Jom Makan Piza Sepanjang Tahun Dengan Domino's Express Card | Assalamualaikum, yeahh finally dah berjaya ada Express Card Domino's sendiri! Suka suka suka. Mana boleh tak suka jika asyik selalu dok makan Domino's sokmo!

Terus terang, dulu daku agak malas nak beli Express Card ni sebabnya daku rasa takde la selalu sangat makan tapi bila difikir-fikir balik dan di hitung berulang-ulang, ternyata dengan adanya Express Card ni segalanya terasa lebih murah dan best. Boleh menjimatkan duit $$$ membuatkan daku rasa keputusan ini adalah yang paling baik sekali. Akhirnya, tibalah jua peluang yang dinanti dan muncullah Express Card secara terus ke rumah yang telah diposkan oleh pihak Domino's.



Sebab Mengapa Nak Ada Kad VIP Domino's Sendiri

Daku boleh terbuka hati dengan luas untuk dapatkan kad VIP Domino's ini disebabkan oleh pelbagai kelebihan yang ditawarkan. Bayangkanlah....


BELI 1 PIZZA , FREE 1 PIZZA ! 
BELI 2 PIZZA , FREE 2 PIZZA !
BELI 3 PIZZA , FREE 3 PIZZA !
BELI 10 PIZZA , FREE 10 PIZZA !

Oh mmmm geee.... kiranya, untuk sepanjang tahun boleh beli mana-mana pizza pada bila-bila masa untuk tahun 2019 ini dengan kadar harga 50% sahaja!!!! Yelah bayar pada satu harga tapi dapat double. Haa kan dah terlajak murah tu?


Selain dari tu ada juga kelebihan lain seperti dibelanja masa hari lahir, potong harga sehingga 50% untuk special piza dan juga exclusive diskaun harga potongan untuk menu pilihan Domino's setiap bulan.


Untuk bulan ni ada diskaun tawaran hebat untuk menu sampingan Bread Side hanya dengan harga RM1 saja! Dah jimat berapa tu? Dan rasa tak sabar pula untuk tunggu menu special dengan potongan harga tak masuk akal untuk bulan yang berikutnya nanti.


Itulah sebab musabab mengapa daku nekad untuk memiliki Domino's Express Card milikku sendiri. Tambahan pula daku ni kan anak ramai, so takde la perlu berbelanja lebih macam dulu-dulu lagi. Lepas ni beli 3 biji piza dah boleh makan dari tengahari sampai ke malam. Bila dah dapat kad yang ditunggu, bolehlah terus aktifkan di website utama milik Domino's.

Cara Untuk Aktifkan Kad Vip Dominos

1. Terus pergi ke link ini >> https://www.dominos.com.my/expresscard


2. Scroll hingga ke bawah dan klik ACTIVE NOW 


3. Jika belum ada akaun dengan website Domino's tersebut, boleh daftarkan diri dulu dengan klik pada bahagian SIGN UP NOW dan sekiranya telahpun ada akaun, terus saja masukkan email dan password. Kemudian tekan pada bahagian SUBMIT.


4. Masukkan nombor yang ada pada tertera pada Domino's Express Card masing-masing ke dalam bahagian yang telah disediakan. (rujuk gambar) kemudian klik ACTIVATE.
5. Siap! Itu saja caranya... mudah sangat-sangat dan yang paling best bila aktifkan kad terus di beri satu piza PERCUMA!! Wow... dapat pizza free pulak.... i likeeee.....


Untuk gunakan kad ni dari masa ke semasa tak susah, cumanya kad ni hanya boleh digunakan untuk order online dan take away sahaja. Untuk delivery cannot ye... Nak tahu promosi apa yang ada boleh terus klik pada bahagian PROMOTION dan pilihlah mana-mana promosi yang ada untuk digunakan.



Daku sendiri lebih suka order secara online. Sebabnya melalui order online daku tak perlu tunggu lama. Paling best, tempahan boleh di buat seawal beberapa hari sebelum. Sebagai contoh, nak pergi makan pizza sedap di Domino's bersama famili esok, maka hari ini daku dahpun boleh buat tempahan.

Esoknya, daku boleh terus ke cawangan Domino's yang telah ku pilih dan bolehlah buat keputusan samada mahu terus makan di situ ataupun ingin di bawa pulang makan di rumah. Itu semua takde sebarang masalah.



Sekarang ni hati tengah tertawan dengan menu baru Domino's yang berasaskan telur masin plak. Rata-rata yang dah cuba semuanya cakap sedap. Ye ke sedap ni? Ishh tak sabar pula nak rasa. Makin tak sabar nak guna Domino's Express Card ni untuk julung kalinya di kaunter..... Yahoooo.... 




Bagaimana Nak Beli Express Card Dominos Ni ?

Kad ini boleh di beli secara terus di kaunter (jika ada), sebab selalunya kad ni memang cepat betul habis stok di kaunter-kaunter. Jika nak lebih mudah boleh beli secara online melalui website Dominos dengan KLIK DI SINI



JOM... KITA MAKAN DOMINO'S PIZZA HARI NI - Asyikkkk





" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "