Alur Galley Suites - Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Yang Best dan Special | Assalamualaikum... hi korang! Mood bercutiku ke Terengganu masih belum habis lagi, jika sebelum ni daku bersama famili tapi kali ni bersama dengan rakan blogger. Alkisahnya, daku teringin sangat nak ke Pulau Redang tapi fikir punya fikir, untuk ke sana jika sekadar daku 1 family macam mahal je... so bila beritahu cadangan pada rakan lain, alhamdulillah Rini dan Cik Ada kebetulan tengah free!

Maka bermulalah operasi mencari lokasi penginapan yang murah, selesa, praktikal dan berbaloi untuk kami 3 family. Antara perkara yang perlu ditekankan adalah lokasi, harga, keluasan tempat menginap, kemudahan asas dan sebagainya. Dah macam misi cari harta karun pula jadinya tau!

Dalam hati dah mula rasa macam tak akan jadi je trip kami ni. Yelah lokasi Pulau Redang kot! Bukan acah-acah murah punya tempat. Hahaha.. Nampak sangat berangan lebih dari realiti kan?  Rasa nak give up pun ada masa sedang mencari tu hinggalah daku ternampak sebuah Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu yang sangat menarik berserta dengan sebuah private pool yang cantik. Homestay Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu yang ku maksudkan ini adalah ALUR GALLEY SUITES.


Alur Galley Suites - Homestay Dekat Pantai Penarik Yang Sangat Lawa!

Melihat pada gambar yang ada di pages facebook milik Alur Galley Suites, homestay di Pantai Penarik ni bagi aku agak sesuai dengan hajatku yang teringin bercuti dalam suasana tiupan angin laut. At least masih boleh bercuti tepi pantai, nikmati celup tepung yang sedap dan berehat sambil mandi pool bersama dengan meriah. Tambahan pula peralatan BBQ juga ada.


Kadar harga sewaan bagi tempoh sehari semalam milik Alur Galley Suites ini adalah :
  • Weekday : RM420 
  • Weekend : RM450
  • Peak Season : RM480 

Bila ku hitung untuk 3 famili, maka jumlah yang perlu dibayar hanyalah sebanyak RM140 seorang. Itu jika dibahagikan dengan 3. Jika datangnya lebih ramai, maka lebih berbaloi dan menguntungkan.

Alur Galley Suites - Homestay Tepi Pantai Penarik Yang Sangat Santai

Tibalah hari yang di nanti, daku dan family mengikut arah melalui Google Maps dan alhamdulillah terus dihantar sehingga ke destinasi. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan pantai yang cantik. Melihat laut, dalam hati makin membuak-buak untuk ke Pulau Redang namun apakan daya.

Akhirnya, tibalah di lokasi yang bernama Kampung Mangkuk. Cumanya bila sampai, daku keliru sekejap, mana homestaynya? Hahahahaha..... rupa-rupanya, homestay tu kat bahagian belakang. Tapi masih lagi di jalan besar utama yang penuh bertar. Phewww.

Tu haaaa homestaynya!! Kat situuuuuu.....


Kebetulan masaku tiba si penjaga homestay sedang berada di situ. Alang-alang pintu pagar dah terbuka luas maka daku terus park kereta di halamannya yang sangat luas. Jika dihitung secara kasar rasanya boleh memuatkan sehingga 10 buah kereta dalam satu-satu masa. Selepas perkenalkan diri maka daku di bawa ke unit penginapan kami. Waktu ini mereka yang lain masih belum tiba lagi.


Ada dua unit semuanya dan ke dua-dua unit dari segi fungsi, dekorasi, keluasan dan lain-lain semuanya sama. Tidak ada apa yang kurang. Kiranya jika datang dengan jumlah yang lebih ramai bolehlah menyewa ke dua-dua unit homestay sekaligus. Macam kami ni hanya 3 family, maka memadailah dengan hanya menyewa sebuah homestay saja.


Saat pintu di buka, gurlp! Telan air liur beb! Lawa gila!! Rumah homestay ni konsep modern english dengan sedikit cetusan bali. Daku pun tak tunggu lama terus mula meninjau setiap ruang yang ada. Nak tahu apakah kelebihan Alur Galley Suites yang terletak di tepi Pantai Penarik ni? Meh sini daku senaraikan satu persatu.



Antara Kelebihan Alur Galley Suites - Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu 

1. Halaman Yang Luas dan Mendamaikan

Terasa bagaikan berada d dalam sebuah kaasan percutian yang amat mendamaikan. Apa tidaknya, suasana halaman sangat luas untuk anak-anak bermain. Tidak hanya itu, tempat rehat termasuk buaian turut disediakan untuk duduk bersantai di waktu petang. Anak-anakku sendiri bukan main happy dapat duduk di atas buai.


2. Pelbagai Peralatan Kemudahan Yang Lengkap

Untuk ruangan dapur, tak perlu bimbang kerana semuanya serba lengkap dengan peralatan memasak. Dekorasi ruangan dapur dengan island dan counter top yang menarik membuatkan terasa bagai nak masak selalu. Yang penting semuanya berada di dalam keadaan baik dan sangat bersih.


Antara peralatan yang ada di dalam ruangan dapur milik Alur Galley Suites ini adalah seperti :
  • dapur gas
  • peti sejuk
  • periuk dan kuali
  • pinggan mangkuk sudu dan sebagainya
  • Cerek elektrik
  • Periuk nasi elektrik 
  • mesin basuh
  • ampaian

Jika berhajat nak dapatkan bahan makanan seperti beras, sayur segar, makanan dalam tin dan sebagainya. Kalian boleh membeli dari kedai runcit sekitar. Jika mahu membeli belah di tempat yang lebih besar, ada sebuah pasaraya kira-kira 15KM dari Alur Galley Suites ini. 


3. Ruang Tamu Yang Selesa

Berhampiran dengan dapur adalah ruang tamu yang turut ditampilkan dalam rona hitam, kelabu dan juga putih. Ruang tamu ini menempatkan sebuah sofa berbentuk L dalam saiz yang agak besar. Ia turut menempatkan sebuah TV untuk tatapan pada penginap.


4. Kolam Renang  Peribadi Tertutup Yang Mesra Kanak-Kanak

Inilah kolam peribadi untuk Alur Galley Suites. Setiap homestay mempunyai sebuah pool sendiri dan paling best ianya bertutup sepenuhnya.. So jika ke sana bersama keluarga, dapatlah berendam bebas tanpa masalah pandangan dari orang luar.


Seperkara lagi, pool ini benar-benar di tepi bahagian homestay dan jangan bimbing kerana ia turut diletakkan sliding door yang boleh dikunci dengan baik untuk menghadkan pergerakan anak-anak. Risaulah juga kan? Buatnya anak gi terjun sendiri, tak ke masalah.


 Untuk kedalaman kolam, alhamdulillah sangat sesuai untuk anak-anak. Tempat lebih cetek untuk bermain dalam air juga ada. Kiranya kolam ini turut mengutamakan isu keselamatan supaya lebih mesra kanak-kanak dengan memikirkan isu kedalaman air dan sebagainya. Pancuran air selepas mandi turut tidak lupa disediakan oleh si pemilik.


Waktu malam lebih cantik. Suasana pool terang benderang dengan simbahan cahaya lampu. Daku sendiri, suami dan anak-anak mengambil peluang untuk duduk berehat di tepi pool bersama. 



5. Ada Tiga Buah Bilik Tidur Yang Sangat Luas

Untuk jumlah bilik ada tiga buah semuanya dan setiap bilik terletak berdekatan antara satu sama lain. Apa yang berbeza daripada homestay yang lain, saiz untuk ke tiga-tiga bilik ini lebih kurang sama saja. Memang luas sangat-sangat! Untuk bilik utama ada sebuah bilik air peribadi di dalamnya. Manakala untuk bilik ke dua dan ketiga boleh berkongsi bilik air yang ada di depan pintu bilik masing-masing.


Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, katil bersaiz queen, rak pakaian, tuala, hanger, sejadah dan juga cermin besar untuk menyiapkan diri. 



Seterika dan iron board turut disediakan di dalam bilik yang ke dua. Ohya toto juga ada untuk si penghuni lebih. Jika mahukan toto tambahan, hanya perlu tambah RM20 / toto. Soal kebersihan bilik semuanya tip top! Tilam dan bantal pun empuk jer..... syok lena sampai ke pagi. 


6. Bilik Air Yang Bersih dan Moden

Di Alur Galley Suites terdapat 2 buah bilik air kesemuanya. Yang pertama di dalam bilik tidur utama dan yang ke dua adalah di antara ketiga-tiga bilik. Terdapat sinki, pancuran mandi, cermin dan sebagainya. Semuanya bersih, jangan risau. Di bawah ini adalah rupa bilik air yang ada di dalam bilik tidur utama.


Ini pula wajah untuk bilik air ke dua. Terus terang size bilik air ni besar giler! Tuala mandi, gel pembersih badan, shower, air panas, cermin dan sinki juga ada. Saiz ni daku sukar nak gambarkan hanya melalui gambar. Cuma boleh ku katakan sizenya memang besar dan boleh digunakan dengan penuh selesa.


7. Peralatan BerBBQ Turut Disediakan

Bercuti dan mahu berBBQ? Takde masalah. Peralatan untuk BBQ termasuk arang boleh disediakan oleh pihak Alur Galley Suites untuk siapa yang mahukannya. Tiada sebarang caj yang dikenakan. Jangan bimbang. Yang penting, boleh fikirkan menu apa yang sedap untuk di bakar dan makan beramai-ramai.


Jika tak sempat nak sediakan bahan untuk berBBQ, kalian boleh mohon jasa baik pihak Alur Galley Resort untuk sediakan segalanya. Harga untuk bahan mentah untuk set BBQ jika menggunakan khidmat Alur Galley Resort hanyalah RM20 per head. Antara bahan mentah yang boleh disediakan oleh pihak Alur Galley Suites ini adalah seperti ayam, ikan dan juga sosej. Jika mahu sekali udang dan juga sotong juga boleh cuma kadar caj bayaran adalah sedikit berbeza.

Ada Port Memancing Sempoi Untuk Si Kaki Joran

Uniknya Alur Galley Suites hingga boleh membuatkannya tersenarai sebagai sebuah homestay yang lain daripada yang lain adalah disebabkan oleh lokasinya yang amat strategik. Bayangkanlah, di belakangnya pantai dan di depannya pula adalah sungai yang sering dikunjungi oleh si kaki pancing.


Lihat sendiri tempatnya, betul-betul di hadapan homestay. Parking kereta di dalam kawasan pagar Alur Galley Suites dan boleh terus bawa peralatan memancing untuk melepaskan hajat ngail.


Bayangkan, si suami yang sememangnya kaki pancing dapat habiskan masa di sini bersama batang jorannya dan bila dapat ikan boleh minta isteri terus masakkan untuk makan bersama nanti. Jika nak mengail dari atas bot pancing juga boleh. Hanya perlu beritahu pada pihak Alur Galley Suites dan pihak mereka akan sediakan bot untuk tujuan memancing dengan kadar harga yang berpatutan. 


Sementara menunggu si ayah memancing, para isteri dan anak-anak dapat habiskan masa di dalam pool berenang dan berendam sampai puas! Kan adil gitu? Sama-sama ada 'me time' masing-masing untuk rehatkan diri dan bersantai. Barulah ngam. At least, bercuti di tempat begini dapat hilangkan stress akibat kerja. Dan para suami pun tak perlu pening kepala dengan aktiviti shopping para isteri yang tak pernah habis apabila pergi bercuti. Hehe.


Boleh Nikmati 10% Diskaun Untuk Jamu Selera Di Mr Celup Tepung Station

MR CELUP TEPUNG STATION Pantai Penarik sememangnya sudah tidak asing lagi. Jika ke Pantai Penarik dan tak singgah ke Mr Celup Tepung Station ni memang tak sah! Mudah cakap tempat makan ni antara pelopor yang  terawal untuk menu celup tepung tepi pantai penarik. Jaraknya dengan Alur Galley Suites hanyalah lebih kurang 3km saja.


 Apa yang menariknya, istimewa untuk para penginap di Alur Galley Suites, harga makanan yang di makan akan terus diberikan diskaun sebanyak 10% hanya dengan menunjukkan pas diskaun yang terdapat pada kunci homestay.

Pakej Ke Redang Turut Ada Untuk Para Penginap - Yahooo!!

Saat di beritahu adanya pakej untuk ke Pulau Redang daku dah mula rasa teruja. Tapi masalahnya kami dah tempah homestay, macamana pula nak ke Pulau Redang? Berbagai soalan jugalah daku ajukan pada pihak Alur Galley Suites ni. Antara soalannya, dah stay kat sini macamana nak pergi hingga ke sana? Haaa apa punya soalan tu? Nampak sangat nak jimat kan? =D

Rupanya,.... pihak Alur Galley Suites boleh memberikan servis ke Pulau Redang dalam bentuk day trip. Maksud lebih jelas, tidur kat homestay dan dalam waktu yang sama boleh juga jejakkan kaki sehingga ke Pulau Redang. Kat sana masih boleh lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Redang. Dalam erti kata lain pergi ke Pulau Redang pada waktu pagi dan pulang semula untuk tidur di Alur Galley Suites pada waktu petang. Haaaa gituuuu....

image via : Alur Galley Suites FB Pages

Bukan itu saja aktiviti untuk lihat kelip-kelip (firefly) secara dekat pun boleh. Harga untuk pakej telah termasuk homestay di dalamnya. Jika tak nak ke Pulau Redang, boleh pilih untuk day trip ke Pualu Perhentian. Inilah pakej aktiviti berserta harga yang ditawarkan oleh Alur Galley Suites untuk para pelanggan sebagaimana yang telah diterangkan padaku :


Pakej 2 Hari 1 Malam
Minimum : 10 orang
Harga : RM165 / dewasa , RM125 / kanak-kanak


Hari pertama :
  • 8am - Terus ke jeti penarik untuk ke Pulau Redang @ Pulau Perhentian
  • Naik boat untuk terus lakukan aktiviti Snorkeling di 5 check point
  • Peralatan snorkeling dan jaket keselamatan disediakan. 
  • Makanan tengahari juga turut disediakan
  • Petangnya checkin Alur Galley Suites
  • Jika ingin lihat kelip-kelip, tambahan RM35 / dewasa dan RM25 / kanak-kanak.
  • Dinner BBQ (jika mahu)
  • Esoknya boleh lunch dengan 10% diskaun di MrCelupTepung Station selepas checkin.



Pakej 3 Hari 2 Malam
Minimum : 10 orang
Harga : RM260 / dewasa dan RM220 / kanak-kanak.

Hari pertama :
  • Checkin homestay
  • Lunch di MrCelup Tepung Station dengan 10% diskaun
  • Melihat firefly di Sungai Penarik jam 8pm dengan boat.
Hari kedua :
  • 8am - Terus ke jeti penarik untuk ke Pulau Redang @ Pulau Perhentian
  • Naik boat untuk terus lakukan aktiviti Snorkeling di 5 check point
  • Peralatan snorkeling dan jaket keselamatan disediakan.
  • Makanan tengahari juga turut disediakan
  • Dinner BBQ (jika mahu)

Bila ku fikirkan semula dengan membuat pengiraan harga dan sebagainya, eh memang jimat betul lah!! At least daku tak payah berbelanja lebih besar berbanding dengan tinggal di Pulau Redang selama beberapa hari tu.

Walk In Costumer Turut Dialukan

Jika tak hendak sekali dengan homestay, mungkin hendak ke Pantai Penarik untuk tidur di rumah saudara atau sebagainya, kalian boleh dapatkan servis day trip untuk habiskan masa di Pulau Redang / Pulau Perhentian dari pagi hingga ke petang dengan harga bayaran RM120 seorang! Hanya dengan harga bayaran RM120 seorang dan makanan tengahari akan turut disediakan.

MR CELUP TEPUNG STATION TURUT MEWAR-WARKAN HAL INI

Ingin Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Jimat Untuk Ke Pulau Redang/Perhentian? Alur Galley Suites Adalah Jawapannya! 

Nak tahu apa jadi pada kami semua? Sudah semestinya daku bersungguh hendak ke Pulau Redang.  Bagaimana kejadian bila kami semua ke Pulau Redang bersama Alur Galley Suites? Nantikan sambungan untuk pengalaman menginap di Pantai Penarik bagi Part 2 dalam masa terdekat.


Bagi yang inginkan info / buat tempahan boleh terus hubungi :

ALUR GALLEY SUIT | HOMESTAY TEPI PANTAI PENARIK YANG BEST
Call :   60193987875    | Tekan Untuk Whatsapp









Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.