Makeup Box By Althea - Set Makeup Lengkap Untuk 2019 | Assalamualaikum, hi hi awak semua kat sana... baru-baru ni daku ada terima makeup box dari Althea yang di pos secara terus dari Korea sehingga ke depan pintu rumah. Bila di buka kotak cantik berwarna pink, omg!! di dalamnya terselit set makeup yang sangat cantik colournya. Set ini lebih mudah dikenali sebagai makeup box by Althea dan ianya sedang hangat diperkenalkan oleh pihak Althea Malaysia untuk para penggemar makeup.


Althea ni sebenarnya adalah Korean costemic online Malaysia yang semakin hangat diperkatakan. Walaupun segalanya di beli secara atas talian tapi dengan adanya Althea promote code yang pelbagai, ianya menambahkan lagi jumlah para pengguna kerana dapat membeli dengan harga yang sangat berpatutan dan murah. Kalau tak caya tentang harga, boleh terus ke website utama Althea di link ini.

Berbalik semula pada makeup box by Althea yang telah ku terima baru-baru ini, jom kita tengok sama-sama antara barangan yang ada di dalam kotak tersebut berserta dengan harganya sekali. Buka kotak terus nampak semua ni? Meriah sangat kan?


Terdapat sebanyak 5 ( lima ) jenis produk di dalam kotak pink ini dan ke lima-lima barangan tersebut adalah : 

1. WATERCOLOR CREAM TINT (4.5 ml)

Watercolor Cream Tint ini bila di pakai seakan berair tapi akhirnya akan terus bersatu dengan bibir. Ianya turut mengandungi asid hyaluronik dan squalene untuk mengelakkan bibir kering dari mengelupas. Didatangkan di dalam empat warna yang menarik mampu membuatkan sesiapa saja tertawan tetapi untuk diriku sendiri, rasanya lebih suka yang natural.


Tapi jika nak beli untuk semua warna juga takde masalah. At least boleh pakai ikut mood. Jika rasa hari tersebut mahu tampil agak berani maka boleh kenakan warna yang agak terang dan jika dirasakan hari tersebut mahu tetap tenang dan cool bolehlah dikenakan dengan warna yang natural. Ia juga mudah untuk dikenakan dengan pelbagai majlis yang ingin di hadiri samada siang mahupun malam.


Bekasnya juga sangat comel dan menarik serta mudah untuk di bawa ke mana saja. Masukkan terus ke dalam tas tangan dah pun settle! Dek kerana bekasnya yang comel itulah yang telah membuatkan si Kasih anak perempuanku sorang ni tak sabar-sabar nak dipakaikan juga dengan Watercolor Cream Tints ni,,, eeeee ngada tak padan ngan kecik!! =D


Jika korang mahu dapatkan bibir yang tampak berair dengan Althea's Watercolor Cream Tints dalam bekas tiub-tiub yang cantik ini, korang boleh beli hanya dengan harga RM20 seunit. Ia sangat bagus dan terbaik dengan pigmentasi gincu, kuasa lama untuk kekal di bibir dan juga dengan tambahan formula pelembab gloss. Kilauan yang cantik seperti lilin ini sangat sesuai untuk sentuhan warna bibir yang cantik dan menawan




untuk info lanjut sila ke : https://my.althea.kr/watercolor-cream-tint


2. EYE PALETTE SUNRISE & MOONRISE BCL X ALTHEA

Makeup semestinya tidak akan lengkap tanpa eyeshadow dan dek kerana itu jugalah makeup box by Althea ini turut ada eye pallette dengan warna yang sangat awesome. Palet pembayang mata ini adalah yang pertama dikeluarkan oleh Althea dengan nama Sunrise & Moonrise! Sunrise and moonrise? Hmmm sangat kenalah dengan tona warnanya yang sesuai untuk dipakai pada waktu siang dan juga malam.


Palet pembayang mata dihasilkan dengan kerjasama di antara Althea dan juga Bunga Citra Lestari. Bunga Citra Lestari adalah penyanyi dari Indonesia yang telah menghiasi layar kaca TV di seluruh Asia Tenggara. Disebabkan ramai yang mengikut gaya Bunga Cinta Lestari maka pihak Althea telah melantik beliau sebagai ikon kecantikan dan fesyen yang memancarkan gaya, kecantikan dan kewanitaan.


Palet pembayang mata didatangkan dengan 8 warna menarik untuk kegunaan dari siang hari yang indah hingga waktu malam yang menawan. Ia akan turut dapat memberikan gaya feminin yang glamor seakan bunga yang sangat menarik. Terdapat shimmers, mattes dan glitters, ketika dipakaikan ianya bagaikan meluncur dengan mudah ke kulit untuk membantu menampilkan wajah yang lebih indah sesuai dengan apa jua acara.



untuk info lanjut sila ke : https://ph.althea.kr/eye-palette-sunrise-moonrise-bcl


3. FLAWLESS CREAMY CONCEALER (6G)

Tiap wajah pasti ada bahagian yang ada masalah samada bekas jerawat lama, mata lebam bagaikan anda mahupun parut lama yang agak memalukan. Jangan risau, dengan adanya Althea's Flawless Creamy Concealer ni segalanya kekurangan tu dapat di tutup dengan baik. Formula untuk Althea's Flawless Creamy Concealer ini diperbuat dengan Aquaxyl yang akan dapat membantu untuk melembapkan dan memperbaiki kesihatan keseluruhan kulit. Tidak hanya itu, sifatnya yang tahan lama turut dapat memastikan ianya tetap di wajah untuk sepanjang hari.


Ia didatangkan dengan 4 (empat) tona warna yang dapat disesuaikan mengikut warna kulit masing-masing. Empat warna tersebut adalah :

  • #01 Vanilla (Pink beige #21),
  • #02 Ginger (Warm ivory #21), 
  • #03 Honey (Warm peach #23-#25), 
  • #04 Mocha (Deeper yellow #30)


Harganya juga tidaklah mahal mana. Hanya dengan RM15 saja untuk satu unit dah dapat dipakai untuk jangka masa yang agak lama. Bentuknya juga sangat praktikal supaya mudah di bawa ke mana-mana. Nak pakai pun senang sangat, hanya terus calitkan pada bahagian yang ada kekurangan tu dan bolehlah di sapu rata dengan menggunakan hujung jari sehingga sempurna.



untuk info lanjut sila ke : https://my.althea.kr/flawless-creamy-concealer


4. SPOTLIGHT EYE GLITTER (4.5 ML)

Jika korang sukakan warna yang ada glitter, kilat-kilat gituuu... korang boleh dapatkan Althea's Glitter Eye Spotlight! Bentuknya yang mudah di bawa dengan berus hujungnya yang sangat halus memang mudah untuk di pakai. Warnanya juga tidaklah keterlaluan dan mudah untuk dimatchingkan dengan apa-apa majlis.


So bagi yang amat mementingkan penampilan gaya yang agak istimewa, korang bolehlah mencuba Althea's Glitter Eye Spotlight. Setelah mata disolek dengan pembayang mata tadi, dapatlah letakkan pula Althea's Glitter Eye Spotlight untuk diserlahkan lagi penampilan pada bahagian mata tu. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera so suka ataupun tidak itu semua terpulanglah pada penampilan diri masing-masing.


Ia didatangkan di dalam dua tona warna yang agak menarik dan pilihlah mana satu yang korang suka untuk disesuaikan dengan gaya masing-masing. Jika tak tahu nak pilih yang mana satu, boleh beli ke dua-duanya sekali.



untuk info lanjut sila ke : https://my.althea.kr/spotlight-eye-glitter


5. SKIN RELIEF SPOT FILM GEL (15ml)

Pertama sekali menggunakannya, daku terfikir juga apakah sebenarnya kegunaan produk yang bernama Skin Relief Spot Film Gel ini? Dan setelah mencubanya sendiri, ooooo rupa-rupanya ia adalah sejenis produk untuk dijadikan sebagai satu lapisan nipis sebelum mengenakan makeup. Maka secara tidak langsung kulit wajah asli akan lebih terlindung dan dalam masa yang sama amat mudah untuk ditanggalkan sisa kotoran kerana semua makeup tidak terus di sapu ke kulit wajah.


Sebelum dipakai, pastikan dulu yang kawasan wajah bersih sepenuhnya. Setelah itu bolehlah dipicit sedikit dan sapu rata ke seluruh wajah. Biarkan kering sepenuhnya sebelum meneruskan dengan aplikasi solek. Lapkan apa-apa lebihan produk yang tidak diperlukan. Jika kebetulan kawasan tertentu pada wajah ada masalah seperti jerawat dan sebagainya yang kurang bagus jika terkena makeup, maka dapatlah digunakan produk ini untuk bantuan.



untuk info lanjut sila ke : https://my.althea.kr/skin-relief-spot-film-gel

Itulah serba sedikit info mengenai Makeup Box By Althea - Set Makeup Lengkap Untuk 2019 ini. Jika benar-benar berminat, jangan tunggu lama-lama untuk didapatkan dengan segera kerana jualannya saat ini dah macam goreng pisang panas.


Jika nak turut lihat produk lain oleh Althea juga boleh, tak susah.. terus je klik link di bawah ini untuk melihat produk lain yang sangat banyak dengan harga yang amat berbaloi.









Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.