Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Homestay Bebudak Carl - Banglo Cantik Selesa Tepi Pantai Yang Dapat Mengamit Nostalgia

Homestay Bebudak Carl - Banglo Cantik Selesa Tepi Pantai Yang Dapat Mengamit Nostalgia | Bila ke Terengganu, tempat pertama yang terbayang di mata pastinya pasir pantai yang halus memutih. Yelah, Terengganu ni kan salah satu negeri yang terkenal dengan penyu maka tak hairanlah mengapa daku terus terbayangkan pasir putih pantai tatkala bercuti ke Terengganu ini.

Disebabkan itu, daku pun memulakan misi untuk mencari di manakah homestay tepi pantai di Kuala Terengganu yang boleh daku tempah sebagai tempat inapan untuk daku sekeluarga ini. Cari punya cari, google punya google, akhirnya daku membuat keputusan untuk menginap di HOMESTAY BEBUDAK CARL yang hanya terletak sekitar 10 minit saja dari hamparan pasir pantai yang memutih dengan pemandangan air laut yang membiru. Malah Homestay Bebudak Carl ini hanyalah berjarak 1.5km saja dari lapangan terbang. Masa kat sana sempat jugalah lihat kapal terbang naik dan mendarat, seronok juga! Tapi jangan risau suasana homestay sama sekali sunyi dan tenteram dari bunyi bising.



Inilah Homestay Bebudak Carl yang ku maksudkan. Alang-alang berada di homestay tepi pantai Kuala Terengganu ni, maka daku buat keputusan untuk kongsikan serba sedikit info dalam bentuk review penuh. At least dapat dijadikan panduan untuk orang lain di luar sana yang turut mempunyai impian untuk bercuti dalam suasana angin pantai Terengganu yang amat mendamaikan ini. 



Terus terang, jika di tanya apakah Homestay Bebudak Carl ini boleh dikategorikan sebagai salah sebuah homestay yang best di kuala terengganu? Jawapan aku adalah YA! Ini kerana Homestay Bebudak Carl ini mempunyai pelbagai keistimewaannya yang tersendiri jika hendak dibandingkan dengan homestay di Terengganu tepi pantai yang lain.

Antara keistimewaan yang ada pada Homestay Bebudak Carl ini adalah :


1. Sebuah Rumah Banglo Dalam Saiz Yang Besar dan Selesa


Tatkala tiba saja di hadapan Homestay Bebudak Carl ini, wow! Terkejut jugalah bila melihat saiznya tu. Besar sangat-sangat tau. Kawasan sekeliling yang dipenuhi dengan pepohon pokok hijau yang sengaja di tanam oleh tuan empunya homestay membuatkan keadaan sekeliling terasa sangat tenang dan mendamaikan.



2. Halaman Yang Mendamaikan Dengan Penyediaan Ruangan Parking Berbumbung

Meja dan kerusi batu turut disediakan di halaman homestay untuk para penghuni berehat di waktu petang. Malah daku dan famili turut duduk di sini pada waktu malam untuk ambil angin yang sejuk. Seronok juga bila duduk di meja batu ini sambil layan kopi panas di malam hari. Asyik bersembang tak sedar waktu dah semakin larut.



Tidak lupa juga pada ruangan parkir keretanya yang berbumbung. Bukan hanya satu tapi dua! Ke dua-dua parkir ini di dalam kawasan homestay yang boleh di tutup dengan pagar. Syukur alhamdulillah dapatlah di parkir kereta dengan penuh selamat tanpa perlu berasa risau. Jika datang lebih daripada dua buah kereta, korang boleh parkir selebihnya di hadapan rumah dengan mudah. 


3. Dekorasi Menarik Yang Dapat Mengamit Nostalgia

Apabila melangkah masuk, terbeliak jugalah biji mata ni bila terlihat segala dekorasi di dalamnya. Cantik! Sangat-sangat cantik! Dan bila melangkah masuk saja terus daku berasakan bagai telah kembali ke zaman di waktu kecil dulu dengan melihat pelbagai dekorasi di dalamnya. Rupa-rupanya pasangan pemilik untuk Homestay Bebudak Carl ini suka mengumpul barangan lama untuk mengamit nostalgia.


Pelbagai barangan lama zaman sewaktu daku kecil dulu terlihat di susun dengan kemas di bahagian-bahagian yang tersedia. Dalam waktu yang sama daku rasa sangat teruja kerana dapat diperkenalkan barangan-barangan ini pada anak-anak. Yelah, bukan mudah nak dapat lihat semua ini lagi. Sekali fikir bagaikan masuk ke dalam sebuah galeri yang sangat cantik pula. Suka sangat-sangat! 


Emak dan ahli keluarga lain yang kebetulan turut ada bersama turut rasa gembira dan masing-masing bagaikan tidak percaya melihat barangan yang ada dipamerkan di sini. Wajah riang dengan penuh senyuman bagaikan sebuah bukti yang masing-masing sedang asyik terkenangkan zaman kala kecil dulu termasuklah juga daku sendiri.

4. Ruang Tamu Sangat Besar Untuk Ramai Tetamu

Saiz banglo ini memang agak besar. Malah ruang tamunya juga sangat besar dan selesa dengan dilengkapi sistem penghawa dingin dan ruangan menonton. Di sini dengan mudah dapat duduk berehat bersantai sambil berborak sesama sendiri. Set sofa yang ada menambahkan lagi rasa selesa sewaktu berada di ruangan ini.




Meskipun ada pelbagai perabot namun segalanya di susun dengan teratur untuk memudahkan pergerakan untuk semua penghuni. Daku yang punya anak kecil sebesar Kasih turut rasa lega kerana baby Kasih dapat bergerak dengan mudah tanpa terganggu dengan mana-mana perabot. Namun awas, jangan sesekali merokok di dalam rumah banglo ini ye. No! No No!


5. Pencahayaan Terang Menarik Dari Gantungan Lampu Yang Unik

Waktu malam suasana dalam unit banglo dengan nama Homestay Bebudak Carl ini terasa sangat cozy dan romantik pula. Ini disebabkakn adanya gantungan lampu yang unik dengan warna dekorasi dinding yang sangat menarik. Pendekata, jika nak bergambar tu memang boleh sangat-sangat. Bijak betul owner homestay ini menatarias homestaynya.


6. Ruang Makan Yang Sangat Comel

Part makan mana boleh lupa kan? Berbeza dengan gaya dekorasi untuk bahagian ruang tamu, di bahagian ruangan makan ini tampak lebih simple tapi sweet dengan gaya dekorasi berkonsepkan tropika minimalist dengan gabungan warna putih bersama sedikit percikan hijau.


Dengan sebuah meja makan dengan enam buah kerusi, ruangan ini sangat selesa tika sedang menjamu selera. Sliding door jika di buka tirainya akan memberikan lagi pencahayaan semulajadi dari luar untuk menambahkan mood. Ohya, turut terdapat juga seterika dengan iron board termasuk juga soket bagi yang ingin mengosok pakaian. Kat sini jugalah daku turut caj handphone sambil menunggu selesai makan bersama famili. 


7. Terdapat 3 Buah Bilik berserta 2 Buah Bilik Air

Sebagaimana yang telah ku sebutkan di awal artikel ini tadi, Homestay Bebudak Carl ini memiliki 3 buah bilik tidur bersama dengan 2 buah bilik air. Untuk bilik pertama dan ke dua terletak di sebelah kanan secara berhadapan. Berdekatan dengan pintu ke dua-dua bilik terdapat sebuah bilik air yang sangat lengkap dan bersih berserta dengan sinki. 


Inilah antara dua buah bilik berkenaan. Terdapat katil bersaiz queen berserta dengan meja solek. Malah ada juga tempat menyangkut pakaian berserta dengan hangernya sekali. 



Ke dua-dua bilik ini sangat bersih dan selesa. Cetusan dekorasi dengan tambahan bingkai lukisan pemandangan dan bungaan membuatkan ke dua ruang bilik ini terasa sangat asyik untuk di duduki. 


Manakala untuk bilik tidur utama pula, saiznya tersangatlah besar. Jika di hampar sekali dengan toto untuk tidur di bawah rasanya boleh memuatkan sehingga 10 orang lebih dalam satu-satu masa. Untuk bilik tidur utama ini turut dilengkapi dengan meja solek dan juga almari pakaian mini. 


Apa yang lebih menariknya lagi, bilik tidur utama ini turut menempatkan tandas dan juga bilik mandi yang agak luas berserta dengan sinki dan cermin. Ruang mandi untuk bilik tidur utama ini turut mempunyai shower dan juga water heater. Memang sangat selesa dan mudah!


Oh ya, di dalam setiap bilik telah dilengkapi dengan sistem penghawa dingin sepenuhnya termasuk juga katil, meja solek dan juga telekung sejadah untuk solat. 


8. Ruang Memasak Yang Sangat Luas dan Lengkap

Homestay Bebudak Carl ini turut mempunyai dapur yang sangat besar saiznya. Ini sangat mudah untuk urusan memasak. Dapur gas dan peralatan memasak yang lain turut disediakan untuk memudahkan lagi urusan si penyewa. Daku sendiri berserta keluarga turut memasak untuk santapan kami sekeluarga. 


Sebuah kedai turut ada di jalan masuk utama kira-kira 5 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Maka jika mahukan sebarang barangan basah atau apa saja, bolehlah ke kedai runcit terbabit. Namun, andainya kalian berasa malas mahu memasak, tidak mengapa. Boleh saja menjamu selera di restoran Ikan Celup Tepung (ICT) yang sangat viral. 

Restoran Ikan Celup Tepung (ICT) hanya terletak kira-kira 500 meter saja dari homestay. Jika tak mahu bersusah payah untuk parking kereta, boleh je pergi dengan berjalan kaki sebabnya dekat sangat-sangat. Di restoran tersebut ada di jual makanan panas berserta dengan menu celup tepung yang sangat awesome dengan harga yang sangat murah!


9. Ada Pelbagai Kemudahan Tambahan Termasuk Mesin Basuh

Mesin basuh automatik turut ada disediakan. Jadi jika ada baju kotor tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke mana-mana kedai dobi. Jimat masa dan jimat wang. Ampaian yang agak luas juga ada di bahagian belakang dan dapatlah dikeringkan baju dengan cepat tanpa sebarang masalah. Terus terang daku memang sangat suka jika homestay turut disediakan dengan mesin basuh begini. Terasa bagaikan diri sangat dihargai oleh tuan empunya homestay kerana mereka benar-benar ikhlas untuk memudahkan urusan si penghuni.


10. Pelbagai Aktiviti Boleh Dilakukan Di Sini

Ini juga antara kelebihan yang membuatkan daku rasa Homestay Bebudak Carl ini berbeza dengan yang lain. Apa tidaknya, berbeza dengan homestay lain, sepanjang menginap di sini daku dapat melakukan pelbagai aktiviti. Antaranya daku dapat berkelah bersama keluarga di tepian pantai dengan mudah bersama suami dan anak-anak.


Terpulang samada mahu masak sendiri dari homestay untuk di bawa sebagai bekal makan di atas pasir dengan sapaan bayu laut, ataupun terus saja beli dari mana-mana peniaga yang sememangnya ada banyak di sepanjang jalan pantai ini. Pada hari tersebut daku sempatlah berkelah bersama famili dengan menu nasi goreng, kueteau goreng, sandwich sardin dan juga keropok lekor goreng. Hmmm kenyang betul hari tu makan semua ni beramai-ramai di bawah pohon yang redup.




Benarkah Homestay Bebudak Carl Ini Berdekatan Dengan Pantai?

Sudah semestinya betul! Lihatlah sendiri betapa cantiknya pemandangan di sini. Pasirnya halus, airnya biru dan langitnya juga cerah. Cuma, kat sini rasanya agak kurang sesuai untuk mandi kerana pantainya tidak begitu landai.



Walaubagaimanapun, jika kalian benar-benar mahukan pengalaman menginap di sebuah homestay dengan harga murah di tepi pantai, Homestay Bebudak Carl ini adalah salah satu pilihan yang tepat. Selesai makan daku dan famili sempat ambil angin sambil melayan anak-anak. Seronok ataupun tidak? Kalian boleh lihat sendiri pada raut wajah si Kasih Sufi ni. Happy bukan main dia sampaikan tak nak balik. Hehe.


Di kawasan berhampiran pantai ini turut terdapat kawasan permainan kanak-kanak cuma pada hari tersebut daku tidak singgah kerana anak asyik suka nak bermain di atas pasir halus. Ruang parkir yang luas berserta beberapa restoran juga ada. Pendekata, kawasan pantai berhampiran dengan Homestay Bebudak Carl ini memang sangat strategik untuk siapa saja yang suka bercuti di kawasan berhampiran pantai dengan kadar harga di bawah peruntukan bajet.



Hanya 2 Minit dari Uptown Kontena Pantai Tok Jembal 

Jika ke Terengganu mahu boleh jika tak singgah di Uptown Kontena Pantai Tok Jembal. Lokasi ini memang sangat hot tau! Nak makan apa semuanya ada. Yang paling best dapat nikmati angin malam di kawasan pasir pantai dengan bunyi ombak. Sejuk dan santai dengan suasana yang sangat best!


Kawasan ini dibanjiri dengan cahaya lampu yang terang benderang berserta dengan alunan muzik dari group buskin yang akan membuat persembahan mengikut giliran masing-masing. Selesai makan boleh pula berehat di sebuah pondok yang agak besar ataupun di atas buaian kayu yang disediakan betul-betul berhampiran dengan gigi air. Terasa seronok sangat di sini. 


Uptown Kontena Pantai Tok Jembal ini boleh dikunjungi oleh sesiapa saja. Terpulanglah samada kalian mahu ke sana untuk menjamu selera ataupun sekadar ingin duduk bersantai untuk ambil angin malam. Tiada masalah. Yang penting kalian akan berasa happy sepanjang bercuti di Terengganu.

Homestay Murah Tepi Pantai di Terengganu Yang Best !!

Pasti korang terfikir berapakah agaknya untuk sewaan selama sehari semalam kan? Percaya ataupun tidak, harga sewaan untuk Homestay Bebudak Carl ini hanyalah sebanyak RM250 sahaja. Homestay murah Kuala Terengganu RM250 semalam untuk saiz sebuah banglo dengan 3 bilik memang sangat-sangat berbaloi dan berpatutan. Daku rasa tidak mustahil untuk dikategorikan Homestay Bebudak Carl ini sebagai salah satu homestay yang best di Kuala Terengganu dengan lokasinya yang amat strategik.



Apa tidaknya, Homestay Bebudak Carl ini bukan saja berdekatan dengan pantai dengan pelbagai restoran yang best tetapi juga turut dekat dengan 2 buah pasaraya utama iaitu Mydin Mall dan juga Giant Mall di kawasan Gong Badak. Antara lokasi lain yang turut terletak berhampiran dengan Homestay Bebudak Carl ini adalah :

  • UMT / UNISZA - 2.5km
  • Pasar Payang - 10km
  • Masjid Kristal - 10km
  • Pantai Tok Jembal - 0.5km
  • Pantai Teluk Ketapang - 1km
  • Scout Inn (Jamboree Camp) - 1km
  • Keropok Losong - 10km


Nak Cari Homestay Tepi Pantai di Kuala Terengganu? Mahukan Homestay Luas Selesa Untuk Cuti Bersama Keluarga? Tempahlah Homestay Bebudak Carl Dengan Segera Hari Ini Jugak !

Meskipun selalunya ramai yang sering mencari homestay di Kuala Terengganu ada kolam renang tapi apalah salahnya jika menginap di homestay tepi pantai pula sepanjang berada di Terengganu nanti. Jika kebetulan kalian pergi ke Terengganu untuk urusan peminangan mahupun demi untuk ke UMT/UNISZA, inilah antara homestay yang patut untuk di tempah. Apa yang sedang di tunggu lagi tu? Jika ada perancangan untuk bercuti di Terengganu, cepat-cepat tempah sebelum homestay penuh! Jom bercuti ke Terengganu, best sangat.... =D


HOMESTAY BEBUDAK CARL
NO 15197 , JALAN PERSIARAN AIRPORT
KAMPUNG TOK JEMBAL
21070 TERENGGANU
Call / SMS : 60192638609


5 comments for "Homestay Bebudak Carl - Banglo Cantik Selesa Tepi Pantai Yang Dapat Mengamit Nostalgia"

  1. puah hati blh homestay gni..mewah..:)

    ReplyDelete
  2. Very nice homestay with all facilities in Terengganu. Definitely providing a comfy stay for its guests. Nice! cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. homestay dia cantik jugak.. not bad

    ReplyDelete
  4. nice place to stay..next time i will try this chalet for my family😊

    ReplyDelete
  5. best lah homestay ni, nampak sangat selesa dan bersih. kemudahan pun lengkap.

    ReplyDelete