Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Homestay Sri Terengganu - Penginapan Cantik Selesa Di Terengganu Yang Sweet

Homestay Sri Terengganu - Penginapan Cantik Selesa Di Terengganu Yang Sweet | Episod percutian daku ke Kuala Terengganu ternyata amat bermakna untuk aku dan famili. Yelah, famili datang nun dari utara ke Pantai Timur semata-mata untuk bercuti bersama. Semestinya saat ini amat aku hargai kerana dapat berkumpul ramai-ramai. 

Selaku 'tuan rumah' daku dipertanggungjawabkan untuk cari homestay Kuala Terengganu yang berbaloi untuk kami sewa. Sebab mengapa kami tidak tinggal di hotel? Kerana kami agak ramai dengan pasangan dan anak-anak. Kiranya kami mahu tinggal bersama dalam sebuah rumah yang besar.



Pada mulanya daku berhasrat untuk cari homestay Kuala Terengganu with swimming pool. Tapi bila fikir balik yang Kuala Terengganu tu ada pantai yang cantik, so daku buat keputusan untuk fokus cari homestay Kuala Terengganu murah dan homestay yang best di Kuala Terengganu. 
Bila di Google banyak jugalah nama homestay Kuala Terengganu seperti Ummi homestay Kuala Terengganu, Jen homestay Kuala Terengganu dan juga Dania homestay Kuala Terengganu. Tak terkecuali homestay Kuala Terengganu murah RM100 juga ada. Tapi selepas puas membuat pembandingan, akhirnya daku membuat keputusan untuk menginap di Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu 



Mengapa Memilih Untuk Menginap Di Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu?

Terus terang daku memang akan senaraikan dulu kelebihan yang ada supaya tidak salah membuat tempahan. Yelah, kita nak cuti dengan happy di Kuala Terengganu so janganlah kerana tersilap menempah homestay hingga merosakkan segalanya. Sebab utama mengapa daku memilih Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu  ini disebabkan oleh beberapa perkara.

Inilah sebab utama mengapa daku membuat keputusan untuk Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu  tersebut:
  • Lokasinya yang amat hampir dengan Masjid Terapung
  • Terletak di dalam kawasan bandar Kuala Terengganu yang banyak tarikan
  • Terdapat banyak tempat makan best Kuala Terengganu berhampiran
  • Banyak review positif baik tentang keselesaan dan kebersihan
  • Kepentingan para pelanggan dijaga baik oleh owner
  • Kadar harga sewa yang murah dan berpatutan



Pengalaman Sebenar Setelah Tiba di Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu 

Tibalah hari yang di tempah, daku tiba bersama keluarga sekitar jam 2 petang. Perjalanan kami ke homestay dengan bantuan Google Maps. Lawak juga sebenarnya dengan Google Maps ni sebabnya arah yang diberi perlu ikut jalan belakang sedangkan jalan depan yang lebih besar dan sedikit dekat ada. Tapi takde la sampai tahap sesat. Hehe..


Bila sampai, kebetulan ownernya dah sedia menunggu. Pada mulanya rasa kekok juga tapi bila dah mula berbual, pergh ramah sangat! Cik F panggilan nama beliau dan walau baru pertama kali bertemu tapi terasa bagai dah kenal lama. Cik F turut beritahu lokasi menarik, tempat makan dan pelbagai info lain untuk rujukan daku semasa berada kat sana. Sangat-sangat membantu.


Bila sembang lebih lanjut, ooo muda lagi rupanya Cik F ni. Tapi yang buat aku terkejut, Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu  bukanlah satu-satunya homestay yang beliau ada. Walau masih muda beliau dah berjaya jadi pengusaha homestay sepenuh masa dengan mengendalikan beberapa buah lain. Kalau tak silap ada 4 buah homestay semuanya yang diusahakan oleh Cik F. Salah satu darinya homestay punya view pantai dan laut.




Itu antara homesty yang dikendalikan oleh Cik F. Cantik-cantik semuanya..... yang pasti, muda-muda dah jadi pengusaha homestay Kuala Terengganu yang berjaya ni. Hebat hebat!!

Daku sendiri memilih untuk menginap di salah sebuah homestay milik Cik F yang terletak betul-betul di dalam kawasan bandar Kuala Terengganu. Bila lihat tanda 'Selamat Datang Awadah & Family', terus muncul rasa excited yang teramat sangat.


Antara Kelebihan Utama Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu

Bila tuan punya homestay dah berlalu, daku pun apa lagi... mulalah tinjau satu rumah dari depan hingga ke belakang. Dalam hati terbayang semula review positif yang pernah ku baca sebelum ini. Ye ke homestay Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu ni bagus? Hmmmm..... nanti sat, cheq nak check! (Ops dah kenapa keluar loghat utara ni... haha)



1. Ruang Parkir Kereta Berbumbung

Soal parking kereta alhamdulillah di dalam kawasan rumah bawah porch yang berbumbung. Cuma parking ni hanya boleh muat 2 biji kereta. Jadi jika datang dengan jumlah kenderaan yang lebih perlulah parking di luar. Macam daku sendiri, kami datang dengan 3 buah kereta so 2 biji kat dalam dan sebiji lagi kat luar. So far alhamdulillah, kereta semua selamat tanpa ada apa masalah.



2. Ruang Tamu Yang Selesa Dan Cute

Ruang tamu rumah teres fahamlah macamana kan? Takde lah luas semesta alam macam banglo tapi alhamdulillah daku tetap puashati. Sebabnya ruang tamu Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu ni walaupun kecil tapi cute! Selesa dengan sebuah sofa di tambah dengan deko lain yang comel membuatkan ruang ni sangat cozy.


TV juga turut disediakan jadi dapatlah beristirehat bersama famili buat lepaskan penat. Masa cuti beginilah dapat berbual beramai-ramai sambil gelak ketawa mengusik sesama sendiri. 


Cuba tengok gambar kat bawah ni, bukan main relax lagi emak ku kat sofa sambil check whatsapp. Eh emak pun pandai guna whatsapp tau! Jangan main-main..... Cakap mak, whatsapp tu tak salah sebabnya emak boleh sembang dengan anak-anak. Emak juga boleh video call  bila rindu kat cucu. Jadi pada pendapat daku ni, whatsapp tu ok jika di guna dengan cara yang betul. 


3. Ruang Makan Selesa Gaya Moden

Bersebelahan dengan ruang tamu adalah ruang makan. Masih lagi dengan tema simple but cute, ruang makan ni tampak moden dengan lampu menarik berwarna putih. 


Bila lihat ruangan meja makan ni terus rasa lapar. Tak sabar nak masuk dapur masak ramai-ramai dengan family makan kat sini. Yang penting daku suka gabungan warna yang dipilih owner. Semuanya nampak sweet dan buat suasana rasa ceria dan relaks. 



4. Dapur Serba Lengkap - Tiada Apa Yang Kurang

Sungguh!! Tiada apa yang kurang. Semuanya di sediakan dengan cukup lengkap oleh Cik F selaku puan empunya rumah. Antara peralatan eletrik dan sebagainya yang ada di sini adalah :
  • peti sejuk
  • periuk elektrik
  • cerek elektrik
  • pembakar roti
  • blander
  • periuk belanga
  • pisau dan papan memotong
  • jag besar dan cawan gelas 
  • pinggan mangkuk yang banyak dan sebagainya




5. Ada Stok Barang Untuk Memudahkan Pelanggan

Tatkala berada di dapur, daku buka peti sejuk dan taraaaaa.... penuh air dalam tu! Muahaha.... ada Milo, coklat, Nesfafe, 100Plus, laici dan mineral. Naik terbeliak biji mata tengok semua ni! Tapi dalam masa yang sama daku amat bersyukur kerana bila anak terasa nak minum semua ni dah tak perlu bergegas ke kedai runcit. Part paling best sebab dapat pujuk anak dengan Milo masa mereka meragam. 


Tak hanya itu, mee segera pelbagai perasa, ubat gigi dan berus gigi juga ada. Kiranya owner homestay dah fikirkan hal ni semua yang selalu jadi punca masalah untuk pelanggan. Salah sorang dakulah tu. Selalu bila pergi mana-mana terlupa berus gigi! Kesnya sebelum bertolak berus gigi dulu dan bila masa nak bertolak tinggal gitu je dalam bilik air. 


Paling daku suka ada stok mee segera. Bila pergi travel kumpul ramai-ramai sampai tengah malam, dapat makan mee segera sebagai supper memang syok! Nikmat makan mee segera panas-panas waktu tengah malam serius sedap dan best. So, daku tabik pada owner kerana dapat fikirkan semua ni untuk pelanggan. Senarai harga dan bekas isi wang turut disediakan. Masuk je semuanya dalam tu. Jangan makan tak bayar pulak!!

Daku dan family hari tu? Satu peti licin! Hahahaha.. abangku awal-awal dia kira semua total minuman tu dan masukkan dalam tabung duit. Then, dia open table untuk kami semua ambil dan minum sendiri sampai habis sebelum check out. Kikiki.. luv u my brother!

6. Mempunyai 3 Buah Bilik Yang Bersih Dan Sangat Selesa

Homestay ni mempunyai tiga buah bilik. Bilik utama dengan sebuah bilik air peribadi dan bilik ke dua dan ketiga yang bersebelahan berkongsi bilik air yang berhampiran antara satu sama lain. Setiap bilik dilengkapi dengan set bilik tidur.

Kasih dan Cik F (the owner)

Kiranya setiap bilik ada katil bersaiz queen, meja solek dan juga almari pakaian. Pemilihan warna untuk setiap bilik masih menekankan konsep ceria dan sweet dengan gabungan warna yang menarik.

Ini adalah bilik utama dengan sebuah bilik air di dalamnya. Alhamdulillah bersih! Tip top!


Ini pula bilik tidur yang ke dua dengan rona warna biru lembut. Tuala turut disediakan dan yang paling best, bila letak badan terus rasa nak lena sebab selesa sangat!


Taraaaa... ini bilik yang ke tiga. Sama je semuanya. Masih dengan cadar rona biru lembut yang sedondon berserta dengan set bilik tidur. Tidak terlalu sarat tetapi lengkap semuanya untuk kegunaan sepanjang menginap di sini. 


7. Tandas Yang Bersih dan Praktikal

Ini adalah tandas yang berada di antara bilik ke dua dan ke tiga. Serba lengkap, bersih dan praktikal. Kiranya untuk soal hygene memang tak ada sebarang masalah untuk Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu ini. 


8. Mesin Basuh dan Ampaian Turut Disediakan

Mesin basuh bagi daku sendiri memang wajib ada untuk semua homestay di zaman ini. Sebabnya para penyewa akan terpaksa ke dobi untuk urusan basuh pakaian. Maka jika ada mesin basuh sendiri di dalam homestay, ia akan memberi satu bonus tambahan untuk para penyewa memilihnya. Yelah dari penyewa terpaksa ke dobi pastinya lebih suka mendobi sendiri di tempat penginapan.


Ada mesin basuh tetapi tiada ampaian apa guna kan? Kat sini ampaian juga ada, dont worry. Bukan satu tetapi dua! Wow murah hati betul si owner Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu ni. Senang betul urusan basuh dan keringkan pakaian. 

So, jika menginap di Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu boleh jimatkan bagasi dengan bawa baju yang boleh di basuh je nanti. Ruang bonet yang masih kosong boleh isi banyak-banyak dengan keropok losong Terengganu. 


9. Hampir Dengan Pelbagai Lokasi Utama

Sepanjang menginap di Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu ini, urusan untuk ke tempat-tempat menarik sekitar Kuala Terengganu ternyata sangat mudah. Ini disebabkan lokasinya yang sangat hampir dengan lokasi-lokasi terbabit. Dimanakah tempat yang ku pergi setelah menginap di Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu ini? Antaranya adalah :

PANTAI PANDAK



PASAR PAYANG



TELUK IBAI / MASJID TERAPUNG


10. Harga Murah dan Berpatutan

Harga yang dikenakan untuk penginapan sehari semalam hanyalah sekitar RM250 semalam. Untuk 3 bilik! So bila di fikir secara logik harga sebanyak itu untuk 3 bilik yang full dengan perabot serta dapur yang serba lengkap memang sangat-sangat berbaloi. Daku sendiri kebetulan melancong bersama 2 orang abang dengan family masing-masing, maka bila di kongsi jumlah hanyalah sekitar RM85 saja sefamili untuk semalaman.
Tidur Penuh Selesa Bagai Tidak Mahu Balik!

Homestay murah dan selesa. Sangat berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu. Dekat dengan kedai keropok lekor, stesen minyak, mini market dan lain-lain kemudahan. Sangat senang, sangat selesa dan sangat best! Seriously, daku rasa bagai nak tidur sepanjang minggu untuk panjangkan lagi masa bercuti. Tapi apakan daya masih ada kerja hakiki lain yang perlu diutamakan.

Jika di tanya adakah daku akan menginap di sini lagi jika bercuti ke Kuala Terengganu lagi? Jawapan aku sememangnya adalah YA! Jika di kira dalam bentuk bintang, daku beri 9/10 berdasarkan 10 kelebihan yang telah daku terangkan di atas tadi. 


Nak cari homestay Kuala Terengganu? Mahu homestay Kuala Terengganu murah dan selesa? Ini Jawapannya!!

Tak payah pening kepala lagi, terus saja hubungi Sri Terengganu Homestay Kuala Terengganu samada melalui panggilan mahupun whatsap untuk tempahan. Selamat bercuti!

SRI TERENGGANU HOMESTAY KUALA TERENGGANU 
Call :  601110927696   | Tekan Untuk Whatsapp 

1 comment for "Homestay Sri Terengganu - Penginapan Cantik Selesa Di Terengganu Yang Sweet"

  1. fuyoo cantik gila homestay dia. barulah berbaloi nak bercuti kan

    ReplyDelete