Sumayyah Sekeluarga Dijanjikan Syurga Allah SWT

Nabi Muhammad SAW yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana, tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad belum dapat dilakukan. 

Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah S.A.W. kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. 

Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.



Akibat dari kejadian tersebut, Sumayyah di kenang kisahnya sehingga ke hari ini dan Abu Jahal yang merupakan salah seorang lelaki cerdik terus kekal di anggap sebagai lelaki paling bodoh yang sama sekali patut di sumpah seranah sehingga ke zaman ini.

Anak Lelaki Sumayyah - Ammar Ibn Yasir Antara Sahabat Kesayangan Nabi SAW

Ammar merupakan salah seorang sahabat yang hidup dari zaman Nabi sehingga ke zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang keempat iaitu Ali bin Abi Talib. 

Ammar pernah berkhidmat untuk Saidina Abu Bakar as-siddiq utk memerangi gerakan riddah yang diketuai oleh Musailamah al-kazzab.


Diriwayatkan dari Khalid bin Walid, ia berkata, 

“Aku (Khalid bin Walid) dan Ammar pernah berseteru dalam suatu masalah, dan aku bersikap berlebih-lebihan, hingga akhirnya Ammar melaporkanku kepada Rasulullah. Rasulullah lalu bersabda, ‘Barangsiapa memusuhi Ammar, maka Allah akan memusuhinya, dan barangsiapa membenci Ammar, maka Allah akan membencinya’. Setelah itu aku keluar, hingga tidak ada sesuatu yang lebih aku ridhai daripada Ammar. Lalu ketika aku bertemu dengannya, dia pun ridha kepadaku.

Ammar tidak ditamatkan riwayatnya oleh Abu Jahal akan tetapi Nabi SAW telah dapat menjangkakan akan kematian Ammar melalui hadithnya iaitu: "Sesungguhnya Ammar akan dibunuh oleh golongan penderhaka dan minuman terakhirmu di dunia ini adalah susu."

Benar bagai di kata, akhirnya Ammar terkorban syahid dalam Perang Siffin ketika beliau berperang bagi pihak Saidina Ali bin Abi Talib. Ketika itu Ammar berumur sekitar 88 tahun.


Masihkan Ada Insan Seperti Sumayyah Di Zaman Ini?!

Wallualam... tapi jika mengikut pendapat peribadi ternyata sangat sukar. Sebagai contoh, di dalam Al-Quran sendiri telah menyebut yang manusia akhir zaman ini akan banyak menjadi pengikut Dajjal. Saat Dajjal tiba manusia di dalam keadaan kelaparan dan susah kerana kemarau, maka Dajjal datang dengan berbondong-bondong makanan dan emas.

Waktu itu dengan mudah manusia mula mengikut Dajjal terutama di kalangan wanita. Maka, bagaimana mungkin manusia akhir zaman mampu menghadap seksaan sebagaimana Sumayyah yang di seksa oleh Abu Jahal sedangkan hendak di uji dengan kelaparan juga sudah tidak sanggup. 

SUMAYYAH SALAH SEORANG WANITA SRIKANDI ISLAM TERULUNG !


LIRIK LAGU SUMAYYAH

Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
Dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad-mu milik tuan
Tetapi hati-mu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagi-mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasad-mu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah

Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Nama-mu tetap menjadi sejarah





Post a Comment for "Abu Jahal Lelaki Pintar Yang Paling Bodoh! (Kematian Sumayyah Menjadi Saksi)"