Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Siapakah Guru KesayanganMu? Jom Calonkan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019!

Siapakah Guru KesayanganMu? Jom Calonkan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019!   | GURU, bila di sebut perkataan ni daku terus teringat pada salah seorang guru kesayanganku. Kalian pun pasti punya guru kesayangan masing-masing kan? Tipu jika tak ada. 16 Mei adalah hari guru dan ini bermakna ada masa sebulan lebih saja lagi untuk menyambutnya.

Jika sebelum ini hanya beli hadiah kepada guru tersayang, apakata tahun ini buat perubahan dengan mencalonkannya untuk ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD'S 2019. Ala, bukannya perlu bayar apa-apapun. Hanya perlu isi borang penyertaan secara online saja.


Setiap Orang Pasti Punya Guru Kesayangan dan Inilah Guru Kesayanganku! 

Guru kesayanganku adalah seorang guru perempuan yang mengajarku semasa daku di bangku sekolah rendah. Puan Habsah namanya dan beliau merupakan seorang guru untuk Bahasa Inggeris.

Terus terang pada mulanya daku tak sukakan beliau. Sebab apa? Kerana dia garang!! Garang sangat dengan suara yang lantang masa mengajar, membuatkan daku antara yang paling cemas setiap kali berada di dalam kelas beliau. Di dalam kelas bahasa yang digunakan mesti English dan jika cakap dalam bahasa memang kena punya! 



Untuk bahasa Inggeris ni, daku takde la terror sangat-sangat, yelah darah anak melayu sejatilah katakan. Ditambah pula masih di bangku sekolah rendah. Tapi entah di mana kelebihannya aku ni, Puan Habsah yang sering kami panggil sebagai Teacher itu telah mula berbual dengan suara ramah penuh senyum di luar waktu kelasnya. Tak hanya itu, Teacher juga sering memujiku untuk terus belajar dengan penuh usaha lagi. Kata beliau daku ada potensi. 

Bermula detik itu, bila tiba kelas Teacher Habsah aku antara murid yang paling banyak tersenyum semasa berada di dalam kelas beliau. Alhamdulillah, sejak itu keputusanku semakin hari semakin baik sehingga beberapa kali menjadi antara murid paling cemerlang di sekolah termasuk untuk matapelajaran Bahasa Inggeris.


Tidak hanya itu, hubungan daku dan Teacher Habsah semakin erat hinggakan daku telah jejakkan kaki ke rumahnya. Tidak hanya itu, anak-anaknya juga daku mula kenal seorang demi seorang. 

Namun akhirnya, bila usia semakin menginjak daku pun mula meneruskan arah tuju dengan ucapan selamat tinggal pada Teacher Habsah tersayang. Kata terakhirnya untukku terus belajar, terus usaha, jangan putus asa akan terus ku ingat hingga ke saat ini. 

Tahun demi tahun berlalu, akhirnyaku kembali  menjejaki guru tersayang. Namun ternyata Allah SWT lebih sayangkan beliau. Daku diberitahu dari ahli familinya yang Teacher Habsah telahpun pergi buat selamanya akibat penyakit kanser payudara. Tergamam aku waktu itu dan satu demi satu kenangan lamaku bersama beliau kembali mula muncul di fikiran. Huhu....

Jika ditakdirkan beliau masih lagi ada atas muka bumi ni, terus terang daku akan calonkan dia untuk menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019



Siapa Sertai Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 - Boleh Menang Hadiah Lumayan !!



Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan Anugerah tahunan yang dilaksanakan oleh
McDonald’s Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada para guru yang melaksanakan
tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi
kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Tahun ini merupakan tahun ketiga inisiatif ini dilaksanakan,
dan ia telah dilancarkan pada 1 Mac 2019 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee bin Malik
sempena Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei kelak.



Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru.
Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200.
Maksudnya : Kalau menang, si guru yang di calon boleh dapat hadiah wang tunai RM5,000 dan si pencalon boleh dapat baucer makan FREE sebanyak RM200!

Apakah Kriteria Guru Yang Dicari Sebagai Pemenang?
Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar dan juga impak positif guru terhadap diri pelajar.  


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia.
Berminat Nak Sertai? Boleh Ikut Panduan Langkah Penyertaan Di Sini

1. Terus ke wesbsite utama dengan klik link ini >> https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominate



2. Masukkan detail peribadi berkaitan diri anda di Bahagian 1

3. Masukkan detail berkaitan diri guru yang ingin anda calonkan di bahagian 2

4. Masukkan link dari video youtube yang ada kena mengena dengan guru yang ingin dicalokan JIKA ADA. Bahagian 3 ini TIDAK WAJIB. 

5. Klik setuju unttk dua kotak kecil yang disediakan kemudian terus tekan HANTAR.
Itu saja langkah-langkahnya, mudah je kan? Seterusnya penyertaan anda akan disemak untuk penilaian bagi mencari pemenang yang bertuah.

Maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 boleh didapati di https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31 MARCH 2019 

4 comments for "Siapakah Guru KesayanganMu? Jom Calonkan Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019! "

  1. Harap2 ada ex pupil abam kie yg sudi calonkan abam kie nanti...

    ReplyDelete
  2. teringat cikgu2 zaman sek dulu2. ada yang masih in contact ada yang dah pergi. apa2 pun insyallah jasa pahala buat cikgu2 sentiasa ada.

    ReplyDelete
  3. untunglah cikgu dapat rm5000 kalau menang. calon kn la guru anda

    ReplyDelete