Minyak Mummy's Rescue Kit Roll On Audelia Naturals - Bantu Selamatkan Ibu Dari Masalah Anak | Best sangat bila anak kesayangan dapat tidur lena hingga ke pagi kan? Rasa sangat aman dan tenteram kerana dapat tidur bersama dengan bayi tanpa gangguan.

Tapi kalau nak tahu, si Kasih kesayangan daku ni dulu agak susah juga untuk tidur malam dengan nyenyak hingga ke pagi. Kadangkala, terdengar bunyi kat luar sikit saja dia dah terus bangun. Alahai... Tapi syukurlah, sejak daku satukan Kasih dengan MUMMY'S RESCUE KIT dari Audelia Naturals keadaan dah semakin baik.


Apa yang menyebabkan Kasih dapat tidur lena dengan aman sampai pagi setelah diperkenalkan dengan Mummy's Rescue Kit dari Audelia Naturals ini? 

Jawapannya tak lain dan tak bukan kerana set ini memang dikhususkan untuk membantu para ibu bagi mengatasi keadaan 'kecemasan' pada anak-anak terutamanya ke atas bayi yang masih kecil dan asyik meragam. 


Antara Keistimewaan Mummy's Rescue Kit - Audelia Naturals

1. Boleh Bantu Selesakan Anak Dari Pelbagai Masalah

Mummy's Rescue Kit dari Audelia Naturals ini merupakan set minyak yang berbeza mengikut pelbagai fungsi. Ia merupakan minyak berubat untuk membantu menenangkan dan melegakan kesakitan. Paling penting ianya amat selamat untuk kanak-kanak. Mummy's Rescue Kit dari Audelia Naturals ini turut di uji secara dermatologically dan hypoallergenic demi untuk memastikan setiap pengguna dari golongan bayi dan kanak-kanak dapat merasa selesa dan tenang.



2. Mempunyai 4 Jenis Minyak Bagi Setiap Set 

Di dalam setiap set kotak ini terdapat sebanyak 4 jenis minyak di dalamnya khusus untuk empat tujuan kegunaan dan minyak-minyak tersebut adalah : 
  • Immunity ( Immune booster) 
  • Tummy ( soothing tummy oil)
  • Bedtime (calming sleeping oil )
  • Sniffles ( congestion relief )


3. Botol Roll On Yang Mudah Bawa dan Mudah Guna

Bentuk botol yang digunakan adalah dari jenis roll. Botol jenis ini ternyata sangat mudah bawa dan mudah guna. Botol jenis roll on sebegini juga dapat mengelakkan dari masalah tumpah dan sebaginya. Nak pakai juga senang. Hanya perlu buka penutup, letakkan di tempat yang diinginkan dan roll sahaja pada tempat tersebut tanpa perlu lagi di sapu lagi dengan tangan seperti minyak yang lain. 



4. Sesuai Untuk Sebarang Aktiviti Luar

Apabila botolnya jenis roll on yang tidak akan tumpah maka dapatlah di bawa untuk sebarang aktiviti luar. Daku sendiri dah bawa set Mummy's Rescue Kit dari Audelia Naturals ini ketika bercuti bersama famili. Kebetulan waktu tersebut tidur di dalam khemah dengan suasana alam maka Mummy's Rescue Kit dari Audelia Naturals ini sangat membantu untuk dijadikan sebagai pek kecemasan khusus untuk siapkan diri dengan sebarang masalah kesihatan anak. 



Saiznya yang agak comel dan tidak terlalu besar amat menyenangkan diri sendiri untuk membawanya ke mana saja. Hanya perlu masukkan ke dalam bag pack terus ready to go. Anak-anak pun suka sebab boleh bawa dan guna ketika sakit perut dan sebagainya.



5. Packaging Yang Comel Dan Menarik

Soal packaging memang superb! Yelah, comel kot. Warna yang pelbagai dan menarik dengan karakter haiwan yang comel di hadapan membuatkan semua anak-anak berasa teruja. Anak-anak daku sendiri masing-masing berasa happy dengan kehadiran Mummy's Rescue Kit dari Audelia Naturals ni. Jika minyak yang lain daku sendiri kena letakkan tetapi dengan Mummy's Rescue Kit dari Audelia Naturals ni pula masing-masing nak pakai sendiri tanpa pertolongan orang lain. 



Bahan, Fungsi Dan Cara Menggunakannya

1. IMMUNITY ( Immune Booster)

Bahan: 
Isopropyl Myristate, Triglycerides Capric / Capric, Boswellia Carterii Oil. 

Fungsi :
Minyak Immunity ini adalah untuk menguatkan lagi pertahanan badan pada tubuh anak. Ia elok digunakan untuk pelbagai situasi sebagai contoh anak mula tunjuk tanda akan demam, akan selesema dan juga dikala ingin membawa anak ke persekitaran yang boleh memberi risiko seperti ke padang rumput, taman permainan dan sebagainya. Ia juga elok digunakan pada anak di ketika ada oran lain kurang sihat di dalam famili. Minyak Immunity elok di sapu supaya anak kurang berisiko mendapat jangkitan penyakit.

Cara Penggunaan : 
Roll pada bahagian bawah dan telapak kaki pada setiap malam.


2. TUMMY ( Soothing  Tummy Oil)

Bahan : 
Isopropyl Myristate, Triglycerides Capric / Capric, Mentha Piperita (Papermint) Minyak, Eucalyptus Globulus Leaf Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil.

Fungsi :
Perut kembung? Kerap buang air besar? Jangan risau, Minyak Tummy yang diperbuat khas untuk legakan perut si anak boleh membantu. Tidak kisahlah apa masalah, pakai minyak Tummy untuk legakan perut anak yang meragam tu dengan lebih cepat.


Cara Penggunaan : 
Roll pada bahagian perut dan urut secara perlahan-lahan.




3. BEDTIME ( Calming Sleeping Oil )

Bahan : 
Isopropyl Myristate, Triglycerides Capric / Capric, Litsea Cubeba Fruit Oil, Ocimum Basilicum (Basil) Minyak, Eucalyptol, Geraniol, Alpha-Terpineol, Linalool, Linalyl Acetate.

Fungsi : 
Anak susah tidur malam? Itu juga adalah salah satu perkara 'emergancy' untuk para ibu dan ayah. Seharian dah penat berkerja dan waktu malam anak meragam tak boleh tidur, itu sangat-sangat memeningkan kepala. Makin resah bila esoknya terpaksa bangun awal. Maka salah satu cara untuk menenangkannya adalah dengan menggunakan minyak Bedtime sebagaimana yang telah daku gunakan untuk Kasih ini. InshaAllah baby akan calm, relaks dan boleh rasa mengantuk untuk lena hingga ke pagi.

Cara penggunaan : 
Roll pada bahagian bawah kaki sehingga ke tulang belakang. Jika anak telah tidur boleh juga sapu supaya lenanya lebih nyenyak dan panjang.


 4. SNIFFLES ( Congestion Relief )

Bahan : 
Isopropyl Myristate, Capri Triglycerides, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Minyak Peel, Citrus Limon (Lemon) Minyak Peel, Minyak Mentha Piperita (Peppermint), Eucalyptus Globulus Leaf Oil.

Fungsi :
Mengatasi masalah hidung tersumbat dan sukar bernafas. Bayangkan, anak tersumbat hidung, susah nak bernafas, susah nak tidur lena dan selepas di sapu dengan Sniffles tak sampai 5 minit masalah hidung tersumbat terus hilang. Dah boleh bernafas semula dengan lancar. Dan hingus yang sebelum ini tersumbat jauh di dalam hidung kini keluar dengan banyak dan meleleh-leleh. Haaa itulah yang berlaku dan ini berdasarkan oleh pengalamanku sendiri yang kebetulan tika itu anak sedang selsema. Bukan hanya anak saja tetapi diriku juga. Kami pakai bersama dan alhamdulillah memang sangat menjadi. Baunya fresh dan berangin sejuk. Best!

Cara penggunaan : 
Roll di bahagian dada dan belakang serta di bahagian tulang hidung.



 Harus Dapatkan Untuk Kegunaan Anak Selalu

Terus terang jika di tanya pendapatku sendiri, set Mummy's Rescue Kit dari Audelia Naturals ini memang sangat awesome! Bukan kerana packagingnya yang hanya comel tetapi fungsi dan keberkesanannya yang sangat cepat dan tepat.  Harga untuk sekotak adalah RM 149 dan jika ingin di beli secara berasingan juga boleh dengan harga RM39 saja sebotol.


Tidak kisah mahu dibeli untuk kegunaan anak sendiri mahupun dibeli sebagai hadiah untuk orang lain. Untuk sebarang maklumat lanjut dan urusan pembelian, anda boleh terus layari :



" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"