Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mengapa Ramai Wanita Tak Suka Pakai Bra Masa Tidur? - Inilah Sebabnya

Maaf jika topik hari ini ada ehem ehem..... tapi sebagai wanita topik berkaitan bra ataupun coli ini sememangnya amat bersangkut paut dengan diri sendiri. Bagi lelaki mungkin topik ini agak 'semacam' tapi tak salah untuk turut ambil tahu. Info yang ada boleh dikongsikan dengan isteri, ibu dan kakak. Yelah mereka juga kan wanita!

Sempena hari wanita yang baru saja berakhir suka untuk daku kongsikan sebab mengapa ramai wanita tak suka pakai bra masa tidur malam! Ini bukannya sebab nak tampak seksi di mata suami mahupun sebab takde rasa malu tau. Sebenarnya pemakaian bra ketika tidur pada waktu malam boleh membahayakan diri wanita itu sendiri.



Apakah Sebab Utama Mengapa Wanita Tidak Suka Pakai Bara Waktu Tidur?

Jika ditanya apakah ada kesan sampingan lain jika tidur sepanjang malam dengan memakai bra ini? jawapannya adalah YA! Kerana itu, selalu kita dengar tentang saranan untuk wanita supaya tidak memakai bra semasa tidur. Sebab mengapa digalakkan untuk menanggalkan bra anda sebelum tidur adalah  :

1. Supaya peredaran darah menjadi lebih baik
Satu-satunya keburukan memakai bra semasa tidur, terutamanya coli dengan sokongan dawai (underwire) adalah ia boleh menyekat peredaran darah anda. Jika dawai itu terlalu ketat, otot-otot dada akan tersempit, dan ini akan menjejaskan peredaran darah ke lengan dan tangan.

Di samping itu, bra sukan yang terlalu ketat juga boleh memberi kesan kepada tisu payudara anda jika dipakai terlalu kerap disebabkan peredaran yang sentiasa tersekat. Setiap wanita perlu pilih baju dalam yang betul supaya rasa tak selesa pakai bra dapat dihilangkan.


2. Agar kulit tidak jadi gatal-gatal atau tak selesa
Satu lagi kesan sampingan memakai bra yang tidak sesuai semasa tidur adalah kerengsaan kulit. Cangkuk dan tali coli boleh menyebabkan pemakai rasa tidak selesa. Dalam kes terpencil, cyst juga boleh terbentuk akibat memakai coli saiz salah untuk jangka masa yang lama (terutamanya jika ia coli berdawai).

Kesan pakai bra besi ini dibimbangi akan memberikan rasa kesakitan ketika tidur pada waktu malam pada bahagian bawah payudara.

3. Supaya masa lena lebih berkualiti
Tanpa disedari, ketidakselesaan ini boleh menganggu anda tidur dengan nyenyak. Apabila seseorang tidak mendapat tidur secukupnya, kesihatan individu itu boleh terjejas.

4. Untuk elak hiperpigmentasi
Hiperpigmentasi juga boleh berlaku disebabkan tali dan cangkuk terlalu ketat yang sentiasa bergesel dan bersentuhan dengan kulit lalu menyebabkan bahagian kulit itu nampak lebih gelap.

5. Untuk elak masalah kulat pada payudara 
Wanita yang memakai coli yang tidak sesuai lebih cenderung untuk mengalami masalah kulat pada payudara. Keadaan yang hangat dan lembap adalah keadaan yang sesuai untuk pembentukan kulat. Dengan iklim negara kita yang panas sepanjang tahun, langkah menanggalkan bra pada waktu malam dapat mengurangkan peluang pertumbuhan kulat.


Jangan Beli Bra Berdasarkan Gaya Tetapi Tahap Selesa

Isu pakai bra waktu tidur sebenarnya telah lama diperkatakan. Ramai wanita tidak suka pakai baju dalam atau coli ini masa tidur kerana ramai yang mengatakan pemakaian bra semasa tidur ini boleh menyebabkan kanser. Meskipun tiada laporan lengkap mengenainya namun ramai yang mengatakan begitu.

Bagi diriku sendiri, tidak ada salah untuk pakai baju dalam semasa tidur cuma sila pastikan yang ianya sesuai dan sepadan dengan aset bentuk tubuh sendiri. Seperkara lagi pastikan juga diperbuat daripada fabrik yang lembut, selesa dan mudah untuk bernafas dengan baik.

image via : Ideal Home 

Alangkah Bagusnya Jika Ada Bra Khas Untuk Waktu Tidur

Walaupun mungkin sebab disebalik semua ini adalah pilihan coli yang bersaiz salah, namun menanggalkan bra sebelum tidur adalah langkah yang ringkas dan senang. Bagi para wanita, efek tidak memakai bra adalah kerana risau akan risiko dari segi kesihatan saja. Jika memakai bra semasa tidur boleh menyebabkan peredaran darah yang terjejas, kerengsaan kulit, ketidakselesaan, hiperpigmentasi dan kulat payudara, maka lebih baik jika ia ditanggalkan. Secara tiba-tiba terfikir kat fikiran, jika ada bra khusus untuk tidur alangkah bagusnya!

Akhir kata, maaf sekali lagi jika topik ini agak sensitif tetapi sebagaimana yang telah daku katakan tadi, info sebegini tetap harus ambil tahu untuk kebaikan kesihatan bersama. :)



10 comments for "Mengapa Ramai Wanita Tak Suka Pakai Bra Masa Tidur? - Inilah Sebabnya"

  1. Betul tu sis. Kinah pun tak pakai malam2 sebab faktor yang sis terangkan di atas

    ReplyDelete
  2. Iyee..betul..pakai lama sangat pun akan buat rasa tak selesa..

    ReplyDelete
  3. bagi saya ok jelah...

    masing-masing punya pilihan

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerna masukkan blog saya di bloglist awak.....

    ReplyDelete
  5. kita memang tak suka pakai bra masa tidur tau,sebab rasa tak bernafas.Lagi satu dah seharian kan pakai, so bagilah keselesaan pulak pada "DIA" hehe

    ReplyDelete
  6. Apa yang sis tulis tu semua betul. Ana setuju especially pilih yg selesa bukan pada gaya.

    ReplyDelete
  7. informasi yang berguna bagi golongan wanita.

    jemput singgah | pendidikan4all |

    ReplyDelete
  8. I memang tak pakai bra bila dirumah..First time terkantoi bila grab food sampai rumah.singlet yg I pakai tu agak nipis sikit.budak grab tu ketuk pintu mcm nak runtuh..dlm kelam kabut redah je la ambil pesanan kat budak tu.

    ReplyDelete