Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Crestar Fan - Kipas Syiling Cantik Menawan Untuk Keselesaan Yang Penuh Gaya

Crestar Fan - Kipas Syiling Cantik Menawan Untuk Keselesaan Yang Penuh Gaya | Tak dinafikan, sekarang ni cuaca agak tidak menentu. Yang pasti suhu panas memang tidak menurun. Di kawasan tempat ku tinggal ni suhu pernah mencecah sehingga 36 darjah celcius. Oooo panasss,.... sampaikan rasa malas nak keluar rumah untuk lakukan aktiviti outdoor. Baik duduk dalam rumah di bawah kipas untuk suhu sejuk nyaman tanpa perlu berpeluh-peluh.


Bercerita tentang kipas, terus terang daku memang lebih sukakan kipas daripada aircond. Melainkan jika cuaca terlajak panas itu baru daku guna aircond. Daku sukakan kipas kerana ia tidak akan menyebabkan kulit menjadi kering dan yang paling penting kipas ini tampak cantik berpusing di syiling. Makin best jika dapat di pasang rumah dengan kipas design modern yang lebih up to date! Kalau nak tahu kipas sekarang ni pun dah boleh dijadikan sebagai salah satu barangan dekorasi rumah tau..


Apa tidaknya, design kipas zaman sekarang bukannya seperti design kipas zaman dulu. Buktinya, buat masa ini ada banyak pihak yang telah mula menjual kipas dengan design yang terlajak cantik ini samada melalui offline mahupun online. Salah satu daripada pihak yang menjual kipas dengan design yang terlajak cantik ini adalah CRESTAR FAN.



Antara Kelebihan Crestar Fan Kepada Pelanggan

Crestar hanya menawarkan kipas-kipas yang berkualiti tinggi. Dengan Alumi Motor ™ (AC & DC) , kipas siling dari jenama Crestar ini mempunyai daya ketahanan yang amat tinggi. Semua kipas siling Crestar didatangkan dengan aksesori asli yang turut termasuk dengan alat kawalan jauh.


Kipas-kipas daripada Crestar ini boleh didapati dalam pelbagai saiz dari 32 sehingga 55 inci. Ianya turut didatangkan dengan beberapa design yang ada lampu LED bagi yang menggemarinya.



Crestar Menawarkan Design Yang Sangat Menawan

Warna kipas Crestar yang terdiri dari rona perak, putih, matte hitam dan kelabu ini ternyata sangat sesuai untuk sebarang jenis isi rumah. Paling menarik ianya sangat sesuai sebagai pelengkap gaya dekorasi tambahan bagi yang meminati gaya minimalis dan moden.



Inilah antara sebahagian design kipas yang ditawarkan oleh Crestar. Ualls boleh lihat sendiri betapa cantiknya design kipas yang dibawakan oleh Crestar ini. Bila di lihat tampak sangat mewah dan sangat mudah untuk diseragamkan dengan rekabentuk perabot lain yang digunakan untuk ruang tersebut.

Pelbagai Design Untuk Pelbagai Gaya 



Antara Jenama Kipas Terkenal Dari Singapura Yang Semakin Diminati Ramai 

Pengalaman keselesaan maksimum dengan pengudaraan udara yang baik menjadi keutamaan Crestar Fan. Kerana itu jenama Crestar ini mula menjadi pilihan ramai orang terutama di Singapura. Tidak hanya mementingkan soal keselesaan, kualiti dan design malah pihak Crestar turut memberikan warranty untuk semua pelanggan yang membuat pembelian. Setiap warranty boleh di sini secara online.


Nak kipas yang cun melecun? Nak kipas yang boleh beri rupa ruang tampak lebih hebat? Jangan tunggu lama-lama, jom segera daaptkan kipas dari Crestar Fan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan harga, design dan sebagainya. Ualls boleh terus hubungi wakil Crestar yang sah melalui detail di bawah ini. Jika punya kesempatan lebih, boleh terus ke bilik pameran Crestar di Singapura untuk melihat kipas siling terbaru dari mereka.

CRESTAR FAN | KIPAS SYILING CANTIK SELESA YANG TERBAIK


Post a Comment for "Crestar Fan - Kipas Syiling Cantik Menawan Untuk Keselesaan Yang Penuh Gaya"