BABY SADOO - Jenama Makanan Bayi Mudah Sedia Dan Suap Untuk Di Rumah Dan Travel   | Salam Ramadhan semua! Hmmm korang dah masak ke belum tu? Daku macam biasa masak yang apa yang anak suka makan je lagipun bulan puasa ni tak berapa lapar sangat. Time berbuka asyik tahu nak minum air je bebanyak.

Bercerita tentang masak, untuk tahun ni daku dah berjaya kurangkan banyak masa di dapur. Bukan sebab jarang masak, tapi sebab tak payah lagi susah payah fikir untuk masak menu apa untuk baby makan. Yelah, baby mana puasa. Cara yang ku lakukan adalah dengan memesan pelbagai menu makanan homemade keluaran BABY SADOO sebagai stok makanan istimewa untuk baby Kasih Sufi tersayang.



Untuk pengetahuan korang juga, makanan bayi BABY SADOO ini merupakan makanan bayi keluaran jenama muslim yang halal sepenuhnya. Ia juga merupakan makanan bayi dengan cara penghasilan 'masakan dari tangan ibu' yang di buat secara home made.  

BABY SADOO ini adalah satu jenama produk makanan bayi yang diasaskan oleh Puan Amirah Khairi. Puan Amirah merupakan ibu kepada dua orang anak dan mempunyai ilmu dalam bidang jurusan kejururawatan. Baby Sadoo baby food ni merupakan 100% homemade baby and toddlers food. 


* SESUAI UNTUK ANAK USIA 6 BULAN - 3 TAHUN

Paling penting, setiap botol makanan bayi Baby ni telah dihasilkan mengikut bahan yang segar dan selamat sepenuhnya. Malah semua menu makanan yang ada di masak sendiri mengikut keperluan nutrien setiap peringkat umur kanak-kanak yang berusia dari umur 6 bulan sehingga 3 tahun. 


Pendekata, semua menu di hasilkan dengan penuh kasih bagaikan di masak oleh tangan si ibu sendiri untuk santapan si comel tersayang. Baby Sadoo bukan hanya mengutamakan bahan yang berkualiti dengan rasa yang sedap secara semulajadi tetapi juga ia turut menawarkan pelbagai jenis menu yang sesuai untuk golongan bayi mengikut umur. 

Memang rambang mata tau kalau time nak pilih tu, yelah banyak sangat kot! Sebagai contoh apa yang ada di bawah ni. 



* PELBAGAI PILIHAN MENU MENGIKUT KEGEMARAN ANAK

Itu baru sikit tau, jika nak di kira semua ada banyak lagi menu. Memang pening kepala nak pilih. Tidak hanya terikat dengan menu bubur nasi biasa, Baby Sadoo turut memperkenalkan menu yang agak awesome untuk menarik minat baby untuk makan. Antaranya ada pelbagai menu dalam bentuk pasta, nasi dan puree. 


Sebagai contoh menu Mushroom Creamy Pasta ni, memang lengkap rasanya untuk bayi yang berumur 12 tahun dan ke atas. Jumlah isian juga sangat penuh dalam botol dan sekali makan ni memang kenyang. Banyak juga tu. 


Bila lihat semua menu ni, hmm bukan nafsu makan baby je muncul tapi nafsu makan si mama seperti daku pun ikut teringin juga. Greenish Chicky Pasta ni pun boleh tahan sedap rasanya.


* DIBOTOLKAN DENGAN CARA SELAMAT

Makanan lain yang berasaskan ayam juga ada. Semuanya di seal dengan banyak dalam botol yang kedap udara. Dan botol yang digunakan ini sangat selamat untuk dipanaskan di dalam microwave juga. 

Jadi untuk soal keselamatan produk, so far Baby Sadoo memang sangat menitik beratkan soal ini demi untuk menjaga tahap pemakanan yang baik dan selamat untuk para pengemarnya. Almaklumlah, ini kan produk makanan untuk baby. 


Lagipun Puan Amirah yang merupakan pengasas Baby Sadoo ini merupakan ibu kepada dua orang anak dan mempunyai ilmu dalam bidang jurusan kejururawatan. Makanya beliau sangat mengambil berat isu kesihatan untuk para pelanggannya.


* SESUAI JUGA UNTUK SI PICKY EATERS 

Semua menu yang ada InshaAllah boleh boleh menepati selera makan anak-anak termasuklah yang jenis suka memilih (picky eaters) dan juga untuk bayi yang mempunyai masalah alergik. 

Ini pula adalah menu yang ada di rumah untuk dinikmati oleh si Kasih Sufi. Semua ni boleh di simpan dalam bahagian sejuk beku dan sedia untuk di makan pada bila-bila masa dan di mana saja.

Kan senang tu. Tak payah lagi nak fikir menu apa patut masak untuk anak hari ni dan yang paling best boleh beri anak pilih menu mana yang dia ingin nikmati pada hari tersebut. 



* CARA PENYEDIAAN YANG MUDAH DAN CEPAT 

Cara nak sediakan sangat mudah. Apa yang perlu dibuat hanyalah keluarkan dari peti sejuk dan kemudian bolehlah dipanaskan menggunakan microwave. Takde microwave? No problem, boleh panaskan dalam air panas. Ini bermakna jika nak bawa untuk travel juga senang. Bawa saja stok air panas dan termos dan bolehlah disediakan pada bila-bila masa dan di mana saja. 


* ANTARA MAKANAN KEGEMARAN ANAK SENDIRI 

Untuk babyku si Kasih Sufi, si Kasih paling suka menu MANGO YOGURT. Menu Mango Yogurt dalam bentuk puree ni boleh di makan oleh bayi dari golongan umur bayi 6 bulan dan ke atas. Rasanya jangan cakaplah, memang sedap. Masam manis gitu... paling best semua menu yang disediakan oleh pihak Baby Sadoo sama sekali tidak menggunakan sebarang perasa dan pewarna tiruan. 


* MUDAH UNTUK DI BAWA TRAVEL

Selalunya jika perlu ke mana-mana, daku akan bawa stok makanan bayi jenama Baby Sadoo untuk Kasih ini di dalam foodwarmer. Tapi jika kebetulan jarak untuk ke lokasi tidaklah terlalu jauh, maka daku akan prepair siap-siap ketika di rumah dan terus suap di dalam kereta semasa perjalanan. Barulah baby tak meragam dan mengamuk lapar.

Kasih Sufi tengah sedap layan menu Mango Yogurt semasa dalam perjalanan

Ini bukan daku yang sedang suap Kasih tau! Tapi si abang-abangnya yang sedang melayan Kasih kat seat belakang. Daku sendiri waktu ni sedang memandu. 

Haa kan senang tu... Tak payah pening kepala, siapkan saja menu mengikut apa yang baby suka dan bolehlah dihidangkan pada baby pada masa yang perlu. Sambil travel pun senang, tak perlu bekas banyak-banyak, siapkan satu sudu dan boleh terus dinikmati secara terus dari botol. 

Makan penuh nikmat tak toleh kiri kanan dah

Bagi yang tengah merancang untuk balik kampung beraya tu, elok sangat jika beli stok Baby Sadoo untuk anak. At least, walau kita sedang berpuasa tapi menu anak boleh disediakan dengan mudah dalam perjalanan. Baby pun tak meragam lapar. Dan kita juga tidak perlu lagi pening kepala beli jajan itu dan ini hanya kerana nak kenyangkan anak yang tidak berpuasa ni.


* RASA SEKALI, NAK LAGI DAN LAGI

Tengoklah sendiri perangai si Kasih ni, dalam mama tengah sibuk nak snap gambar sebagai perkongsian untuk semua kat sini, dia sempat lagi grab minta nak makan. Jika dulu time nak makan macam nak bergaduh (Kasih salah seorang picky eaters) tapi alhamdulillah sekarang ni nampak dah makin okay sikit.

Sabar sayang, sabarrr....  

Botol Mango Yogurt ke dua untuk  untuk si Kasih. Tadi dah makan habis licin sebotol semasa dalam kereta dan ini sebotol lagi tika dah sampai di rumah. Kasih ooo Kasih. Kalau dulu time nak makan penat mama kejar awak satu rumah tapi sekarang ni awak sendiri yang datang menyerah diri ye! Siap dah pandai suap sendiri, tak kasi mama tolong suap ni! 

Bila si Kasih Sufi makan sendiri , comot pun comotlah!!

* BABY SADOO MENJADI PILIHAN RAMAI MAMA PAPA 

So far ramai jugalah mama dan papa yang telah memilih jenama Baby Sadoo sebagai makanan untuk anak masing-masing. Ada dari kalangan orang biasa macam daku ni dan tak kurang juga dari kalangan mereka yang dikenali ramai.





* DAPATKAN BAGI PERSEDIAAN TRAVEL UNTUK SI MANJA

Bagi ibu ayah yang berhajat untuk mendapatkan produk ini, rangkaian Baby Sadoo memiliki agennya di seluruh negera dan untuk info lanjut berkaitan harga, pilihan menu dan sebagainya, ualls boleh terus hubungi Puan Amirah sama ada melalui facebook mahupun whatsapp. 

BABY SADOO | MAKANAN BAYI MUSLIM HALAL SESUAI UNTUK TRAVEL
Hotline : 019-6649388 / 011-10061309 | Klik Untuk Whatsapp
#babysadoo #rendamterusbolehmakan #pickyeaterschoice 

" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"