Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

A'Bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Dari Althea Telah Muncul

A'Bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Dari Althea Telah Muncul |Siapa yang tidak kenal dengan  Althea, platform kecantikan nombor satu di Korea yang juga turut masuk ke pasaran Malaysia. A'Bloom merupakan jenama sendiri di bawah Althea Eksklusif dan telah dilancarkan pada 23 April 2019. 

Rangkain produk A'Bloom terdiri dari pelbagai jenis barangan yang menarik.  Untuk koleksi eksklusif Althea A'bloom ni, ada empat jenis produk yang telah disertakan iaitu sheet mask, blackhead blaster dan juga meringue purf dalam dua saiz yang berbeza. 

inilah set untuk A'Bloom Collection - comel kan?

# - MERINGUE PUFF


Yang pertama daku nak kenalkan dengan Meringue Puff. Span makeup untuk bland foundation dengan mudah ni memang sangat lembut teksturnya pada kulit wajah. Bentuk yang comel dengan warna pink pastel membuatkan ianya bertambah comel. Rasa sayang nak guna pun ada ni.


Meringue Puff ini boleh digunakan dengan dua kondisi yang berbeza sama ada secara basah atau pun kering. Untuk tampakkan wajah yang lebih glowing boleh digunakan secara basah dan jika mahu wajah tampak lebih natural boleh gunakan dalam bentuk kering.  

Terpulanglah nak makeup yang bagaimana pada hari tersebut. Yang penting perlu kena dan sesuai dengan keadaan dan majlis yang ingin di hadiri.



Saiznya pula di datangkan dalam dua jenis yang berbeza. Jika nak digunakan pada wajah secara menyeluruh bolehlah digunakan size yang besar dan jika hanya nak tumpukan pada mana-mana bahagian tertentu bolehlah digunakan size yang lebih kecil. Yang penting ke dua-duanya sama hebat untuk pastikan seluruh wajah sekata tanpa ada sebarang kesan capuk-capuk. 

Ia merupakan latex free dan bebas bahan toxic. Boleh digunakan untuk semua jenis kulit samada normal, kering, berminyak dan sensitif. Apabila dibasahkan, ia mampu untuk mengembang menjadi 1.5 lebih besar untuk kecepatan sapuan keseluruh wajah. Best kan? Harganya tak mahal mana, hanya RM8 sahaja!


# - BHA BLACKHEAD BLASTER


Ini pula adalah BHA Blackhead Blaster. Saiznya tidak terlalu besar dan mudah untuk dimasukkan ke dalam tas tangan. Nak bawa ke mana saja juga senang. Fungsi produk ini nyata lagi bersuluh adalah untuk menghilangkan blackhead yang ada pada muka terutama di kawasan hidung tu. Ia juga mempunyai kuasa rawatan berganda yang mudah dan cepat untuk mengeluarkan blackhead atau whitehead tanpa memberi sebarang rasa sakit.

Cara nak pakai pun tak susah. Paling elok pakai lepas selesai cuci muka kerana ia amat berkesan untuk kulit yang lembab. Caranya mudah saja. Mula-mula lembabkan kulit wajah kemudian oleh kan ke kawasan yang perlu dan urut selama lebih kurang 30 saat. Lepas tu bolehlah di bilas dengan air sehingga bersih. Settle! Mudah kan? 

Bahan yang terkandung di dalamnya adalah :
  • Bahan BHA semulajadi membantu membersihkan liang dalam dengan mengelupas sel-sel kulit mati.
  • Serbuk aprikot membantu mengeluarkan sebum yang berlebihan.
  • Arang akan menyerap kotoran di liang-liang roma.
  • Minyak dari daun teh membantu menenangkan serta menghalang kemerahan dan kerengsaan pada kulit

Lepas ni tak payah lagi susah payah tahan sakit nak picit blackhead ni guna apa-apa alat. Pakai je BHA Blackhead Blaster ni.. sapu-sapu, urut-urut, bilas! Dah pun tanggal semuanya. Harga pun tak mahal mana, sebotol ni hanya RM16 saja. 

# - MASK SHEET

Alat kecantikan yang seterusnya dari A'bloom oleh Althea ini adalah mask sheet untuk wajah. Jika korang seorang yang suka pakai mask untuk segarkan wajah so korang boleh try face mask ni. Ia juga dapat bantu lembutkan wajah kerana A’Bloom Mask ini mempunyai antioksidan dari buah-buahan semulajadi.

 

Terdapat empat jenis semuanya iaitu :

~ Moisturizing Watermelon Mask Sheet
~ Anti Blemish Peach Mask Sheet
~ Brightening Lemon Lime Mask Sheet
~ Nourishing Avocado Mask Sheet


Mask sheet keluaran Althea ni daku dah cuba yang PEACH. Baunya agak wangi tapi takde la over sangat. Lembut-lembut gitu je baunya. Nak pakai pun senang. Fungsi utama pemakaian mask sheet ni adalah untuk memberi kelembapan pada kulit kita. 
Ke empat-empat jenis A'bloom Fruits Mask Sheet ni ada kelebihannya yang tersendiri dan terpulang pada kalian nak cuba yang mana. Nak beli sekali harung semua jenis pun takpe! Lagipun harganya tak mahal mana... RM5 je untuk 10 sheet. 


Kelebihan Althea A'bloom Mask

1 - Moisturizing Watermelon Mask
~ Memberi kelembapan kepada kulit muka.
~ Menjadikan kulit lebih lembut dan segar.
~ Memberi kesan yang menenangkan 
~ Menyegarkan kulit muka

2 - Anti Blemish Peach Mask Sheet
~ Berfungsi untuk mengawal minyak.
~ Mengurangkan masalah pores di wajah.
~ Mengimbangi kelembapan dan 
~ Membersihkan kulit
3 - Brightening Lemon Lime Mask Sheet
~ Membantu untuk mencerahkan lagi kulit.
~ Membantu menghilangkan bintik hitam

4 - Nourishing Avocado Mask Sheet
~ Membantu untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit wajah
~ Menjadikan kulit lebih cerah dan berseri
~ Mencegah wrinkles (kedutan)


Mask sheet ni bila di pakai terus rasa sejuk. Mampu menyerap dengan baik juga oleh kulit. Yang penting bahannya adalah daripada buah-buahan dengan pelbagai khasiat. Mask sheet ini juga dihasilkan 100% dari fabric mesra alam yang yang cukup lembut dan mampu melekap dengan baik pada wajah untuk semua jenis kulit. 

- Nak beli semua ni boleh terjah ke lamanweb ALTHEA

3 comments for "A'Bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Dari Althea Telah Muncul "

  1. Gebunya span tu macam kuih apam pun ya...

    ReplyDelete
  2. it's all in pastels and im cryinggggg

    ReplyDelete
  3. gambar yang letak kat kek tu kan.. buat kita terasa nak makan meringue puff tu.. hahaha

    ReplyDelete